Thursday, November 6, 2008

UMNO,PAS DAN KEADILAN SAMA TAPI TAK SERUPA

Saudara Pembaca,

Saya membaca Perlembagaan UMNO yang menyebutkan asas dan tujuannya seperti berikut;-
Umno adalah sebuah Parti politik yang berjuang mendukung cita cita Kebangsaan Melayu demi menegakkan maruah dan martabat Bangsa, Agama dan Negara. (Fasal 3).

3.1. Mempertahankan Kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan negara, Perlembagaan Negeri negeri dan Raja berpelembagaan.

3.3. Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam, Aama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

3.4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa Rasmi yang tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

3.6. Mengujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak hak asasi manusia dan hak hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Manakala Perlembagaan PAS pula menyebutkan tujuannya adalah seperti berikut:-
(di bawah fasal 5. Tujuan PAS)

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai nilai hidup Islam dan hukum hukumnya yang menuju keridaan Allah.

2. Mendukung dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

Tujuan dan Matlamat parti Keadilan Rakyat pula, mengikut Fasal 5 iaiatu seperti berikut;-

5.1. Mengujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

5.2. Menghormati sistem Raja berpelembagaan, memperkukoh demokrasi berparlimen, mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak dan kepentingan rakyat.

5.3. Menegakkan kedaulatan undang undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip prinsip profesional.

5.4. Mennjamin kebebasan berfikir,bersuara,bergerak,berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5.5. Menghayati Islam sebagai Agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing masing terus terjamin dan menggalakan peranan agama serta nlai nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

5.6. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi, di samping menjamin hak rakyat menggunakan, mempelajari dan mendapatkan pendidikan dalam bahasa bahasa lain; dan menggalakkan perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

5.7. Mengukuhkan sistem pemerintahan persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi negeri negeri dengan kekuasaan kerajaan pusat.

5.8. Mempertingkatkan kemuliaan Insan, nilai keEkhsanan serta budaya Ikram, menegakkan hak asasi mannusia dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran.

5.9. Melaksankan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan,kecurangan serta pembaziran, di samping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

5.10. Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaik taraf ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

5.11. Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan,perumahaan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai satu tanggunjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi berpendapatan rendah dan sederhana.

5.12. Memperjuangkan serta menjamin hak pekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

5.13. Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

5.14. Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

5.15. Meningkatkan mutu hidup orang asli di samping menghormati adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas tanah Adat.

5.16. Melindungi alam semulajadi daripada permusnahan;mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

5.17. Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melairkan masyarakat yang berilmu, yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi,politik dan keselamatan negara daripada kuasa kuasa besar Dunia.


Ketiga Perlembagaan parti politik ini, menuju arah kebaikan untuk Agama, Bangsa dan Negara,
Persamaannya adalah melindungi Negara dari musnah, dimusnahkan, atau diancam keselamatannya. Namun adakah perbedaan pendapat dan perlaksanaan tujuan parti tersebut bertentangan dengan realiti hari ini.

Yang jelas kepada saya, mereka adalah sama tapi tak serupa

Terima kasih.

1 comment:

tunmaharezza said...

sdr zaid yg dihormati :

sungguh menarik membaca perbandingan perlembagaan parti parti politik yg ditulis sdr dan saya juga bersependapat mengenainya.

politikus hari ini telah menyimpang dari ideologi asal parti yg mereka wakili dan kita telah lihat bagaimana pemimpin pemimpin besar parti parti politik lebih berminat kpd perjuangan yg berteraskan selera peribadi mereka sendiri.

kita maklum bahawa kebanyakan pemimpin besar parti politik berkaitan adalah mereka dari generasi kedua atau ketiga dan mereka sebenarnya mungkin kurang pasti dgn asas perjuangan parti yg mereka yg wakili.mungkin kerana mereka bersifat penyambung kpd pejuang terdahulu ndan telah lebih mengikut trend semasa politik ataupun tatabuadaya politik yg mereka warisi drpd bos bos mereka.

amat kurang sekali politikus yg sejati pada masa ini dan kebanyakannya pula politikus yg lebih bersifat peniru dan kurang idea apatah lagi kreatif.

politikus masa ini kurang bijak menyelesaikan sesuatu permasalahan politik kerana mungkin mereka tiada pengalaman utk itu dan pengalaman yg mereka ada adalah mungkin pengalaman politik berkempen bagi mendapatkan jawatan dan bukannya perjuangan utk rakyat.

kita semua tahu berkhidmat utk rakyat dan perjuangan utk rakyat adalah 2 perkara yg berbeza.kebanyakan politikus pada hari ini lebih berpengalaman berkhidmat kpd rakyat dan bukannya berjuang utk rakyat.

perjuangan pembangkang utk rakyat adalah bersifat politik dan sementara shj dan apabila mendapat kuasa mereka pula lupa diri dan sentiasa saja berjuang utk diri sendiri dan promosi diri dan ini telah mengakibatkan politiking yg tidak diperlukan berlaku setiap hari di malaysia.

politikus kerajaan pula berpolitik utk faktor material dan pangkat sehingga terlalu angkuh utk mengakui bebanan yg ditanggung rakyat,bagi mereka adalah lebih baik menangkis keluhan rakyat mengenai taraf ekonomi negara dari mengakuinya dan mencari jalan penyelesaian terbaik.mereka kononnya hebat berpolitik.

pemimpin hebat rakyat melarat.

ketulenan perjuangan politik wajar diberi perhatian terbaik dan seharusnya satu jalan penyelesaian yg mendatangkan faedah kpd rakyat mesti dicapai.

politikus wajar sentiasa diingatkan mengenai fakta ini danmereka seharusnya tahu akan kuasa rakyat.

jgn sampai rakyat berpolitik...jgn sampai rakyat bercatur politik spt pemimpin mereka...jgn sampai rakyat memperlekehkan minda pemimpin sebagaimana pemimpin melakukan kpd rakyat.

apabila rakyat bercatur politik maka......PEMIMPIN TERSUNGKUR PARTI TERKUBUR.

sekian

tunmaharezzax.blogspot.com