Sunday, November 23, 2008

SELOKA UMNO

  1. Mukadimmah

Tahun 1987, saya menulis diskripsi tentang UMNO di Universiti Sumatera Utara, Medan Indonesia. Saya menulis sebagai syarat untuk melepasi Ijazah sarjana saya di universiti tersebut di bidang sejarah. Tulisan tersebut saya abadikan dan saya nukil disebabkan cinta,kasih dan sayangnya terhadap UMNO.

Pada tahun ini 2008, saya merasa terpanggil untuk menulis kembali tentang UMNO yang menguasai politk tanah air, sudah berada diambang kehancoran,

Tulang belakangnnya sudah bengokok, dan UMNO sudah menjadi semakin tua dengan usianya menjangkau 60 tahun.

Pilihanraya ke 12, memberikan kesan yang mendalam kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jaguh-jaguh utama tumbangdalam pilihanraya, tidak kurang yang tidak juguh juga tumbaang tewas di kawasan yang mereka tandingi.Ramai yang tidak pecaya dengan kemerosotan sokongan yang melanda UMNO dan BN.

Ada pula yang telah meramalkan bakal terjadinya perisitiwa buruk di dalam sejarah Politik UMNO, pada PRU ke 12. Pada hakikatnya, satu persatu pekong UMNO dan BN telah di buka, satu persatu kelemahan pemimpin-pemimpinya di hebakan, dan tidak kurang pula memberikan lain lain sebab kenapa sunami ini melanda.

Kepada saya, melihat persoalan ini bagai lumrah politik, dan saya langsong tidak terkejut serta menganggapnya sebagai kebiasaan dalam sejarah politik, dan semuanya pernah terjadi pada pentas sejarah politk Dunia, sejak zaman Nabi Adam a.s. Apa yang terkejut, memang itu sepak terajang dalam politik, dan tiada ada kuasa yang bakall kekal, semuannya ini adalah lakonan sejarah manusia di pentas dunia yang di uji oleh Allah s.w.t..

Sebab itu, saya akan mengambil pendekatan ringan di dalam tulisan ini, dengan hanya menamakan tulisan ini sebagai SELOKA UMNO.

SELOKA 1.

  1. Dari Dato Onn pengasas UMNO,

Di sambut oleh Tunku Abdul Rahman,

UMNO dulu, tak pernah semberono,

Tapi kini di telan zaman.

2. Zaman Dato Onn, Melayu di satukan,

Zaman Tunku UMNO di Merdekakan,

UMNO dahulu sentiasa di abadikan

UMNO kini sentiasa dihancorkan.

3. Benterakkan mirip dengan kehancoran

Ramai pemimpin niat nak pulihkan,

Sayang sekali jurangnnya sangat ke jauhan

Pemimpinya asyik tuding tudingan.

  1. Sampai ketika jawatan di cari,

Pemilihan UMNO macam pencuri

Politik wang amalan sendiri

Menang dan kalah apa peduli.

  1. Pedulilah sedikit kepada rakyat

Yang miskin terus papa kedana

UMNO dahulu terus di hayat

Tetapi kini terus merana.

  1. Rakyat merana siapa yang salah

Pemimpin UMNO tak rasa gundah

Ahli UMNO semakin parah

Hilang keyakinan, telah pun sudah.

  1. Tahun 1987 UMNO berpecah

Lahir semangat 46 memanglah meriah

Melayu lemah sudah terserlah

Kerana Melayu suka di papah.

  1. Memapah UMNO tak ke sudah

Muncul pula PKR gagah

Tak puas hati, tak sudah sudah

Pilihanraya memanglah kalah.

  1. Sajak Pak lah di baca pun sudah

Kalau nak faham bukanlah susah

Tun Mahathir rasa tak bersalah

Kenapa khairi kena belasah ?

  1. Ku cari damai di hati,

Ku perkenalkan Islam Hadari,

Ku cari Ghazali dan Sahfie

Ku Hilang shahrizat dan samy

  1. Isteri tercinta telah pergi

Ku ambil Jin sebagai pengganti,

Oh, sakitnya hati, apabila hilang 5 negeri

Memang aku tak puas hati.

  1. Mahathir mintak aku berhenti,

Tapi aku kasian kat khairi,

Dia belum jadi menteri,

Ku jumpa 4 tahun lagi

Itu pun kalau aku tak mati

  1. Itu pantun seloka SMS

Musim pilihanraya ke dua belas

Mereka semua tak mahu berkias

Budaya melayu tidak terbias.

  1. Kembali semula zaman Tun Razak

Usaha membangun memanglah rancak

Kenapa kini pembangunan merojak

Rakyat tertinggal, tidak di ajak.

  1. Cerita pembangunan di tulis akhbar

Rakyat di minta untuk percaya

Nasib melayu memang tercabar

Wilayah iskandar sudah terpedaya

  1. Inilah angkara pembangunan Pak lah

Cakap hari ini, esok nak ubah

Tapi ternyata semakin rebah

Koridor yang ada menjadi parah.

  1. Peniaga peniaga menjadi gundah

Harga barang naik tak sudah

Pengguna pula menjadi marah

Akhirnya pemimpin terlus di ludah.

  1. Dulu cakap pemimpin masin

Cakapnya bukan main main,

Tetapi kini pemimpin bermusim

Akhirnya anak muda cakap tak main.

  1. Jangan bermain dengan UMNO

Di kerisnya ada keramat

Hari ini mereka make don’t no

Sebab dalam UMNO ramai pengkianat.

20.Suara UMNO sudah tawar,

tidak semasin seperti dulu

Pemimpin UMNO pandai melawar

Yang penting pulus masuk dahulu

21.Dulu ahli UMNO,banyak guru melayu

Kini ahli UMNO, banyak koperat

Dulu UMNO memang bersatu

Kini UMNO memang keparat.

22. Orang melayu disuruh berniaga,

Akhirnya parti hendak di gadai

Pemimpin UMNO seperti naga

Tertunggang terbalik di tiup badai.

23. Berbalah balah tak habis habis

Di hadapan rakyat pura bersatu

Keyakinan ahli semakin tipis

Sebab pemimpinnya kepala batu.

24. UMNO Johor katanya kubu

Pilihanraya ke 12 semacam jerebu

Menangnnya tak seperti dulu

Sebab Ghani Othman macam ulat bulu.

25. Negeri Melaka memang bersejarah

UMNOnya pula dikatakan terserlah

Banyak calon yang di pilih salah

Ali Rustam terpinga sudah

26. Mat Hassan menjaga Negeri

Terima Khairi terus negeri

Hilang Mat Isa tokoh terperi

Akhirnya negeri bertambah DAP.

27. Tak sangka Khair toyo dapat Jawatan menteri besar

Hilangnya juga tidak di duga

UMNO selangor menjadi pudar

Sebab pemimpinya ramai kecewa

28. Dari Selangor kita ke Perak

Jumpalah dengan Tajol Rosli

UMNO kini terberak berak

Kerana pemimpinnya menjadi tuli

29. UMNO Perak, UMNO Kedah

Kedua negeri sudahpun kalah

Angkara melayu dendam tak sudah

Kini raja menjadi marah

30. Negeri Kedah masih beraja

Pulau Pinang tiada rajanya

Nasib melayu dah ketulah

Akhirnya melayu merayu redah

31. Tak puas hati Melayu berhimpun

Marah Guan Eng kerana menyamun

UMNO Pulau Pinang hilang santun

Kerana terpaksa menyembah ampun

32. Pak lah pegang kepala batas

UMNO Pulau Pinang tersungkur sudah

Melayu Pulau pinang sabarnya terbatas

Nasibnya kini sudah di tebas

33. Sahidan kata sokong Pak Lah

Dapatlah dia watikah itu

Datang Mat Isa menyerbu sudah

Rakyat perils menjadi haru biru

34. Naik lah dia ke Kuala Lumpur

Bertemu pak Lah penuh harapan

Jawatan menteri Besar akhirnya terkubur

Maruah sahidan terasa segan.

35. Nasib Sahidan dan Idris Jusoh

Hampir sama watikah tak laku

Pemimpin UMNO semakin lusoh

Detik runtuh menunggu waktu.

36. Rakyat Terengganu melaung sudah

Daulat Tuan ku berderang derang

Ahmad Said dijualng julang

Penyu menangis siapa yang tahu

37. Panas melayu memang sekejap

Sebentar lagi sejuklah dia

Pemimpin Melayu jangan Biadap

Raja memang sudah sedia

38. Katanya cari bulu ayam

Tak nampak bulu togel lah dia

Wahai wak Rasol, cakapnya tenggelam

Gagahnya di luar, takut di dalam.

39. UMNO Terengganu, PAS Kelantan,

Dua dua negeri Melayu

Apa di harap perangai setan,

Tak sudah sudah bertengakar selalu.

40. Tok Guru Nik Aziz lama bermudik

Anuar Musa memang di sayang,

Ingatlah wahai awang adik

Kerana tamak jadi anjing dengan baying banyang.

41. Pergi Kelantan, masuk ke Pahang

Singgah berjumpa dengan pak di

UMNO sudah semakin Bahang

Perangai nya buruk men jadi jadi.

42. Mana dia Dato hassan Ariffin

Kenapa yang Hilang Jamaluddin jarjis

Kini UMNO kehilangan pemimpin

Terseluk lobang,terpegang najis.

43. Jongkang jongkit permainan kita

Sangat asyik bermain congkak

Wahai pemimpin UMNO kenapa tak sekata

Kenapa pula terlalu bongkak.

44. Dulu kata, sekarang pun kata

Umno punya rakyat jelata

Tapi kini,berubah juga

UMNO bukan milik kita

45. Rakyat kata, pemimpin salah

Pemimpin kata, rakyat yang salah

Rakyat dan pemipin tak mahu mengalah

Akhirnya kini, umno terima padah.

46. Pru ke 12, telah berakhir

Tindakkan rakyat seperti ahli fikir

Ahli yang bijak perlu berzikir

Mempertahankan UMNO sebelum berakhir.

47. Pemimpin UMNO terus bersuara

Selamatkan UMNO, selamatkan negara

Baru sedar datang becana

Apa gunanya terlambat jua.

48. Bersalam salam konon bersatu

Berkata kata di belakng batu

Teguhkan hasrat, biar bersatu

Kembalikan UMNO dengan wajah baru.

49. Himpun sana, himpun sini

Untuk memberitahu pilihlah kami

Sedangkan UMNO, digores kini

Ibarat mancis terbakar nanti.

50. Bila UMNO sudah terbakar

Barulah ahlinya merasa sedar

Tanpa benting, sudah pun pudar

Pudarlah ia, kan sama berputar.

51. Dato Musa dari Johor

Tengku Razaligh dari kelantan

Perpecah ia, termasyurlah ia

Nasib ahlinya terkelar di belantan.

52. Anwar Ibrahim tak sayang UMNO

Keluar UMNO, masuk keadilan

Orang Melayu ditimpo bencano

Agak terlebih, makan belacan

53. Bukan menghina bangsa sendiri

Kalau terlupa. Perlu ingatkakan

Pemimpin UMNO pentingkan diri

Ahlinya pula pentingkan makan..

54. Tarik tali, ikat perut

Makan rojak, bercampor kapor

UMNO kini, semakin mengarut

Mencari kepentingan bercampor campor.

55. Tun Mahathir letak Jawatan

Kata dia, lama memimpin

Sampai masa masih bersetan

Jadi hancur tidak bertahan.

56. Anak kecil petah bercakap

Dalam buyaian menangis dia

Mananya UMNO dikata cekap

Kenapa tersungkur,tiada sedia.

57. Selagi ada nafas di badan

Menampong kodrat berusaha gigih

Kalau ahlinya tidak menyetan

Tak mungkin ianya boleh terpelongih.

58. Salam sayang kepada Melayu

Tiang rumahnya semain condong

Wahai Melayu perlu bersatu

Himpunkan diri mu seperti kepompong.

59. Anak Merbok hinggap di dahan

Anak Mahathir bermain lastik

Hati mana yang tak tertahan

Melihat UMNO semakin dramatic.

60. Tun Daim ke luar Negara

Mencari untung dengan berjuta

Niat pemimpin biarlah mulia

Jangan pula jadi derhaka

61. Mat Rahmat di panggil bulat

Jasanya banyak penuh khidmat

Jiwa pimimpin mesti tersemat

Perjuangan UMNO akan selamat.

62. Sanusi Junid banyak Ideanya

Dalam cabinet tegas orangnnya

UMNO bergolak di kumpulkan orangnnya

Vertran UMNO dalam ingatannya

63. Megat Junit tinggal abdi

Semangat UMNO terpadat di diri

Jika hidupnya di masa kini

Pertelagahan UMNO pasti dihindari.

64. Osman saat bekas Menteri besar Johor

Ghani pula menyambung tugas

Dulu UMNO sangat termasyur

Kini UMNO bak seperti ungas.

65. Daton Onn pemimpin pertama

Tengku pula pemimpin kedua

UMNO kini memang dah lama

Yang lama itu, tak mesti tua.

66. Pemimpin ke tiga Tun Razak

Tun Hussin pemimpin ke empat

UMNO kini mula nazak

Akhir pemimpinnya tidak bertempat.

67. Tun Gaffar di sanjung mulia

Di tentang dia, si anwar Ibrahim

Ahli UMNo dah mula kecewa

Seperti kecewannya Mahahthir kat daim

68. Rafidah Aziz tegak orangnnya

Asyiah Gani jujur orangnnya

Wanita kini panjang delimannya

Mengejar tempat,asyik idamannya.

69. Lahir puteri, lahir lah putera

UMNO kini bersemangat membara

Sayang pemimpinnya hanya pandai berbicara

Akhir ahlinya jadi mengila.

70. Bendera UMNO, merah dan putih

Ada pula keris bersilang

Ahli kini terpaksa bertatih

Sebab pemimpinnya banyak temberang.

71.Cogan katanya sangat jelas

Tapi tak ikut sebab pemalas

Menjadi ia seperti pengalas

Akhirnya UMNO seperti gelas

72. Bila masanya hendak bersatu

Jika peilnya macam hantu

Ahli UMNO kami nak seru

Pulang lah kepangkal yang jitu.

73. Hari hari mendabik dada

Tiba masa menyombong dia

Pemimpin UMNO biarlah perpada

Jangan sampai berjauhan sorga.

74. Anak Tun Gafar bernama Tamrin

Menantu Pak lah bernama khairi

Selalu sangat tergoda yakin

Akhirnya mencari sokongan ke sana kemari.

75. Harapan rakyat jangan di sanggah

Ahli UMNo perlu meredah

Pilihanraya belumlah kalah

Tapi sikapnya terasa salah

76. Faktor sabotaj, pendapat pak lah

Itu sebabnya UMNO kalah

Pilihanraya ke 12 tidak tersersalah

Siapakah lagi punca yang salah ?

77. Pengkhianat UMNO hendak di hukum

Itu petanda UMNO nak pulih

Tersalah Hukum, tersebut di halkum

Akhirnya UMNO akan tersembelih

78. Jangan tuding terus menunding

Nanti ahlinya merasa runsing

Wahai UMNO mari bersing sing

Esok masih fajar menyingsing.

79. Pak lah kata khairy tak campur

Mahathir kata Khairy melebih

Itu tandannya sudah berbaur

Bolehkan UMNO menjadi pulih

80. Kata Pak lah dia nak terus bersuara

Kata Mahatir aku terbuka

Kenapa ahli UMNO minta pak lah bersara

Mahathir jawabkan rakyat terluka.

81. Panglima Pak lah, keluar menjawab

Bukanlah Paklah tidak bersalah

Tetapi mahathir suka berbalah

Dialah punca penyebab salah.

82. Mahatir kata dia berhak untuk bersuara

Tiada bermaksud untuk bertempat

Kinilah sudah nampak saudara

Sampai masanya Melayu kan merempat

Cakapnya lain buat pun lain

Tidak seperti bertindak tegas

Sampai masanya pengambalin tugas

Akhinyanya melayu menjadi Unggas.

83. Berkata sanusi, bukan susah menjadi Menteri

Wahai nak Muda, biarlah bistari

Lontarkan pendapat berhati hati

Janganlah hanya senang di hati

Negeri kan runtuh, melayu kan mati.

No comments: