Wednesday, November 12, 2008

BILA MELAYU TAK JADI PERDANA MENTERI ? APA AKAN JADI


Saudara Pembaca,

Saya duduk bermenung, fikirkan apa akan jadi jika orang Melayu tidak jadi perdana menteri dan hilang kuasa memerintah Negara ini ? Bila fikiran seperti ini terlintas di benak saya, lalu saya mengetuk pintu kecil hati, dan berkata ' Benarkah apa yang saya fikirkan ini sifatnya perkauman "? atau saya sedang mencari cari kelemahan bangsa saya demi menyelamatkan semua bangsa di dalam Negara ini. lalu saya berfikir lagi, siapakah diri saya ini, yang hendak menyelamatkan bangsa yang sedang diancam malasah perkauman di negara ini.

Saya bukan ketua UMNO, saya bukan Menteri UMNO, saya buka pemimpin Ngo Besar, saya buka orang yang terkenal dan perancang untuk menstabilkan stuasi politik negara, tapi saya sekadar seorang warganegara malaysia yang berbangsa melayu, yang menghayati pahit maung perjalan sejarah di dalam negara ini. Saya seorang yang sensetif terhadap sejarah, atau mungkinkah latarbelakangan sebagai seorang sarjana sejarah menyebabkan saya suka mengenang ngenang kembali, tiap perisitwa yang melanda negara ini.

Lalu saya fokuskan semula, apa yang di bicrakan oleh Dr m, tentang sesiapa saja boleh Jadi pemimpin negara ini jika mendapat sokongan mejoriti. Saya setuju pendapat penganut demokrasi tersebut, tetapi di dalam demkorasi itu terkadang ada demokrasi yang terpimpin dan di pimpin, demokrasi raja berpelembagaan, demokrasi Pancasila, demokrasi yang macam macam lagi. Dalam kontek Negara ini, demokrasi Raja berpelembagaan, maka saya dapati, Melayu jika tidak jadi Perdana menteri atau di ambil alih oleh Bangsa lain untuk di jadikan perdana Menteri, cuma akan menjadi Isu biasa sahaja, kepada orang melayu.

Bagaimana tidak saya katakan demikian ? Lihatlah sesuatu yang berbentuk untuk kuata melayu
pun tidak pandai di jaga oleh pemimpin dan pegawai pegawai melayu (walaupun tidak secara keseluruhan), apatah lagi kuasa yang ada padanya. melayu akan terus leka dan lalai, dan kepada saya Melayu akan melalui beberapa proses NGA;

1. Ngaor
2. Ngalah
3. Ngalih
4. Ngamok
5. Nganga


itulah sebabnya saya katakan Bila Melayu tak jadi perdana menteri.
Nanti kita kupas persoalan Nga tersebut,
dan harapan saya semoga melayu terus tidak menganga.

Sekian terima kasih.

No comments: