Saturday, November 15, 2008

MEMBINA PASUKAN MENGHALA TUJUAN

Saudara Pembaca,

Kita hidup tentu berkawan, berkeluarga dan tak mungkin bersendirian, paling tidak bedua,bertiga, atau lebih, malah ada kalanya sahabat,rakan-taulan serta keluarga kita berlebih-lebihan. Atas kesadaran ini, apa yang ada pada kita ada harta kita, termasuk sahabat,keluarga dan rakan taulan.Sebab itulah kita harus menjaga harta ini sebaik baiknya, kerana ini adalah nikmat allah yang telah memberikan kepada kita.

Suatu ketika saya pernah membaca surat daripada sahabat saya, dia menceritakan bagaiman perpisahan telah terjadi antara dirinya dan keluarganya. Isterinya lari dari rumah, anak anaknya kini tiada lagi di rumah dan dia pun merasa kesepian. Permulaan suratnya berbunyi;

.....Aku rasakan semuanya telah gelap! tidak seceria dahulu, wahai isteri ku ! mungkinkah hanya sebab yang sedikit telah membuat kita hilang perasaan dan pertimbangan, walaupun bukan diri ku ini yang memulainya, namun kau tetap menyalahkan aku. Apa lagi yang mesti aku beri alasan kepada mu,..aku tidak membohongi mu, kejadian itu tentu tiada siapa yang menyenanginya. Aku harap kau dapat memaffkan daku....

Saya meneruskan membaca suratnya itu, untuk mengetahui apa punca perbalahan antara dirinya dan isterinya itu, di penghujung suratnya itu menyebutkan apabila kau hanya mendengar tanpa melihat, dan mendengar cakap cakap orang lain, tanpa bukti, pasti kau suatu hari nanti akan menyesal, dan ketika itu aku tidak akan dapat kembalilagi kepada mu, dan sungguh memilukan apabila anak anak telah dipengaruhi dari kebencian seorang Ibu kepada suaminya dan akhirnya mereka dimangsakan, dan hilanglah kita untuk menjadi pasukan yang baik disuatu ketika dahulu yang pernah kita janjikan. dan ingatlah aku pasti menjadi pasukan yang baik, jika masa masih ada bagi kita berdua. ingatlah.

Saya menganggap, surat ini membawa makna, yang sangat mendalam dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga, dimana maklumat yang tepat,benar dan betul haruslah di sampaikan sehingga semua pihak menjadi faham dan mengeti, itulah kepada saya menganggap pasukan hanya boleh kuat apabila imformasi itu tepat dan betul. Semak dan kajilah sesuatu maklumat sebelum membawa kepada keputusan yang salah. Salah membuat keputusan akan merugikan semua pihak.

Kepada saya, kita renungkanlah bersama,bagi membina pasukan yang baik,supaya pasukan itu menghala kepada tujuan yang hendak di capai. semoga kita akan menjadi satu pasukan untuk semua pasukan yang baik,Insyallah.

Terima kasih.

No comments: