Wednesday, November 5, 2008

APA LAGI : INGAT JANGAN SAMPAI TERLEWAT.


Saudara Pembaca,


Saya telah membentangkan usul tergempar UMNO Bahagian Batu Pahat, yang bersidang pada 12hb Okt 2008 di Dewan Jubli Intan. Usul itu mengenai PENYALAHGUNAAN KUASA KETUA UMNO BAHAGIAN BATU PAHAT TERHADAP PENGURUSAN HARTANAH UMNO BAHAGIAN.

1. Tanah UMNO Bahagian Batu Pahat, yang terletak di simpang rantai Batu Pahat, telah diadakan usahasama oleh Ketua UMNO bahagian Dr. Puad Jakarsi dengan pemaju bukan Melayu, menerusi perjanjian usahasama. Malangnya Ketua Ketua UMNO C awangan tidak di beritahu mengenai perjanjian tersebut dan isi kandungnnya.

2. Perjanjian tersebut dan usahasama tersebut, telah di tentang oleh sebilangan ketua ketua UMNO cawangan di dalam bahagian ini dengan mendirikan Permufakatan Jawatankuasa Selamatkan Tanah UMNO. namun segala bantahan ini, tidak dipedulikan oleh beliau selaku ketua UMNO Bahagian.

3. Paling malang seorang Ketua Bahagian yang sering memperkatakan agenda perjuangan Melayu, telah melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dari apa yang selama ini disebutkan.Justru itu di dalam Usul tergempar tersebut, saya telah meminta agar perjanjian tersebut di kaji semula dan seterusnya di batalkan, serta tanah disebut di cadangkan agar di Majukan oleh Pemaju Melayu, atau oleh MARA, UDA,Bank pembangunan atau mana mana kontraktor Melayu.

4. Saya mendapat tahu dari seorang rakan Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat, bahawa pada mesyuarat kali pertama di adakan setelah habis mesyuarat perwakilan Bahagian, ada dikalangan jawatankuasa yang bertanyakan tentang Isu tersebut, malangnya Dr. Puad menyatakan beliau telah tidak berminat untuk tujuan pembinaan rumah UMNO tersebut.

5. Sikap beliau ini sangat mengecewakan, dan memilukan, berapa lama dan beramai lagi ahli ahli UMNO di bahagian ini akan terus di bohongi oleh beliau? Justru itu kembalilah kepangkuan jalan, saya khuwatir, apabila arah sokongan kepada UMNO akan berubah, dan rakayat serta ahli UMNO di Bahagian ini, sudah tidak mempercayai UMNO dan pemimpinnya. Tak usahkan ahli UMNO kecewa kepada pemimpinnya, saya sendiri sudah hilang kepecayaan kepada parti dan pemimpin UMNO, jika masalah Tanah milik Orang UMNO di Batu Pahat ini, terus diabaikan, dan hanya memberikan keuntungan kepada pihak tertentu, dan dimasa yang lain merugikan seluruh Ketua UMNO Cawangan.

6. Dr. Puad jangan tunjuk jagoh di Parlimen, sedangkan di kandang sendiri banyak masalah tidak di selesaikan, tunggulah masa meluat rakyat kepada pemimpin akan bertambah, pada ketika itu tiada ada gunanya disesalkan. jika keyakinan rakyat telah di nodai, sangat sukar untuk kembali kepada pangkuan. Ingatlah jangan sampai terlewat. Kembalilah ke pangkal jalan yang benar.
Sebelum terlewat.

Sekian terima kasih.

1 comment:

tunmaharezza said...

sdr zaid yg dihormati :

itulah antara sikap pemimpin umno diperingkat bhg,,tidak menghairankan apa yg telah sdr terangkan kerana saya yakin dan percaya ianya banyak berlaku juga di bhg bhg lain dan mungkin situasinya berbeza tetapi sifatnya serupa iaitu sindrom pekakan telinga pemimpinj parti yg kita sayangi.

saya kurang pasti jika k bhg batu pahat itu bertaraf jagoh diparlimen tetapi saya mempunyai asas utk mempercayai bahawa beliau bukanlah jaguh sgt pon diparlimen.

mungkin sdr harus dan wajar ingatkan beliau bahawa dosa seorang pemimpin itu berkali kali ganda besarnya dari dosa seorang rakyat walaupun kesalahannya serupa.

kalau beliau tidak gentar dgn peringatan tersebut kita biarkan shj kerana akan ada hari utk beliau menjawap perkara yg sdr telah ketengahkan.

sekian