Saudara Pembaca,
Sikap orang melayu memang bertolak ansor, pada zaman negara kita hendak merdeka pemimpin kita telah banyak membuka ruang dan peluang kepada orang bukan melayu. Sebagaimana saya katakan sebelum ini kita telah di asak oleh pemimpin politik dari kaum lain yang datang dari parti parti bukan Melayu, tetapi semua orang melayu tidak bangkit menentang cemohan mereka kepada kita, sampai dato Rais Yatim menteri Luar, bersuara bahawa perlunya perpaduan Melayu.
Kisahnya kenapa sambutan laungan yang kemukakkan oleh pemimpin Melayu ini macam lemau atau tak bermaya saja.
Saya melihat perkara ini disebabkan orang orang melayu dah merasa muak terhadap pemimpin sendiri, yang sebenarnya mereka faham bahawa mereka telah di kotak katikkan dengan permainan politik, kepentingan diri. Jika ada orang melayu yang hari ini di dalam UMNO yang bersuara untuk mempertahankan dan menyerang kritikan kepada kaumnya sendiri, itu mereka anggap hanya sebagai retorik untuk mengangkat diri sendiri supaya menjadi hero kepada bangsa melayu.
Pada pringkat ini apa yang boleh di lakukan oleh bangsa Melayu untuk menyelamatkan tanah airnya dari diancam oleh kaum lain, yang dianggap sebagai berminat untuk merampas kuasa Melayu ? kepada saya tidak lain hanyalah mereka ini mesti meninggalkan UMNO, dan walaupun tersangat berat untuk meninggalkan parti yang banyak berjasa kepada bangsa sendiri, parti yang telah sebelum ini melahirkan pemimpin yang berkualiti, parti yang telah menyebabkan bangsa melayu terkenal di pentas antara bangsa dan parti yang telah banyak memberikan kemudahan kepada bangsa melayu dan kenapa pula mesti keluar dari parti ini ? tidak lain adalah untuk membuktikan kepada parti UMNO yang ada bahawa rakyat sudah jelak dengan perbuatan pemimpin UMNO masa kini yang terlalu mementingkan diri sendiri, yang angkoh dan sombong, yang sukan mencantas, tidak menegakkan kebenaran dankeadilan, bergitu alpa dengan nasib golongan bawahan, dan apatah lagi soal dalaman parti sendiri tidak dapat di tadbir dan di urus dengan baik.
Itu puncanya, ramai nanti akan keluar dalam UMNO dan PRU ke 13 BN akan semakin kalah teruk. Orang UMNO harus berfikir, apaakah kelemahan PRU ke 12 itu hanya sebab Pak Lah seorang, sehingga ia diasak untuk turun dari jawatan no 1, ternyata kepada saya melihat ini, disebabkan kesilapan seluruh pasukkannya, oleh sebab itu jika budaya mengusir seorang pemimpin sahaja, di dalam partai UMNO tidak akan menyelesaikan masalah, malah banyak tulah akan di terima daripada tindakan peralihan kuasa yang di buat oleh golongan tertentu di dalam UMNO.
Kini, orang melayu akan berada di dalam kegoyangan, sebab asakan dalaman dan luaran, sehingga bangsa lain memperlekehkan bangsa melayu. Tetapi saya melihat konteks yang terjadi pada hari ini kepada bangsa melayu adalah secara positif, Melayu harus bangkit semula, tetapi bukan menerusi jenama UMNO.
Lembaran baru harus di buka kepada bangsa Melayu, perpaduannya harus di ciptakan, dan revolusi Melayu harus di cetuskan, bagaimana carannya ? yang pasti struktur kepimpinan Melayu dari pelbagai rakyat mesti di satukan, dari pelbagai lapisan melayu dalam parti mesti di senadakan, dan dari sana suatu gelombang besar akan terbina. Saya melihat peranan penting kini harus lah di mainkan oleh raja raja melayu, pada suatu ketika dahulu umno pernah menyelamatkan raja raja melayu, maka tibalah masanya raja raja Melayu membalas budi menyelamatkan keseluruhan orang Melayu, menerusi wadah baru, corak dan kepimpinan baru untuk kelangsongan kuasa Melayu.
Orang melayu yang tulen dalam UMNO, mestilah sanggup bersatu dengan PAS dan PKR dan kepimpinan UMNO tulen itu, mestilah diberikan peluang untuk memimpin Negara. dan mereka itu hendaklah digandingkan dengan pemimpin PKR seperti gandingan yang boleh di buat antara Tunku Ragzalie dan Anwar Ibrahim dan Hj Hadi Awang, ketiga pemimpin besar ini mampu untuk membina kemantapan melayu, di samping tidak meninggalkan mereka yang telah berjasa menabur bakti kepada orang Melayu dan meletakkan pemimpin itu sebagai penasehat Negara iaitu Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah Badawi.
Satu Plan gabungan Parti, mestilah di bina dengan mantap dari ketiga tokoh ini.Mana mana pejuang melayu yang tulen di dalam UMNO,PAS dan PKR haruslah diambil untuk menjadi barisan yang mantap, disamping beberapa parti kompenen melayu yang lain.Mungkinlah akan terjadinya barisan baru di Malaysia ini ? tidak mustahil! akan wujud dan saya berpendapat bahawa Melayu akan dapat membuka lembaran barunya itu, dengan nama baru yang boleh di cadangkan, seperti PARTI BARISAN MALAYSIA BARU,untuk mengambil sifat sifat barunya demi menyelamatkan Negara ini dari ancaman dalaman dan luaran, dan selepasa ini mereka harus menjadikan pelajaran kepada perisitwa pahit yang melanda Melayu di negara ini.
Saya berharap plan kasar ini dapat di baca dan diterjemahkan bukan hanya untuk menyelamatkan bangsa melayu, tetapi adalah untuk semua kaum di dalam negara ini, agar mereka mestilah mendahulukan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara demi mencapai suatu rakyat yang sejahtera...pecayalah Melayu perlu membuka lembaran baru, jika ingin berubah dan meneruskan kejayaannya, jika tidak........sama samalah kita saksikan satu persatu melayu akan hilang hak di tanah airnya sendiri.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment