Saudara Pembaca,
Kisah seorang India muslim, Bertanding menjadi calon Ahli Parlimen Batu Pahat, namanya Muhammad B Abdullah. Sangat mengharukan dan memilukan, sangat pedih dan pedas, ada suka dan duka dari ceritanya.
Nak tahu mukanya macam mana, di bawah ini adalah fothografi yang saya ambil darinya. Suatu hari beliau datang berjumpa, saya dan menceritakan beberapa perkara tentang perjuangannya, hasrat dan matlamatnya di dalam cita cita berdakwah. Katanya, saya memeluk agama islam menerusi mimpi yang mengkagumkan saya,dan dari sana saya memperoleh hidayah.
Saya berkata kepadanya " apa cita cita awak selain daripada berdakwah " dia memberitahu saya, katanya saya minat dalam politik. Tanya saya lagi, Politik macam mana ? secara bersahaja dia berkata Politik yang membawa keadilan. Jadi maksud saudara, parti keadilan;kata saya.
Dia menjawab YA!. Saya tanya lagi kenapa pilih keadilan ? Dia jawab, Parti ini adalah berjuang untuk rakyat dengan cita cita saksama dan adil, dan itu lah yang dituntut oleh Islam. Saya bertanya lagi, ..adakah UMNO tidak adil atau kenapa tidak pilih UMNO ? dia Jawab ' kisahnya cukup panjang, sepanjang pengalamannya dengan Dato Ahmad Abdullah (Allahyaraham) bekas ketua UMNO bahagian Pontian dan Exco kerajaan Negeri Johor.
Kata saya kepadanya, apa yang menarik antara kisah saudara dengan Allahyarham Dato Ahmad Abdullah. Sambil menyingsingkan baju dilengan, dan mula meletakkan songkoknya di atas Meja, dia berkata dengan nada pelahan, saya pernah ikut dato Mat Dollah, saya tahu dia, dia orang baik,jujur,berkerja kuat dan prihatin rakyat, tak sombong, dan saya pernah ikut dia pergi sembayang trawih dari masjid ke masjid dan selalu bersamanya, dan saya sangat tahu tentang dato Mat.
Sebab dia, saya terdorong untuk berpolitik. Pengujung politik dato mat sangat menyedihkan kepada saya, atas sebab itu saya sedih, dan saya lihat UMNO memang berpenyakit, orang seperti dato mat Dollah sepatutnya di jaga baik oleh UMNO, malah saya rasa UMNO Johor dibawah kepimpinan Dato Ghani telah mukir janji kepadanya, sungguh menyedihkan, dan sebab itu saya fikir, berada dalam keadilan adalah sebahagian janji saya kepada Dato Mat dollah untuk melangsongkan kebenaran dan keadilan.
Jadi saya bertanya lagi kepada beliau; saya tak faham maksud saudara ? apa kena mengena Dato mat Dollah dengan Encik mat dan Keadilan serta UMNO. Dia jawab " saya pasti mem buktikan perjuangan ini suatu hari kelak, saya tahu UMNO adalah parti memperjuangan Agama,Bangsa dan negara, tetapi hari ini sudah terlalu jauh pemimpinnya menyongsang, malah ramai ahli UMNO kecewa termasuk Allahyarham dato Mat dollah.
Pecayalah katanya, saya telah membuat pilihan yang tepat dan saya akan ceritakan kemudiannya kepada saudara, itulah katanya kepada saya.
baiklah saudara mat, saya tunggu untuk menulis kembali Pilihan yang tepat yang saudara buat itu, kepada saya tepat atau tidak, itu adalah pilihan yang harus dibuat oleh semua orang, Jika kita mahu berjaya. Saya tunggu dan kita semua tunggu.
Selamat menunggu, pilihan yang tepat buat kita semua.
Termia kasih
BERSAMBUNG.
No comments:
Post a Comment