Saudara Pembaca,
Ada seorang sahabat saya, membuat panggilan telephone kepada saya, katanya tulisan saya kenapa bantai UMNO, bantai parti kerajaan, kan lebih baik bantai Anwar Ibrahim dan parti keadilan ? Saya menjelaskan kepadanya, matlamat saya bukan membantai, tetapi meluahkan apa yang saya fikir betul dan benar, jika Ada yang di buat oleh UMNO benar, tentu saya menyokong kebenaran. Jika ada yang di buat olleh keadilan tidak benar, saya pasti menentangnya, yang jelas dasar yang saya pegang adalah benaran dan keadilan.
Untuk apa kita mengkritik ? Kita mengkritik adalah utuk mendapatkan suatu jawapan yang baik dan respon yang baik, kita harus belajar dari kesilapan kita, bukan kebanggan kita, yang menyebabkan kita semakin angkuh. itulah antara yang saya katakan kepada sahabat saya itu.
Kepada saya, adalah sampaikan apa saja yang kita faham atau tidak faham, supaya kita dapat di fahami dan mmemahami, dan supaya ada kefahaman antara pihak pihak yang kita sentuh, paling tidak kita telah menyatakan hasrat kita secara demokratik dan terbuka. Walaupun pahit, biarlah ianya menjadi obat. Selanjutnya hari ini, UMNO berada dalam keadaan masalah yang menimbun sebab parti ini dah tua, dah banyak pengalaman, tapi sayang tidak mahu belajar dari pengalaman yang di tempuhnya. Sementara itu Parti keadilan, parti baru, kesilapannya masih kecil di banding kesilapan yang di buat oleh UMNO, Parti yang masih muda, namun pemimpin di dalamnya sudah cukup matang.
Harapan saya sebenarnya agar pemimpin pemimpin Melayu bersatu, di bawah panji panji kebenaran, secara Iklas untuk rakyat, secara bertanggungjawab dan amanah kepada agama,bangsa dan Negara. Kalaulah kita tidak sayang kepada Negara kita, buatlah macam macam yang boleh menyebabkan rakyat membenci kepada pemimpinnya.
Justru itu, selanjutnya saya di penghujung perbualan dengan sahabat saya itu, saya mengatakkan kepadanya; Jalan terbaik membentulkan yang salah adalah dengan menegur, dan pemimpin yang terbaik adalah, pemimpin yang tahu sejarah rakyatnya, manakala rakyat yang terbaik adalah rakyat yang mengetahui sejarah pemimpinnya.
Dengan sebab itu, jadilah kita pemimpin dan rakyat yang terbaik.Bukanlah membantai sahaja merupakan jalan terbaik untuk memperbaiki negara, namun banyak jalan keluar lain yang boleh mengukuhkan perjuangan Agama, bangsa dan negara. Paling tidak kita, telah berbuat sesuatu untuk menjadi rakyat yang terbaik. baik untuk semua.
Sekian.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment