Wednesday, November 5, 2008

APA LAGI ? :BILA RAJA BERTITAH, SIAPA PULA YANG MELATAH

Saudara Pembaca,

Saya menjudulkan tajuk ini, ekoran sejak kebelakangan ini, Raja Raja Melayu telah mula merasakan bahang kritikan dan cakap cakap orang bukan Melayu terhadap hak istimewa Melayu dan status Bumiputera. Dahulu majlis Raja Raja memberi nasehat serta perintah menerusi titah Baginda, 'BAHAWA TIDAK SEKALI KALI RAKYAT MEMBANGKITKAN ISU KONTRAK SOSIAL', yang boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni di dalam negara ini.

Rakyat dari pelbagai kaum di negara ini, di lindungi menerusi undang undang dan perlembagaan negara tentang hak masing masing. Namun masih ada golongan yang sengaja tidak mahu memahami titah printah Diraja, malah sekali lagi di Perak, pada 5hb nov 2008, baginda sultan Perak mengulangi peringatan tersebut, dengan mengingatkan agar JANGAN MENGORIS PERASAAN ORANG MELAYU .

Kenyataan & titiah Baginda Sultan itu membayangkan prihatin pemimpin terhadap rakyat, namun bagimana jika masih ada lagi segelintir rakyat yang masih mahu menjolok sarang tabuan,
Apakah kita melihat kembali melihat peristiwa 13 Mei 1969, atau lebih dasyat dari itu, yang pasti jika rakyat dan pemimpin negara ini sayangkan negara dan masyarakat, maka tidak perlu diciptakan konflik. Pelbagai konflik yang sedang, akan dan telah terjadi mengenai perkauman dan Agama di negara ini mestilah di bentras sekeras kerasnya.

Justru itu, gelombang konflik masih berjalan, dan kita tunggu apa pemimpin Melayu akan buat dan apa pula tindakan Raja raja Melayu, jika mereka yang mencetuskan persoalan ini masih berleluasa. maka janganlah sampai di beri betis,hendakkan peha dan sudah pun dapat peha, apakah sampai mereka akan memijak kepala bangsa yang bernama Melayu.

kita saksikan sama sama episod Kuasa Melayu ini dan cabarannya,
Bergitulah APA LAGI ? :Bila raja Bertitah, siapa pula yang melatah.

Terima kasih.

1 comment:

tunmaharezza said...

sdr zaid yg dihormati :

apabila Raja mengingatkan agar perasaan melayu jgn digores ianya bermakna Raja kiat mengikuti perkembangan politik terkini dan apatah lagi ungkapan keramat tersebut datangnya dari seorang Raja yg pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara.

saya yakin Baginda Sultan telah menimbang dgn sebaik baik dan seadail adilnya sebelum Baginda membuat penyataan tersebut.

kita mesti akur dgn hakikat bahawa pemimpin politik bukan melayu telah bermain api dgn mendatangkan kebencian rakyat mereka kpd pemimpin melayu dan khususnya dari umno.

mereka mesti diuruskan mengikut undang undang negara dan pemimpin umno pula wajar disekolahkan semula dan difahamkan erti maksud MUNAFIK kpd mereka.

sekian