Tuesday, November 25, 2008

APA LAGI ! BILA YANG SEHAT TINGGAL DI RUMAH SAKIT

Saudara pembaca,

Pagi tadi saya sambil minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan, seorang kawan saya bercerita, dia baru balik dari rumah sakit, melawat anaknya yang menghidap penyakit usus.Sambil bercerita tentang stuasi anaknya, dia memberitahu saya yang anaknya itu ada bercerita kepadanya mengenai sikap pesakit yang telah sembuh, katanya ada 3 orang pesakit di Hospital kerajaan yang telah di sahkan oleh dokter, bahawa mereka itu telah sembuh, dan boleh keluar hospital. Tetapi anehnya mereka tidak mahu keluar. Saya bertanya kepada kawasan saya kenapa dah sihat tak mahu keluar rumah sakit ? Secara berseloroh kawan saya mengatakan mungkin si pesakit itu sehat fizikal, tapi tak sehat mental, atau mungkin katanya makan di hospital pecuma dan kalau kelaur dari Hospital nak cari makan mungkin susah. Saya tanya lagi hanya itu saja ke sebabnya ? dengan selamba di jawab, tinggal di Hospital bagi mereka itu lebih tenang, mungkin di rumah ada masalah, dan keselesaan itu, mungkin di ambil kira.

Kepada saya, melihat bahawa Hospital Batu Pahat adalah padat di isi pesakit, Justru itu langkah mendirikan Hospital baru memang dalam perlaksanaan, namun apa yang menarik mengenai pesakit tadi adalah Beban keluar dari rumah sakit yang mungkin faktor utama di fikirkan oleh mereka, Justru itu Kerajaan juga perlu menyelesaikan segera maslaah ekonomi Negara,dan menjadi parah apabila kesannya sampai ke rakyat, yang sanggup berlindung di Rumah sakit hanya dengan memudahkan mereka mendapatkan sesuap nasi.

Apa lagi, telatah yang kita lihat ini sangat membimbangkan, justru itu berginilah keadaanya apabila yang sehat tinggal di rumah sakit, dan sekiranya bilangan pesakit yang seperti ini semakin bertambah, maka kesannya jangan sampai ramai yang pura pura sakit, tetapi hakikatnya mereka tidak sakit, jangan jangan perbuatan mereka ini adalah untuk menyakitkan perangaii dan tingkah laku, kerajaan yang tidak mengatasi masalah ekonomi mereka.

Wahullahhualam!.

Terima kasih.

No comments: