Sunday, November 23, 2008

ETIKA PENULIS BLOG

Saudara Pembaca,
Menteri Dalam Negeri, menjelaskan perlu adanya etika bagi penulis Blog, beliau membuat kenyataan semalam. Kepada saya etika penting sebagai penulis Blog itu, adalah menulis dan mendedahkan perkara sebenar, dan berfaedah kepada awam, dan negara. Kesadaran menulis sebenarnya untuk menyampaikan pesan, dan pesan yang di buat hendaklah jelas, maklumatnya juga jelas, dan siapa yang menulis tidak perlu takut jika perkara yang didedahkan itu benar. Cuma yang tidak betul adalah jangan buat fitnah!

Jika kita berfikiran terbuka, kita hendaklah menyampaikan tulisan kita kepada mereka yang berminat untuk membacanya,dengan tujuan positif, saya ambil contoh, jika ramai penulis blog, maka banyak lah maklumat yang di peroleh, dan maklumat itu berguna untuk setiap pihak berintrospeksi, justru itu menulis tidak ada had dan sempadan, cuma butiran yang di sampaikan hendaklah benar dan jujur.

Jika penulis blog di minta berbuat demikian, saluran media kerajaan juga perlulah jujur dan tidak mengabui fakta, dan membohongi rakyat. Soalnya adakah kita mahu melihat negara ini tercemar dengan cerita palus dan bohong, fitnah dan thomah, yang jelas tentu sekali tidak , namun ramai di kalangan penulis mempunyai objektif masing masing, hanya mereka yang memiliki nilai agama dapat memahaminya dan etika yang sebenarnya.

Saya berharap, marilah kita gunakan saluran yang ada untuk mengkritik, memuji, dan menegur,tetapi biarlah semuanya ke arah membina. Untuk Menteri dalam Negeri, banyak lagi gerakan jenayah yang perlu di tangani dan di atasi, antara lain jenayah ganas, samun,rompak, salahguna kuasa, rasuah, ugut, dan sebagainya yang boleh mengancam keselamatan dalam Negara. Justru itu saya cadangankan Menteri Dalam Negeri memohon penjelasan kepada para politikus yang boleh memecah belahkan bangsa, agama dan Negara. Ini adalah inti pokok untuk menyelesaikan masalah dalam negeri yang sering membuat rakyat terancam dan menjadi lemah.
Justru itu etika blog sama dengan etika semua kehidupan manusia,iaitu hasilkanlah yang terbaik buat negara, dan kritiklah negara dan pemimpinnya,supaya mereka tahu untuk mengubah diri menjadi lebih berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.

Sekian terima kasih

No comments: