Friday, November 14, 2008

BILA MINYAK TURUN HARGA, KENAPA HARGA BARANG LAIN TAK TURUN.

Saudara Pembaca,

Sejak kebelakangan ini harga minyak semakin turun, semalam di fahamkan 57 USD, setong, dulu naiknya sampai 140 - 150 USD setong. Harga barang barang melambong, disetiap sektor, samada perubatan,perkhidmatan,pemakanan, dan lain lainnya lagi. Saya lihat budaya naik tak mahu turun adalah bahaya.Biarlah flexsibel sedikit. Jika rakyat sayangkan negara, peniaga peniaga mestilah bersikap jangan pentingkan diri sendiri.
Jika kerajaan naikkan harga dan kini berusahalah untuk turunkannya, dan jangan sampai kerajaan memaksaan peniaga, perbuatan itu adalah tidak baik, turunlah sebelum di turunkan.

Kerajaan harus ingat, jika ini tidak diatasi, akan memberi kesan yang banyak kepada semua pihak.Dalam hal ini semua pihak mestilah berkerjsama untuk menyelamatkan negara. Tidak ada siapa yang terkecuali untuk membantu negara, kita harus membantu rakyat dan negara kita. pembangkang dan kerajaan seharusnya berfikiran Rasional untuk kepentingan rakyat.

Adakalanya tindakan kerajaan tak tepat, dan ada masanya pula perbuatan pembangkang tak betul, jadi sama samalah bertindak secara tepat dan betul, supaya jika harga minyak turun,dapat kiranya harga lain lain barang turut turun. Jika tidak rakyat akan menurunkan mereka, sebelum mereka turun dari kuasa. Kuasa yang ada pada mereka ini, adalah pinjaman sahaja,laksankan tugas dengan amanah. Jika peniaga masih berdegil, kalau perlu kita import barang murah dari luar kita import sajaha, malah jika perlu kerajaan membuat kilang kilang tertentu, maka kerajaan kena buat, supaya rakyat berpuas hati terhadap penyelesaian masalah mereka. Jadilah pengguna yang baik, peniaga yang baik, kerajaan yang baik dan pembangkan yang baik, dan pastikan Bila harga Minyak turun, harga barang lain akan juga turun.

kepada saya,
Adalah sangat bahaya bahawa jika ada barang yang tak pandai turun, tetapi asyik naik saja.
Ini tentu menegangkan dan meletihkan kita semua. berhati hatilah dengan Isu ini
dan tanganilah dengan bijaksana, semuga semuanya selesa.

Sekian terima kasih.

No comments: