Hari ini,Khamis 6hb Nov 2008, jam 11.45 Pagi, seorang lelaki datang ke pejabat saya. Dia adalah sahabat yang saya kenali.
Kedatangannya mengadukan masalah, dengan penuh yakin dia menghulurkan kad pengenalnya kepada saya namanya Sakimin bin Sarwijan, dan dia membenarkan saya untuk mengungkapkan aduannya di dalam kenyataan Blog saya ini.
Masalahnya, dia merasakan kerajaan kurang mengambil tindakan daripada Isu Budaya lepak dan masalah sosial.
Saya kata kepadanya, masalah beliau bermula dari rumah, apa yang terjadi pengawasan anak anak adalah tanggungjawab Ibu bapa, dia menyetujui pendapat saya, tetapi katanya " kerajaan juga harus bersikap tegas dan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat kecil " Dia mengambil contoh, terhadap kes yang terjadi kepada anaknya, yang telah di bawa ke pejabat Agama Batu Pahat untuk di soal siasat mengenai " tindakan liar-pergaulan bebas ". Pada hal katanya, saya telah memaklumkan kepada pejabat Agama sebelum ini untuk meminta bantuan ,supaya anak saya di hantar ke Pusat Pemantapan akidah, tetapi malangnnya pejabat Agama,tidak mengambil tindakan tersebut, sehingga tertangkap nya anak saya, hanya bentuk nasehat dan perjanjian dengan pejabat saja yang dibuat, padahal saya telah meminta agar anak saya itu di latih di pusat Pemantapan akidah, namun cakap rakyat kecil seperti saya ini tidak di indahkan.Saya berharap kerajaan negeri dan pusat haruslah memikirkan, masalah apa yang terjadi kepada pegawai dan kakitangannya. Seharusnya aduan saya kepada mereka mendapat perhatian serius,malangnya cakap rakyat kecil seperti saya, siapa yang ingin mendengar ! Harapan saya jika kerajaan tidak mahu merubah tingkah laku pegawai dan kakitangannya yang diamanahkan itu, maka tunggulah masanya rakyat bakal merubah kerajaan pada PRU 13.
Saya , hanya menasehatkan beliau, agar bersabarlah kita. kerana kita sama sama adalah rakyat kecil. Namun gajah yang besar akan menjadi biol bila tikus yang kecil masuk ke telinga gajah.
Sekian Terima kasih.

No comments:
Post a Comment