Saudara Pembaca,
Kalau saudara masuk ke Daerah Batu Pahat, melalui jalan Muar - Batu Pahat, saudara akan berjumpa jambatan Batu Pahat. Jambatan itu sudah berusia hampir 70 tahun. (Jambatan tua).Arus kerendaan semakin bertambah di jalan ini, malangnnya ahli parlimen tidak memperhatikan langsong. Saudara terus masuk Perbandaran Batu Pahat, terdapat satu bangunan tinggi yang bernama Menara Majis perbandaran Batu Pahat. Menara tersebut menjadi gajah Putih, wang yang diperoleh dari pembinaan tersebut merupakan hasil cukai rakyat, malangnya Ahli Parlimen yang ada tidak ambil peduli untuk mengasas guna Menara tersebut, lebih parah lagi kawasan tersebut menjadi sarang dadah dan maksiat, kotor dan menjijikan.
Saudara, masuk ke kawasan simpang rantai, saudara akan bertemu dengan tanah milik UMNO yang diabaikan bertahun tahun lamanya, wang dari pemaju cina telah di ambil oleh ahli Parlimen tersebut, tetapi bangunannya masih belum berdiri. Saudara pergi ke Jalan batu pahat - Kluang, kawasan ini banyak Industri,pencemaran udara, air, dan pekerja asing, malangnnya ahli parlimen tersebut membiarkan pencemaran yang sedia ada, ada mata menjadi buta, ada telinga tidak mahu mendengar, ada mulut menjadi Bisu.
Jika saudara terus masuk ke kawasan Jalan batu pahat - Senggarang, saudara akan dapati, terdapat gerai wawasan milik kerajaan yang dibelanjakan jutaan ringgit, tetapi terbengkalai, kotor dan menjadi tempat maksiat golongan Muda, setiap hari ahli parlimen melalui jalan tersebut, tapi matanya bular tak nampak, pembaziran apa yang sedang berlaku.
Banyak lagi masalah rakyat di kawasan batu Pahat ini, termasuk kemiskinan, kawasan banjir, maksiat, gejala dadah, kesempitan hidup pekerja kilang, tekanan majikan kepada pekerja, keciciran pelajar, pembayaran cukai pintu yang tinggi, harga barang barang yang tidak terkawal, kawasan persempadanan tanah dan tanah ceroboh yang tidak selesai, malah Ahli parlimen yang ada gagal melaksanakan tugasnya, tetapi jika hadir ke majlis tertentu di batu pahat ini, bercakap dan berjanji dengan cakap dan janji kosong.
Sudahlah jangan cakap tak serupa bikin.
Beliau saya lebelkan sebagai batu loncatan untuk memenuhi kepuasan diri dan kepentingan diri,
nanati rakyat akan menghakimi orang yang cakap tak serupa bikin.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam perjuangan,
Ingin saya komen secara peribadi sebagai anak batu pahat yang telah 40 tahun berada di daerah yang terkenal sebagai apa yang dikatakan tempat lahirnya umno. Tapi malangnya sehingga sekarang boleh di kira apa yang dicapai oleh orang melayu di daerah ini khususnya adalah amat sedikit. Tiada perjuangan bagi menangani isu kemiskinan dimana saya pernah berjumpa satu keluarga di kawasan koris yang masih duduk di dalam rumah yang dibuat daripada kayu serpihan dan seorang tua perjuang di kongo di pinggirkan sebagai contoh. jadi inikah yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan bangsa. jadi fikir-fikirkanlah nasib orang di bawah parti yang mengatakan ia adalah parti yang memperjuangkan ketuanan melayu.
SALAM REFORMASI UNTUK ORANG BATU PAHAT.
Post a Comment