Saturday, December 27, 2008

SELAMAT TINGGAL TAHUN LAMA, SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Saudara pembaca,
Istilahnya cukup mudah, 2008 akan pergi dan kita ucapkan selamat tinggal dan tahun baru 2009 akan menjelang ,kita pun ucapkan selamat datang kepada tahun baru 2009. Sebenarnya yang datang dan pergi adalah peristiwa, manakala peristiwa pula membayangkan prilaku kita pada tahun tahun tersebut, yang telah sudah di sebut sejarah, manakala azam untuk mencatat sejarah yang bakal mendatang disebut sebagai menyejarah. Ini bermakna di dalam kehidupan kita perlu ada introspeksi, lihat diri ke dalam, apa yang terjadi pada kita sepanjang 360 hari yang di lalui pada 2008. Saya cuba mengetuk jendela hati ini, untuk mengatakan sepanjang tahun 2008, saya bersyukur kepada allah di atas segala pemberiannya yang cukup banyak, dan saya berharap sepanjang 2009, dapat mempertingkatkan diri untuk menjadi mmanusia yang berguna kepada haliknya, kepada masyarakatnya, kepada negara dan agama. Insyallah.
Ya allah, sesungguhnya aku berterima kasih diatas segala pemberian dan kurnia mu kepada ku, ya allah sesungguhnya telah banyak nikmat yang kau berikan kepada ku sejak aku lahir hinggalah ke hari ini. Nikmat mu iitu memang tidak dapat di dustakan, Ya! Allah apalah kiranya kau ampuni segala doa dosa ku, dosa kedua orang tua ku, dosa saudara mara dan jiran jiran ku, dan kau ampunkan dosa sahabat sahabat ku, isteri dan anak anak ku, serta isteri dan anak anak mereka, kau ampunkan lah dosa kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya tahun 2008, ini telah banyak memberikan pengajaran kepada ku, dan Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha pengampun dan pencipta, kau citptakan hati dan nuaraniku, jasad dan tubuh ku dengan perkiti yang mulia, semoga dengan kemuliaan ini, aku dapat memperjuangkan Agama, bangsa dan Tanah air ku.
Ya Allah, aku tiada daya dan upaya melainkan mengharapkan belas dan kasih mu, semoga kau perkenakan doa ku ini, semoga perginya tahun lama meninggalkkan perkara yang baik kepada ku dan datangnnya tahun baru disambut dengan nur kebaikan dan kejayaan, Amin Ya rabbal alamin.

Selamat tinggal tahun lama dan selamat datang tahun baru.

Sekian terima kasih.

Thursday, December 25, 2008

KUNCI PATAH

Saudara Pembaca,
Tadi malam saya dengan pantasnya ke pejabat, ingin bertemu dengan sahabat sahabat,saya telah diberi tahu oleh sahabat saya cepat sedikit datang ke pejabat katanya! Dengan tergesa gesa saya pula sampai ke pejabat dalam tempoh 7 minit. Pejabat saya itu di tingkat 1, jln tanjung laboh di simpang rantai Batu Pahat. Se sampai saya di pejabat, perut saya mengulas dan terasa sakit, lalu ada seorang sahabat saya yang bernama selamat , saya dengan pantas memanggil namanya...mat! mat tolong bukakkan pintu dulu, aku nak ke Bilik Air, sakit perut>
Selamat dengan patuhnya dan cepat sekali mengambil kunci dari tangan saya, untuk membuka pintu pejabat. Malangnya apabila saya keluar dari bilik air, saya dapati dia masih gagal untuk membuka pintu tersebut, saya bertanya kepadanya...Mat kenapa ? tak buka lagi, dia pun menjawab ...Kuncinya dah Patah dan terselit didalam. Dengan perasaan marah bercampur geram saya pun memberitahu padanya, ...hey selamat apa lagi yang hendak di patahkan.

Mungkin cerita ini terlalu simpel atau mudah, tetapi pengajarannya cukup mendalam kepada saya, iaitu, jika kita dalam keadaaan apa saja yang terdesak, sebenarnya kita perlu banyak bersabar, termasuklah jika kita sedang menghadapi kesakitan. Malangnya berapa ramaikah ummat manusia di pentas dunia ini tahu bersabar ? Jika tak sabar, jadilah macam cerita kunci patah, tersebut.

terima kasih.

Saturday, December 20, 2008

IJN NAK DI SWASTAKAN

Saudara Pembaca,
Jika IJN (institut Jantung Negara ) nak di sewastakan, alamat banyak masalah akan timbul,berbanding jika ia tidak di swastakan. Saya jadi benci kepada pihak yang hendak swastakan sedikit demi sedikit milik negara. Cukuplah tu, dah banyak hak negara yang di swastakan, dan tak perlu saya senaraikan satu persatu. Jika hal seperti ini pun tidak dapat di fikirkan oleh kepimpinan Negara, ini adalah tanda tanda Negara sedang menghadapi malapetaka. Anda tentu ingat selogan selogan awalan kerajaan di Negara ini, antara lain menyebutkan ' RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU ". Kalau hal IJN ini, bukan soal rakyat sehat lagi, malah di takuti rakyat takut untuk mendapatkan rawatan di IJN, disebabkan harganya yang tinggi, akhirnya selogan tersebut pada hakikatnya dikuburkan sendiri oleh kerajaan. Nak sehat apa, jika dari ribuan menjadi puluhan ribu dan akhirnya ratusan ribu untuk merawat jantung yang bermasalah.
SAYA TETAP PECAYA, BAHAWA MAKNA SWASTA BERPENGHUJUNG DENGAN MENCARI KEUNTUNGAN, DAN AKIBATNYA PENDERITAANLAH KEPADA RAKYAT MISKIN YANG TAK MAMPU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI IJN. INILAH MERUPAKAN TANDA TANDA, KITA MULA DIJAJAH KEMBALI.
BERHATI HATILAH DAN SELAMATKAN LAH NEGARA KITA INI, PANDANG PANDANGLAH MASA DEPAN ANAK DAN CUCU KITA. JANGAN AKHIRNYA KITA SUDAH TIDAK MEMILIKI APA APA PUN DI NEGARA KITA, YANG BIASA KITA NYATAKAN SEBAGAI MERDEKA.
Sekian terima kasih.

Friday, December 19, 2008

NASIB NAJIB


Saudara Pembaca,
Bulan March 2009, sudah hampir tiba, masuk saja Januari 2009, najib sudah menanti untuk menjadi Presiden UMNO secara rasmi pada Mac 2009. Lepas itu menaruh harapan untuk jadi PM. Sampaikah Hajat Najib jadi PM?
Mungkin sampai dan mungkin juga tak sampai. Saya berpendapat, sejarah perlantikan PM di Negara ini biasanya berjalan dengan mulus dan telus, tetapi kali ini macam nampak tak kena aje, dimana tak kenanya ? Pertama yang saya nampak janggal sikit, seolah olah Pak Lah melepaskan Jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri secara terpaksa. Siapa pun sebenarnya tidak suka dipaksa turun dari Jawatan. Memaksa sesaorang untuk turun dari jawatan adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah. Alasan apa yang kukuh sangat sehingga Pak Lah mesti letak Jawatan. Apakah kerana Pak Lah telah menipu Negara ? Apakah kerana Pak Lah melakukan Rasuah, Apakah Kerana Pak Lah utamakan kroni ? Atau Pak Lah rompak Harta kerajaan ? atau Pak Lah memang lembab dan tak mampu memimpin ? Alasan apa pun untuk menyuruh seorang Presiden dan Perdana Menteri letak jawatan yang saya tahu, adalah dikatakan Pak lah gagal memberikan keputusan yang baik dalam pilihanraya ke 12. Kalau ini alasannya saya fikir tidak bergitu kukoh. Bagi saya seorang pemimpin yang berpengalaman akan tahu bila dan macam mana perlu dia letak Jawatan. Jika sebab perletakan jawatan tersebut dikonsprasikan oleh Najib, maka itu tandannya Nasib Najib akan menjadi seperti Pak Lah juga, akhirnya. Saya melihat sejak kebelakangan ini ada desas desus yang tidak mahukan Najib jadi PM, oleh kerana itu JIKA pak Lah dan tak mampu jadi PM, najib pun tak mampu, siapa pula yang mampu ? Jadi budaya memilih pemimpin di negara kita tak ubah seperti di Indonesia, selesai Pak harto digulingkan,naiklah pula BJ Habibi, lepas itu Gusdur, lepas itu Megawati, lepas itu susilo,......Jadi apa yang boleh dibayangkan adalah Nasib Najib akan serupa dengan pemimpin pemimpin di Indonesia, jika ini terjadi, maka tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan dari barisan nasional, tunggulah saat ketibaan kekalahan. Kepada saya BN sudah tidak Relevan untuk perjuangan rakyat, dan rakyat perlu merubah selera untuk merasai suasana baru dan Harapan baru, dan kebarangkaliannya ada pada sebuah parti yang bernama PKR.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, December 18, 2008

MONOLOG 10


Saudara Pembaca,

TUHAN MEMBALAS KEKEJAMAN MANUSIA

Setiap perbuatan ada pembalsannya, yang baik akan di balas baik dan yang buruk akan

dibalas dengan buruk padahnya.Ummat Islam hanya mampu berdoa. Tuhan membalas

perbuatan manusia di atas sikap perbuatan manusia itru sendiri, tidak kira dia Islam atau

bukan Islam, jika orang Islam berlaku kejam dan zalim, tuhan juga pasti akan membalas

perbuatan mereka itu. Tersingkap lagi peringatan yang diberikan oleh Allah S.W.T

Dengan menghantar bala tenteranya seperti angin, yang berubah menjadi taufan,putting

beliung dan rebut. Air yang berubah menjadi banjir melimpah dan menenggelamkan

umah dan tanah,sawah dan bendang,ladang dan kematian tergelempang dimana-mana

dengan dihantarkan sunami sebagai peringatian kepada ummat manusia, ratusan ribu

manusia mati dalam kehinaan dengan sekelip mata.

Ombak yang tinggi menggunung menyapu apa yang ada di daratan, dan mengulungnya

membawa ke laut, inilah kenyataanya, tidakkah kamu insaf !

Allah lantas menurunkan kemarau, kepanasan dan kehausan,catuan air bermula dan

manusia menjadi resah,menurunkan hujan batu merosakkan harta benda, menyemarakan

api di hutan dan akhirnya menjadi tidak terkawal,bumi pun menjadi panas, paksinya

berubah,goncangannya terasa lalu terbit pula gempa bumi yang dasyat. Gempa

diandaman mengangkat air menyapu manusia,membasahi bumi Aceh,Sri

Langka.India,Malaysia,kepulauan-kepulauan serata dunia dan disambung dengan lava

yang bakal mengalir seperti di Filipina dan Indonesia, Turki dan eropa timor, semua ini

adalah amukan Alam, yang terasa sakit akibat dari kekejaman manusia, di sanalah antara

tuhan membalas kekejaman manusia.

Agama yang bernar di sisi Allah hanyalah Islam, yakinlah dengan Islam.

Terima kasih.


Wednesday, December 17, 2008

MONOLOG 9

Saudara Pembaca,

Kita sering mendengar perkataan jalan lurus, dan kita juga pernah melihat jalan lurus,kita juga pernah melihat jalan berliku dan mendengar perkataan berliku, jika kita aplikasikan perkataan ini dalam hidup kita maka tercermin pilihan mana yang akan di ambil. Berliku adalah jalan yang mempunyai cabaran,boleh jadi semua manusia menempuhnya dan ditengah liku liku itu kita diituntut untuk bersikap benar dan benar itu adalah yang lurus,justru itu segala prilaku kita harus berkeadaan lurus.Walaubagaimana pun diabad moden ini,ramai yang berlagak lurus , walaupun mereka menyebutkan perjuangan yang berliku.KEGANASAN LABEL KEPADA PENGANUT ISLAM apakah jalan lurus yang berliku, atau liku yang lurus.Ini suatu penghinaan yang dibuat oleh golongan anti Islam, musuh Islam telah menciptakan istilah ini. Media antarabangsa juga menulis tentang Islam dan Keganasan,apatah lagi Media barat terus mengecam Islam sama dengan keganasan.Umum tahu ianya bermula sejak peristiwa 11 sept WTC ,world tread center yang telah dirempuh oleh pesawat mengakibatkan ribuan ummat manusia terkorban. Lantas sama
osama ladein dikaitkan dengan organisasi yang dipimpinnya Al kaedah.Implikasi balasan yang dibuat oleh Amerika terhadap gerakan ini, adalah memburu osama ladein yang berada di Afganistan, natijahnya Negara tersebut di serang,ramai juga yang menjadi korban peperangan yang disebut terorris.

Negara-negara Islam terus dilebel oleh Amerika, samada di Afrika,Asia,Timur tengah dan serantau dunia yang ada penganut Islam dianggap merbahaya bagi mereka.Penganut Islam abad ke 21 dilanda kemuraman,hanya doa yang mengiringi penganut Islam dan barulah terasa ummat islam seluruh dunia,bahawa kita kekurangan ilmu,kekurangan teknologi, kekurangan kepakaran,kemiskinan ekonomi,dan gejala social yang membusung,kesemuannya ini lebel yang ada dimata ummat islam,lebih lebih lagi terasa sedih di label sebagai Pengganas.

Sekian Terima Kasih.

MONOLOG 8

MASA BODOH

Saudara Pembaca

Adalah aneh dan pelik, apabila kekejaman terjadi,penyelewengan nyata,penindasan terus bermaharajalela ahli UMNO sebahagiannya membisu, ini yang aku namakan MASA BODOH. Kalau trend ini berkembang dalam UMNO,maka umno akan menghadapi malapetaka besar, maka itu kita mesti benteras sikap masa bodoh itu.Jangan terkejut suatu hari nanti UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yang zalim,dan ahlinya menjadi jumud, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Biasanya kita menunjuk kepada perbuatan orang lain tentang pribahasa ini, kenapa kita tidak merujuk pribahasa ini pada diri kita sendiri khususnya tentang amalan diri kita,yang dikatakan amanah yang diberikan Allah S.W.T kepada kita. Jika pribahasa ini ada pada jiwa kita dan kita tujukan pada diri kita, sudah semestinya kita akan memulakan kerja amalan baik sepanjang masa, kernan pribahasa ini juga mengawal sikap kita.Perkara ini ada kaitan dengan menjelangnya ramadhan, ada kaitanya dengan azam kita, dan aku pahatkan azam Ku ini menjelang ramadhan 2009 ini, Mungkin juga ini jalan terbaik membina diriku untuk menjadi manusia yang sentiasa berwaspada kepada diri sendiri. Maka itu aku berperang dengan diri ku,dengan nafsu ku untuk membantu manusia lain tidak terjebakdengan perwatakan yang mengelirukan. JANGAN JADIKAN INSAN LAIN TERJEBAK DENGAN MASA BODOH.

Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

MONOLOG 7


CITA CITA ADALAH RELATIF

Saudara Pembaca

Sengaja aku mencatatkan tulisan ini secara rencam, bermula dari mana-mana yang

ku fikirkan bersesuaian dengan perjalanan kehidupan, yang tidak semestinya dicatiti

bermula dari kelahiran, dan berakhir setelah kematian, tetapi ia boleh bermula dimana-

mana asalkan ada keratif kita untuk memulakan penulisan. Berbalik kepada sejarah

adalah masa lalu yang mengantungi peristiwa berkaitan manusia,waktu dan tempat

mengingatkan aku, bahawa manusia sering mencipta sejarah. Aku mempunyai cita-cita

api tidak jelas, kerana bagi ku cita cita adalah relative.Semua kanak-kanak sejak kecil

boleh bercakap cita-cita mereka untuk menjadi peguam,guru,doctor dan sebagainya.

Namun aku berpendapat cita-cita terbaik adalah jadilah manusia yang berguna kepada

Agama,Bangsa dan Negara yang berlandasakan Iman.

Kadang kala kita tidak menyangka, di Universiti kita berada di Jurusan pertanian,tetapi

berakhir karier kita sebagai seorang kontraktor. Mungkin kita hebat dengan ilmu

kedoktoran yang kita pelajari,tetapi akhinya kita menjadi ahli Politik.Benarlah kita boleh

merancang tetapi tuhan lebih menentukan,kita hanya mampu berusaha,berdoa dan

bertawakal, sebab itulah aku lebih cenderong meletakkan cita cita sebagai tujuan

kehadiran dan kelahiran kita dipentas dunia ini, iaitu untuk mengabdikan diri kepada

Allah S.W.T


Sekian Terima kasih.

MONOLOG 6

APA ITU SEJARAH ?

Saudara pembaca, Semasa di Sekolah Rendah aku tidak pernah tahu apa itu sejarah ? kalau tahu hanya sekedar Sejarah itu cerita-cerita sahaja, yang dipaparkan dengan tarikh, setelah aku belajar ke pusat pengajian tinggi barulah aku tahu makna sejarah cukup luas, dari difinisinya secara linguastik hinggalah kepada Isi,bentuk ,sifat dan tiori-tiorinya.Jelas sejarah yang berasal dari perkatan Arab adalah Sajaratun –Pohon diterjemahkan dari akar

hingga kepucuknya adalah saling bertautan dan memberi kesan antara satu dengan lain.
Sejarah dalam bahasa Inggeris di sebut History,berasal dari perkataan Yunani
Istoria,yang bermaksud – Belajar melalui bertanya-tanya, iaitu
Apa.Kenapa,Mengapa,Siapa dan Bagaimana ? Persoalan ini yang perlu dijawab ,dikupas
dan diterjemahkan dalam sejarah hidup setiap Insan yang ingin menukilkannya.

Terima kasih.

MONOLOG 5

PERANG NAFSU

Saudara Pembaca,

Sesungguhnya peperangan yang terbesar adalah nafsu, sejauhmana manusia dapat mengawal dirinya dengan akal yang dimilikinya,jika ia tidak diiringi dengan ilmu,itulah yang saya maksudkan akal ilmu, yang sentiasa menoleh kebelakang menjadikan pengalaman dan menjenguk kedepan mencari jalan terbaik didalam dunia kehidupan yang dicabar oleh Nafsu dan syiatan, godaan demi godaan akan meneyerang manusia samada beriman maupun tidak beriman, jadi janganlah kita terpedaya dengan nafsu dan syaitan, ketahuilah segala usaha kita itu harus diabadikan untuk Allah S.W.T. dan untuk ummat manusia menikmati kurinaan Allah yang sangat banyak, Apakah kita tidak berfikir atau nikmat tuhan mu yang manakah yang ingin kamu dustakan ? inilah persoalanya di dalam kehidupan !

Terima kasih.

MONOLOG 4

SALAH GUNA TEKNOLOGI

Saudara Pembaca,

Antara Komputer dan peperangan, adalah dua perkara yang ingin menarik perhatian saya.Saya kenal computer mulai tahun 70an dan awal 80an,ketika itu berjenama appel.Pada waktu itu abang saya, membuka kelas computer di Johor bahru. Saya masih ingat diJalan segget di bangunan UMNO Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor tingkat 4. Komputer hari ini sangat canggih, pengisiannya juga canggih,pelbagai gunaan boleh dijana menerusi computer dari menjadi mesin taip hinggalah menjadi senjata dan seterusnya melahirkan peperangan yang dapat membunuh jutaan manusia.Stuasi malang ini telah menguasai minda manusia yang akhinya menjadi jumud dan picik.Setiap hari didada akhbar dan pelbagai media menceritakan kehebatan manusia mencipta tekonologi yang berpenghujung dengan nasib malang yang ditimpa oleh manusia sendiri.Kisah pembunuhan,kekejaman dan kemiskinan yang dibelenggui oleh mereka yang tidak berdaya,maka tangan tangan manusia yang telah banyak merosakkan persada bumi ini dan merosakan diri sendiri, inilah malangnya apabila ilmu yang diperolehi digunakan untuk membunuh diri mereka sendiri, inilah kezaliman yang dicitapkan sendiri dan terimalah padah dari kezaliman mereka itu.Masih lagi tentang morden dan kecanggihan manusia menciptakan tekonologi,dimana kesannya berakhir dengan tragis dan menyedihkan, Apakah ini semua yang ingin saya maksudkan dalam ungkapan diatas ?

Tidak lain adalah mengenai Akal. Manusia tidak menciptakan akal, tetapi mengunakan akalnya ! hanya mereka yang tahu menggunakan akalnya pasti dapat mempertimbangkan hasil ciptaanya kearah yang lebih baik, dan cara mengunakkan akal adalah dengan melihat kepetingan dan kemudahan yang boleh dirasai oleh manusia sebagai jambatan memperkokohkan hubungan sesama manusia seterunya mengkagumi milik Allah yang sangat tidak terbatas.JANGAN JADI MANUSIA YANG SALAHGUNAKKAN TEKNOLOGI

MONOLOG 3

Saudara Pembaca.

Tidak sama akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dengan computer ciptaan akal manusia,, kerana sifat computer itu adalah dipringkat skunder dan akal yang diberikan Allah kepada manusia adalah dipringkat primer.Peperangan kelasik yang dilalui oleh manusia zaman dahulu adalah dengan kekuatan tenaga diri, mereka berperang dengan senjata buatan sendiri, dari kayu dan batu, manakala peperangan kini adalah sangat moden,menggunakan rudal,dan alat perang canggih tanpa masuk kekawasan musuh, tetapi dapat memusnahkannya dengan serangan dari luar yang menakjubkan. BERGINLAH AKAL PRIMER

LORONG PERJUANGAN HAKIKI

Manusia menilai kemodenan dengan material, menilai perubahan dengan material dan akhirnya hati mereka diselaputi dengan material, ini lah perubahan zaman moden, dengan memiliki kebendaan dan kekayaan dapat menakluki apa yang mereka inginkan, Apa saja yang aneh terpandang oleh mereka, maka mereka menjadi takjub, padahal mereka sangat terlupa dan memang terlupa bahawa material yang diberikan oleh tuhan kepada mereka adalah lebih dekat dan lebih takjub.Malah mereka tetap mengejar kuasa, pada hal kuasa itu boleh menjadikan ia lebih sengsara, tetapi boleh juga bahagia jika Manusia itu berpaksikan Agama, dan nilai luhur di dalam perjuangan yang serba mencabar pada masa kini. Berginilah jika kuasa saja milik kita, atau jika material saja milik kita walhal agama adalah gugusan kepada kehidupan yang menyeluruh. Kembalilah kepadanya agar kita akan menemui lorong perjuangan hakiki.



Terima kasih.

MONOLOG 2


Saudara Pembaca,

Mungkin benar atau tidak ! Perubahan tekonologi dan kemodenan membuat manusia semakin Lupa, kehadiranya dipeta dunia ini. Bukankah manusia didunia ini titipan tuhan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Mungkin nafsu telah menakluk mereka dan mereka jadi mabok dengan pola fikiran syiatan, dan hari ini kita lihat manusia sudah hilang pertimbangan akal,hilang malu,timbul keganasan,salah guna kuasa, salah laku dan menentang hukum sunahtullah. Nikmat yang mana lagi yang hendak mereka dustakan,dan sehingga mereka benar benar lupa akan tanggungjawab mereka sebagai manusia.Benarlah ramai manusia telah kehilangan nilai manusiawinya ?

Terima kasih.

MONOLOG 1

.IBU KU DAN ERA NEGARAWAN



Ibuku yang dilahirkan pada tahun 30an, kini mencecah usia 70an, suasana sebelum perang Jepun, suasana Negara ini ketika dijajah Inggeris, kemudian Jepun menjajah,dan Bintang Tiga Komunis memerintah dan kembali semula kepada penjajahan Inggeris adalah masa dan peristiwa yang diceritkan oleh Ibu ku kepada aku, dan sehingga ini Ibu ku masih hidup zaman memperjuangkan kemerdekaan dari Allahyarham Tunku Abd Rahman hingglah ke zaman Dato Seri Hj Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Ibu ku sentiasa meberikan respon siasah, walaupun ibuku bukanlah seorang politikus. Mungkin agaknya terjana mindanya melihat diriku berada pada pentas politik yang tidak menentu.Kini ibu ku telah kembali kerahmatullah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin dan solihah. Biarlah aku kenang kembali pesan Ibu ku, bahawa sesungguhnya di dalam kehidupan ini mesti ada kesugguhan dan kesungguhan itu mestilah berterusan, sehingga kini amanat ibu ku, tetap dalam pegangan ku bahawa aku tidak akan lunturkan hasrat dan kehendaknya, cita cita dan harapannya, sebab kepada ku Ibu ku adalah negarawan ku.

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya

Dunia akan menyesal

Manusia akan menghempas diri

Menghentak kaki

Kenapa dan mengapa

Kita lupakan tammadun ini

Wahai ummat manusia

Belum terlewat

Paksi bumi masih dilandasnya

Wahai manusia

Belum lambat

Dunia baru bersedi

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya

Dunia akan menyesal

Manusia akan menghempas diri

Menghentak kaki

Kenapa dan mengapa

Kita lupakan tammadun ini

Wahai ummat manusia

Belum terlewat

Paksi bumi masih dilandasnya

Wahai manusia

Belum lambat

Dunia baru bersedi

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan









































































Untuk apa lagi bicara

Tentang tammdun

Yang dah lewa

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya


APA DAH JADI HUTAN SIMPAN DI JOHOR; BANGAU OH BANGAU

Saudara pembaca,
Saya mengambil tajuk ini untuk renungan sejenak, iaitu Negeri Johor yang kaya dengan Hutannya sudah mulai terancam dan pendedahannya tidak begitu meluas ? Kalau kita melihat daerah Kota Tinggi dan Mersing, juga di Muar dan Batu Pahat, segamat dan Labis, sudah barang tentu sangat mengecewakan kita untuk melihat tanah tanah hutan telah digondolkan, secara tidak bertanggungjawab dan secara perperancangan yang menutup lunas undang undang ? Saya khwatir suatu ketika nanti Negeri Johor akan mengalami keadaan yang negetif alam sekitarnya, malahan yang paling menyedihkan kekayaan milik alam dan kderajaan negeri ini hanya segelintar manusia yang tidak bertanggungjawab membolotinya. Tentunya golongan tidak bertanggungjawab yang kononnya sebagai pengusaha atau peneroka haram di tanah tersebut mengemukakan cadangan yang sifatnya membangun, tetapi haikatnya merugikan seluruh rakyat Johor. dimanakan peranan Kerajaan negeri hari ini, mereka membisu dan telah buta serta membiarkan kejadian ini berterusan. Apa dah jadi dan tentunya kita merasa kesal . Kekesalan ini juga apabila rezab Hutan berubah menjadi kawasan tanaman sawit, maupun sebagai tanaman jenis lain, atau terbiar setelah hutan ditebang. sangat memalukan apabila penguasa sudah tidak prihatin,sengaja membutakan diri dan memekakkan telinga. Jangalah sampai bila banjir terjadi, Johor tenggelam dan pemimpinnya menjadikan Isu ini Umpama Bangau oh bangau.



TERIMA KASIH.

KISAH DAN KASIH BERSILANG POLITIK


Saudara Pembaca,
Agak lama saya tidak menulis, dan terbaru saya menonton TV3, yang menyiarkan salah seorang MP opsisi Sarifuddin Nasution mengungkapkan di Parlimen mengenai Politik wang oleh calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO 2009, pada mesyuarat Perhimpunaan Agung UMNO.Mereka yang disyaki bermainpolitik wang itu akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau seterusnya menjelaskan ada beberapa bukti padanya, mengenai politik wang yang sedang berlangsong menjelang mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia. katanya ada yang menjanjikan setiap 2 minggu akan diberikan RM500.00 dan tiketik kapal terbang, dan sebagainya.

Bagi saya, tidak pelik terhadap isu yang didedahkan oleh MP tersebut, saya tahu dan masak tentang UMNO dalam pemilihannya. Saya dah melaluinya sejak sekian lama, dan jika mereka berkata soal politik wang, saya hanya mampu tersenyum, sebab apa ? berapa banyak pun mereka bercakap untuk mebenteras politik wang, sampai bila bila pun saya tak percaya kepada mereka, kepada saya cakap tak serupa bikin, Hari ini bentang mengenai Suruhanjaya rasuah, padahal cerita lampu rasuah dikalangan jerung jerung profail tinggi tak selsai, malah ada yang masih tersorok. Cukup lah sebenarnya saya dah jelak mendengar politik wang. Untuk apa dapat kuasa dengan cara macam itu, cara haram, tidak bermaruah, lepas itu rompak cara terhormat hak rakyat dan negara. malu sikitlah pada tuhan, dan kalu dengan tuhan pun tak pandai malu, maka apatahlagi pada diri sendiri, tentu banyak tokak pada tubuh badan. Akhirnya jual negara,lepas itu anak bini,

Sebab itulah, jangan menyesal bila politik bersilang, kisah terpadam dan kasihpun tiada kepada golongan yang menghancorkan negara. Bertaubatlah sekiranya anda bermain dengan politik wang. Kembalilah kepangkuan kebenaran.

Sekian terima kasih.

Tuesday, November 25, 2008

APA LAGI ! BILA YANG SEHAT TINGGAL DI RUMAH SAKIT

Saudara pembaca,

Pagi tadi saya sambil minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan, seorang kawan saya bercerita, dia baru balik dari rumah sakit, melawat anaknya yang menghidap penyakit usus.Sambil bercerita tentang stuasi anaknya, dia memberitahu saya yang anaknya itu ada bercerita kepadanya mengenai sikap pesakit yang telah sembuh, katanya ada 3 orang pesakit di Hospital kerajaan yang telah di sahkan oleh dokter, bahawa mereka itu telah sembuh, dan boleh keluar hospital. Tetapi anehnya mereka tidak mahu keluar. Saya bertanya kepada kawasan saya kenapa dah sihat tak mahu keluar rumah sakit ? Secara berseloroh kawan saya mengatakan mungkin si pesakit itu sehat fizikal, tapi tak sehat mental, atau mungkin katanya makan di hospital pecuma dan kalau kelaur dari Hospital nak cari makan mungkin susah. Saya tanya lagi hanya itu saja ke sebabnya ? dengan selamba di jawab, tinggal di Hospital bagi mereka itu lebih tenang, mungkin di rumah ada masalah, dan keselesaan itu, mungkin di ambil kira.

Kepada saya, melihat bahawa Hospital Batu Pahat adalah padat di isi pesakit, Justru itu langkah mendirikan Hospital baru memang dalam perlaksanaan, namun apa yang menarik mengenai pesakit tadi adalah Beban keluar dari rumah sakit yang mungkin faktor utama di fikirkan oleh mereka, Justru itu Kerajaan juga perlu menyelesaikan segera maslaah ekonomi Negara,dan menjadi parah apabila kesannya sampai ke rakyat, yang sanggup berlindung di Rumah sakit hanya dengan memudahkan mereka mendapatkan sesuap nasi.

Apa lagi, telatah yang kita lihat ini sangat membimbangkan, justru itu berginilah keadaanya apabila yang sehat tinggal di rumah sakit, dan sekiranya bilangan pesakit yang seperti ini semakin bertambah, maka kesannya jangan sampai ramai yang pura pura sakit, tetapi hakikatnya mereka tidak sakit, jangan jangan perbuatan mereka ini adalah untuk menyakitkan perangaii dan tingkah laku, kerajaan yang tidak mengatasi masalah ekonomi mereka.

Wahullahhualam!.

Terima kasih.

Monday, November 24, 2008

APA LAGI : BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA DI BATU PAHAT

Saudara pembaca,

Sejak dari dulu lagi, penduduk di Batu Pahat merasa kurang selesa terhadap tindakan Majlis Perbandaran Batu Pahat mengswastakan tempat letak kereta. Pada mulanya tiang tiang tempat memasukan wang siling di adakan, dan pada hari ini pakai sistem kupon. Samada memakai kaedah membayar tempat letak kereta di tiang maupun memakai sistem kupon sama saja, yang jelas kerajaan Negeri harus berubah, dan mestilah tidak membebakan rakyat. Apa yang jelas, adalah sekiranya tempat letak kereta yang mesti berbayar itu di kenakan di tempat awam atau di pusat membeli belah tidak lagi menjadi masalah sangat, namun yang sangat memualkan adalah meletakkan kereta di hadapan rumah kedai sendiri pun kena bayar, meletakkan kereta di hadapan bangunan kerajaan dengan tujuan untuk berurusan dengan kerajaan juga kena bayar.
Apa kerajaan sudah kehilangan punca pendapatan, sehingga mengutip wang tempat letak kereta, sepatutnya hal yang melibatkan kepenggunaan rakyat hendaklah di berikan secara percuma dengan itu, selogan kerajaan penyayang menjadi kenyataan, tetapi mungkin selogan itu berubah menjadi negetif, malah ada rakyat bercakap kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan U - you - M - must , N - not , - O -objek, hal ini sama dengan kuku besi, yang akan terus melepek adalah rakyat, mana hendak bayar duit cukai tanah, cukai pintu, llesen itu dan ini, bila air dan eletrik, tanggungan sana sini, yang seharusnya kerajaan prihatin kepada nasib rakyat. Yang pelik tempat letak kereta pun nak di kenakkan bayaran, Apa lagi yang hendak di kenakan kepada rakyat, janganlah rakyat bertambah susah, kakitangan kerajaan dan pegawainya menghabiskan wang rakyat, melancong sana sini. Berpada padalah untuk mengenakan bayaran kepada rakayat, termasuk bayaran tempat letak kereta.


Sekian Terima kasih.


Sunday, November 23, 2008

MENTERI DAN BUDAYA TAKUT ?

Saudara pembaca,
Pagi ini saya membaca Utusan Malaysia halaman 4, dalam negeri tajuknya berbunyi " TUN MAHATHIR DI RAYU JANGAN DEDAH NAMA ". Isi laporan tersebut adalah menyentuh saran dari Menteri Pengajian Tinggi Dato Khalid Nordin, agar Dr, Mahathir memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan Politik Wang.Menurut Khalid tindakan itu akan menyebabkan implikasi negetif yang besar kepada parti.

Menurut saya, tidak seharusnya seorang menteri memberikan nasehat kepada bekas perdana menteri dengan mengajarnya untuk tidak transparent. Mahathir bukan ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul, malahan khalid harus berfikir yang dirinya itu adalah Menteri pengajiran tinggi, yang menjadi contoh untuk menunjukkan dan menegakkan kebenaran. Dia harus bersikap jujur untuk mengesan,menyasiat dan memastikan bahawa politik wang itu memang ada dalam UMNO, dan seharusnya secara kilat dia menyambut kenyataan Dr. Mahathir agar di dedahkan nama mereka yang terlibat, dengan bukti buktinya sekali. Saya fikir jika kita masuk ke alam ilmiah, kita mesti melahirkan siswa dan siswazah yang jujur dan berani, yang objektif dan releven terhadap proses pembelajaran dan pendidikan. Kitalah yang menjadi contoh untuk bercakap benar, bukan berselindung di balik kebenaran,

Jika hal yang sebenarnya di tutup tutup di dalam parti, apa pula yang banyak kisah tersembunyi di didalam kementerian pengajian tinggi yang tidak kedenganran dan di tutup tutup ? ini akan menjadi prasangka awam dan sungguh menakutkan rakyat. Sebab itu lah dalam dunia Ilmiah kita harus mempertahankan hujjah dan bukti kita secara tepat dan betul, biarkan lagi Dr. Mahathir mengamukakan kisah sebenar. Dia kata , dia tahu dan dapat tahu tentang hal tersebut,sebab itu dia berani kemukakkan dalam akhbar, jadi mengapa kita merasa gelisah dalam suasana hari ini yang permintaan keteluasan itu semakin meningkat, sebab itulah saya berharap Menteri jangan ada budaya takut .

Sekian terima kasih.

SELOKA UMNO

  1. Mukadimmah

Tahun 1987, saya menulis diskripsi tentang UMNO di Universiti Sumatera Utara, Medan Indonesia. Saya menulis sebagai syarat untuk melepasi Ijazah sarjana saya di universiti tersebut di bidang sejarah. Tulisan tersebut saya abadikan dan saya nukil disebabkan cinta,kasih dan sayangnya terhadap UMNO.

Pada tahun ini 2008, saya merasa terpanggil untuk menulis kembali tentang UMNO yang menguasai politk tanah air, sudah berada diambang kehancoran,

Tulang belakangnnya sudah bengokok, dan UMNO sudah menjadi semakin tua dengan usianya menjangkau 60 tahun.

Pilihanraya ke 12, memberikan kesan yang mendalam kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jaguh-jaguh utama tumbangdalam pilihanraya, tidak kurang yang tidak juguh juga tumbaang tewas di kawasan yang mereka tandingi.Ramai yang tidak pecaya dengan kemerosotan sokongan yang melanda UMNO dan BN.

Ada pula yang telah meramalkan bakal terjadinya perisitiwa buruk di dalam sejarah Politik UMNO, pada PRU ke 12. Pada hakikatnya, satu persatu pekong UMNO dan BN telah di buka, satu persatu kelemahan pemimpin-pemimpinya di hebakan, dan tidak kurang pula memberikan lain lain sebab kenapa sunami ini melanda.

Kepada saya, melihat persoalan ini bagai lumrah politik, dan saya langsong tidak terkejut serta menganggapnya sebagai kebiasaan dalam sejarah politik, dan semuanya pernah terjadi pada pentas sejarah politk Dunia, sejak zaman Nabi Adam a.s. Apa yang terkejut, memang itu sepak terajang dalam politik, dan tiada ada kuasa yang bakall kekal, semuannya ini adalah lakonan sejarah manusia di pentas dunia yang di uji oleh Allah s.w.t..

Sebab itu, saya akan mengambil pendekatan ringan di dalam tulisan ini, dengan hanya menamakan tulisan ini sebagai SELOKA UMNO.

SELOKA 1.

  1. Dari Dato Onn pengasas UMNO,

Di sambut oleh Tunku Abdul Rahman,

UMNO dulu, tak pernah semberono,

Tapi kini di telan zaman.

2. Zaman Dato Onn, Melayu di satukan,

Zaman Tunku UMNO di Merdekakan,

UMNO dahulu sentiasa di abadikan

UMNO kini sentiasa dihancorkan.

3. Benterakkan mirip dengan kehancoran

Ramai pemimpin niat nak pulihkan,

Sayang sekali jurangnnya sangat ke jauhan

Pemimpinya asyik tuding tudingan.

  1. Sampai ketika jawatan di cari,

Pemilihan UMNO macam pencuri

Politik wang amalan sendiri

Menang dan kalah apa peduli.

  1. Pedulilah sedikit kepada rakyat

Yang miskin terus papa kedana

UMNO dahulu terus di hayat

Tetapi kini terus merana.

  1. Rakyat merana siapa yang salah

Pemimpin UMNO tak rasa gundah

Ahli UMNO semakin parah

Hilang keyakinan, telah pun sudah.

  1. Tahun 1987 UMNO berpecah

Lahir semangat 46 memanglah meriah

Melayu lemah sudah terserlah

Kerana Melayu suka di papah.

  1. Memapah UMNO tak ke sudah

Muncul pula PKR gagah

Tak puas hati, tak sudah sudah

Pilihanraya memanglah kalah.

  1. Sajak Pak lah di baca pun sudah

Kalau nak faham bukanlah susah

Tun Mahathir rasa tak bersalah

Kenapa khairi kena belasah ?

  1. Ku cari damai di hati,

Ku perkenalkan Islam Hadari,

Ku cari Ghazali dan Sahfie

Ku Hilang shahrizat dan samy

  1. Isteri tercinta telah pergi

Ku ambil Jin sebagai pengganti,

Oh, sakitnya hati, apabila hilang 5 negeri

Memang aku tak puas hati.

  1. Mahathir mintak aku berhenti,

Tapi aku kasian kat khairi,

Dia belum jadi menteri,

Ku jumpa 4 tahun lagi

Itu pun kalau aku tak mati

  1. Itu pantun seloka SMS

Musim pilihanraya ke dua belas

Mereka semua tak mahu berkias

Budaya melayu tidak terbias.

  1. Kembali semula zaman Tun Razak

Usaha membangun memanglah rancak

Kenapa kini pembangunan merojak

Rakyat tertinggal, tidak di ajak.

  1. Cerita pembangunan di tulis akhbar

Rakyat di minta untuk percaya

Nasib melayu memang tercabar

Wilayah iskandar sudah terpedaya

  1. Inilah angkara pembangunan Pak lah

Cakap hari ini, esok nak ubah

Tapi ternyata semakin rebah

Koridor yang ada menjadi parah.

  1. Peniaga peniaga menjadi gundah

Harga barang naik tak sudah

Pengguna pula menjadi marah

Akhirnya pemimpin terlus di ludah.

  1. Dulu cakap pemimpin masin

Cakapnya bukan main main,

Tetapi kini pemimpin bermusim

Akhirnya anak muda cakap tak main.

  1. Jangan bermain dengan UMNO

Di kerisnya ada keramat

Hari ini mereka make don’t no

Sebab dalam UMNO ramai pengkianat.

20.Suara UMNO sudah tawar,

tidak semasin seperti dulu

Pemimpin UMNO pandai melawar

Yang penting pulus masuk dahulu

21.Dulu ahli UMNO,banyak guru melayu

Kini ahli UMNO, banyak koperat

Dulu UMNO memang bersatu

Kini UMNO memang keparat.

22. Orang melayu disuruh berniaga,

Akhirnya parti hendak di gadai

Pemimpin UMNO seperti naga

Tertunggang terbalik di tiup badai.

23. Berbalah balah tak habis habis

Di hadapan rakyat pura bersatu

Keyakinan ahli semakin tipis

Sebab pemimpinnya kepala batu.

24. UMNO Johor katanya kubu

Pilihanraya ke 12 semacam jerebu

Menangnnya tak seperti dulu

Sebab Ghani Othman macam ulat bulu.

25. Negeri Melaka memang bersejarah

UMNOnya pula dikatakan terserlah

Banyak calon yang di pilih salah

Ali Rustam terpinga sudah

26. Mat Hassan menjaga Negeri

Terima Khairi terus negeri

Hilang Mat Isa tokoh terperi

Akhirnya negeri bertambah DAP.

27. Tak sangka Khair toyo dapat Jawatan menteri besar

Hilangnya juga tidak di duga

UMNO selangor menjadi pudar

Sebab pemimpinya ramai kecewa

28. Dari Selangor kita ke Perak

Jumpalah dengan Tajol Rosli

UMNO kini terberak berak

Kerana pemimpinnya menjadi tuli

29. UMNO Perak, UMNO Kedah

Kedua negeri sudahpun kalah

Angkara melayu dendam tak sudah

Kini raja menjadi marah

30. Negeri Kedah masih beraja

Pulau Pinang tiada rajanya

Nasib melayu dah ketulah

Akhirnya melayu merayu redah

31. Tak puas hati Melayu berhimpun

Marah Guan Eng kerana menyamun

UMNO Pulau Pinang hilang santun

Kerana terpaksa menyembah ampun

32. Pak lah pegang kepala batas

UMNO Pulau Pinang tersungkur sudah

Melayu Pulau pinang sabarnya terbatas

Nasibnya kini sudah di tebas

33. Sahidan kata sokong Pak Lah

Dapatlah dia watikah itu

Datang Mat Isa menyerbu sudah

Rakyat perils menjadi haru biru

34. Naik lah dia ke Kuala Lumpur

Bertemu pak Lah penuh harapan

Jawatan menteri Besar akhirnya terkubur

Maruah sahidan terasa segan.

35. Nasib Sahidan dan Idris Jusoh

Hampir sama watikah tak laku

Pemimpin UMNO semakin lusoh

Detik runtuh menunggu waktu.

36. Rakyat Terengganu melaung sudah

Daulat Tuan ku berderang derang

Ahmad Said dijualng julang

Penyu menangis siapa yang tahu

37. Panas melayu memang sekejap

Sebentar lagi sejuklah dia

Pemimpin Melayu jangan Biadap

Raja memang sudah sedia

38. Katanya cari bulu ayam

Tak nampak bulu togel lah dia

Wahai wak Rasol, cakapnya tenggelam

Gagahnya di luar, takut di dalam.

39. UMNO Terengganu, PAS Kelantan,

Dua dua negeri Melayu

Apa di harap perangai setan,

Tak sudah sudah bertengakar selalu.

40. Tok Guru Nik Aziz lama bermudik

Anuar Musa memang di sayang,

Ingatlah wahai awang adik

Kerana tamak jadi anjing dengan baying banyang.

41. Pergi Kelantan, masuk ke Pahang

Singgah berjumpa dengan pak di

UMNO sudah semakin Bahang

Perangai nya buruk men jadi jadi.

42. Mana dia Dato hassan Ariffin

Kenapa yang Hilang Jamaluddin jarjis

Kini UMNO kehilangan pemimpin

Terseluk lobang,terpegang najis.

43. Jongkang jongkit permainan kita

Sangat asyik bermain congkak

Wahai pemimpin UMNO kenapa tak sekata

Kenapa pula terlalu bongkak.

44. Dulu kata, sekarang pun kata

Umno punya rakyat jelata

Tapi kini,berubah juga

UMNO bukan milik kita

45. Rakyat kata, pemimpin salah

Pemimpin kata, rakyat yang salah

Rakyat dan pemipin tak mahu mengalah

Akhirnya kini, umno terima padah.

46. Pru ke 12, telah berakhir

Tindakkan rakyat seperti ahli fikir

Ahli yang bijak perlu berzikir

Mempertahankan UMNO sebelum berakhir.

47. Pemimpin UMNO terus bersuara

Selamatkan UMNO, selamatkan negara

Baru sedar datang becana

Apa gunanya terlambat jua.

48. Bersalam salam konon bersatu

Berkata kata di belakng batu

Teguhkan hasrat, biar bersatu

Kembalikan UMNO dengan wajah baru.

49. Himpun sana, himpun sini

Untuk memberitahu pilihlah kami

Sedangkan UMNO, digores kini

Ibarat mancis terbakar nanti.

50. Bila UMNO sudah terbakar

Barulah ahlinya merasa sedar

Tanpa benting, sudah pun pudar

Pudarlah ia, kan sama berputar.

51. Dato Musa dari Johor

Tengku Razaligh dari kelantan

Perpecah ia, termasyurlah ia

Nasib ahlinya terkelar di belantan.

52. Anwar Ibrahim tak sayang UMNO

Keluar UMNO, masuk keadilan

Orang Melayu ditimpo bencano

Agak terlebih, makan belacan

53. Bukan menghina bangsa sendiri

Kalau terlupa. Perlu ingatkakan

Pemimpin UMNO pentingkan diri

Ahlinya pula pentingkan makan..

54. Tarik tali, ikat perut

Makan rojak, bercampor kapor

UMNO kini, semakin mengarut

Mencari kepentingan bercampor campor.

55. Tun Mahathir letak Jawatan

Kata dia, lama memimpin

Sampai masa masih bersetan

Jadi hancur tidak bertahan.

56. Anak kecil petah bercakap

Dalam buyaian menangis dia

Mananya UMNO dikata cekap

Kenapa tersungkur,tiada sedia.

57. Selagi ada nafas di badan

Menampong kodrat berusaha gigih

Kalau ahlinya tidak menyetan

Tak mungkin ianya boleh terpelongih.

58. Salam sayang kepada Melayu

Tiang rumahnya semain condong

Wahai Melayu perlu bersatu

Himpunkan diri mu seperti kepompong.

59. Anak Merbok hinggap di dahan

Anak Mahathir bermain lastik

Hati mana yang tak tertahan

Melihat UMNO semakin dramatic.

60. Tun Daim ke luar Negara

Mencari untung dengan berjuta

Niat pemimpin biarlah mulia

Jangan pula jadi derhaka

61. Mat Rahmat di panggil bulat

Jasanya banyak penuh khidmat

Jiwa pimimpin mesti tersemat

Perjuangan UMNO akan selamat.

62. Sanusi Junid banyak Ideanya

Dalam cabinet tegas orangnnya

UMNO bergolak di kumpulkan orangnnya

Vertran UMNO dalam ingatannya

63. Megat Junit tinggal abdi

Semangat UMNO terpadat di diri

Jika hidupnya di masa kini

Pertelagahan UMNO pasti dihindari.

64. Osman saat bekas Menteri besar Johor

Ghani pula menyambung tugas

Dulu UMNO sangat termasyur

Kini UMNO bak seperti ungas.

65. Daton Onn pemimpin pertama

Tengku pula pemimpin kedua

UMNO kini memang dah lama

Yang lama itu, tak mesti tua.

66. Pemimpin ke tiga Tun Razak

Tun Hussin pemimpin ke empat

UMNO kini mula nazak

Akhir pemimpinnya tidak bertempat.

67. Tun Gaffar di sanjung mulia

Di tentang dia, si anwar Ibrahim

Ahli UMNo dah mula kecewa

Seperti kecewannya Mahahthir kat daim

68. Rafidah Aziz tegak orangnnya

Asyiah Gani jujur orangnnya

Wanita kini panjang delimannya

Mengejar tempat,asyik idamannya.

69. Lahir puteri, lahir lah putera

UMNO kini bersemangat membara

Sayang pemimpinnya hanya pandai berbicara

Akhir ahlinya jadi mengila.

70. Bendera UMNO, merah dan putih

Ada pula keris bersilang

Ahli kini terpaksa bertatih

Sebab pemimpinnya banyak temberang.

71.Cogan katanya sangat jelas

Tapi tak ikut sebab pemalas

Menjadi ia seperti pengalas

Akhirnya UMNO seperti gelas

72. Bila masanya hendak bersatu

Jika peilnya macam hantu

Ahli UMNO kami nak seru

Pulang lah kepangkal yang jitu.

73. Hari hari mendabik dada

Tiba masa menyombong dia

Pemimpin UMNO biarlah perpada

Jangan sampai berjauhan sorga.

74. Anak Tun Gafar bernama Tamrin

Menantu Pak lah bernama khairi

Selalu sangat tergoda yakin

Akhirnya mencari sokongan ke sana kemari.

75. Harapan rakyat jangan di sanggah

Ahli UMNo perlu meredah

Pilihanraya belumlah kalah

Tapi sikapnya terasa salah

76. Faktor sabotaj, pendapat pak lah

Itu sebabnya UMNO kalah

Pilihanraya ke 12 tidak tersersalah

Siapakah lagi punca yang salah ?

77. Pengkhianat UMNO hendak di hukum

Itu petanda UMNO nak pulih

Tersalah Hukum, tersebut di halkum

Akhirnya UMNO akan tersembelih

78. Jangan tuding terus menunding

Nanti ahlinya merasa runsing

Wahai UMNO mari bersing sing

Esok masih fajar menyingsing.

79. Pak lah kata khairy tak campur

Mahathir kata Khairy melebih

Itu tandannya sudah berbaur

Bolehkan UMNO menjadi pulih

80. Kata Pak lah dia nak terus bersuara

Kata Mahatir aku terbuka

Kenapa ahli UMNO minta pak lah bersara

Mahathir jawabkan rakyat terluka.

81. Panglima Pak lah, keluar menjawab

Bukanlah Paklah tidak bersalah

Tetapi mahathir suka berbalah

Dialah punca penyebab salah.

82. Mahatir kata dia berhak untuk bersuara

Tiada bermaksud untuk bertempat

Kinilah sudah nampak saudara

Sampai masanya Melayu kan merempat

Cakapnya lain buat pun lain

Tidak seperti bertindak tegas

Sampai masanya pengambalin tugas

Akhinyanya melayu menjadi Unggas.

83. Berkata sanusi, bukan susah menjadi Menteri

Wahai nak Muda, biarlah bistari

Lontarkan pendapat berhati hati

Janganlah hanya senang di hati

Negeri kan runtuh, melayu kan mati.