Friday, November 14, 2008

KISAH NASI LEMAK KAYU API

Saudara pembaca,

Saya lahir dan di besarkan di Batu Pahat, di sini ada makanan sarapan pagi yang populer, umum di Batu Pahat mengetahhuinya iaitu Nasi lemak kayu api. Berhampiran dengan kampong saya ada seorang lelaki tua, yang pandai memasak nasi Lemak. dia masak nasi lemak,bukan pakai dapur gas, tapi nasi lemak yang di tanaknya itu memakai kayu api dan proses memasaknya agak lama sedikit. namun kesannya cukup menyelerakan.

Saya dan kawan kawan heran, mengapa nasi lemak kalau di masak pakai dapur gas tak sedap berbanding memakai kayu api. Apa rashianya. Saya pun bertanya dengan pembuatnya, Pak cik kenapa pak cik pakai kayu api, kan sekarang ni dah moden, ada dapur gas dan dapur leterik, Dia menjawab pertanyaan saya itu dengan sinis, katanya budak budak sekarang bukannya faham, mana nak tahu, semuannya dah senang. " katanya.

Saya mengulangi lagi soalan kepada pak cik tersebut, dengan tidak berbahasa basi, dia terus menjawap, tentulah ada beza, kalau kita makan pedas dengan makan kari, gitulah pakai kayu api dengan dapur gas, saya bertanya apa bezanya pak cik ",katanya beza itu ada pada bau, dan terus menyerap pada selera.

Katanya lagi, sambil berseloroh ' adik tahu gas ! bau gas macam bau kentot, sebab tu lah, makan nasik lemak dapur gas sama menghirup selera kentuk, sedangkan pakai kayu api, baunya adalah asal tumbuhan kayu, memberikan kesegaran dan nikmat, malah kayu itu, kalau di campurkan dengan kayu yang berkhasiat tentu sekali makan nak lagi.

saya pun berkata kepadanya! oh..gitu, Kalau bergitu pak cik tentulah ini rashia kejayaannya pak cik, sebab itu tak putus putus orang datang menjamu selera di tempat pakcik ini. Bermula dari sanalah saya terus yakin dengan semangat dan ideanya itu, dengan mencoba mencari perubahaan.

Selang beberapa tahun kemudia, kira kira 15 tahun dari tarikh saya menulis tulisan ini, saya kembali ke tanah air dan melihat semula tempat perniagaan Pak tersebut, saya sudah dapat gambarkan bahawa tentu pak tersebut mempunyai sebuah restoran,berbanding dari warongnnya yang usang itu, atau sudah ada lori yang secara bermobail untuk menjual nasi lemaknya, atau mungin Francis baru nasi Lemak.

Dengan semangat yang membara saya pun pergi ketempat tersebut, untuk membeli Nasil lemak barunya itu, ternyata mengecewakkan saya, warong nasil lemak sudah tiada lagi, dan Pak Cik yang menjual nasil lemak itu juga sudah tiada di kampong itu. wah kecewanya saya. bau kayu api nasi Lemak itu telah merangsang saya untuk mengetahui kemana Pak cik tersebut, dan saya mula bertanya tanya dengan orang orang disana, maka mulalah satu demi satu cerita mereka tentang Nasi Lemak Kayu Api, pak cik tersebut.

Yang jelas, ketika saya bertanya dengan seorang perempuan yang namanya tidak mahu di sebut, dia mengatakan Pak cik tersebut, masih hiudp lagi, tapi dah tidak menjual Nasi lemak, sebabnya
...kalau nak tahu, kita sambung di minggu depan.


Sekian terima Kasih.

No comments: