Saturday, November 8, 2008

MUHYIDDIN, MUHAMMAD TAIB DAN ALI RUSTAM, SIAPA YANG MENANG ?

Saudara Pembaca,

Saya mengambil tajuk ini, Siapa yang menang antara mereka bertiga ? Kalau kita menoton filem P.Ramle, kita pasti melihat watak Ibrahim pendik yang pergi ke pasar membuka plan Buah dadu, dan membalingkan buah dadu itu, lagi berteriak...mari mari! mari coba nasib ! Lihat siapa yang menang ? (dalam Filem Penyamun).

Hari ini, pertandingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden UMNO tersebut, macam cerita yang di karang oleh P.Ramlee. Ketiga- tiga mereka mencoba nasib, walaupun plan dan plot cerita pemilihan telah di susun atur. Namun dari 3 calon, yang pasti 1 calon akan menang dan 2 calon lagi akan kalah.

Walaupun begitu, calon tersebut perlulah meneropong halus, sebab pada buah dadu itu tidak ada angka yang berbeza, yang ada adalah hanya angka yang sama, yang pasti si pembalingnnya lah yang tetap menang, siapakah si pembaling itu ?

Kalau si pembaling dadu itu adalah Muhyiddin, dialah yang menang, kalau si pembaling dadu itu Muhammad Taib, dia jugalah yang menang, dan jika si pembaling itu tok Ali, maka tok Ali lah yang menang ? Kalau saudara membaca tulisan Ismail Ahmad Pontian, dia cakap Muhyiddin itu adalah merupakan kesinambungan perjuangan Bermartabat. Dia pernah menghuraikan bagaiman Muhyiddin mengharungi badai, menjenguk setelah biduk berlalu, dia juga digambarkan dengan istilah jejak bertapak yang memiliki cabaran, visi dan Missi.

Kalau Muhammad Taib pula memang terkenal dengan semangat melayu barunya, baca buku Melayu baru beliau diterbit tahun 1993. Dia cerita pasal melayu baru dan apakah salahnya melayu lama ? Dia menceritakan tentang keagungan bangsa melayu, dia juga bercerita tentang Membandarkan melayu dengan anutan nilai baru. Semangat melayunya memang tinggi dan bersemangat, tanpa menjadikan bangsa lain sebagai musuh atau lawan, bagi beliau konsep persaingan adalah proses memperbaiki diri bangsa.

Tok Ali pula tak kurang Hebat ! melalui buku barunya terbitan 2007, menjelaskan wawasan kenegaraan iaitu menyentuh tentang elemen elemen pembinaan bangsa, menghayati rukun Negara,menyelami wawasan 2020, missi nasional, modal insan dan daya saing negara.Jauh dari itu tok ali juga mengupas mengenai integriti Nasional, perpaduan dan keharmonian kaum, kontrak sosial, konsep bangsa malaysia dan Malaysia dalam arus globalisasi.

Ketiga tokoh ini memang memiliki daya juang yang tinggi, semangat mempertingkatkan bangsa dan Negara, dan berusaha untuk mencapai yang terbaik kepada missi Malaysia sebagai dunia yang bersaing di pentas antarabangsa.

Kepada saya, samada Muhyiddin, Mohammad taib atau Tok Ali, memang lah ligat bercakap dan berfikir, malah bertindak, cuma yang saya bimbang janganlah misi yang di angkat itu, yang dibicarakan itu, dan di perkatakan sebelumnya menukil sejarah bukan siapa yang menang ? Tapi siapa yang tertangkap dan terperangkap dengan Politik Wang?
Dan diantara mereka bertiga siapa yang tidak pernah menang dan siapa pula yang tidak bermain politik Wang ? Tanya diri, dan lihatlah di saku.

Sekian Terima kasih.

No comments: