Friday, November 7, 2008

FOMULA SELAMATKAN PARTI POLITIK DI MALAYSIA DARI BUDAYA POLITIK WANG

Saudara pembaca,

Tengku Ahmat Ritauddein menyebutkan seperti yang tersiar pada akhabar utsan malaysia iaitu sudah pada pringkat yang berbahaya Politik Wang dalam UMNO, dan beliau meminta pucuk pimpinan parti mengatasi hal ini. Katanya pada pemilihan UMNO kali ini ada 900 aduan mengenai politik wang yang di terima.

Kepada saya melihat hal ini, sudah sejak sekian lama. kesadaran ahli UMNO dan Pemimpinnya mengenai isu politik wang semacam sudah bebal, malah sebal dan menjijikkan apabila kita mendengarnya.

Tahun 1993 dan 1996, di Batu Pahat Laporan politik wang telah dimaklumkan kepada pusat, tetapi mereka pekak ,bisu dan buta melihat kebenaran. Saya kecewa dengan kepimpinan UMNO serta lembaga displin dan pengerusan parti. Mereka bukan saja tidak adil, malah menganggap pekara ini ringan dan tidak memberi kesan.

Hari ini, mereka sudah meraskan bahangnnya dan mungkin esok UMNO akan terbakar serta musnah, disebabkan sikap yang sebelum ini saya sebutkan. baru baru ini di Batu pahat di dalam pemilihan UMNO khususnya di Bahagian batu Pahat, masih lagi politik wang bermaharaja lela. Calon yang memberi mengharapkan undi, perwakilan pula mengharapkan wang sebagai imbalannya. Ada yang kata jika bagi wang salah dan susah, jika tak bagi wang kalah dan musnah.

Pada masa kini, kita juga tidak usah melihat penyakit itu , di dalam UMNO, tetapi juga di dalam parti parti lain, yang jika tidak dibendung dari awal akan musnah. Musanahlah parti dan musnahlah Negara, hancorlah parti, maka hancorlahlah Negara.

Saya mecadangkan Politik wang ini di dalam mana mana pertubuhan, mestilah di awasi secara adil, dan untuk mencapai keadilan tersebut maka ia mestilah di selia oleh jawatan pendaftaran pertubuhan di dalam mana mana pertubuhan yang akan mengadakan pemilihan, pemantuannya, perlaksanaan pemilihannya, proses lobi melobinya mestilah di pusatkan di bawah jabatan ini dan di awasi oleh suruhanjaya pencegah rasuah malaysia, dengan melantik golongan independent di kawasan tersebut bagi tujuan bertindak adil dan saksama.

Fomula kedua pula adalah jika wang diperlukan untuk menjalankan aktiviti kempen, maka mana mana calon yang hendak bertanding mestilah di berikan batas jumlah penggunaan wang hanya bertujuan untuk majlis majlis pennerangan,kempen dan dailog, bukanlah melarang ahli dari berkempen seperti yang ada dalam UMNO hari ini, sepertimana yang terdapat pada Tataetika Ahli UMNO perkara 5, yang boleh ditafsirkan sebagai ada perkara perkara yang berpandangan sempit, seperti;- 5.1. (5.1.2.) (5.1.3) yang semestilah dilihat dalam rongga yang besar.

Fomula yang ketiga, samada menyidir atau tidak seperti yang dikemukan oleh Dato rais yatim iaitu Bagi jawatan tinggi perlu di tander, ini adalah suatu idea yang sebenarnya menjurus dan membawa kepada suasana UMNO sudah tidak releven kepada ahlinya, partinya dan perlembagaannya, dimana dari segenap lapisan dalam parti tersebut sudah membelakangkan perlembagaan yang di hasilkan oleh mereka. Jika Perlembagaan yang ada tidak di fahami, tidak di hormati dan tidak digunapakai, maka ahli dan pemimpin di dalam UMNO itu sendiri yang melanggar dasar yang mereka ciptakan. Rakyat menilai hal seperti ini. Ini sangat serius dan Jalan keluarnya UMNO harus kembali kepada kefahaman dan pengamalan perlembagaannya yang di hasilkan secara bersama dengan pedoman,penghayatan dan pengamalannya, Jika tidak
sama saja di tegur atau tidak di tegur, diambil tindakan atau tidak diambil tindakan, dinasehat atau tidak di nasehat, maka UMNO berada di Penghujung kehancoran, yang dibuat sendiri oleh ahli dan pemimpinnya.

Fomula yang paling berkesan kepada mereka adalah kembalilah UMNO kepada keadilan, dan kebenaran Islam, justru itu dapat menyembuhkan penyakit yang sedia ada. kepada saya sudah luntur keyakinan saya kepada UMNO, yang selama ini, oleh pemimpin terdahulu yang bersungguh sungguh berkerja keras untuk mendapatkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan, tetapi hari ini yang di peroleh dari UMNO tidak lain adalah Fitnah, cerca,maki hamun, politik wang, kepentingan diri, politik cantas, tamak dan gila kuasa, sedangkan di luar sana masih ramai lagi rakyat sedang menanggung kemelaratan dan keperitan Hidup.

BEGITULAH RUPANYA UNTUK SELAMATKAN POLITIK WANG DI MALAYSIA.

Terima kasih.

No comments: