Friday, November 7, 2008

JENIS KEPIMPINAN APA DI MALAYSIA ?


Saudara Pembaca,

Hari ini kita bertanya, jenis kepimpinan apa yang sedang berlangsong di Malaysia.
Ada yang menyebut, kalau pemimpinnya adalah pemegang idelogi demokrasi. Demokrasi raja berpelembagaan, dan kepimpinannya adalah jenis pemimpin yang terdorong dengan Idelogi demokrasi. Ada yang menyebut kepimpinan nasionalis, sebab pemimpin di negara ini berteraskan perkauman bangsa. Ada yang menyebut kepimpinan Nasional, sebab di asas oleh pelbagai kaum di dalam satu parti menjadi barisan nasioanl, mapun pakatan Rakyat yang datang dari pelbagai kaum di satukan oleh satu ketua kumpulan pembangkang. Ada juga yang menyebut kepimpinan Ulama.

Hari ini, saya akan menghurai bagaimana yang disebut kepimpinan Ulama. Bila di sebut kepimpinan Ulama semua orang lazimnya terfokus kepada kepimpinan PAS (Parti Islam Se Malaysia). Dalam PAS kita pernah mendengar nama nama seperti berikut:-

1. TUAN GURU HJ. YUSOF ABDULLAH - AR- RAWI MURSYIDUL 'AM.

2.TUAN GURU HAJI FADIL MD NOOR - BEKAS YANG DIPERTUA AGUNG PAS PUSAT.

3.TUAN GURU HAJI ABD HADI AWANG , YANG DIPERTUA AGUNG PAS PUSAT.

4. TUAN GURU HJ NIK ABD AZIZ HJ MAT, KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT.

Berikut adalah penama penama yang sedang dan pernah menjadi Ahli ahli dewan Ulama PAS Pusat:-

Tuan Guru Hj Sheikh Muhammad Bin Abdullah, Ustad hj ahmad zaki bin Ibrahim, Ustad Hj Ismail Bin hassan, ustad Hj Yahya bin Junit, Ustad hj Azahari bin Abdul razak, Ustad Zakaria Bin Ismail, Ustad Hj Yahya Bin osman, ustad Hj Awang Bin Abu bakar, Ustad hj Husein Bin Awang, Ustad hj Abdul tahim Bin Abd rahman,ustad hj latiff bin Muhammad, ustad Sheikh Fakharurazi Bin Abdullah, ustad hj Hassan Bin Salleh, Ustad Hj Zakaria Bin Hj Ahmad.

Seperkara lagi mereka yang pernah menjadi ketua dewan Ulama PAS negeri adalah seperti,
Ustad Hj Daing Tahir Mengati - Pas Johor.
Ustad Hj yahya Bin Junit - Pas kedah
Ustad Hj Zakaria ismail - Pas Kelantan
Ustad Hj jaluludin Wahab - Pas melaka.
Ustad Hj Azari Omar - Pas Negeri Sembilan
Ustad Hj Muhammad Baki othman Pas Pahang.
Ustad Hj Kadir Abd kahar - Pas Perak
Ustad Hj Jusoh Abd rahim - Pas perlis
Ustad Hj idris Arshat - Pas Pulau Pinang
Ustad Hj Awang Bakar - Pas Terengganu
Ustad Hj ismail hasim - Pas Selangor
Ustad Hj Hassan Salleh - Pas Wilayah persekutuan.

Sepekara yang menjadi hasrat kita adalah ingin mengetahui, apakah maksud kepimpinan Ulama dalam PAS di Malaysia. Hj Abdul Latif Muhammad ketua Lujnah Penerbitan dan penyiaran Dewan Ulama PAS, pernah menyebutkan "..pandangan pandangan ulama PAS baik di dalam hal ehwal politik maupun agama, kami juga akan mengambil kira ulama ulama di luar daripada partai kita bagi menyokong perjuangan dan Jihat kita, sesuai dengan amanah ini kami akan cuba mengeluarkan pandangan pandangan daripada ulama PAS dalam setiap perkembangan Politik tanahair dan isu isu yang berlaku di dalam negara dan masyarakat tanah air dan akan ditentukan dengan hukum hukum islam setelah membuat kajian yang mendalam untuk di jadikan panduan dan pegangan seluruh ummah ...."

Bertitik tolak dari kenyataan di atas, sepertimana saya katakan isu kepimpinan di negara ini memang tidak terhidunt......cuma yang sedang di perkatakan adalah kepimpinan jenis apa di Malaysia.?

Kalau kenyataan tersebut juga dijadikan landasan bahawa dewan Ulama PAS mengupas Isu isu di tanah air dan masyarakat dengan berlandas hukum hukum Islam. Apakah pemimpin yang berada di luar PAS tidak Islam ? atau apakah agenda PAS mengislamkan pemimpin pemimpin Nasionalis Melayu benar benar mengikut landasan Islam. Atau bagaiman penjanaan bentuk Ukhwan islam sesama pemimpin Melayu dapat di terokai oleh PAS mapun lain lain Parti, bagi memastikan Malaysia adalah berada di dalam landasan kepimpinan islam yang betul atau jenis pemimpin apa yang sedang melanda negara kita di malaysia ini.

Bersambung.......

Terima kasih.


No comments: