Monday, November 24, 2008

APA LAGI : BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA DI BATU PAHAT

Saudara pembaca,

Sejak dari dulu lagi, penduduk di Batu Pahat merasa kurang selesa terhadap tindakan Majlis Perbandaran Batu Pahat mengswastakan tempat letak kereta. Pada mulanya tiang tiang tempat memasukan wang siling di adakan, dan pada hari ini pakai sistem kupon. Samada memakai kaedah membayar tempat letak kereta di tiang maupun memakai sistem kupon sama saja, yang jelas kerajaan Negeri harus berubah, dan mestilah tidak membebakan rakyat. Apa yang jelas, adalah sekiranya tempat letak kereta yang mesti berbayar itu di kenakan di tempat awam atau di pusat membeli belah tidak lagi menjadi masalah sangat, namun yang sangat memualkan adalah meletakkan kereta di hadapan rumah kedai sendiri pun kena bayar, meletakkan kereta di hadapan bangunan kerajaan dengan tujuan untuk berurusan dengan kerajaan juga kena bayar.
Apa kerajaan sudah kehilangan punca pendapatan, sehingga mengutip wang tempat letak kereta, sepatutnya hal yang melibatkan kepenggunaan rakyat hendaklah di berikan secara percuma dengan itu, selogan kerajaan penyayang menjadi kenyataan, tetapi mungkin selogan itu berubah menjadi negetif, malah ada rakyat bercakap kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan U - you - M - must , N - not , - O -objek, hal ini sama dengan kuku besi, yang akan terus melepek adalah rakyat, mana hendak bayar duit cukai tanah, cukai pintu, llesen itu dan ini, bila air dan eletrik, tanggungan sana sini, yang seharusnya kerajaan prihatin kepada nasib rakyat. Yang pelik tempat letak kereta pun nak di kenakkan bayaran, Apa lagi yang hendak di kenakan kepada rakyat, janganlah rakyat bertambah susah, kakitangan kerajaan dan pegawainya menghabiskan wang rakyat, melancong sana sini. Berpada padalah untuk mengenakan bayaran kepada rakayat, termasuk bayaran tempat letak kereta.


Sekian Terima kasih.


No comments: