Sunday, November 16, 2008

BELAJAR DARI SEJARAH, PENGALAMAN KUKUHKAN MELAYU

Saudara Pembaca,
Saya membaca kenyataan Dato Rais Yatim pagi ini, dalam akhbar utusan yang meminta orang Melayu bersatu dan kukuhkan perpaduan. Biarlah saya berterus terang untuk menaganggapi kenyataannya ini secara seimbang. Saya pelik mengapa disebutkan perkara 153 dan kedaulatan raja melayu, serta Agama Islam, katanya tidak mesti akan menjamin...? Apa yang ada harus disyukuri oleh Dato Rais, kita mesti bersyukur kerana masih ada perkara 153, dan lain lain perkara yang saya sebutkan di atas.

Kepada saya jika kita nak kuatkan perpaduan, dan memenuhui perjuangan untuk orang orang Melayu, banyak di kementerian Luar yang boleh di buat oleh Dato, bagi menghubungkan kekuatan orang Melayu secara bersunggh sungguh, harapan saya tidak retorik saja, walaupun begitu saya bangga kerana dato memiliki niat memaju dan menyatupadukan bangsa Melayu, dan diharapakan agar niat itu di laksankan dengan cara yang tepat dan betul, semoga cakap kita dan perbuatan kita dapat di gambarkan secara seimbang.

Melayu memang perlu berpadu, dan bangsa Melayu tidak perlu panik pabila di asakkan dengan pelbagai Isu yang menyinggungnya, kepada saya Melayu terus bertindak, menafi apa yang di katakan secara tidak benar oleh kaum lain, mengajak mereka untuk memahaminya secara rasional, berbincang secara lojik, dan pada masa tertentu dengan syarat dan peringatan tertentu hendaklah digunakan untuk tindakan undang undang.

Mudah mudahan,banyak cara terbaik boleh digunakkan untuk perpaduan melayu dan lain lain kaum di Negara ini, sebenarnya sejarah adalah guru yang terbak untuk kita pelajari.
Belajarlah dari sejarah, semoga bangsa dan negara kita semakin memiliki rakayat dan pemimpin yang matang, itu lah doa saya kepada semua,

Mudah mudahan Melayu terus berjaya dan kaum kaum lain dapat berkerjasama dengan Melayu untuk mengurus negara Malaysia yang kita cintai ini,

Sekian Terima kasih,

No comments: