Friday, November 21, 2008

BARULAH MEREKA MENGERTI MAKNA BAU BUSUK ITU

Saudara pembaca,

Jumlah penduduk di Batu Pahat, semakin bertambah. Saban hari sampah telah dibuang pada kadar ribuan ton, dan penyelenggaraan serta kebersihan adalah menjadi tajuk yang perlu di sorot sentiasa mengenainnya di daerah ini. Baru seminggu yang lepas saya ada berjumpa dengan seorang kawan, yang kebetulan dia pernah menjadi pengusaha untuk menyediakan kawasan perlupusan sampah di Batu Pahat. Apa dia kata pada saya " sebenarnya, saya telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk menerima sampah sampah samada dari swasta maupun dari SWM, dan saya telah punya memperolehi lesen untuk menjalankan usaha tersebut, malangnnya tidak sampai beberapa bulan saya telah di arahkan oleh Majlis perbandaran untuk menutup kawasan yang saya usahakan tersebut." ujarnya lagi, saya telah mengeluarkan banyak wang untuk perniagaan ini, dan telah pun di sokong oleh wakil rakyat di kawasan tersebut ", lantas saya bertanya di mana kawasan yang di jadikan pusat perlupusan sampah tersebut ? dia menjawab di Tongkang pecah. Saya menyambung soalan, kenapa kerajaan perintah tutup ? dia jawab " ada bantahan dari penduduk setempat ", saya tanya dia lagi, apakah kerajaan tidak mengkaji permohonan awak terlebih dahulu, sebelum ada apa apa hal terjadi ? dia Jawab " saya tak tahu, yang saya tahu kerajaan telah benarkan, kemudia minta tutup, apabila ada bantahan, hal ini sama juga terjadi dengan pengusaha baru yang menjalankan perniagaan yang sama,katanya " Pengusaha itu buka tempat perlupusan sampah di sri Wangi Yong peng, kerajaan benarkan, kemudian apabila ada bantahan kerajaan perintah supaya tutup". Jadi saya simpulkan apa yang di buat oleh kerajaan negeri Johor menerusi Exco perumahaan dan kerajaan tempatan , ini merupakan suatu perbuatan yang tidak adil kepada pihak pengusaha, tentulah peduduk membantah, jikaada bau busuk dan mencemarkan kawasan persekitaran, tetapi yang peliknya kenapa sekejap diberikan kelulusan dan kemudiannya diarah tutup, perbuatan ini, adalah suatu perbuatan yang boleh merugikan banyak pihak.Paling ketara adalah memperlihatkan tidak cekapnya pengerusan Exco Perumahaan dan kerajaan tempatan.
Siapa yang akan menanggung kerugian dari perbuatan ini, dan tentunya sikap zalim kepada pengusaha adalah menyebabkan faktor mengapa kebencian rakyat kepada pemimpin yang ada terjadi, bergitu juga bencinya pengguna dan penduduk kepada kerajaan yang tidak memikirkan langsong, kesan dari pencemaran tersebut. Kepada saya, jangan jadikan jentera kerajaan sebagai lembu mereka, dan di sisi yang lain apakah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dapat di umpamakan seperti ada otak, tetapi tidak digunakan, samalah juga otak otak mereka itu sekotor samapah samapah yang tidak dapat diasingkan, dan akhirnya tidak ada lagi sinar kebersihan fizikal mapun hati di kalangan mereka yang di pertanggungjawabkan.
Nasehat saya kepada mereka, jangan sampai rakyat menjadi marah dan akhirnya jika tidak ada tempat pembuangan sampah yang betul, di khwatiri , rakyat akan membuang sampah akhirnya di hadapan pejabat kerajaan, dan barulah mereka mengerti makna bau busuk itu.

Sekian terima Kasih.

No comments: