Saturday, November 15, 2008

RAFIDAH VS SHARIZAT SIAPKAH YANG MENGALAH ?


Saudara Pembaca,
Kak Rafidah, dan shahrizat 2008 di dalam proses peralihan kuasa atau perebutan kuasa. Kak fidah tentu mempertahankan jawatannya sebagai ketua wanita UMNO malaysia, manakala Shahrizat telah di asak oleh Dato kamilia untuk bertanding Naib ketua Wanita.

Lantas, setelah pemilihan bahagian seluruh Malaysia berlangsong, di dapati Kak fidah berjaya mendapat sokongan mejoriti pencalonan, namun pencalonan bukanlah ukuran untuk menetukan calon tersebut akan menang pada masa pemilihan mac2009, nanti. Walaupun bergitu kak fidah terus meminta pelan peralihakuasa itu tetap di pertahankan, namun seluruh penyokong shahrizat meminta beliau untuk bertanding Ketua Wanita. Apa rasionalnya hanya beberapa bulan rafidah setelah di kekalkan kuasa sebagai ketua wanita untuk menyerah kembali kuasa itu kepada shahrizat. Apakah shahrizat tidak sabar menunggu selama tempoh tersebut, atau ada pihak lain yang tidak sabar utuk mengisi kerusi shahrizat, dan seterusnya mengasak rafidah agar cepat meninggalkan ketua wanita UMNO Malayisa.

Bila saya berbual dengan kawan kawan di dalam pergerakan wanita, dia kata, Rafidah dah terlalu lama, dan inilah masanya jika peralihan telah diplankan untuk badan induk, kenapa wanita tidak mengikut sahaja dan selaras dengan badan Induk tersebut.

Kepada saya, UMNO induk telah pun menunjukkan masalahnya dengan konsep peralihan kuasa sejak Dr. M hinggalah, kepada terpaksanya Pak lah menyerahkan kuasa kepada Dato Najib. Begitu juga wanita UMNO malaysia. Namun di kancah politik Malaysia dan bandan Induk ini, permainan politik itu belum selesai sehinggalah bulan mac 2009. dan macam macam boleh terjadi. Mampukah Rafidah menahan asakan ini, atau shahrizatkah yang mengalah ?

Siapakah yang mengalah atau UMNOkah yang kalah ?
dan seterusya berbarah dan menjadi parah.

Sekian terima kasih.

No comments: