Tuesday, December 16, 2008

KISAH DAN KASIH BERSILANG POLITIK


Saudara Pembaca,
Agak lama saya tidak menulis, dan terbaru saya menonton TV3, yang menyiarkan salah seorang MP opsisi Sarifuddin Nasution mengungkapkan di Parlimen mengenai Politik wang oleh calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO 2009, pada mesyuarat Perhimpunaan Agung UMNO.Mereka yang disyaki bermainpolitik wang itu akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau seterusnya menjelaskan ada beberapa bukti padanya, mengenai politik wang yang sedang berlangsong menjelang mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia. katanya ada yang menjanjikan setiap 2 minggu akan diberikan RM500.00 dan tiketik kapal terbang, dan sebagainya.

Bagi saya, tidak pelik terhadap isu yang didedahkan oleh MP tersebut, saya tahu dan masak tentang UMNO dalam pemilihannya. Saya dah melaluinya sejak sekian lama, dan jika mereka berkata soal politik wang, saya hanya mampu tersenyum, sebab apa ? berapa banyak pun mereka bercakap untuk mebenteras politik wang, sampai bila bila pun saya tak percaya kepada mereka, kepada saya cakap tak serupa bikin, Hari ini bentang mengenai Suruhanjaya rasuah, padahal cerita lampu rasuah dikalangan jerung jerung profail tinggi tak selsai, malah ada yang masih tersorok. Cukup lah sebenarnya saya dah jelak mendengar politik wang. Untuk apa dapat kuasa dengan cara macam itu, cara haram, tidak bermaruah, lepas itu rompak cara terhormat hak rakyat dan negara. malu sikitlah pada tuhan, dan kalu dengan tuhan pun tak pandai malu, maka apatahlagi pada diri sendiri, tentu banyak tokak pada tubuh badan. Akhirnya jual negara,lepas itu anak bini,

Sebab itulah, jangan menyesal bila politik bersilang, kisah terpadam dan kasihpun tiada kepada golongan yang menghancorkan negara. Bertaubatlah sekiranya anda bermain dengan politik wang. Kembalilah kepangkuan kebenaran.

Sekian terima kasih.

No comments: