Tuesday, November 25, 2008

APA LAGI ! BILA YANG SEHAT TINGGAL DI RUMAH SAKIT

Saudara pembaca,

Pagi tadi saya sambil minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan, seorang kawan saya bercerita, dia baru balik dari rumah sakit, melawat anaknya yang menghidap penyakit usus.Sambil bercerita tentang stuasi anaknya, dia memberitahu saya yang anaknya itu ada bercerita kepadanya mengenai sikap pesakit yang telah sembuh, katanya ada 3 orang pesakit di Hospital kerajaan yang telah di sahkan oleh dokter, bahawa mereka itu telah sembuh, dan boleh keluar hospital. Tetapi anehnya mereka tidak mahu keluar. Saya bertanya kepada kawasan saya kenapa dah sihat tak mahu keluar rumah sakit ? Secara berseloroh kawan saya mengatakan mungkin si pesakit itu sehat fizikal, tapi tak sehat mental, atau mungkin katanya makan di hospital pecuma dan kalau kelaur dari Hospital nak cari makan mungkin susah. Saya tanya lagi hanya itu saja ke sebabnya ? dengan selamba di jawab, tinggal di Hospital bagi mereka itu lebih tenang, mungkin di rumah ada masalah, dan keselesaan itu, mungkin di ambil kira.

Kepada saya, melihat bahawa Hospital Batu Pahat adalah padat di isi pesakit, Justru itu langkah mendirikan Hospital baru memang dalam perlaksanaan, namun apa yang menarik mengenai pesakit tadi adalah Beban keluar dari rumah sakit yang mungkin faktor utama di fikirkan oleh mereka, Justru itu Kerajaan juga perlu menyelesaikan segera maslaah ekonomi Negara,dan menjadi parah apabila kesannya sampai ke rakyat, yang sanggup berlindung di Rumah sakit hanya dengan memudahkan mereka mendapatkan sesuap nasi.

Apa lagi, telatah yang kita lihat ini sangat membimbangkan, justru itu berginilah keadaanya apabila yang sehat tinggal di rumah sakit, dan sekiranya bilangan pesakit yang seperti ini semakin bertambah, maka kesannya jangan sampai ramai yang pura pura sakit, tetapi hakikatnya mereka tidak sakit, jangan jangan perbuatan mereka ini adalah untuk menyakitkan perangaii dan tingkah laku, kerajaan yang tidak mengatasi masalah ekonomi mereka.

Wahullahhualam!.

Terima kasih.

Monday, November 24, 2008

APA LAGI : BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA DI BATU PAHAT

Saudara pembaca,

Sejak dari dulu lagi, penduduk di Batu Pahat merasa kurang selesa terhadap tindakan Majlis Perbandaran Batu Pahat mengswastakan tempat letak kereta. Pada mulanya tiang tiang tempat memasukan wang siling di adakan, dan pada hari ini pakai sistem kupon. Samada memakai kaedah membayar tempat letak kereta di tiang maupun memakai sistem kupon sama saja, yang jelas kerajaan Negeri harus berubah, dan mestilah tidak membebakan rakyat. Apa yang jelas, adalah sekiranya tempat letak kereta yang mesti berbayar itu di kenakan di tempat awam atau di pusat membeli belah tidak lagi menjadi masalah sangat, namun yang sangat memualkan adalah meletakkan kereta di hadapan rumah kedai sendiri pun kena bayar, meletakkan kereta di hadapan bangunan kerajaan dengan tujuan untuk berurusan dengan kerajaan juga kena bayar.
Apa kerajaan sudah kehilangan punca pendapatan, sehingga mengutip wang tempat letak kereta, sepatutnya hal yang melibatkan kepenggunaan rakyat hendaklah di berikan secara percuma dengan itu, selogan kerajaan penyayang menjadi kenyataan, tetapi mungkin selogan itu berubah menjadi negetif, malah ada rakyat bercakap kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan U - you - M - must , N - not , - O -objek, hal ini sama dengan kuku besi, yang akan terus melepek adalah rakyat, mana hendak bayar duit cukai tanah, cukai pintu, llesen itu dan ini, bila air dan eletrik, tanggungan sana sini, yang seharusnya kerajaan prihatin kepada nasib rakyat. Yang pelik tempat letak kereta pun nak di kenakkan bayaran, Apa lagi yang hendak di kenakan kepada rakyat, janganlah rakyat bertambah susah, kakitangan kerajaan dan pegawainya menghabiskan wang rakyat, melancong sana sini. Berpada padalah untuk mengenakan bayaran kepada rakayat, termasuk bayaran tempat letak kereta.


Sekian Terima kasih.


Sunday, November 23, 2008

MENTERI DAN BUDAYA TAKUT ?

Saudara pembaca,
Pagi ini saya membaca Utusan Malaysia halaman 4, dalam negeri tajuknya berbunyi " TUN MAHATHIR DI RAYU JANGAN DEDAH NAMA ". Isi laporan tersebut adalah menyentuh saran dari Menteri Pengajian Tinggi Dato Khalid Nordin, agar Dr, Mahathir memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan Politik Wang.Menurut Khalid tindakan itu akan menyebabkan implikasi negetif yang besar kepada parti.

Menurut saya, tidak seharusnya seorang menteri memberikan nasehat kepada bekas perdana menteri dengan mengajarnya untuk tidak transparent. Mahathir bukan ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul, malahan khalid harus berfikir yang dirinya itu adalah Menteri pengajiran tinggi, yang menjadi contoh untuk menunjukkan dan menegakkan kebenaran. Dia harus bersikap jujur untuk mengesan,menyasiat dan memastikan bahawa politik wang itu memang ada dalam UMNO, dan seharusnya secara kilat dia menyambut kenyataan Dr. Mahathir agar di dedahkan nama mereka yang terlibat, dengan bukti buktinya sekali. Saya fikir jika kita masuk ke alam ilmiah, kita mesti melahirkan siswa dan siswazah yang jujur dan berani, yang objektif dan releven terhadap proses pembelajaran dan pendidikan. Kitalah yang menjadi contoh untuk bercakap benar, bukan berselindung di balik kebenaran,

Jika hal yang sebenarnya di tutup tutup di dalam parti, apa pula yang banyak kisah tersembunyi di didalam kementerian pengajian tinggi yang tidak kedenganran dan di tutup tutup ? ini akan menjadi prasangka awam dan sungguh menakutkan rakyat. Sebab itu lah dalam dunia Ilmiah kita harus mempertahankan hujjah dan bukti kita secara tepat dan betul, biarkan lagi Dr. Mahathir mengamukakan kisah sebenar. Dia kata , dia tahu dan dapat tahu tentang hal tersebut,sebab itu dia berani kemukakkan dalam akhbar, jadi mengapa kita merasa gelisah dalam suasana hari ini yang permintaan keteluasan itu semakin meningkat, sebab itulah saya berharap Menteri jangan ada budaya takut .

Sekian terima kasih.

SELOKA UMNO

  1. Mukadimmah

Tahun 1987, saya menulis diskripsi tentang UMNO di Universiti Sumatera Utara, Medan Indonesia. Saya menulis sebagai syarat untuk melepasi Ijazah sarjana saya di universiti tersebut di bidang sejarah. Tulisan tersebut saya abadikan dan saya nukil disebabkan cinta,kasih dan sayangnya terhadap UMNO.

Pada tahun ini 2008, saya merasa terpanggil untuk menulis kembali tentang UMNO yang menguasai politk tanah air, sudah berada diambang kehancoran,

Tulang belakangnnya sudah bengokok, dan UMNO sudah menjadi semakin tua dengan usianya menjangkau 60 tahun.

Pilihanraya ke 12, memberikan kesan yang mendalam kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jaguh-jaguh utama tumbangdalam pilihanraya, tidak kurang yang tidak juguh juga tumbaang tewas di kawasan yang mereka tandingi.Ramai yang tidak pecaya dengan kemerosotan sokongan yang melanda UMNO dan BN.

Ada pula yang telah meramalkan bakal terjadinya perisitiwa buruk di dalam sejarah Politik UMNO, pada PRU ke 12. Pada hakikatnya, satu persatu pekong UMNO dan BN telah di buka, satu persatu kelemahan pemimpin-pemimpinya di hebakan, dan tidak kurang pula memberikan lain lain sebab kenapa sunami ini melanda.

Kepada saya, melihat persoalan ini bagai lumrah politik, dan saya langsong tidak terkejut serta menganggapnya sebagai kebiasaan dalam sejarah politik, dan semuanya pernah terjadi pada pentas sejarah politk Dunia, sejak zaman Nabi Adam a.s. Apa yang terkejut, memang itu sepak terajang dalam politik, dan tiada ada kuasa yang bakall kekal, semuannya ini adalah lakonan sejarah manusia di pentas dunia yang di uji oleh Allah s.w.t..

Sebab itu, saya akan mengambil pendekatan ringan di dalam tulisan ini, dengan hanya menamakan tulisan ini sebagai SELOKA UMNO.

SELOKA 1.

  1. Dari Dato Onn pengasas UMNO,

Di sambut oleh Tunku Abdul Rahman,

UMNO dulu, tak pernah semberono,

Tapi kini di telan zaman.

2. Zaman Dato Onn, Melayu di satukan,

Zaman Tunku UMNO di Merdekakan,

UMNO dahulu sentiasa di abadikan

UMNO kini sentiasa dihancorkan.

3. Benterakkan mirip dengan kehancoran

Ramai pemimpin niat nak pulihkan,

Sayang sekali jurangnnya sangat ke jauhan

Pemimpinya asyik tuding tudingan.

  1. Sampai ketika jawatan di cari,

Pemilihan UMNO macam pencuri

Politik wang amalan sendiri

Menang dan kalah apa peduli.

  1. Pedulilah sedikit kepada rakyat

Yang miskin terus papa kedana

UMNO dahulu terus di hayat

Tetapi kini terus merana.

  1. Rakyat merana siapa yang salah

Pemimpin UMNO tak rasa gundah

Ahli UMNO semakin parah

Hilang keyakinan, telah pun sudah.

  1. Tahun 1987 UMNO berpecah

Lahir semangat 46 memanglah meriah

Melayu lemah sudah terserlah

Kerana Melayu suka di papah.

  1. Memapah UMNO tak ke sudah

Muncul pula PKR gagah

Tak puas hati, tak sudah sudah

Pilihanraya memanglah kalah.

  1. Sajak Pak lah di baca pun sudah

Kalau nak faham bukanlah susah

Tun Mahathir rasa tak bersalah

Kenapa khairi kena belasah ?

  1. Ku cari damai di hati,

Ku perkenalkan Islam Hadari,

Ku cari Ghazali dan Sahfie

Ku Hilang shahrizat dan samy

  1. Isteri tercinta telah pergi

Ku ambil Jin sebagai pengganti,

Oh, sakitnya hati, apabila hilang 5 negeri

Memang aku tak puas hati.

  1. Mahathir mintak aku berhenti,

Tapi aku kasian kat khairi,

Dia belum jadi menteri,

Ku jumpa 4 tahun lagi

Itu pun kalau aku tak mati

  1. Itu pantun seloka SMS

Musim pilihanraya ke dua belas

Mereka semua tak mahu berkias

Budaya melayu tidak terbias.

  1. Kembali semula zaman Tun Razak

Usaha membangun memanglah rancak

Kenapa kini pembangunan merojak

Rakyat tertinggal, tidak di ajak.

  1. Cerita pembangunan di tulis akhbar

Rakyat di minta untuk percaya

Nasib melayu memang tercabar

Wilayah iskandar sudah terpedaya

  1. Inilah angkara pembangunan Pak lah

Cakap hari ini, esok nak ubah

Tapi ternyata semakin rebah

Koridor yang ada menjadi parah.

  1. Peniaga peniaga menjadi gundah

Harga barang naik tak sudah

Pengguna pula menjadi marah

Akhirnya pemimpin terlus di ludah.

  1. Dulu cakap pemimpin masin

Cakapnya bukan main main,

Tetapi kini pemimpin bermusim

Akhirnya anak muda cakap tak main.

  1. Jangan bermain dengan UMNO

Di kerisnya ada keramat

Hari ini mereka make don’t no

Sebab dalam UMNO ramai pengkianat.

20.Suara UMNO sudah tawar,

tidak semasin seperti dulu

Pemimpin UMNO pandai melawar

Yang penting pulus masuk dahulu

21.Dulu ahli UMNO,banyak guru melayu

Kini ahli UMNO, banyak koperat

Dulu UMNO memang bersatu

Kini UMNO memang keparat.

22. Orang melayu disuruh berniaga,

Akhirnya parti hendak di gadai

Pemimpin UMNO seperti naga

Tertunggang terbalik di tiup badai.

23. Berbalah balah tak habis habis

Di hadapan rakyat pura bersatu

Keyakinan ahli semakin tipis

Sebab pemimpinnya kepala batu.

24. UMNO Johor katanya kubu

Pilihanraya ke 12 semacam jerebu

Menangnnya tak seperti dulu

Sebab Ghani Othman macam ulat bulu.

25. Negeri Melaka memang bersejarah

UMNOnya pula dikatakan terserlah

Banyak calon yang di pilih salah

Ali Rustam terpinga sudah

26. Mat Hassan menjaga Negeri

Terima Khairi terus negeri

Hilang Mat Isa tokoh terperi

Akhirnya negeri bertambah DAP.

27. Tak sangka Khair toyo dapat Jawatan menteri besar

Hilangnya juga tidak di duga

UMNO selangor menjadi pudar

Sebab pemimpinya ramai kecewa

28. Dari Selangor kita ke Perak

Jumpalah dengan Tajol Rosli

UMNO kini terberak berak

Kerana pemimpinnya menjadi tuli

29. UMNO Perak, UMNO Kedah

Kedua negeri sudahpun kalah

Angkara melayu dendam tak sudah

Kini raja menjadi marah

30. Negeri Kedah masih beraja

Pulau Pinang tiada rajanya

Nasib melayu dah ketulah

Akhirnya melayu merayu redah

31. Tak puas hati Melayu berhimpun

Marah Guan Eng kerana menyamun

UMNO Pulau Pinang hilang santun

Kerana terpaksa menyembah ampun

32. Pak lah pegang kepala batas

UMNO Pulau Pinang tersungkur sudah

Melayu Pulau pinang sabarnya terbatas

Nasibnya kini sudah di tebas

33. Sahidan kata sokong Pak Lah

Dapatlah dia watikah itu

Datang Mat Isa menyerbu sudah

Rakyat perils menjadi haru biru

34. Naik lah dia ke Kuala Lumpur

Bertemu pak Lah penuh harapan

Jawatan menteri Besar akhirnya terkubur

Maruah sahidan terasa segan.

35. Nasib Sahidan dan Idris Jusoh

Hampir sama watikah tak laku

Pemimpin UMNO semakin lusoh

Detik runtuh menunggu waktu.

36. Rakyat Terengganu melaung sudah

Daulat Tuan ku berderang derang

Ahmad Said dijualng julang

Penyu menangis siapa yang tahu

37. Panas melayu memang sekejap

Sebentar lagi sejuklah dia

Pemimpin Melayu jangan Biadap

Raja memang sudah sedia

38. Katanya cari bulu ayam

Tak nampak bulu togel lah dia

Wahai wak Rasol, cakapnya tenggelam

Gagahnya di luar, takut di dalam.

39. UMNO Terengganu, PAS Kelantan,

Dua dua negeri Melayu

Apa di harap perangai setan,

Tak sudah sudah bertengakar selalu.

40. Tok Guru Nik Aziz lama bermudik

Anuar Musa memang di sayang,

Ingatlah wahai awang adik

Kerana tamak jadi anjing dengan baying banyang.

41. Pergi Kelantan, masuk ke Pahang

Singgah berjumpa dengan pak di

UMNO sudah semakin Bahang

Perangai nya buruk men jadi jadi.

42. Mana dia Dato hassan Ariffin

Kenapa yang Hilang Jamaluddin jarjis

Kini UMNO kehilangan pemimpin

Terseluk lobang,terpegang najis.

43. Jongkang jongkit permainan kita

Sangat asyik bermain congkak

Wahai pemimpin UMNO kenapa tak sekata

Kenapa pula terlalu bongkak.

44. Dulu kata, sekarang pun kata

Umno punya rakyat jelata

Tapi kini,berubah juga

UMNO bukan milik kita

45. Rakyat kata, pemimpin salah

Pemimpin kata, rakyat yang salah

Rakyat dan pemipin tak mahu mengalah

Akhirnya kini, umno terima padah.

46. Pru ke 12, telah berakhir

Tindakkan rakyat seperti ahli fikir

Ahli yang bijak perlu berzikir

Mempertahankan UMNO sebelum berakhir.

47. Pemimpin UMNO terus bersuara

Selamatkan UMNO, selamatkan negara

Baru sedar datang becana

Apa gunanya terlambat jua.

48. Bersalam salam konon bersatu

Berkata kata di belakng batu

Teguhkan hasrat, biar bersatu

Kembalikan UMNO dengan wajah baru.

49. Himpun sana, himpun sini

Untuk memberitahu pilihlah kami

Sedangkan UMNO, digores kini

Ibarat mancis terbakar nanti.

50. Bila UMNO sudah terbakar

Barulah ahlinya merasa sedar

Tanpa benting, sudah pun pudar

Pudarlah ia, kan sama berputar.

51. Dato Musa dari Johor

Tengku Razaligh dari kelantan

Perpecah ia, termasyurlah ia

Nasib ahlinya terkelar di belantan.

52. Anwar Ibrahim tak sayang UMNO

Keluar UMNO, masuk keadilan

Orang Melayu ditimpo bencano

Agak terlebih, makan belacan

53. Bukan menghina bangsa sendiri

Kalau terlupa. Perlu ingatkakan

Pemimpin UMNO pentingkan diri

Ahlinya pula pentingkan makan..

54. Tarik tali, ikat perut

Makan rojak, bercampor kapor

UMNO kini, semakin mengarut

Mencari kepentingan bercampor campor.

55. Tun Mahathir letak Jawatan

Kata dia, lama memimpin

Sampai masa masih bersetan

Jadi hancur tidak bertahan.

56. Anak kecil petah bercakap

Dalam buyaian menangis dia

Mananya UMNO dikata cekap

Kenapa tersungkur,tiada sedia.

57. Selagi ada nafas di badan

Menampong kodrat berusaha gigih

Kalau ahlinya tidak menyetan

Tak mungkin ianya boleh terpelongih.

58. Salam sayang kepada Melayu

Tiang rumahnya semain condong

Wahai Melayu perlu bersatu

Himpunkan diri mu seperti kepompong.

59. Anak Merbok hinggap di dahan

Anak Mahathir bermain lastik

Hati mana yang tak tertahan

Melihat UMNO semakin dramatic.

60. Tun Daim ke luar Negara

Mencari untung dengan berjuta

Niat pemimpin biarlah mulia

Jangan pula jadi derhaka

61. Mat Rahmat di panggil bulat

Jasanya banyak penuh khidmat

Jiwa pimimpin mesti tersemat

Perjuangan UMNO akan selamat.

62. Sanusi Junid banyak Ideanya

Dalam cabinet tegas orangnnya

UMNO bergolak di kumpulkan orangnnya

Vertran UMNO dalam ingatannya

63. Megat Junit tinggal abdi

Semangat UMNO terpadat di diri

Jika hidupnya di masa kini

Pertelagahan UMNO pasti dihindari.

64. Osman saat bekas Menteri besar Johor

Ghani pula menyambung tugas

Dulu UMNO sangat termasyur

Kini UMNO bak seperti ungas.

65. Daton Onn pemimpin pertama

Tengku pula pemimpin kedua

UMNO kini memang dah lama

Yang lama itu, tak mesti tua.

66. Pemimpin ke tiga Tun Razak

Tun Hussin pemimpin ke empat

UMNO kini mula nazak

Akhir pemimpinnya tidak bertempat.

67. Tun Gaffar di sanjung mulia

Di tentang dia, si anwar Ibrahim

Ahli UMNo dah mula kecewa

Seperti kecewannya Mahahthir kat daim

68. Rafidah Aziz tegak orangnnya

Asyiah Gani jujur orangnnya

Wanita kini panjang delimannya

Mengejar tempat,asyik idamannya.

69. Lahir puteri, lahir lah putera

UMNO kini bersemangat membara

Sayang pemimpinnya hanya pandai berbicara

Akhir ahlinya jadi mengila.

70. Bendera UMNO, merah dan putih

Ada pula keris bersilang

Ahli kini terpaksa bertatih

Sebab pemimpinnya banyak temberang.

71.Cogan katanya sangat jelas

Tapi tak ikut sebab pemalas

Menjadi ia seperti pengalas

Akhirnya UMNO seperti gelas

72. Bila masanya hendak bersatu

Jika peilnya macam hantu

Ahli UMNO kami nak seru

Pulang lah kepangkal yang jitu.

73. Hari hari mendabik dada

Tiba masa menyombong dia

Pemimpin UMNO biarlah perpada

Jangan sampai berjauhan sorga.

74. Anak Tun Gafar bernama Tamrin

Menantu Pak lah bernama khairi

Selalu sangat tergoda yakin

Akhirnya mencari sokongan ke sana kemari.

75. Harapan rakyat jangan di sanggah

Ahli UMNo perlu meredah

Pilihanraya belumlah kalah

Tapi sikapnya terasa salah

76. Faktor sabotaj, pendapat pak lah

Itu sebabnya UMNO kalah

Pilihanraya ke 12 tidak tersersalah

Siapakah lagi punca yang salah ?

77. Pengkhianat UMNO hendak di hukum

Itu petanda UMNO nak pulih

Tersalah Hukum, tersebut di halkum

Akhirnya UMNO akan tersembelih

78. Jangan tuding terus menunding

Nanti ahlinya merasa runsing

Wahai UMNO mari bersing sing

Esok masih fajar menyingsing.

79. Pak lah kata khairy tak campur

Mahathir kata Khairy melebih

Itu tandannya sudah berbaur

Bolehkan UMNO menjadi pulih

80. Kata Pak lah dia nak terus bersuara

Kata Mahatir aku terbuka

Kenapa ahli UMNO minta pak lah bersara

Mahathir jawabkan rakyat terluka.

81. Panglima Pak lah, keluar menjawab

Bukanlah Paklah tidak bersalah

Tetapi mahathir suka berbalah

Dialah punca penyebab salah.

82. Mahatir kata dia berhak untuk bersuara

Tiada bermaksud untuk bertempat

Kinilah sudah nampak saudara

Sampai masanya Melayu kan merempat

Cakapnya lain buat pun lain

Tidak seperti bertindak tegas

Sampai masanya pengambalin tugas

Akhinyanya melayu menjadi Unggas.

83. Berkata sanusi, bukan susah menjadi Menteri

Wahai nak Muda, biarlah bistari

Lontarkan pendapat berhati hati

Janganlah hanya senang di hati

Negeri kan runtuh, melayu kan mati.

ETIKA PENULIS BLOG

Saudara Pembaca,
Menteri Dalam Negeri, menjelaskan perlu adanya etika bagi penulis Blog, beliau membuat kenyataan semalam. Kepada saya etika penting sebagai penulis Blog itu, adalah menulis dan mendedahkan perkara sebenar, dan berfaedah kepada awam, dan negara. Kesadaran menulis sebenarnya untuk menyampaikan pesan, dan pesan yang di buat hendaklah jelas, maklumatnya juga jelas, dan siapa yang menulis tidak perlu takut jika perkara yang didedahkan itu benar. Cuma yang tidak betul adalah jangan buat fitnah!

Jika kita berfikiran terbuka, kita hendaklah menyampaikan tulisan kita kepada mereka yang berminat untuk membacanya,dengan tujuan positif, saya ambil contoh, jika ramai penulis blog, maka banyak lah maklumat yang di peroleh, dan maklumat itu berguna untuk setiap pihak berintrospeksi, justru itu menulis tidak ada had dan sempadan, cuma butiran yang di sampaikan hendaklah benar dan jujur.

Jika penulis blog di minta berbuat demikian, saluran media kerajaan juga perlulah jujur dan tidak mengabui fakta, dan membohongi rakyat. Soalnya adakah kita mahu melihat negara ini tercemar dengan cerita palus dan bohong, fitnah dan thomah, yang jelas tentu sekali tidak , namun ramai di kalangan penulis mempunyai objektif masing masing, hanya mereka yang memiliki nilai agama dapat memahaminya dan etika yang sebenarnya.

Saya berharap, marilah kita gunakan saluran yang ada untuk mengkritik, memuji, dan menegur,tetapi biarlah semuanya ke arah membina. Untuk Menteri dalam Negeri, banyak lagi gerakan jenayah yang perlu di tangani dan di atasi, antara lain jenayah ganas, samun,rompak, salahguna kuasa, rasuah, ugut, dan sebagainya yang boleh mengancam keselamatan dalam Negara. Justru itu saya cadangankan Menteri Dalam Negeri memohon penjelasan kepada para politikus yang boleh memecah belahkan bangsa, agama dan Negara. Ini adalah inti pokok untuk menyelesaikan masalah dalam negeri yang sering membuat rakyat terancam dan menjadi lemah.
Justru itu etika blog sama dengan etika semua kehidupan manusia,iaitu hasilkanlah yang terbaik buat negara, dan kritiklah negara dan pemimpinnya,supaya mereka tahu untuk mengubah diri menjadi lebih berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.

Sekian terima kasih

Saturday, November 22, 2008

PEMIMPIN JOHOR JANGAN SEDAP CAKAP SAJA ?

Saudara Pembaca,
Baru sebentar tadi seorang sahabat datang berjumpa saya di pejabat. Dia orang UMNO, dan mengeluh dan mengadu pada saya, katanya " Pemimpin Melayu dalam UMNO hari ini, banyak yang sedap cakap saja, tapi kenyataannya retorik dan kosong. tambahnya lagi sebab apa ? sebab katanya, pemimpin hari ini mencari kaya untuk diri sendiri, dan rakyat di akar umbi terus merana. Banyak program di atur oleh kerajaan dan pemimpin BN, tapi tindakan susulan "hancor", malah kalau memberi sesuatu macam lepaskan batuk di tangga saja. Saya bertanya kepada beliau, kenapa awak cakap seperti itu? ujarnya, apa tidaknya, kita boleh lihat, adakah rakayat di bawah senang lenang atau susah? orang kecil berniaga cukup cukup hidup saja, kais pagi makan pagi ,dan kais petang makan petang. Janji pemimpin memang banyak, sampai terlupa ada yang pernah dikatakan sebelum ini.

Peluang dan ruang berniaga, memang di wujudkan oleh kerajaan, tetapi kalau apa yang diwujudkan itu, semata mata memberikan keuntungan kepada kroni dahulu, kalau tak percaya katanya, tengok saja lah gerai gerai majlis daerah di sini ! berapa banyak yang terbengkalai dan berapa pula jutaan ringgit di habiskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Gerai akahirnya tak jadi, orang berniaga pun tiada dan yang datang nak beli pun! nak beli apa? jadilah gajah Putih, dan habis wang rakyat, di kerjakan oleh pegawai pegawai tak bertanggungjawab.

Kawan saya itu, saya panggil namah ringkas dia " LEH "! kalau gitu kata saya apa nak buat ? dia cakap tiap tiap hari orang orang miskin dalam kawasan kini, sentiasa mendoakkan terlungkuplah UMNO dan kerajaan. Saya mencelah lagi, kenapa awak katakan seperti itu ? Dia mencelah sambil selamba mengatakan " pemimpin di johor ini jangan sedap cakap aje ", sedangkan banyak saksi saksi di akhirat akan menunggu pemimpin pemimpin ini.

Friday, November 21, 2008

JOHOR : NEGERI KAYA BERUBAH MENJADI MISKIN ?

Saudara Pembaca,

30 tahun yang lepas semasa saya bersekolah, saya belajar sejarah. Dalam sejarah Negeri Johor ada perkataan di sebutkan '' JOHOR MODEN ", tentulah ketika itu saya menganggap dan bangga dengan kemodenan yang di bawa oleh Sultan Abu bakar meletakkan Negeri Johor sebagai Negeri yang Moden, hari ini Johor pesat membangun, tetapi membangun yang bagaimana ? Johor membangun, tetapi bangunan apa yang di bangunkan ? siapa pemilik bangunan itu dan siapa pula yang hanya menoton di arus pembangunan itu ?

Saya mengambil contoh, di dalam kawasan bandar bandar di negeri Johor. coba andar pergi ke bandar Muar maharani, bandar Penggaran di batu Pahat, bandar Air Hitam, bandar Kluang, Bandar Johor bahru, bandar segamat, bandar Pontian, Bandar Mersing, bandar Kota tinggi, dan lain lainnya dalam negeri Johor ini, dan hitunglah! kiralah ! dari jumlah bangunan yang banyak itu, adalah bangunan itu miliki orang Melayu ?

Kemudian, anda leweti beberapa kebun pertanian di seluruh negeri Johor ini, Milik cina atau Melayu ?, anda lihat kilang kilang di Negeri Johor berapa banyak di miliki oleh orang Melayu, anda lihat dan buka mata sebesar besarnya, kuari kuari yang ada,kawasan pasir, kawasan pertambangan lainnya, milik siapakah dan siapakah pengusahanya ? Anda akan hanya selesa apabila hanya ada beberapa syarikat GLC kerajaan di negeri Johor yang memikul kejayaannya dan kemudian hendak di namakan sebagai usaha orang Melayu.

Anda lihat perangkaan Penagih dadah, berapa ramai anak Melayu yang terlibat dalam dadah,berapa ramai golongan melayu keciciran dalam pendidikan, kes Juvana berapa ramai melayu di isikan angaka yang tinggi, kesemuannya mencerminkan Melayu di dalam negeri Johor ini serba ketinggalan. Dahulu janji Amanah saham Johor akan mencecah ke pada RM5.00 seunit, janji tinggal janji, malahan orang yang berjanji itu pula di berikan gelar sebagai tokoh Maal hijrah.
Janji kerajaan Johor Dana johor akan berjaya, nyatanya meredum. Apkah hal seperti ini membayangkan Negeri Johor yang kaya sudah menjadi Miskin ?

Mana hasil bumi Johor ? Siapa yang dapat kawasan balak, siapa yang dapat kawasan pasir, siapa yang dapat kontrak kontrak dari kerajaan Johor, kalau ada melayu yang dapat, cina yang usahakan, inikah pemantauan kerajaan Johor dan amanahnya untuk bangsa Melayu. Biar pun cina atau Melayu, atau India yang dapat, mungkin itu bukan soal besar ? tetapi yang paling besar kenapa negeri Johor mundur ke belakang dan tidak berpacu ke depan. Boleh saya buktikan lagi, mana dia pasukan bola sepak Johor, terus tenggelam, mana dia belia Johor yang di banggakan untuk menjana ekonomi Negeri, mana dia wanita Johor yang di anggap sebagai srikandi Negara, jika nasib Ibu tunggal,dan janda,dan wanita wanita lainnya se olah olah terabai. perhatikan mak cik mak cik yang berniaga di warong warong, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, perhatikan gejala dadah dan rempit, semakin melonjak, budaya samseng dan samun, apa dah jadi, dan inikah kemodenan masa kini ?Jika ada mangsa banjir, ada yang dapat bantuan ada pula yang tertinggal, inikah yang dikatakan cekap mengurus. Ada negeri,dan nampak pencerobohan negera luar ke dalam negeri kita, pun masih tidak berkutik, mana radar canggih,untuk mengesan penyeludupan, di mana akhirnya sepanjang pantai Johor menjadi ancaman kepada seludup barang dari luar negeri, inikah yang dinamakan untuk membela kepentingan rakyat Johor.Bantuan persekolahan hanya menjadi hiasan saja, sewaktu bermulanya masa persekolahan, dan pembinaan sekolah tidak setara dengan jumlah penduduk kawasan juga menunjukkan suatu pembaziran yang sedang belaku, apak itu moden namanya ? Yang pasti rakayat akan terus menilai, benarkan hari ini Johor kaya atau telah menjadi Miskin ?
Kepada saya, jangan lah pemimpin selalu membohongi rakyat, jika kita miskin,katakanlah kita miskin, dan jika belagak menjadi kaya, sedangkan kita miskin, maka tandanya malapetaka besar akan menimpa negeri yang kita sayangi ini.

Sekian terima kasih.

BARULAH MEREKA MENGERTI MAKNA BAU BUSUK ITU

Saudara pembaca,

Jumlah penduduk di Batu Pahat, semakin bertambah. Saban hari sampah telah dibuang pada kadar ribuan ton, dan penyelenggaraan serta kebersihan adalah menjadi tajuk yang perlu di sorot sentiasa mengenainnya di daerah ini. Baru seminggu yang lepas saya ada berjumpa dengan seorang kawan, yang kebetulan dia pernah menjadi pengusaha untuk menyediakan kawasan perlupusan sampah di Batu Pahat. Apa dia kata pada saya " sebenarnya, saya telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk menerima sampah sampah samada dari swasta maupun dari SWM, dan saya telah punya memperolehi lesen untuk menjalankan usaha tersebut, malangnnya tidak sampai beberapa bulan saya telah di arahkan oleh Majlis perbandaran untuk menutup kawasan yang saya usahakan tersebut." ujarnya lagi, saya telah mengeluarkan banyak wang untuk perniagaan ini, dan telah pun di sokong oleh wakil rakyat di kawasan tersebut ", lantas saya bertanya di mana kawasan yang di jadikan pusat perlupusan sampah tersebut ? dia menjawab di Tongkang pecah. Saya menyambung soalan, kenapa kerajaan perintah tutup ? dia jawab " ada bantahan dari penduduk setempat ", saya tanya dia lagi, apakah kerajaan tidak mengkaji permohonan awak terlebih dahulu, sebelum ada apa apa hal terjadi ? dia Jawab " saya tak tahu, yang saya tahu kerajaan telah benarkan, kemudia minta tutup, apabila ada bantahan, hal ini sama juga terjadi dengan pengusaha baru yang menjalankan perniagaan yang sama,katanya " Pengusaha itu buka tempat perlupusan sampah di sri Wangi Yong peng, kerajaan benarkan, kemudian apabila ada bantahan kerajaan perintah supaya tutup". Jadi saya simpulkan apa yang di buat oleh kerajaan negeri Johor menerusi Exco perumahaan dan kerajaan tempatan , ini merupakan suatu perbuatan yang tidak adil kepada pihak pengusaha, tentulah peduduk membantah, jikaada bau busuk dan mencemarkan kawasan persekitaran, tetapi yang peliknya kenapa sekejap diberikan kelulusan dan kemudiannya diarah tutup, perbuatan ini, adalah suatu perbuatan yang boleh merugikan banyak pihak.Paling ketara adalah memperlihatkan tidak cekapnya pengerusan Exco Perumahaan dan kerajaan tempatan.
Siapa yang akan menanggung kerugian dari perbuatan ini, dan tentunya sikap zalim kepada pengusaha adalah menyebabkan faktor mengapa kebencian rakyat kepada pemimpin yang ada terjadi, bergitu juga bencinya pengguna dan penduduk kepada kerajaan yang tidak memikirkan langsong, kesan dari pencemaran tersebut. Kepada saya, jangan jadikan jentera kerajaan sebagai lembu mereka, dan di sisi yang lain apakah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dapat di umpamakan seperti ada otak, tetapi tidak digunakan, samalah juga otak otak mereka itu sekotor samapah samapah yang tidak dapat diasingkan, dan akhirnya tidak ada lagi sinar kebersihan fizikal mapun hati di kalangan mereka yang di pertanggungjawabkan.
Nasehat saya kepada mereka, jangan sampai rakyat menjadi marah dan akhirnya jika tidak ada tempat pembuangan sampah yang betul, di khwatiri , rakyat akan membuang sampah akhirnya di hadapan pejabat kerajaan, dan barulah mereka mengerti makna bau busuk itu.

Sekian terima Kasih.

Thursday, November 20, 2008

DAPATKAH PARTI KEADILAN MENAKLUK JOHOR ?

Saudara pembaca,

Johor lazim dekenal sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat kepada BN, dan tiang serinya adalah UMNO. Pada Beberapa pilihanraya yang lepas, dan terutama pada pilihanraya ke 12 baru baru ini, Barisan Nasional menghadapi kesusutan sokongan, Mengapa hal ini terjadi ? Saya melihat perkara ini terjadi bukan di sebabkan gerakan pembangkang yang melemahkan UMNO dan BN ,Johor tetapi ahli BN dan UMNO Johor, mulai muak dan mual dengan tigkal laku parti yang mereka sokong. Saya sendiri merasakannya, sebab itu saya sentiasa membidas parti saya sendiri umno pada ketika itu, supaya berubah perangai dan tingkah laku, malangnnya cakap saya tidak di pedulikan. Saya tidak ada pilihan lain melainkan, untuk hijrah ke Parti lain.

Saya menjadi tidak selesa kepada UMNO di Johor ini, di sebabkan beberafa faktor;-

1. Sebab kelemahan menteri besar Johor, mengurus tadbir UMNO Johor. Menteri Besar Johor yang ada ini, terlalu mementingkan kelompok dan puaknya, sebab itu aduan ,pandangan dan nesehat dari orang parti di peringkat akar umbi diabaikan, mereka tidak menghayati kemahuan akar umbi, tetapi lebih terdorong kepada selamatkan politik diri sendiri, mengekekalkan kuasa dan dapat mendaya gunakkan hasil Johor demi kepentingan golongan tertentu. Menteri besar Johor, sudah terlalu lama memimpin Johor, malah ramai rakyat Johor, melihat tidak ada perkembangan drastik pembangunan sumber manusia, pembangunan yang menguntungkan rakyat, malah keselesaan dan kelegaan untuk kehidupan rakyat, jauh panggang dari api untuk di selesaikan. Banyak isu isu tempatan di daerah daerah dalam negeri Johor tidak dapat di sempurnakan. Sebelum saya mengupas kelemahan kepentingan rakyat dan keselesaan hidup mereka, terlebih dahulu saya akan membayangkan kegagalan menteri besar Johor, di dalam memperbaiki UMNO Johor.

Jika di dalam UMNO sendiri, tidak dapat diatasi masalah ahli ahlinya, maka bagaimana hendak memimpin negara dan memakmurkan rakyat Johor. Dalam UMNo berpuak dan berpecah belah, berkelompok dan cantas mencantas. Suatu ketika dahulu saya pernah menyatakan di dalam negeri Johor ada kabilah Ghani Osman, Kabilah Mauyiddin Yassin, kablah Syed Hamid, kabilah Dato Shahril samad, ternyata setiap kali munculnya konflik politik, pada ketika masa dan waktu yang berbeza mereka tidak menunjukkan persamaan, malahan bertentangan antara satu dengan lain. Umnum mengetahui Ghani dan Muhyiddin tidak begitu, sejalan, malah mengetahui saling cantas mencantas. Bagaimana Johor akan maju ke depan, jika rakyat di negeri ini baggga dengan

kelahiran UMNO di Johor, tetapi pemimpinnya pula bertindak meruntuhkan UMNO, di dalam perjuangan yang bersimpang siur di Johor ini, membuktikan kepada kita, masih ramai lagi anak anak ahli UMNO yang menganggur, masih ramailah isi keluarga rumah orang orang UMNO di para kemiskinan, masih ramai lagi ahli UMNO tinggal di kawasan setinggan, masih ramai lagi ahli UMNO yang serba kekurangan, malahan orang UMNO, orang melayu mengharapkan kawasan perbandaran baru di dalam bandar bandar di Negeri Johor ini hendaklah di tempatkan kependudukan Melayu, malangnnya melayu terus tersisih ke belakang, tinggal di pondok usang, tinggal dalam kedaifan, dan setelah itu kita dapati perumahan melayu yang selesa tidak di wujudkan, terakhir yang membanggakkan usaha penempatan Melayu di dalam negeri ini hanyalah Tan sri othman saat, beliau mengujukan rumah rumah murah, seperti kg majidi di Johor bahru, di Muar dan di Kg kenangan dato Onn/ Pesta di Batu pahat.

Sungguh malang lagi di zaman Gani osman, tanah rezab melayu kerajaan di swastakan, sebagai contoh di kawasan gunong soga, di mana rumah rumah kerajaan yang di bina sejak zaman British, dan yang masih ditempatkan dengan kakitangan kerajaan, diarah untuk di kosongkan, bagi tujuan perumahaan swasta, nyatanya kesadaran kepada sejarah dan menjaga harta milik rakyat johor tidak mendapat perhatian yang serius, sangat mengecewakkan lagi rumah rumah tersebut di kawasan kebun kelapa batu pahat, menjadi usang, buruk, sedangkan sebelum ini, peruntukkan untuk baik pulih rumah tersebut telah di buat, dengan wang rakyat, nyatanya keadaan yang ada adalah sangat memalukan. Mereka bukan saja tidak pandai mengurus wang rakyat, tetapi memboroskan wang rakyat, coba lihat sendiri di kawasan yang saya sebutkan sebentar tadi.

Ahli ahli UMNO dan orang awam , tidak kira Melayu, Cina dan India, bosan dengan kepimpinan negeri, dan ingatlah kebosanan itu tidak hanya melibatkan yang saya katakan kelemahan internal,mapun external, tetapi paling menjengkilkan adalah sifat pura pura tak nampak dan tak tahu, sampai rakayat banyak yang menyidir kepada kepimpinan Johor ini, lebih baik teruskan sajalah dengan berzapin, main layang layang, main basikal, joget lambak, buat bubur lambok, daripada memkirkan hal yang kritikal dihadapi oleh rakyat Johor.

Jika keadaan rakayat merasa diri mereka tertekan dan tidak selamat, bagaimana ingin menyelamatkan negeri Johor dari ancaman Jajahan ekonomi, sosial dan budaya. saya percaya telatah yang di lakukan oleh pemimpin Johor dan kuncu kuncunya akan membuat rakayat semakin sebal, seterunya mereka akan memilih Parti Keadilan untuk tapak perjuangan baru mereka, dan dapatkah Parti Keadilan ini menakluk Johor,?

Insyallah, PKR bakal menerujui kepimpinan di Johor suatu masa kelak.
dan saya akan meneruskan untuk saudar mengetahui apa apak kelemahan
di bawah pemerintahan kerajaan Johor yang ada pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Wednesday, November 19, 2008

MELAYU BUKA LEMBARAN BARU

Saudara Pembaca,
Sikap orang melayu memang bertolak ansor, pada zaman negara kita hendak merdeka pemimpin kita telah banyak membuka ruang dan peluang kepada orang bukan melayu. Sebagaimana saya katakan sebelum ini kita telah di asak oleh pemimpin politik dari kaum lain yang datang dari parti parti bukan Melayu, tetapi semua orang melayu tidak bangkit menentang cemohan mereka kepada kita, sampai dato Rais Yatim menteri Luar, bersuara bahawa perlunya perpaduan Melayu.
Kisahnya kenapa sambutan laungan yang kemukakkan oleh pemimpin Melayu ini macam lemau atau tak bermaya saja.

Saya melihat perkara ini disebabkan orang orang melayu dah merasa muak terhadap pemimpin sendiri, yang sebenarnya mereka faham bahawa mereka telah di kotak katikkan dengan permainan politik, kepentingan diri. Jika ada orang melayu yang hari ini di dalam UMNO yang bersuara untuk mempertahankan dan menyerang kritikan kepada kaumnya sendiri, itu mereka anggap hanya sebagai retorik untuk mengangkat diri sendiri supaya menjadi hero kepada bangsa melayu.

Pada pringkat ini apa yang boleh di lakukan oleh bangsa Melayu untuk menyelamatkan tanah airnya dari diancam oleh kaum lain, yang dianggap sebagai berminat untuk merampas kuasa Melayu ? kepada saya tidak lain hanyalah mereka ini mesti meninggalkan UMNO, dan walaupun tersangat berat untuk meninggalkan parti yang banyak berjasa kepada bangsa sendiri, parti yang telah sebelum ini melahirkan pemimpin yang berkualiti, parti yang telah menyebabkan bangsa melayu terkenal di pentas antara bangsa dan parti yang telah banyak memberikan kemudahan kepada bangsa melayu dan kenapa pula mesti keluar dari parti ini ? tidak lain adalah untuk membuktikan kepada parti UMNO yang ada bahawa rakyat sudah jelak dengan perbuatan pemimpin UMNO masa kini yang terlalu mementingkan diri sendiri, yang angkoh dan sombong, yang sukan mencantas, tidak menegakkan kebenaran dankeadilan, bergitu alpa dengan nasib golongan bawahan, dan apatah lagi soal dalaman parti sendiri tidak dapat di tadbir dan di urus dengan baik.

Itu puncanya, ramai nanti akan keluar dalam UMNO dan PRU ke 13 BN akan semakin kalah teruk. Orang UMNO harus berfikir, apaakah kelemahan PRU ke 12 itu hanya sebab Pak Lah seorang, sehingga ia diasak untuk turun dari jawatan no 1, ternyata kepada saya melihat ini, disebabkan kesilapan seluruh pasukkannya, oleh sebab itu jika budaya mengusir seorang pemimpin sahaja, di dalam partai UMNO tidak akan menyelesaikan masalah, malah banyak tulah akan di terima daripada tindakan peralihan kuasa yang di buat oleh golongan tertentu di dalam UMNO.

Kini, orang melayu akan berada di dalam kegoyangan, sebab asakan dalaman dan luaran, sehingga bangsa lain memperlekehkan bangsa melayu. Tetapi saya melihat konteks yang terjadi pada hari ini kepada bangsa melayu adalah secara positif, Melayu harus bangkit semula, tetapi bukan menerusi jenama UMNO.

Lembaran baru harus di buka kepada bangsa Melayu, perpaduannya harus di ciptakan, dan revolusi Melayu harus di cetuskan, bagaimana carannya ? yang pasti struktur kepimpinan Melayu dari pelbagai rakyat mesti di satukan, dari pelbagai lapisan melayu dalam parti mesti di senadakan, dan dari sana suatu gelombang besar akan terbina. Saya melihat peranan penting kini harus lah di mainkan oleh raja raja melayu, pada suatu ketika dahulu umno pernah menyelamatkan raja raja melayu, maka tibalah masanya raja raja Melayu membalas budi menyelamatkan keseluruhan orang Melayu, menerusi wadah baru, corak dan kepimpinan baru untuk kelangsongan kuasa Melayu.

Orang melayu yang tulen dalam UMNO, mestilah sanggup bersatu dengan PAS dan PKR dan kepimpinan UMNO tulen itu, mestilah diberikan peluang untuk memimpin Negara. dan mereka itu hendaklah digandingkan dengan pemimpin PKR seperti gandingan yang boleh di buat antara Tunku Ragzalie dan Anwar Ibrahim dan Hj Hadi Awang, ketiga pemimpin besar ini mampu untuk membina kemantapan melayu, di samping tidak meninggalkan mereka yang telah berjasa menabur bakti kepada orang Melayu dan meletakkan pemimpin itu sebagai penasehat Negara iaitu Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah Badawi.

Satu Plan gabungan Parti, mestilah di bina dengan mantap dari ketiga tokoh ini.Mana mana pejuang melayu yang tulen di dalam UMNO,PAS dan PKR haruslah diambil untuk menjadi barisan yang mantap, disamping beberapa parti kompenen melayu yang lain.Mungkinlah akan terjadinya barisan baru di Malaysia ini ? tidak mustahil! akan wujud dan saya berpendapat bahawa Melayu akan dapat membuka lembaran barunya itu, dengan nama baru yang boleh di cadangkan, seperti PARTI BARISAN MALAYSIA BARU,untuk mengambil sifat sifat barunya demi menyelamatkan Negara ini dari ancaman dalaman dan luaran, dan selepasa ini mereka harus menjadikan pelajaran kepada perisitwa pahit yang melanda Melayu di negara ini.

Saya berharap plan kasar ini dapat di baca dan diterjemahkan bukan hanya untuk menyelamatkan bangsa melayu, tetapi adalah untuk semua kaum di dalam negara ini, agar mereka mestilah mendahulukan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara demi mencapai suatu rakyat yang sejahtera...pecayalah Melayu perlu membuka lembaran baru, jika ingin berubah dan meneruskan kejayaannya, jika tidak........sama samalah kita saksikan satu persatu melayu akan hilang hak di tanah airnya sendiri.

Terima kasih.

Tuesday, November 18, 2008

DAIRI YANG MASIH KELABU

Saudara Pembaca,
petang semalam saya dah jumpa dengan sahabat saya yang bercerita soal skim bantuan Iklas, petang ini kami datang lagi di kedai kopi yang sama, kalau orang tengok se olah olah kami ini macam kaki kedai kopi, tetapi kenyataan itu sebenarnya tidak tepat sebab kadang kadang kedai kopi adalah tempat berhimpun maklumat, lebih tepat dan cepat. Sedang kami duduk berdua datang seorang lain sahabat, dan 5 minit sepas itu jam menunjukkan pukul 2.45 petang datang lagi seorang kawan, yang saya tidak mengenali namanya, cuma cam rupanya saja.

Sedang duduk minum kopi dan makan nasi lemak, kami berbincang mengenai kisah semasa, tiba tiba seorang kawan merujuk kepada kawan saya, katanya : kenapa muka engkau pucat ", dan kau itu bercakap nanti aku sikat rambut dahulu. Cerita muka pucat ini, banyak tafsiran yang dapat saya gambarkan, mungkin kawan ni, sedang sakin, dan bagi kawan saya menganggap dia tidak sakit, cuma keadaannya saja tidak kemas. Bagi saya tafsiran itu hanya mengambarkan masalah sedang melanda pada dirinya. Masalah apa ? Ini yang saya sedang mengupasnya dan memerahatikan apa cakapnya itu. Tapi malangnnya dia tetap mendiamkan diri, tak bercakap. Tiba tiba dia menelurkkan kata soal masalah atau muka pucat ini tidak masuk kepala, yang masuk kepala adalah memecahkan sesuatu yang melanda minda. Tiba tiba mencelah pula seorang kawan yang lain, membuka tajuk baru tentang diskaun Tol, katanya kalau beri diskauan itu boleh jadi bangkrap, tapi kawan saya itu menganggap tajuk ini, adalah menyentuh tentang untung, dan semua orang hendak untung yang banyak.

Kemudian perbualan tajuk ini terpotong lagi, dan sambil menceritakan tentang soal urut. Ada tukang urut di Pt Penghulu di Pt sulong, katanya itu bukan tukang urut, tetapi itu tukang adun tepong, memang terlalu sakit. Dia menceritakan bangaimana dia pergi berurut di tempat tersebut, katannya dia takankah sakit saja, untuk tahan sakit katanya, jangan ingatkan sakit itu, sebab soal sakit itu berpusat di otak saja. Sedang saya menulis cerita nya ini mungkin dia merasa bosan, sebab saya tak melayan dia bercakap, sebab saya asik dengan menulis saja, akhirnya dia angkat kaki dan pergi, katanya nanti kejap ya .

Begitulah kisah pak pong pak mustafa, yang dalam sorotan saya,
sebab pada diari saya dia masih kelabu dalam persoalan mencari,
cari apa ya ! saya akan memberi tahunnya kelak !

AHLI DAN BEKAS PEMIMPIN UMNO BATU PAHAT AKAN HIJRAH KE PKR

Batu Pahat. Setiausaha PKR Baru Pahat Khuzan Abu Bakar mendakwa bahawa ramai di kalangan ahli dan bekas pemimpin UMNO di bahgian ini berminat untuk menyertai PKR. Beliau memberitahu ketika ditemui di pejabat PKT Batu Pahat. Beliau menyifatkan gejala hijrah ini adalah di dorong oleh rasa kesadaran bekas pemimpin dan ahli UMNO, terhadap beberapa isu yang muncul sejak kebelakangan ini. Isu yang sering menjadi bual bual ahli ahli UMNO di bahagian ini, tidak hanya melibatkan soal ststus tanah UMNO yang di pertikaikan, tetapi juga di sebabkan sifat pemimpin UMNO di bahagian tersebut yang berdolak dalik. katanya lagi " Saya cukup berpuas hati dengan gerak kerja yang dilaksanakan oleh PKR Batu Pahat, terutamnya bukti kita telah berjaya mengurangkan jurang yang lebar di dalam pilihanraya umum ke 12, dan jika arus perpindahan ahli umno ke PKR terus bertambah, ini membuktikan bahawa PKR adalah sebuah parti yang menjadi pilihan bekas bekas ahli UMNO di bahagian ini ". tambah beliau lagi, dengan penghijrahan ini, membuktikan sedikit demi sedikit PKR akan melalui arus sokongan yang insyallah memanangi pada pilihanraya ke 13 nanti".
Sementara itu, di fahamkan bahawa bekas Ketua pemuda UMNO Bahagan Batu Pahat, telah mengadakan rundingan selama 3 jam dengan ketua bahagian PKR Syed Hamid. Bekas ketua pemuda yang namanya masih di rashiakan oleh pentadbiran PKR Batu Pahat, telah bersetuju menyertai parti ini dengan alasan .katanya " UMNO telah melalui satu proses yang cukup panjang perjuangannya, dan seharusnya banyak perisitiwa yang mesti diambil ikhtibar oleh pemimpinya, malangnya mereka mengabaikan begitu saja, seterusnya beliau memberikan contoh terkini iaitu kaktanya lagi " Plan peralihan kuasa tidak termaktub di dalam perlembagaan parti, namun plan itu seolah di paksakan oleh golongan tertentu yang tamakkan kuasa", sebab itulah saya kecewa dengan pemimpin UMNO masa kini, dan tidak ada pilihan lain kepada ahli UMNO jika ingin menyelamatkan negara ini dari sikap kerakusan pemimpin, dengan hanya keluar dari parti tersebut dan nyatakan kesalahaan pemimpinnya, hanya dengan ini boleh memberikan kesedaran kepada pemimpim pemimpin UMNO, ujarnya lagi. Saya memilih PKR sebab saya melihat UMNO sentiasa tidak mahu belajar dari pengalaman sejarah dan PKR adalah suatu Parti yang akan menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan. Justru itu lah yang menjadi pilihan saya.

RUJUK KEPADA MAJLIS FATWA

Saudara pembaca,

Semalam saya bertemu seorang kawan di kedai kopi Han kee, sambil selamba dia berkata hari ini aku nak cerita soal bagaimana sumbangan iklas dapat membantu ramai orang yang susah. Sistemnya adalah dengan membuka akuan sendiri dan membawa 5 orang kawan lagi untuk dibukakan akuan mereka. Setiap pembuka akuan itu hendaklah di selaras oleh sebuah syarikat yang mengenakan fee sebayak RM20.00 sahaja.

Saya bertanya apa lojiknya, yang setiap orang akan mendapat bantuan kewangan daripada sumbangan Iklas itu, dia pun mula bercerita dengan mengambil nota yang di milikinya itu.Menerusi kenyataannya itu saya dapat simpulkan teknik bantuan tersebut semacam skim cepat kaya, yang di dorong dengan menggunakkan nama islam, dan saya memberi tahu kepadanya saya curiga dengan plan bantuan ini, kerana ia akan menyebabkan banyak kesan besar, dan akhirnya menuju kepada bentuk penipuan.

Lantas saya mencadangkan kepadanya plan yang lebih bersih, tetapi mesti berkerjasama dengan bank islam, lantas dia mempertikaikan kepada saya beberapa skim bank islam yang dia sendiri masih curiga.
Akhirnya saya berpendapat Majlis Fatwa kebangsaan mestilah peka mengenai hukum hakam, di bidang perniagaan, samada yang digagas oleh kerajaan atau swasta. Akhirya kepada saya rujukan utama adalah kepada bank negara dan Majlis fatwa tersebut.
itulah perbincangan ringkas saya, pada tempoh petang tersebut.

Sekian terima kasih.

Monday, November 17, 2008

BINGIT DAN STRESS: GANGGUAN KEHIDUPAN HOLISTIK

Saudara Pembaca,
Bertahun tahun, ramai orang memendam rasa, ramai isteri dan suami suami memendam rasa, diatas perangai suami atau isteri, bergitu juga perangai anak anak. Peringai mereka itu kadang kadang buat kita pening kepala dan stress, seterusnya menganggu konsterasi kerja, maupun masa berehupun sosial budaya.

Semua orang mengalami masa seperti itu, kalau ada orang tidak mahu meluahkan persolan yang di hadapinya itu, ia akan menjadikan dianya seperti makan hati berulama,jantung. Atau lebih parah menyebabkan gangguan jiwa. yang akhirnya menimbulkkan dendam,

Sebab itu islam menyuruh kita banyak bersabar. hari ini saya ingin mengeritakan tentang bingit, apabila isteri beleter atas sebab perangai anak anak, maka tanpa berfikiran panjang menyebabkan suami beremosi, malah hanya sebab sedikit, akan melarat sedepa. Beleteri itu banyak sebabat, bingit itu di hasilkan dari bunyi yang tak sedap kita dengar, justru itu, setelah bingit kita akan timbul stress, berginilah asam kehidupan, samada di dunia pendidikan, politik, ekonomi, sosial budaya, dan sebagainya,

Justru itu, bagaimana kita boleh atasi bingit itu ? Saya fikir jika kita tidak mahu mendengar segala bentuk bingitan itu, pakai saja alat perkaram suara di telinga dan dengar lagu lagu yang indah dan sedap di dengar, atau lebih baik dengar keset keset mengaji.

itulah persoalan mudah untuk atasi bingit dan stress dalam gangguan hidup.kalau nak lebih berkesan selesaikanlah masalah dengan bijaksana, kalau tak boleh juga, keluar dari rumah atau tempat yang membingitkan tersebut, ketempat yang kita suka, Mudah mudahan hal ini dapat mengatasi masalah yang kita hadapi.

Sekian terima kasih.

Sunday, November 16, 2008

OTAK TERSUMBAT ATAU PARIT YANG TERSUMBAT

Saudara Pembaca,
Pernah dengar penyakit stroke, ciri ciri penyakit itu apabila banyaknya kolestrol dan lemak dalam saluran darah,, tempoh hari saya pergi periksa ke dokter, saya tanya dokter kenapa kepalaya saya macam melayang, dan mancam nak tumbang. Dokter suruh saya periksa darah, hasil keputusan pemeriksaan itu menunjukkan lemak dan kalestrol dalam darah saya tinggi. Sebab itu kadang kadan kepala jadi pening, dokter pun bagi saya obat pencegahan, dan dah pun minum obat itu, terasa sedikit lega.

Pagi ini, Pak Habib kasi saya satu maklumat, katanya Parit Taman Nira di batu Pahat, bakal melimpahkan airnya, lebih lebih lagi, ramai yang buang sapah, rumput pun tumbuh dan air tergenang tak mau mengalir. Kata Pak habib! habislah jika banjir dan hujan lebat, semua kampong akan merasakan musib ini. Saya kata kepadanya sepatutunya JPS dan pejabat daerah atau majlis mengambil tindakan, dan laporkan ke Pejabat DO Batu Pahat.

Dah lamapun beritahu kepada mereka, ketua kampong dah tahu, semuannya dah tahu, lalu kata saya kenapa mereka tak bertindak; Pak Habib diam dan kecewa, yang dia tahu, kalau banjir melandar habis barang barang dalam rumah dan akibatnya kerugian.

Saya fikir, sebenarnya bukan saja parit tersumbat, tapi otak otak pegawai yang diamabahkan untuk mengatasi masalah ini juga tersumbat, sebab itu Parit jadi seperti itu dari dahulu sampai kini. Harap harap ada dokter yang boleh memberi obat supaya otak yag tersumbat tersebut, akan dapat menyumbangkan penyelesaian masalah kepada rakyat.

kepada saya antara otak dan parit yang tersumbat adalah satu kes yang hampir sama, tapi tak serupa.

Terima kasih.

BELAJAR DARI SEJARAH, PENGALAMAN KUKUHKAN MELAYU

Saudara Pembaca,
Saya membaca kenyataan Dato Rais Yatim pagi ini, dalam akhbar utusan yang meminta orang Melayu bersatu dan kukuhkan perpaduan. Biarlah saya berterus terang untuk menaganggapi kenyataannya ini secara seimbang. Saya pelik mengapa disebutkan perkara 153 dan kedaulatan raja melayu, serta Agama Islam, katanya tidak mesti akan menjamin...? Apa yang ada harus disyukuri oleh Dato Rais, kita mesti bersyukur kerana masih ada perkara 153, dan lain lain perkara yang saya sebutkan di atas.

Kepada saya jika kita nak kuatkan perpaduan, dan memenuhui perjuangan untuk orang orang Melayu, banyak di kementerian Luar yang boleh di buat oleh Dato, bagi menghubungkan kekuatan orang Melayu secara bersunggh sungguh, harapan saya tidak retorik saja, walaupun begitu saya bangga kerana dato memiliki niat memaju dan menyatupadukan bangsa Melayu, dan diharapakan agar niat itu di laksankan dengan cara yang tepat dan betul, semoga cakap kita dan perbuatan kita dapat di gambarkan secara seimbang.

Melayu memang perlu berpadu, dan bangsa Melayu tidak perlu panik pabila di asakkan dengan pelbagai Isu yang menyinggungnya, kepada saya Melayu terus bertindak, menafi apa yang di katakan secara tidak benar oleh kaum lain, mengajak mereka untuk memahaminya secara rasional, berbincang secara lojik, dan pada masa tertentu dengan syarat dan peringatan tertentu hendaklah digunakan untuk tindakan undang undang.

Mudah mudahan,banyak cara terbaik boleh digunakkan untuk perpaduan melayu dan lain lain kaum di Negara ini, sebenarnya sejarah adalah guru yang terbak untuk kita pelajari.
Belajarlah dari sejarah, semoga bangsa dan negara kita semakin memiliki rakayat dan pemimpin yang matang, itu lah doa saya kepada semua,

Mudah mudahan Melayu terus berjaya dan kaum kaum lain dapat berkerjasama dengan Melayu untuk mengurus negara Malaysia yang kita cintai ini,

Sekian Terima kasih,

Saturday, November 15, 2008

MEMBINA PASUKAN MENGHALA TUJUAN

Saudara Pembaca,

Kita hidup tentu berkawan, berkeluarga dan tak mungkin bersendirian, paling tidak bedua,bertiga, atau lebih, malah ada kalanya sahabat,rakan-taulan serta keluarga kita berlebih-lebihan. Atas kesadaran ini, apa yang ada pada kita ada harta kita, termasuk sahabat,keluarga dan rakan taulan.Sebab itulah kita harus menjaga harta ini sebaik baiknya, kerana ini adalah nikmat allah yang telah memberikan kepada kita.

Suatu ketika saya pernah membaca surat daripada sahabat saya, dia menceritakan bagaiman perpisahan telah terjadi antara dirinya dan keluarganya. Isterinya lari dari rumah, anak anaknya kini tiada lagi di rumah dan dia pun merasa kesepian. Permulaan suratnya berbunyi;

.....Aku rasakan semuanya telah gelap! tidak seceria dahulu, wahai isteri ku ! mungkinkah hanya sebab yang sedikit telah membuat kita hilang perasaan dan pertimbangan, walaupun bukan diri ku ini yang memulainya, namun kau tetap menyalahkan aku. Apa lagi yang mesti aku beri alasan kepada mu,..aku tidak membohongi mu, kejadian itu tentu tiada siapa yang menyenanginya. Aku harap kau dapat memaffkan daku....

Saya meneruskan membaca suratnya itu, untuk mengetahui apa punca perbalahan antara dirinya dan isterinya itu, di penghujung suratnya itu menyebutkan apabila kau hanya mendengar tanpa melihat, dan mendengar cakap cakap orang lain, tanpa bukti, pasti kau suatu hari nanti akan menyesal, dan ketika itu aku tidak akan dapat kembalilagi kepada mu, dan sungguh memilukan apabila anak anak telah dipengaruhi dari kebencian seorang Ibu kepada suaminya dan akhirnya mereka dimangsakan, dan hilanglah kita untuk menjadi pasukan yang baik disuatu ketika dahulu yang pernah kita janjikan. dan ingatlah aku pasti menjadi pasukan yang baik, jika masa masih ada bagi kita berdua. ingatlah.

Saya menganggap, surat ini membawa makna, yang sangat mendalam dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga, dimana maklumat yang tepat,benar dan betul haruslah di sampaikan sehingga semua pihak menjadi faham dan mengeti, itulah kepada saya menganggap pasukan hanya boleh kuat apabila imformasi itu tepat dan betul. Semak dan kajilah sesuatu maklumat sebelum membawa kepada keputusan yang salah. Salah membuat keputusan akan merugikan semua pihak.

Kepada saya, kita renungkanlah bersama,bagi membina pasukan yang baik,supaya pasukan itu menghala kepada tujuan yang hendak di capai. semoga kita akan menjadi satu pasukan untuk semua pasukan yang baik,Insyallah.

Terima kasih.

INI TIDAK MUSTAHIL.

Saudara pembaca,
Saya hampir 3 jam berbual dengan Pak Habib (syed hamid) Ketua Bahagian keadilan Batu Pahat.
Sebagai seorang berusaha untuk membangkitkan PKR batu pahat itu berjaya, saya melihat banyak plan perancangan yang telah dan sedang di atur. saya bangga melihat usahanya itu begitu serius. Namun di dalam plan tindakan yang merancak itu, saya lihat PKR harus bersungguh sungguh jika ingin memenangkan kerusi Parlimen Batu Pahat.

Kepada saya, MP parlimen Batu Pahat akan menghadapi saingan yang sangat sengit dari PKR Pada pru ke 13, disebabkan bertambah kokohnya PKR, dan semakin berpecahnya UMNO, dan semakin retoriknya pimpinan di dalam UMNO bahagian Batu Pahat. Yang jelas mungkin akan menjadi suatu sejarah kelak apabila PRU 13 nanti PKR akan memperolehi mejoriti undi yang besar di Batu Pahat. Ini tidak mustahil.

RAFIDAH VS SHARIZAT SIAPKAH YANG MENGALAH ?


Saudara Pembaca,
Kak Rafidah, dan shahrizat 2008 di dalam proses peralihan kuasa atau perebutan kuasa. Kak fidah tentu mempertahankan jawatannya sebagai ketua wanita UMNO malaysia, manakala Shahrizat telah di asak oleh Dato kamilia untuk bertanding Naib ketua Wanita.

Lantas, setelah pemilihan bahagian seluruh Malaysia berlangsong, di dapati Kak fidah berjaya mendapat sokongan mejoriti pencalonan, namun pencalonan bukanlah ukuran untuk menetukan calon tersebut akan menang pada masa pemilihan mac2009, nanti. Walaupun bergitu kak fidah terus meminta pelan peralihakuasa itu tetap di pertahankan, namun seluruh penyokong shahrizat meminta beliau untuk bertanding Ketua Wanita. Apa rasionalnya hanya beberapa bulan rafidah setelah di kekalkan kuasa sebagai ketua wanita untuk menyerah kembali kuasa itu kepada shahrizat. Apakah shahrizat tidak sabar menunggu selama tempoh tersebut, atau ada pihak lain yang tidak sabar utuk mengisi kerusi shahrizat, dan seterusnya mengasak rafidah agar cepat meninggalkan ketua wanita UMNO Malayisa.

Bila saya berbual dengan kawan kawan di dalam pergerakan wanita, dia kata, Rafidah dah terlalu lama, dan inilah masanya jika peralihan telah diplankan untuk badan induk, kenapa wanita tidak mengikut sahaja dan selaras dengan badan Induk tersebut.

Kepada saya, UMNO induk telah pun menunjukkan masalahnya dengan konsep peralihan kuasa sejak Dr. M hinggalah, kepada terpaksanya Pak lah menyerahkan kuasa kepada Dato Najib. Begitu juga wanita UMNO malaysia. Namun di kancah politik Malaysia dan bandan Induk ini, permainan politik itu belum selesai sehinggalah bulan mac 2009. dan macam macam boleh terjadi. Mampukah Rafidah menahan asakan ini, atau shahrizatkah yang mengalah ?

Siapakah yang mengalah atau UMNOkah yang kalah ?
dan seterusya berbarah dan menjadi parah.

Sekian terima kasih.