Tuesday, June 23, 2009

MASIH KAH KAMU INGAT

Saudara Pembaca.

1. Amanah Pemimpin kepada Rakyat
2. Tanggung jawab Pegawai kerajaan kepada rakyat
3. Tanggungjawab Rakyat kepada Negara

Masihkau ingat ! Jika Negara ini bebas dari penjajahan
atau telah di Jajah dalam senyap oleh golongan yang gelojoh menyungkurkan bangsanya sendiri,
sedarlah pemimpin dan rakyat, masihkan kaum ingat
Negara ini adalah tinggal warisan kepada anak bangsa kita

Ingat.....masihkah kau ingat.
Terima kasih

KERAJAAN PERPADUAN: JALAN MUSNAH BN

Saudara Pembaca
Ternyata BN gagal mempengaruhi PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan. Kenapa dan mengapa, jawapnya Mudah.....Kerajaan Perpaduan yang hendak di bentuk sudah terbukti ada kecurangan,tidak iklas dan gugurlah mimpi BN untuk tujuan tersebut.
Namun kegagalan ini masih lagi diiringi dengan kesombongan kenyataan pemimpin BN, dan mereka makin membuat jurang, dan yang pasti BN tetap tertekan untuk hadapi PRU 13.
Walaupun begitu adalah penting kepada Pakatan Rakyat untuk terus berpadu dan menyusun kekuatan,jika ingin kemenangan total.

Tuesday, June 2, 2009

SATU NOKTA TOLAK PEMIMPIN TOLOL

Satu nokth tak berbunyi
diseret oleh pahalawan
selamatkan bangsa
diserat rupawan satukan bangsa
rupa rupanya mereka membelah dada bangsa
sambil tertawa
hey melayu tolol
kini aku bukakan lebralisme
sebab kamu dungu
Bahasa mu tiada merdu
sebab kamu juga dungu
untuk apa deb
sebab kamu dungu
itu......wajah topeng mereka menghentak bangsa kita
melanyak bangsa kita
menyepak citra kita
kerana mereka juga
pemimpin melayu
yang pengecut
ayoh bangsa ku melayu
bangun dari ketololan ciptaan mereka
kita bina mercu bijaksana
sebab kita tak setolol mereka
setolol pemimpin yang lupa
pada sejarah bangsanya.

Terima kasih.

TAHNIAH UNTUK AWANG SELAMAT

Saudara pembaca,
Akhbar utusan di beri amaran oleh Tan Sri Muhyiddin,kusus mengenai tulisan awang selamat,yang dianggap menjurus kepada perkauman. Saya fikir apa yang ditulis oleh awang selamat itu betul, kata pemimpin mesti telus. Dan nyatanya awang selamat telus untuk menyatakan yang benar, memang benar hak melayu kian dikhianati, saya jadi pelik kenapa takut sangat kepada bangsa lain, apa jadi satu hari nanti Melayu tak akan sokong melayu secara totoal, ini semua akibat pemikiran bodoh pemimpin melayu.
Tahniah untuk awang selamat.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

Sunday, May 31, 2009

BILA BANGUNAN RUNTUH DAN BILA PULA DURIA RUNTUH

Kepada saudara pembaca,
Bila bangunan runtuh, mula tuding sana tuding sini, cari sebab seban kenapa runtuh, sehingga ada yang mati, namun dicelah celah keruntuhan itu ada pula duria yang runtuh, ada pihak nak kaut undi di selangor melalui PRU ke 13, konon nak salah kerajaan negari selangor. Sebenarnya rakyat dah faham sangat kot telatah BN, cukup cukup lah, nak tengok massej tv 3 memang dah muak, apatah lagi cerita ching ping, ini cerita lapok yang dikembangkan oleh cpu lama, cukup cukup lah rais yatim. banyak lagi cing ping lain yang perlu diawasi...kepada saya tektik lama tu, hentikan ajelah, rakyat tak mudah di tipu.
Banyak banyaklah baca pribahasa, kenapa lembu pun susu,sapi nak dapat nama.
itu tugas kementeria yb terangkan. Tk/
Terima kasih kerana membaca.

BN SOMBONG KEPADA PENGUNDI DI PENANTI

SAUDARA PEMBACA,
Jika ada yang kata peratusan keluar mengundi merosot, itu memang benar.
Tetapi yang lebih penting PKR tetap menang, walaupun hujan fitnah ibarat peluru yang menusuk di hati pengundi. Kemangan itu adalah kemenangan besar, itu massej pengundi kepada BN, kamu tak letak calon tak apa, dan pru ke 13 telah membuktikan BN sombong kepada pengundi di Penanti
Kepada saya, yang penting PKR tetap di hati rakyat dan tahniah kepada pengundi di penanti yang keluar mengundi, dan yang tak keluar jangan kesal, kerana hal demokrasi ada di tangan seluruh rakyat Malaysia, kitalah yang menentukan untuk menggunakkan hak kita. Mudah mudahan ini menjadi pengajaran kepada ke sombangan BN.
Terima kasih, kerana membaca,

Monday, May 25, 2009

TAK NAK MAKAN PUN KENA TANGKAP ?

Saya baca Malaysia kini, tajuk politik tahan 5 mogok lapar .
Kesimpulan yang saya buat bergitu mudah, atas dasar tak puas harti rakyat terhadap keputusan mahamah rayuan yang memihak kepada zambri, telah melukakan hati mereka. lalu mereka membuat aksi protes dengan cara tak nak makan, magok lapar, lalu mereka di tangkap ?
Apa relevennya.??????????
Jangan takut dengan bayang bayang sendiri ?
Siapa pun boleh Nazar
Asalkan nazarnya itu mengikut lunas Islam, jika dia orang islam.

adakah anda faham ?
TK, kerana anda faham membaca tulisan ringkas ini.

Sunday, May 24, 2009

PEMIMPIN DAN ISU : LAMBANG KEMATANGAN

Saudara pembaca,
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang di bawa oleh BN merupakan isu yang saya anggap terlalu remeh dan tidak berkualiti, umpamanya kisah antara Dr. lo lo dengan Raja Nong Cik, saya anggap ini adalah perkara yang terlalu remeh, pada hal masalah besar rakyat lebih utama, kalau nak cerita soal tandas dalam kancah politik negara, lebih baik undur diri dari jawatan menteri, malu dan sangat memalukan, apabila seorang menteri bercakap isu dengan nya menerusi cerita nak ke tandas, kepada rakyat tiada masa mempersoal hal seperti ni. Rakyat yang baik akan dapat menghasilkan pemimpin yang baik dan pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang sangat bijak dan baik. Jadilah pemimpin dan rakyat yang baik, cakap lah yang baik baik, buat lah yang terbaik, biar semuannya menjadi baik. Ini kabenit baru BN... kabinet yang dikatakan yang terbaik, kalau soal tandas menjadi Isu dan cara cakap bagi membanding persoalan sebenar, jangan lari dari kenyataan, apa yang disoal, jawablah apa yang betul dan jangan bawa perkara yang tidak betul bagi menyokong usul menjadi betul.
Pemimpin yang berkualiti dan matang akan membawa isu yang baik.
Bukanlah bergitu, terima kasih kerana membaca.

Saturday, May 16, 2009

UMNO DAN BN SEMAKIN MERAPU

Saudara pembaca,
Saya melihat UMNO dan BN, macam kucing dengan anjing, selesai masalah dengan MIC, muncul masalah dengan PPP, muncul masalah dengan Gerakan, berdengung masalah pula dengan MCA, masalah dalam UMNO dah macam kayap yang menjalar, ahli dan rakyat hilang keyakinan. Makin banyak selogan yang di keluarkan, makin banyak tindakan UMNO yang merapu. Kes di Pulau Pinang tak selesai, tambah masalah di perak, akhirnya UMNO dan BN memang merapu, ibrat kanker yang menjalar secara ngeri. Namun obatnya pasti ada tunggu di PRU ke 13, rakyat akan membuat pilihan yang tepat untuk menentang mereka di sebabkan:-

1. TAK HABIS HABIS BOHONG
2. BERPURA PURA PRIHATIN RAKYAT
3. SOGOKAN KALIMAT SATU MALAYSIA YANG MUNAFIK
4. LEBRALISASI YANG MENELAN HIDUP HIDUP RAKYAT MALAYSIA.

YANG PASTI SAYA SENDIRI TIDAK MAHU DIBODOHKAN OLEH PEMIMPIN SEPERTI INI
Untuk itu, pakatan rakyat menjadi harapan baru rakyat malaysia. Insyallah kita akan berjuang ke arah kejayaan Pakatan Rakyat.

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, May 6, 2009

SIRIH,PINANG ,KAPOR DAN GAMBIR

Saudara pembaca,
Ada ayat yang menyebutkan Sirh pulang ke gangang.
Ada ayat lagi menyebutkan sekapor sirih
Ada pula yang bebunyi Bagai pinang di belah dua.
Namun tidak juga yang janggal dengan perkataan ibarat sireh junjung.
Apa yang hendak saya nyatakan adalah Khasiat bahan tersebut.
Sirah ,pinang ,kapor dan gambir banyak gunanya, antaranya yang menyeronokkan adalah
Kesan terhadap nafsu shawat,bergitulah yang diberitahu oleh kawan saya kepada saya,Katanya kalau tak percaya cobalah. Yang pelik kawan saya ini dia bukan bomoh, dia orang biasa saja dan di kata dia dah banyak menolong orang yang nafsu shawatnya lemah. Wah ternyata semuanya berkesan. Apa yang menarik perhatian saya, beliau itu orang politik, bukan ahli tradisional perubatan,bukan dokter,bukan tabib, kenapa dia bergitu asyik bergerita soal ini, saya mula mencungkil rasianya, dan rupa rupanya disebalik kahsiat barangan tersebut dia telah merumuskan suatu fomula Politik dan nafsu shawat dengan mengunkan kompenan tersebut,ternyata apa relevanya. memang banyak....katanya asal orang politik yang bertarung alat ini penting menjadi penyatu...Jadi saya cadangkan kepada PM baru dan barisan kabinet baru mahu tahu cobalah untuk sebelum membuat selogan satu Malaysia. test dulu naik tak naik.
kalau naik itu tandanya ada kejayaan.

Bagi saya...ini bukan omong kosong. Tapi realiti
cari kaji dan fikirkan nanti anda mendapat jawapannya.
terima kasih kerana membaca.

Monday, May 4, 2009

MENCARI NAMA UNTUK MENANG : SUATU PROPOGANDA BARU BN

Saudara pembaca,
Sejak PM baru mengantikan PM lama dari Pak Lah kepada Dato Najib, UMNO tahu dan BN tahu proses kelumpuhan kuasa sedang belaku kepada parti mereka. Mereka cuba baik puih dengan menyakinkan rakyat, dan ternyata banyak simbolik dan semboyan di laungkan. nayatanya mereka menacari Nama untuk menang pada PRU 13, Kepada saya ini bukan kerja yang iklas, dan kesannya pasti menimbulkan masalah besar pada masa mendantag. Yakin dan percayalah. seloga itu akan menimbuskan perjuangan mereka.

Terima kasih.

Monday, April 20, 2009

PTPTN JANJI BOHONG

Saudara pembaca,
Dato Najib cakap rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamkan. Selogan ini selogan kosong. Saya sedih bila pemimpin cakap bohong, saya sediah membaca keluhan seorang pelajar yang tidak tempat bergantong untuk menampong pelajaranya, hanya semata mata mengharapkan PTPTN.Ternyata apa yang diharapkanya itu hanyalah janji bohong pemimpin, kisahnya cukup panjang tapi saya ringkaskan.Beliau adalah seorang penuntut di universiti putera dalam semester 4. Ibu dan bapanya tidak mampu samasekali. Masalah nya Pinjamanya dengan PTPTN tak pernah selesai, semenjak semestar 1 pinjaman bermasalah,pembayaran kepada beliau tak pernah sempurna, dan sepanjang masa itu sangat sukar dan kos sara belajar semakin tinggi dan hutang terus bertambah, dan semester ke 3, katanya dipotong bayaran yuran dan bayaran peudi membaca.ndahuluan pada awal pengajian dan semakin membebankan, dan pinjamannya hanya berbaki rm800.00 dan dengan jumlah ini kena menapong pembelajaran selama tempoh 6 bulan. Akibatnya beliau terpaksa berkerja bagi menampong pembelajaran........tidak kah itu namanya suatu kezaliman yang telah di lakukan oleh PTPTN, bukan meringankan untuk belajar tetapi semakin memberikan beliau untuk terus belajar. Katanya lagi beliau terpaksa ponteng kelas semata mata untuk menampong wang belajar.....ini lah kisah yang diwarwarkan pada utusan Malaysia pada ruang forum 21hb april 2009. Bukti apa lagi yang menunjukkan golongan muda seperti pelajar ini merasa terbeban, ingatlah kepada menteri yang bertanggungjawab tersebut, kerana tak prihatin mereka kepada pengurusan PTPTN telah mengorbankan keyakinan rakyat kepada pemimpin, yang pasti janji bohong apa lagi yang akan ditabor oleh kerajaan dan pegawai pegawai kerajaan,tanggunglah diakhirat di atas perbuatan kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, April 19, 2009

BAHASA BASI KERAJAAN NAK AMBIL ALIH TOL

Saudara Pembaca,
Kasian, cetik sangatkan kerajaan nak ambil semula tol dari swasta dengan alasan nak kurangkan harga tol, dikatakan perbelanjaannya menjangkau sebanyak 5 billion. Wah! jika diambil jua itu langkah bijak atau dungu, pikir sendirilah, kenapa ! 5 billion macam macam boleh buat untuk mensejahterkan rakyat, dari berurusan dengan satu syarikat untuk ambil alih projek swasta itu, malu atau memalukan ide ini timbang sendirilah.

Terima kasih kerana membaca,

MENANTI REBAH BN PADA PRU KE 13

Saudara pembaca,
BN akan rebah pada PRU ke 13. Apa sebabnya ? jika di amati hasil dari beberapa pilihanraya yang sudah seperti di kuala Trengganu, Bukit selambau dan Bkt gantang, di dapati sokongan rakyat kepada BN semakin menipis. Banyak janji janji yang di taburkan oleh BN, ternyata janji itu sekedar menjadi gula gula kepada rakyat. hari ini rakyat sudah cukup terkilan dengan pelbagai jenis pemimpin dalam BN yang negetif, tak payah di huraikan, semua dah tahu, malah janji janji konon untuk kukohkan UMNO juga dalam tempoh 2 tahun yang ditropmetkan oleh Muhiyiddin itu juga adalah omong kosong. Kalau tak percaya saksikanlah macam macam lakunan sarkes UMNO pada masa akan datang, yang tamak kuasa,haloba harta benda dan kroni, yang kesemuannya itu terlalu menjijikan rakyat, Hari ini janji lagi.....taburlah banyak mana janji itu, akhirnya janji itu akan makan diri sendiri, jadi saksikanlah menanti rebah BN pada PRU ke 13, Insyallah. amin.

Terima kasih kerana membaca.

Monday, March 23, 2009

PEMBAHARUAN UMNO ?

Saudara Pembaca,
UMNO akan ada pembahruan kata najib, nak refom!apa yang hendak di bahrukan dalam UMNO atau apa yang hendak di ubah ? Kalau UMNO nak berubah maka ia harus belajar dari sejarah.
Ahli ahli UMNO harus tahu sejarah pemimpin mereka, dan proses perjalan sejarah UMNO. Ahli ahlinya mesti mengerti siapa pemimpin mereka dan apa kemahuan ahli mereka. Banyak soalan yang perlu di tanya untuk berubah dan memperharui UMNO. Untuk apa cakap perubahaan tapi dalam masa yang sama cantas mencantas terus berlangsong, kesaksamaan di dalam pemilihannya masih di bayangi dengan politik wang,semangat berkelompok dan kroni, akhirnya ini kah yang akan diubah, jika yang hendak merubahnya turut di dalam program yang dikelilingi oleh sikap dia oorang aku dan dia itu pula bukan orang aku. Jika ini terus dan sedang berlangsong di dalam proses pemilihan kali ini, sebenarnya tunggu lah sangat tenggelamnya UMNO, dan apabila mereka menghampiri kelemasan barulah mereka akan mengapai pelampong, manakala di saat itu pula pelampong yang di gapai sudah bocor, dan merekanya semua akan lemas dan tenggelam di bawa arus perubahan alami yang disandarkan kepada hukum illahi.
Renung rengungkanlah.

Terima kasih kerana membaca.

Thursday, March 19, 2009

PEMILIHAN UMNO : KABILAH NAJIB ATAU KABILAH PAK LAH

Saudara pembaca,
Macam macam sepak terajang politik meraka susun dan atur. Lembaga Displin membuat keputusan yang memberikan impak kepada parti, manakala di awal mendapatkan sokongan pencalonan berebut rebut masing masing nak jadi calon, manakala di hujung pemilihan ini pula sudah ada desas desus untuk membentuk dua kabilah secara nyata, iaitu kabilah pak lah dan najib.
Akhirnya rakyat menilai dan mempastikan memang benar UMNO dah rosak dan sedang menunggu masa runtuh. Untuk apa ada lagi kabilah ? mana dia telus, berterus terang, yang ada jerebus dan bolos bukan berterus terang tapi bergelap gelapan. Politik wang masih merayap walaupun telah di umum oleh lembaga displin setelah di jatuhkan keputusan kepada dato Ali. mereka memang dah tak takut lagi, nak jadi apa dengan umno jadilah, masalahnya mereka lupa bukan kerana UMNO nak jadi apa, tapi rakyat terus menilai dan SPRM sedang di uji tugasnya.
Kepada saya kabilah apa pun yang muncul dalam gelangang politik UMNO, tidak penting, yang penting saya dan rakyat mual dan muak dengan cakap pemimpin yang pembohong. Selamat tinggal kepada pemimpin pembohong. Saya akan tuntut pembohongan kamu itu di akhirat, sebab cakap tak serupa bikin.

Sayonara pemimpin penipu,
Terima kasih kerana mendengar dan merasakan emosi saya

Wednesday, March 18, 2009

JIKA BENAR PKR NAK TEGAKKAN KEADILAN

Saudara pembaca,
Jika benar PKR nak tegakkan keadilan di seluruh Malaysia, lebih lebih lagi di atas isu semasa tentang politik wang dalam UMNO sebagaimana yang tersiar di dalam dada akhbar sesiap dan nama nama yang terlibat serta jawatan mereka samada dalam kerajaan, seperti mana yang di beberkan oleh Lembaga displin UMNO itu, maka PKR seharusnya tidak berdia diri. Saya cuma dapati PKR menerusi AMK di melaka memang ada daya kesadaran yang tinggi, bagulah tu.
Mana dia PKR di dalam bahagian bahagian lain ? kalau di pahang ada anggota UMNO yang terlibat dengan Politik wang, maka apa PKR pahang buat.Tegakkan lah keadilan, biar rakyat memang nampak bahawa PKR adalah sumber pembasmi Rasuah.Ayoh, ramai yang sedang menunggu, kabar PKR untuk lapor rasmi politik wang dalam UMNO di Malaysia ini.

Renung renungkanlah
selogan Harapan baru untuk rakyat malaysia.
Terima kasih kerana membaca.

SIAPA LAYAK JADI PM MALAYSIA

Saudara pembaca,
Kenapa Zahid kata Dato Najib Tak layak jadi PM. Kepada saya soal siapa layak ini amat penting.
Dulu saya pun pernah kata, jangan jadi di indonesia, pemimpin silih berganti dengan cepat, akibatnya rakyat dan negara rugi. Hari ini persoalan jadi PM dah mula hangat perkatakan, secara Ikhlas saya katakan, semua pemimpin di malaysia harus mengambil isu ini sebagai isu paling serius. Jangan ikut nafsu dan kroni, jangan ikut geram, jangan ikut otak yang semaraut, paling tidak dato najib sendiri harus berfikir apakah beliau telah bersedia menangkis segala masallah yang ada di kelilingnya, maka dato najib sendiri yang tahu menjawab hal ini.
Sementara di pihak lain banyak selera mereka dan alasan serta sebab logik supaya dato najib tak jadi PM, atau di ganti oleh orang lain ?
Nah, kena hati hati..kalu gitu siapa paling layak ganti tempat dato Najib ?
Nanti saya dalam hal ini tertarik dengan filem ciptaan P.Ramli. dimana Ibrahim pendik membaling buah dadu......kali ini kita lihat siapa yang kena :................!

1. tengku Ragzalige ka...
2. Mahyuddin Yassin ka...Muhammad taib ka....
3. atau Dr mahathir balik semula ka....
4. musa hita ka...
5. kot kot pah lah mau lagi ka.
6. Tak di sangka....anwar Ibrahim ka...
7. Ustad hadi ka....
8. nik Aziz ka.....

Macam macam boleh jadi, yang pasti instrument yang menentukan siapa bakal penganti PM
adalah tetap Yang dipertuan Agung.

Renungg renungkanlah
terima kasih kerana membaca.

MENGAPA ALI RUSTAM :KESALAHAN YANG TERPILIH

Saudara pembaca,
Ternyata Ahli lembaga displin UMNO mengenakan tindakan kepada dato Ali, disebabkan politik wang dalam UMNO. Dulu Tan Sri Esa Samad, tapi yang lain tak kena, ini kali Ali Rustam dan beberapa orang lain di kenakan. Ada yang beranggapan Ali rustam patut di kenakan hukuman ada pula yang tak setuju. Wah hasil Kata dato Najib jawatan ketua menteri melaka tetap kekal. Dalam kes ini apa tafsiran kebanyakan ahli UMNO dan rakyat :-

1. Politik wang tak habis habis dalam UMNO.
2. Pandangan Rakyat kalau dah parti memerintah berebut jawatan dan beli dengan duit, maka macam mana nasib negara ? maknanya rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO, termasuklah ahli UMNO sendiri, ini di akui sendiri oleh bakal Presiden parti dato Najib.
3. Dah di dapati bersalah dato ali nak rayu, memang boleh rayu: jika rayuannya di terima atau tidak di terima tentu akan membawa kesan, dan kesan terima rayuan;-
- Tak gunalah ada lembaga displin dalam parti.
Dan lebih baik Ahli lembaga displin letak jawatan saja, jika rayuan itu di terima, maknanya siasatan mereka masih bolos dan tak kukuh.
- Kalau tak di terima : kesannya penyokong dato Ali, tak puas hati terhadap keputusan itu, sebab mereka pun tahu ramai lagi yang terlibat dalam politik wang, cuma mereka bernai mendedahkan atau tidak. UMNO pun jadi konflik, kerana cara bertindak yang salah.
Tapi apa yang hendak saya katakan adalah bukan sangat soal Ali Rustam, tetapi soal UMNO:-
Kepada saya, pemimpin UMNO mestilah jujur, dan amanah, ternyata amanah dan jujur serta dasar dasar murni sudah jauh dibaling oleh UMNO, yang tinggal kini di dalam UMNO terlalu banyak kekotorannya, mungkin akhirnya UMNO akan runtuh dan penyakit di dalamnya sudah parah. Jika tidak mau parah, semua yang main politik wang mesti di hadapkan ke SPRM, tak perlu lagi lembaga displin, sebab dalam lembaga ini pun macam ada yang tak kena. tak akan banyak kes yang ada, hanya melibatkan kes terpilih, sedangkan yang salah tetap salah, yang pilih untuk yang salah terpilih dan berpilih. RENUG RENUNGKANLAH.

Terima kasih kerana membaca.

Sunday, March 15, 2009

BOLEHKAH NEGARA JADI DARURAT ?

Saudara pembaca,
Tajuk di atas kepada saya menerimanya dengan Jawapan boleh. bukan sebab sendiri soal sendri jawap.tapi jika kita amati secara halus, jika masalah negara yang ada ini dari kecil membiak menjadi besar dan dari besar ia akan meletup, maka barulah semua orang akan dapat mendengarnya, ketika itu negara di istiharkan darurat.
Apa tak nya ?

1. Politik yang ada hari ini macam kelang kabut aje.
2. ekonomi- rakyat bertambah susah
3. jenyah - Semakin menakutkan rakyat- mati sana mati sini, rompak sana rompak sini, ragut sana dan sini. Malah ada pihak coba coba mengacah kuasa. Sehingga ada yang memancing dan ada pula yang terpancing.

Sebab sebab berantai ini jika tak di putuskan, ia akan menyebabkan rakyat terbelit, justru itu pihak yang bertanggungjawab perlu sedar bagaimana menyelamatka n negara dari kemusnahan.Jika darurat menjadi pilihan untuk kebaikan, maka terpulanglah kepada tangan yang mencencang, dan bahu pula yang memikul. Selamat berfikir.
Terima kasih kerana membaca.

JIKA UMNO DAN PAS BERGABUNG

Saudara Pembaca,
Jika UMNO dan PAS bergabung, katanya Melayu yang untung. Nik Aziz Pula merasakan perit untuk bergadung dengan UMNO, manakala Hj Hadi pula berhasrat untuk bergabung dengan sebuah pendekatan yang di sebut kerajaan perpaduan. Nah ! dalam UMNO pula kini sibuk membersihkan Politik Wang, daripada setiausaha Azalina yang disyaki terlibat dalam politik wang sampilah kepada di syaki adanya politik wang yang sedang berligar dikalangan pemimpin tertinggi di pringkat timbalan dan Naib Presiden, apa tah lagi dikalangan ahli ahli majlis kerja tertinggi yang ingin bertanding.
Wah, Tengku ahmad Ritauddin pengerusi Lembaga displin bergitu tegas, dan mengumpulkan fakta 900 kes dalam politikan wang atau mungkin lebih. SPRM pula telah membawa Dato Norza zakaria dengan dakwaan politik wang di mahamah temerloh baru baru ini. Soal menang dan kalah oleh yang menuduh dan tertuduh bermain dengan wang, itu....soal no 2. Soal yang menjadi pokok utama telah ada politik wang berlangsong, di dalam pemilihan UMNO kali ini, di tambahkan lagi dengan isu isu lain yang bukan membabitkan politik wang seperti Isu di Perak, mengenai perlantikan Menteri Besar, Isu Ekonomi yang menghempit, dan isu sosial yang berleluasa sehingglah terpaut kepada Isu jenayah berat dan ringan.
Memang pening kepala, jadi langkah terbaik ahl politik duduk baik baik dan bincang serta pakat baik baik, sesama pihak kerajaan dan pembangkan.
Memanglah ada yang setuju ada juga yang tak setuju. Jika UMNO gagal bergabung dengan PAS, Jawapnya UMNO akan kecundang, manakala jika PAS gabung dengan UMNO, maka PAS juga tidak dianggap kelihatan bersih, melainkan kedua dua parti ini IKhlas dan bersih. kepada saya gabungan jika kerana mengikut perintah Allah dan Rasulnya itu sangat baik, tapi jika asasnya hanya nak selamatkan diri golongan tertentu, ini sangat bahaya.
Bagaimana pula JIKA MCA,DAP,PPP,GERAKAN,DAN LAIN lain parti al kafirun bergabung.
Yang jelas UMNO dan PAS, tidak boleh bermain sandiwara, sebab yang bakal di percayai rakyat nantinya bukan UMNO dan PAS, tetapi yang mereka percaya hanyalah kepada satu kuasa memerintah pada masa kini, iaitu Kuasa Raja raja Melayu.
Lebih tepat, tak kira melayu, cina dan india akan bergabung di bawah kuasa raja Melayu, dan buka kepada fomula gabungan itu, kerana di dalam gabungan itu masih kelihatan ada yang tidak bersih. UMNO pula perlukan pemimpin no 1 yang bersih, manakala PAS pula perlulah memilih sifat ikhlas di dalam usaha gabungan itu.
Jadi perana siapa yang penting untuk menghadapi kemelut politik,ekonomi dan segalanya di Malaysia ini ? Saya memberikan Jawapanya adalah ; PERANA RAJA RAJA MELAYU.
YANG DI ANGGAP NUTERAL. SEMOGA GABUNGAN INI MENJADI KENYATAAN APABILA MENERIMA ISYARAT YANG TEPAT DAN BETUL.

Oh ya, satu lagi semoga jangan negara di huru harakan oleh orang orang yang mabuk kuasa, dan seterusnya mabuk pangkat, padahal rakyat dalam derita.
Begitulah Jika UMNO dan PAS bergabong.

Sekian terima kasih kerana membaca.

Friday, March 13, 2009

RAKANNIAGA TEKUN : PEMOHON YANG GAGAL

Saudara Pembaca,
Sahabat saya dr. Amin memberitahu beliau menerusi syarikatnya ada memohon untuk menjadi rakan niaga tekun, telah berkali kali naik kepejabat berjumpa dengan pegawai tekun, satu demi satu perbincangan di buat dan satu pengharapan demi satu pengharapan di curahkan, Akhirnya kecundang, dengan memberi alasan Program rakan niaga rekun telah di bekukan.
Akhirnya 1,000 orang yang coba di bawa oleh Dr. Amin menerusi usaha programnya itu kecewa, yang pasti saya tahu 1000 undi akan berpihak kepada pembangkan tak lama lagi, pada PRU ke 13.
Itu lah kecuaian kakitangan kerajaan, yang menyebabkan mereka tak yakin dengan kerajaan.Bagi saya cukup cukup lah pengharapan yang bukan bukan itu di buang jauh jauh. Itu lah akibat daripada pemohon yang gagal, walaupun mereka layak sebagai rakan niaga, naum mereka di kecewakan. Selamat menerima Impak dari apa yang dirancangkan selama ini.

Terima kasih kerana membaca.

Thursday, March 12, 2009

BILA MENTERI DI SERANG ?

Saudara pembaca,
Saya mengambil perkataan bila menteri di serang ? Serangan apa ?tentunya serangan Isu, yang sejak kebelakangan ini sangat ketara. Isu dari perdana menteri sampai kepada menteri menteri.
Apa dah jadi / macam ada tak kena ? Banyak sangat isu yang tak dapat di selesaikan malah tergantong sana dan sini. Bagaimana nasib parti parti politik di malaysia, sedang dalam ancaman dan kemana akhirnyanya, yang jelas serangan isu kepada menteri menteri akan menjadi suatu penilaian kepada rakyat.
ISU POLITIK.......MACAM MACAM.
ISU EKONOMI ........SANGAT MENCABAR
ISU SOSIAL .........SEMAKIN TIDAK TERKENDALI
ISU AGAMA ........JAUH DARI PERTIMBANGAN
ISU PENDIDIKAN .......SEDANG MENGILA

Semuanya itu harus menjadi perhatian kepada semua pihak jika Malaysia dan rakyatnya ingin selamat dari kepelbagaian ancaman.

BILA MENTERI DI SERANG DENGAN ISU, YANG PANAS BUKAN SAJA MENTERI,
TETAPI RAKYAT TURUT BERDUKACITA. AKIBAT DARI AMANAH RAKYAT DIABAIKAN.
Itulah sebahagian cetusan rasa di pagi ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, March 11, 2009

APABILA MAMANDA NEGERI JOHOR BISU

Saudara Pembaca,
Kata shahbul Hikayat, disebuah negeri hujung tanah.Rakyatnya sudah menjadi bisu. Mamanda Negeri hujung tanah itu bernama tunku Ghani, telah pun mengangkat sauh mengajak seluruh panglima menaiki bahtera untuk menikmati sebuah empayar baru yang benama wilayah Iskanda.Sambil mamanda dan panglima mengelilingi kawasan mamanda telah mengistiharkan orang johor mestilah menyokog calon Johor. Namun mamanda tak sama sekali hendak bercakap soal isu negara pada hari ini, nak mamanda Negeri Johor nampaknya sudah terkena penyakit bisu.
Dengan ini diistharkan kepada seluruh rakyat negeri Johor,untuk mencarikan ubat penawar bisu kepada mamanda tungku ghani, agar mamanda itu boleh berkata kata, dan harapan rakyat jelata mamanda negeri tidak menjadi burung kaka tua dalam mentadbir negeri.

Semoga bersambung pada teks kelasik berikut.
Terima kasih.

Tuesday, March 10, 2009

NAK APA LAGI PERWAKILAN UMNO

Saudara pembaca,
Perwakilan UMNO hari ini nak apa lagi.
Nak bagi tahu politik wang merbahayakan parti dan bangsa dan pun di bertahu?
dia jawab menteri panggil kita, siapa nak bayar duit minyak melalui majis menteri itu?
Kalau tak bagi macam mana ?
Kita mandikanlah mereka yang nak bertanding itu.
Yang penting bagi duit itu bukan rasuah, tapi tanda budi bahasa ?
Apa dah jadi dengan perwakilan UMNO?
saya pun tak tahu mereka nak apa ?
nak duit......,kalau bagi salah
Kalau tak bagi kalah ?
Nak apa ?
Tunggu..............saat kemusnahan UMNO
sebab mata hati dan perasaan dah terkubur.

nak apa lagi ?

BARU UMUM 60 BILLION: PINJAMAN RAKAN NIAGA TEKUN DI TUNDA

Saudara pembaca,
Saya dapat sms dari seorang rakan, Dr. amin. Beliau dah siapkan kertas kerja mengenai urusniaga yang dinamakan rakanniaga dengan tekun.Pada mulanya mereka dah pun mendengar apa maksud yang hendak di buat oleh dr.Amin.Menteri yang berkenaan dah pun di maklumkan menerusi Pegawai khas menteri di pejabat tekun. tiba tiba katanya program itu, di tunda, sedangkan seramai 1000 orang menanti untuk mengikuti program yang di rancang oleh Dr. Amin. beliau kesal dan menyatakan kekecewaannya itu kepada saya. Sebagai sahabat saya katakan kepadanya lain kali tak payah lah berurusan dengan orang yang cakap tak serupa bikin.Nanti kalau dah hilang kuasa fikir fikirkanlah sendiri apa sebabnya. nak tipu apa lagi kepada rakyat, cukup cukup lah.
kesian kepada rakyat yang penuh pengharapan, jadi saya amat takut jika pengumuman 60 billion itu sekadar cakap cakap dan tak sampai kepada apa yang di sasarkan.

Selamat fikir fikirkanlah.

Saturday, March 7, 2009

BILA PECAT DAN TANGKAP POLITIK MALAYSIA BARU

Saudara pembaca,
Terbaru demonstrasi ! hanya Isu bahasa Ibunda 10,000 orang keluar berarak dari Masjid negara menuju ke istana Negara. UntukAPA ? MENYATAKAN RASA TAK PUAS HATI TENTANG kebimbingan mereka terhadap terancamnya bahasa ibunda menerusi sistem pendidikan yang menerapkan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran sains dan Matematik. Mereka bangkit, ada yang kata mereka itu berfikiran sempit,sebab apa salahnya menambah ilmu bahasa lain kepada anak bangsa sendiri, tapi tidak kurang juga yang menyatakan perjuangan mereka itu ada asasnya untuk mempastikan tiada makhluk perosak boleh mengancam bahasa Ibunda.
Kepada saya, mereka yang bertanggungjawab harus memahami apa kehendak rakyat, kalau kehendak rakyat supaya bahasa melayu itu di jamin keunggulan dan keselamatnya maka penguasa mestilah bertindak, sesuai dengan amalam demokrasi yang kita laungkan. Tempoh 6 tahun yang sudah mereka telah menerima dan kenama tak protes pada ketika itu, jawabnya mereka mahu merubahnya sekarang, jadi ubahlah sekarang di atas kehendak mereka, jika tidak betullah kata perdana menteri makin besar masalah akan melanda, cepat cepatlah uruskan perkara ini dato Hisham, jika tidak berapa ramai pula akan kena pecat dalam arena politik rakyat dan tak kurang pula di antara rakayat yang bakal di tangkap kerana di anggap menimbulkkan kekecohan, jadi ini lah yang ingin saya katakan Bila Pecat dan tangkap politik Malaysia, akhirnya rakyat akan menentukan, ingat persitiwa sadam kenapa negaranya digulingkan dan pemimpinnya itu digantong sampai mati.
Ingat Jika konflik politik negara terus membesar,kekacauan berterusan, maka akan sampailah nasib malang iaitu rakyat dan pemimpin akan terkorban, tak kira melayu,cina atau india.Atasi segera, sebelum terlamabat.

Sekian terima kasih, kerana sudi membaca,

Saturday, February 28, 2009

REVOLUSI ATAU EVOLUSI PELAJAR DALAM DUNIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Saudara pembaca,
Amat menakuktkan saya dewasa kini mengenai keadaan pelajar kita, dari ponting sekolah, berubah wajah menjadi samseng, dari samsing menjadi penyamun, dari samun berkembang budaya khayal dan dadah, dari dadah merebak kepada pelesiran dan vendelisme, dari lesir menjadi ganas dan rempit, dari rempit berubah menjadi perogol dan sanggup di rogol, dari keruntuhan ahlak menjadi sanggup diperalat dalam gelanggang politik, seterusnya kegiatan buli dan membuli terus di anggap biasa, akhirnya sanggup pula bergelumbang dengan dosa dan membunuh.
Sungguh sedih....Perlu di tangani dengan segera tiada ada lagi istilah bertindak secara evolusi, adalah diperlukan suatu revolusi adap di dalam dunia pendidikan. pecayalah jika ini dibiarkan terus dan setiasa dianggap kes terpencil, tidak heran kita bukan mengeluarkan pelajar yang berkualiti, tetapi pelajar yang memikul pengajaran songsang, dan akhirnya negara akan musnah di tangan mereka. tolonglah kementerian serius dengan hal ini, wahai kementerian pendidikan, di tangan kamu genderasi akan datang mempertahankan negaranya;
Jika akhlak rosak, jika otak mereka di sumbat dengan gejala negetif akhirnya mereka adalah pemusnah negara kita.
Renung renungkanlah ?

Terima kasih kerana membaca.

HILANG DAULAT KEMANA RAJA, HILANG RAJA KE MANA MELAYU ?

Saudara Pembaca

Pinang kelat di atas para

Sirih junjung terkulai layu

Hilang daulat ke mana raja

Hilang raja ke mana Melayu

Jangan lah kita bergurau senda dengan kuasa. Persoalanya sejauh mana orang Melayu menghayati sistem pemerintahan yang ada, atau mereka sekarang berada pada krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Saya pecaya bahawa ketaatan melayu kepada rajanya masih ada, namun mereka hanya menuntut kebenaran dan keadilan. Justru itu Jangan berguarau dengan kuasa yang ada, esok kita kan menyesal buat selama lamanya.

Itu saja ingatan ringkas saya,
kepada diri saya dan bangsa saya, semoga kita berada pada
landasan yang tepat dan betul.

Terima kasih kerana membaca.

Friday, February 27, 2009

KOCAK POLITIK MALAYSIA,HANGAT PANAS DAN AKHIRNYA TERBAKAR.

Saudara Pembaca,
Saya hanya ringkaskan saja. Bermula keputusan PRU 12 yang lepas, salah menyalah di dalam BN kedengaran.Walaupun UMNO tak kalah, namun UMNO jadi sasaran sebab kalah, yang sebat UMNO pun adalah rakan sendiri di dalam BN. Satu persatu isu di bawa oleh rakan kongsi, lalu UMNO pun melatah dengan cuitan sahabat sendiri. Pakatan Rakyat melihat ini sebagai ruang dan peluang terbaik untuk menyerlah. Akhirnya sahabat sendiri, serta anak anak sendiri dalam UMNO menuduh bapak lemah, dan bapak itu adalah Pak Lah. Tekanan demi tekanan di beri dan akhirnya pak lah sanggup berundur. Sebelum berundur sehingga Mac ini, mecam macam tekanan muncul lagi dari utara sampai selatan bercakap cakap soal Isu Politik, sedangkan kegawatan ekonomi memang terasa oleh rakyat. Kesimpulannya Ekonomi sedang sakit dan politik sedang tenat.Pemimpin terus bercelaru.
Saya ringkaskan lagi, dari cerita Pak lah kena berundur, apakah sebab salah pak lah saja ? BN lemah, macam macam bedah siasat di buat, sebab BN Kalah, namun Pak lah jadi mangsa utama.Ada yang kata sebab lembap dan lemah bermula dari dia, maka dia kena tanggung. Saya tidak ada komen apa tentang hal ini, namun tak patut seorang saja ketua yang dipersalahkan, malahan bagi saya kalau kita maju dalam satu pasukan, maka kalau nak berundur perlu lah juga dalam satu pasukan. mana dia pribahasa cubit peha kiri, peha kanan terasa. Lepas itu macam macam insiden terjadi, macam macam catur politik bergerak, dari pilihanraya ke pilihanrya kecil, BN kalah lagi, bila kalah ada pula kata sebab Pak lah lagi dan ada pula kata sebab dato najib. Tak tahu lah, yang jelas pada masa yang sama ramai anak melayu dan Malysia di negara ini ramai yang dah kena buang kerja, sebab ekonomi melesit.
Makin Panas, Isu Perak, Isu raja raja melayu, Isu kontrak sosial, Isu Melayu tak relevan, isu Karpal Sing di parlimen dan 2 butir peluru, Isu nak bertumbuh Pemuda UMNO dan orang Pakatan rakyat di Parlimen, Isu dan Isu.....Kocak politik malaysia semakin Hangat, Panas dan pasti jika tak di kawal akan terbakar.

Saya bercakap benar, selesaikan lah secara baik
supaya rakyat hidup aman makomor dan sentosa.
Selamat membaca dan terima kasih kerana membaca.

Wednesday, February 25, 2009

ISU BAHASA: SASTRAWAN NEGARA A. SAMAD SAID JADI MANGSA

Saudara pembaca,
A.Samad said tak kurang di kiritik sama seperti shahnon ahmad. Kerongkongnnya bersuara memperjuangkan bahasa Ibunda, tapi ada yang katakan di adalah pembangkang. saya tak fikir dia macam itu, dia boleh jadi pembangkang sebab negara ini punya kebebasan memilih dan dia juga boleh sokong kerajaan sebab dia ada hak untuk buat pilihan. Tapi jika kita tak tahu siapa yang dia hendak sokong jangan lah hentam dia, samad said punya lukisan hati yang murni untuk bangsannya, biarkan lah di bicara atas pentas apa yang dikehendakinya. Saya mengucapkan tahniah di atas kebenaraninya, dia ada model yang perlu di contohi untuk menegakkan bangsa dan Basaha Ibunda, saya hantarkan sebuah puisi khas untuk nya :

Nama mu memang terukir
seorang seniman
dari jalanan mencecah dipentas benua
mengangkat nama bangsa
kerana kamu tahu
bahasa adalah jiwa bangsa.

Nama mu memang terukir
di atas lukisan mu
tercatat sudut hati tak retak
di telan zaman, sebab kau adalah pahalawan bangsa
untuk bahasa.
Engkau bukan zabaa,tidak pula pak sako
Tapi engkau adalah engkau
yang tahu bangsa mu dan bahasanya sedang derita
di mamah penguasa
di tanah dan airnya
yang semakin bisu
dan layu
namun kau
tidak ......tidak
begitu.

Sekian terima kasih.
Kerana Sudi membaca.

BILA LEMBU DI HERET DI PEJABAT SPRM

Saudara Pembaca,
Apa dah jadi sampai begitu sekali, lembu di heret di pejabat sprm. Rasanya AMK sangat Panas dengan pihak yang sering menyalahkan pakatan rakyat. Kes yang dikemukakan oleh Barsian dan UMNO mungkin cepat di layan, tapi kes yang diadukan oleh pakatan rakyat dan PKR sangat dingin, ini lah mungkin merupakan kepanasan yang di hadapi oleh AMK. Soalnya lembu kalau di bawa ke pejabat itu, macam ada simbol yang simbolik. Siapa rasanya macam lembu kena cucuk hidung ? Sebab itu dalam artikel ringkas saya, pernah saya katakan jangan sampai sepotong roti rakyat akan bangkit membina keganasan, hanya kerana sebab tak puas hati. Ternyata hari ini rakyat dah mula bawa lembu ke hulu ke hilir.
dulu pun ada sembelihan korban, tapi tak kecoh pun, siapa sebenarnya yang mengkocak hal ini, dia lah yang menanggungnya. Bagi saya Bila lembu di heret ke pejabat SPRM, takut takut seketika nanti negara kita boleh jadi macam Iraq, dimana pemimpinnya akan di heret ke tali gantong.
Ya allah selamatkan negara ini dari segala bentuk kekacauan dan ancaman.Janganlah diperlekehkan rakyat wahai pemimpin dan taatlah rakyat kepada pemimpin yang amanah dan tidak zalim.Mudah mudahan kisah lembu diheret ke pejabat SPRM tak berulang lagi.
Jadikanlah sebagai pengajaran, sebelam matahari merajuk untuk terbit dibumi Malaysia.

Sekian terima kasih,kerana sudi membaca.

Monday, February 23, 2009

BENARKAH DAP HINA ISLAM,DENGAN TERTUBUHNYA MAJLIS PERUNDINGAN ANTARA AGAMA DI PULAU PINANG ?

Saudara pembaca,
Mungkin umum ingin mengetahui apa maksud majlis perundingan antara agama yang ditubuhkan oleh DAP itu ? Ada sesuatu yang sangat baik jika DAP sedar bahawa jalan terbaik untuk membangun negara dan parti politik serta masyarakat keseluruhannya adalah dengan jalan agama.
Namun kefahaman DAP terhadap Islam mestilah di lengkapi kepada teras undang undang islam dan perlembagaan di negara ini. Justru itu Majlis yang ditubuhkan itu mestilah difahamkan terlebih dahulu mengenai fungsi dan peranannya. Jika ini disalah tafsirkan maka dibimbangi akan terjadi sesuatu yang negetif terhadap ummat islam. Semestinya mengenai perbicaraan tentang Islam mempunyai kaedah di negara ini, siapa yang diberi tanggungjawab untuk menangani persoalan islam di malaysia, termasuklah di Pulau Pinang. Jangan anggap remeh Isu ini.

Sekian terima kasih.

PERTOLONGAN TANGGUNG : KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MENGATASI MASALAH PERBERHENTIAN KERJA

Saudara pembaca,
Tadi seorang kawan bernama raihan datang ke pejabat, memberi tahu saya, dia sudah mula mengumpulkan orang orang yang diberhentikan kerja dan tidak kerja untuk mengikuti program bantuan kerajaan, dimana setiap orang akan di bayar RM500.00. Katanya tak sampai seminggu dia mengusahkan hal tersebut, sudah ada notis daripada kerajaan di bawah kementerian yang berbabit untuk menagguhkan program tersebut. Saya tidak berhajat nak ulas panjang, cuma kalau buat kerja itu, jangan lah sepatuh sepatuh, sekejap ada sejekap tiada,hal ini bukan boleh dipersendakan, mereka adalah golongan yang seharusnya dibantu secara serius. Saya melihat perbuatan seperti ini seolah olah yang di rencanakan oleh kementerian tersebut adalah tidak masak, justru itu kepimpinan negara perlukan mereka yang benar benar serius dan amanah,janganlah kita pandai menegur orang lain pandai cakap tapi tak serupa bikin, sedangkan perpatah melayu yang lain juga ada menyebut, inilah yang dikatakan 2 X 5 sama saja.
Ingat, revolusi perancis meletus akibat dari sepotong roti.
Harap harap kita semua faham.

Sekian terima kasih, kerana sudi membaca.

Sunday, February 22, 2009

PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2009 ANTARA CITA CITA DAN KEMUSNAHAN

SAUDARA PEMBACA,
Saya telah berjumpa dan berbual bual dengan kawan kawan yang menjadi Perwakilan ke persidangan Agung yang akan datang Mac 2009 ini.Perbualan kami ringkas tapi cukup bermakna.
Apa yang pelik sangat dengan pemilihan ini ? Mereka sebenarnya bukan merasa pelik tetapi menunggu saat sebenarnya peralihan Kuasa daripada Pak Lah kepada Dato Najib. Ramai yang berpendapat Pak lah akan serah kuasnya sesuai dengan keinginan di pihak lain. Namun penyerahan kuasa ini dapatkah menyelesaikan Masallah ?
Masallah apa ?

1. Cara peralihan kuasa ini, benarkan di mengikut ketelusan dan budi budaya UMNO
2. Bagaimana sekatan dah halangan berkempen , sekejap boleh sekejap tak boleh?
3. Politik wang sudah menjalar, tiada hentinya.Bagaimana UMNO boleh menghalang politik wang sedangkan ianya bagaikan aurs tiada hendinya dalam setiap pemilihan UMNO, sedangkan UMNO adalah parti yang mengajak rakyat memerangi rasuah. ini adalah perkara mendasar untuk rakyat memperhatikan gelagat UMNO.

Dari tiga perkara itu, saya cakapkan kepada kawan saya. saya dah masak dan luar dalam UMNo saya dah tahu. Cukup lah bagi saya......
Semoga rakyat di negara ini sedar, apa pun dendengan dari UMNO, Ibarat kudis sudah menjadi tokak....dan kemudian bernanah, akhirnya semua bau itu akan di hidu rakyat.

Selamat berfikir.

JIKA POLITIK PERAK TAK SELESAI

Saudara pembaca,
Tempoh hari serangan 28/28 telah berlaku, akhirnya adun yang lompat ke Bn dan menjenamkan diri ke bebas telah berpihak kepada Bn, pengumuman di Buat bahawa sultan perak bersetuju membenarkan Bn untuk mentadbir kerajaan Perak. maka di sana bermula konflik pihak Pakatan rakyat dan penyokongnya untuk mepertahankan Nizar sebagai MB perak, demontrasi jalanan hangat, kedai kopi beborak besar mengenai isu ini, malahan seluruh rakyat Malaysia melihat isu ini macam ada yang kena dan ada yang tak kena.Keadaan semakin semarut lagi apabila nizar tidak mahu mengalah dan terus mempertahankan haknya dan melihat kuasa pakatan Rakyat di Perak seakan di rampas. konflik ini di tambah dengan beberapa kenyataan tajam daripada pimpinan politik dan akhirnya cuba mengheret raja raja melayu ke kancah politik. Gejolak ini seakan semakin berbisa apabila sepeker dewan membuat keputusan menggantung MB baru iaitu Zambri dan beberapa orang lagi, ada yang mengatakan tindakan itu salah tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan itu, maka konflik pecah belah pandangan dan penguasaan di negeri Perak ini, jika tidak diambil perhatian serius akan menjalalr ke kawasan atau negeri lain. lantas itu apa yang ingan saya bicarakan adalah seperti berikut:

1. pemimpin harus kasih kepada rakyat, jangan biarkan perkara ini berlarutan, yang bakal menjadi mangsa nantinya rakyat.
2.Pemimpin harus mengujuddkan kematangan berpolitik secara sihat, dan berada pada garisan yang betul, jika tidak cakap pemimpin suatu ketika tidak menjadi cakap keramat, tetapi dianggap sebagai cakap cakap kosong.
3. Berilah mandat kepada rakyat untuk mempastikan siapkan pemimpin mereka, justru itu dewan mestilah bersidang terlebih dahulu.
4. Jagalah maruah politik tanah air, negara kita dan budaya kita masih budaya ketimoran,dan jika ada pemimpin yang bersikap tidak ada dan gelojoh maka membayangkan negara kita bakal terjual dengan sikap pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
5. intutusi Istana perlu di hormati, selaras kesetian rakyat kepada tidak berubah, namun perpatah Melayu juga penah menyebutkan raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah.
6. Hormatilah raja raja melayu dan pelembagaaan negara ini, sebab tiang sri membangun negara ini dari sejarahnya adalah sejarah Raja berpelembagaan.
7. wakil wakil rakyat mestilah mendalami diri mereka dengan ilmu, supaya mereka lebih matang dan parti mestilah melatih pemimpin dan wakil mereka sejajah dengan prinsip prinsip rukun negara.
8. Jika Politik Perak tidak selesai;-

8.1. Masyarakat akan kacau bilau.
8.2. Ekonomi tidak berjalan dengan sempurna
8.3. Keganasan akan terjadi
8.4. Pihak pentadbir negeri akan berpecah belah
8.5. Pesaudaraan senegeri terugggat.
8.6. Sebab berpolitik, nasib saudara mara akan juga terbelah dua
8.7. Kemiskinan dan jenyah akan terus bertamabah
8.9. sikap mengoromati sesama sendiri sudah pudar,yang muncul penghinaan dan cacian.
8.10. Akhirnya pemerintahan negeri akan di gantong.

jangan menyesal hanya sebab berebutkan kuasa, yang paling malang dikhwuatri akan muncul pertumpahan darah....Jika Politik Perak tak selesai.

Terima kasih.
Kerana membaca,

Tuesday, February 17, 2009

KISAH AKHLAK WAKIL RAKYAT.

Saudara pembaca,
Ketika datuk sri anwar berhadapan dengan isu kritikal pribadi yang menggegarkan negara, banyak pihak membuat tafsiran, ada yang positif dan ada yang negetif. ketika Vigenderen menghadapi kes Vedia Lucahnya, hal yang sama juga menjadi soalan kewibawaan wakil rakyat, sama juga seperti Dr chua soi lek yang mengakui apa yang di lakukkannya, juga tidak ubah sama seperti elizaberth wong yang kini di perkatakan. YANG MEREKA KATAKAN LETAK JAWATAN ?
Soal ahlak memang penting dan sangat mendasar kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin.
Tetapi yang saya nak sorot adalah kisah wakil wakil rakyat yang memberi komen kepada kes dan kelakuan kawan sejawat. Mereka yang komen juga harus hati hati, lebih baik tidak menuduh atau menjatuhkan hukuman kepada mereka yang menerima musibah. Yang pasti belum tentu yang berbuat itu lebih buruk daripada yang memberi komen , dengan tuduhan tuduhan drastik agar letak jawatan. Apa yang penting, biarlah mereka membuat keputusan di atas apa yang mereka fikirkan patut dan tak patutu. Takut kalau disemak semak di dapati yang komen itu entah lagi macam mana. Hati hatilah dengan kisah akhlak wakil rakyat.
Jangan kita cakap orang lain tak betul, tapi didi kita sendiri agaknya lebih tak betul daripada yang sebetulnya.

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, February 10, 2009

MEMBUNGKUS OBAK SEJARAH KETUANAN MELAYU

Saudara pembaca,
Kenapa ombak sejarah ketuanan melayu perlu di bungukus ? sedangkan orang melayu mengasaskan negara ini, dan hak orang melayu untuk menjadi pemimpin di negaranya sendiri perlu di kekalkan.Namun ada orang pertikaikan hak kuasa memerintah melayu, dan jika orang melayu terbuai dengan sikap memperjuangkan bangsa sendiri, maka ia akan tenggelam berkuasa, itulah mungkin yang di anggap membungkus ombak sejarah kuasa melayu. namun jika orang melayu dapat bersikap adil dengan bangsa lain dan bangsa lain boleh hormat kepada bangsa melayu, orang melayu pastinya tak akan di bungkus oleh ombak sejarahnya, malah ketamaduannya sangat di hormati dan disegani. hari ini ada yang mencoba uji bangsa melayu, itu datangnya dari bangsa bukan melayu dan orang Melayu sendiri, dan saya amat optimis bahawa bangsa melayu di bawah bumbung kesatuannya samada gabungan melayu UMNO,PAS dan PKR pasti akan mengubah haluan ombak sebelum ombak menderu dan membungkus mereka.

Mudah mudahan jadi renungan.
terima kasih kerana membaca.

MENGINTERPRITASIKAN KUASA MELAYU DI PERAK

Saudara Pembaca,
Insiden di Perak berkaitan tertubuhnya kerajaan baru Barisan Nasional dan bertahannya kerajaan lama di bawah Pakatan Rakyat adalah suatu peristiwa sejarah yang sangat menarik. Sepatutnya tiada sesiapa yang kecewa dan bangga dengan peristiwa ini. Pakatan Rakyat sedang menyusun buah caturnya, manakala BN pula sedang menuju dan telah pun menemui apa yang di inginkannya.
Namun apa yang ingin saya perkatakan di atas insiden ini adalah seperti berikut:-

1. Rujukan kepada tafsiran undang undang, sebelum mengambil kuasa dan mengiktiraf kepada kerajaan baru yang telah pun di persetujukan oleh baginda sultan perak. Jika ini di rujuk, bermakna rujukan tersebut harus diperhatikan bagaimana membolehkan sesebuah kerajaan itu tidak lagi diberi mandat, atau di berhentikan mandatnya dan di sudut yang lain kuasa budi bicara bagina sultan telah membuat keputusannya berasaskan kepada lunas lunas yang diguna pakai, dan lunas itu tersedia di dalam undang undang tubuh kerajaan Negeri perak. Interpritasinya adalah menimbulkan konflik kepada penyandang kerajaan dan pihak yang ingin menubuhkan kerajaan, maka itu sokongan kepada kedua pihak juga menjadi jelas. Namun di dalam perjalanan menuju kerjernihan, kekeruhan juga boleh memberi pelajaran dan iktihbar di atas nasib kuasa Melayu Perak dan teruji kesetiaan Mereka atau sebaliknya terhadap intitusi berraja di negeri tersebut, malah mungkin boleh merembis keperingkat seluruh negeri di malaysia. Kebangkitan Kemelayuan, menunjukkan Isu Kesultanan mendapat tempat kepada mereka yang berkepentingan, namun di sisi yang lain ia juga merujuk kepada;-

2. Permainan Politik Bukan Melayu, apabila Karpal Sing berhasrat untuk menyaman sultan Perak, di atas Isu tersebut. lantaran itu orang Melayu menunjukkan sikpannya walaupun tidak secara total. Kenapa di katakan demikian ? di dalam usaha orang orang Melayu perak dan luar perak mempertahankan kedaultan kesultanan perak, di sisi yang lain terdapat juga orang orang melayu yang mengadakan tunjuk perasaan jalanan, sehingga kereta istana juga menjadi mangsa kegeraman mereka, ini adalah kesan kepada setia melayu terhadap sultan apabila persoalan politik telah diheret kepada pihak Istana.

3. Namun orang orang Politik, menerusi wadah politik, harus juga memahami isi hati istana terhadap cara mereka diberi kuasa untuk memerintah negeri, ada perkara yang istana sendiri tidak sehaluan dengan cara pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini, sebab itulah diplomasi antara pentadbir. penguasa dan politik dengan istana harus ada keselesaan dan keserasiannya, jika tidak keadaan akan menjadi goyang.Lantas akan runtuh.

4. Runtuhan kuasa tersebut juga, tidak boleh di tafsir sebagai runtuhan mutlak, disebabkan runtuhan yang terancang adalah runtuhan yang akan di bina di bawah satu payong, yang ramai daripadanya tidak akan menyedari, melainkan jika di fahami dan diamati secara halus barulah ternampak impak dari peristiwa ini.

5. Impak kepada suka melompat,tentulah bersebab, dan sebab itu di cari serta di temukan, jika ianya ditemukan adanya unsur " WANG " MAKA mala petaka besar akan terjadi di bawah kerajaan yang baru tertubuh. Cuba cuba lah fikir di mana penghujungnya ?

Aneh tapi benar ?

Terima kasih kerana mentafsir peristiwa dan membacanya
dengan Hati yang terbuka.

Saturday, January 31, 2009

KISAH MELAYU SEDUT DUIT

SAUDARA PEMBACA,
Saya telah di datangi oleh beberapa kawan, pagi itu dan mereka bercertia tentang duit sedut.
Saya bertanya kepada mereka , sedut duit tu pakai apa ? katanya pakai beberapa alatan yang di anggap ada keganjialannya, lepas itu ada mentera dan bacaannya. dan saya tanya dapatkah duit yang di sedut itu, mereka kata dapat tapi kadang kadang tak sempurna sebab ada dikalangan kawan kawan yang pergi sedut duit itu tamak dan tak iklas, sebab itu kadang kadang duit itu jadi tak sempurna. Lantas saya terbayang kepada golongan ini, lebih baik hentikan kerja sedut duit itu dan sedutlah duit dengan cara bekerja bersungguh sungguh, mengikut fitrah yang telah di tetapkan Allah, s.w.t.
Kepada saya, ini adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang nak cepat kaya tanpa usaha secara fitranya, yang mereka telah diberikan tubuh badan yang sempurna dari Allah.
Jika ada yang masih berminat dengan aktiviti itu, terpulanglah.
sebab kepada saya yang penting.dengan berusaha,berkerja,berdoa,bertawakal pasti lebih banyak duit yang di hajatkan itu akan datang. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melaikan kamu itu sendiri yang merubahnya.

Terima kasih.

PERDANA MENTERI TURKI SIMBOL BERANI PEMIMPIN

Saudara pembaca,
Apa yang di pertontonkan oleh Pm turki meninggalkan forum dan bertikan lidah dengan Pm Israeil itu sesuatu yang patut menjadi pelajaran kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin jenis berani. ternyata keberanian beliau itu telah di tuangkan di dalam suatu keadaan yang tegas. Ini menunjukkan di pentas dunia ini masih ramai pemimpin yang cinta damai dan anti kezaliman. malangnya seberapa ramai pemimpin dunia Arab akan ke hadapan dan bersatu, sedangkan kesadaran dari luar tanah arah sangat memberikan respon. Maka itu PM turki dapat dijadikan model kepada perjuangan bersatu menentang kezaliman penjenyah israeil.
Justru itu, perisitiwa ini harus menjadi ikhtibar kepada golongan yang mahu berfikir.

Sekian Terima kasih.

APABILA AZALINA AJAK BERHENTI KRITIK UMNO

Saudara pembaca,
Kenapa mesti berhenti untuk kritik UMNO ? sebagaiman kehendak segolongan pemimpin UMNO.Mereka kata kita terus berkerja, jangan kritik dan terus memperbaiki dan memperkukoh UMNO. Sebenarnya tindakan memberhentikan kritik terhadap UMNO adalah tidak bijak. Jika kita bercakap sebagai ketelusan, kenapa dah mula takut dengan ketelusan yang sering di cakap cakapkan itu ? Jadi selagi kita ingin maju ke hadapan, perlu ada kritikan, dan kitalah patut menyaring segala kritikan itu. Semua parti samada dalam BN ATAU PAKATAN RAKAYAT mesti di kritik, jika ingin maju ke hadapan. Kita mesti belajar dari kelemahan kita dan kelemahan kita itu adalah hasil daripada apa yang dapat di kesan oleh setiap orang. Justru itu kita harus bangga apabila di kritik kerana dengan kritik itu kita akan manjadi insaf dan berusaha mengambil cabaran tersebut untuk lebih maju ke hadapan, dan seterusnya kematangan kita akan bertambah tambah.
Apa bezanya PKR juga di kritik, pemimpin pkr tenang dan menjawab segala kritik dengan kaedah stratigek, DAP juga di kiritik, MCA juga di kritik, MIC juga di kritik, malah semua parti di dunia ini menghadapi kritikan. Kenapa kita mesti berhenti daripada keritik juga kita ingin melihat kehidupan kemanusian yang lebih baik.

Selamat belajar menerima kritik.Untuk kebaikan
dan jangan takut jika di kritik.
dan jangan bosan menerima kritik dan jangan bosan juga mengkritik
untuk menjadikan negara kita lebih maju,matang dan berjata
dan akhirnya kita dapat menghasilkan pemimpin yang berkualiti dan bertanggungjawab.

Sekian terima kasih.

Monday, January 26, 2009

POLITIK MUAL.

Saudara pembaca,
Mual itu boleh jadi loya atau nak muntah. Politik yang loya dan nak muntah ini, adalah yang di maksudkan mengenai cakap cakap pemimpin yang telah banyak berbohong kepada rakyat, akibatnya rakayat merasa mual mendengarnya. Bila cakap politik wang tentunya semua rakyat dah tahu, tetapi mereka tak serik juga. Jadi mual rakyat kepada pemimpin UMNO. Perwakilan dan pemimpin UMNO bukan ada yang tak baik, ada juga yang baik dan berkerja keras untuk rakyat, tetapi banyak yang tak baik dari yang baik. Rakyat tak boleh di bohongi.
Rakyat di negeri negeri samadar dari Johor sampai ke perlis dan samapi ke sabah dah pun tahu, sikap menteri besar mereka.
Mulut mulut dah banyak bercakap, dinidng dinding pejabat menjadi saksi, restoran dan hotel juga menjadi tempat rakayat mengetahui pelbagai insiden kepimpinan yang ada, di kedai kopi dan masjid, pasar dan tempat awam mereka menilai wakil rakyat di parlimen masing masing atau dun masing masin, yang jelas mereka tahu apa yang pemimpin mereka buat. Tak payah lagi nak sembunyi sembunyi, semuannya ada dalam kotak rakaman rakayat.. Bila rakyat panggil sesuatu majiis, maka amalan pemimpin mereka itu adalah hantar wakil. Bila nak mengundi datang sendiri, arah sana arah sini, macam yang lain ibarat pak angguk, tapi dalam angguk angguk itulah mereka akan terlena dan itulah diterjemahkan sebagai Politik Mual. tanyalah pada diri dan wakilrakyat, apakah pengundi dah mula loya kepada mereka.

fikir sendirilah Mang!

Friday, January 23, 2009

NOVEL SEJARAH : JANGAN MENCABUL PRINSIPNYA

Saudara pembaca,
Pada 23hb Jan 2009, saya mengikut seminar Novel Sejarah anjuran Yayasan Warisan Johor.
Usaha ini baik, saya membaca beberapa kerta kerja yang ada, Namun saya melihat ada beberapa perkara yang seharusnya menjadi perhatian kepada ilmuan sejarah dan sastrawan. kepada saya menulis novel sejarah itu boleh saja dan sangat baik, tapi biarlah ada batasanya yang jelas, dan tidak dikeliarukan kepada mereka yang belum memahami sebenar apakah sejarah dan apakah dunia novel. Karya novel adalah bebas, manakala karya sejarah adalah terikat kepada peraturan faktornya. Justru itu apabila karya Novel sejarah digabungkan batasan itu harus menepati hak dunia karya dan prinsip prinsip ilmu yang harus di patuhinya.Janganlah tersilap berkarya sehingga Novel sejarah menjadi pencabulan kepada prinsip keilmuan, itulah ingatan saya kepada yayasan Warisan Johor.

Sekian terima kasih.

ADA YANG TAK KENA DAN SEMUA PUN TAHU: BILA PEMIMPIN UMNO CAKAP POLITIK WANG

Saudara Pembaca.
Saya tak berniat untuk membincang panjang hal ini. Pada saya semua tahu dalam UMNO ada Politik wang sebab itu diakui oleh pemimpin UMNO. Yang jelas ada ketua Bahagian belakon konon jika apa yang melanda seperti dibeberkan ahkbar, itu adalah tepat. Tapi saya jadi geli yang becakap itu pun main politik wang. Ada yang tak kena, semua pun dah tahu, tak payah nak belakon lagi. Makin banyak dia cakap ,konon konon nak atasi politk wang dalam UMNO, sebenarnya rakyat makin geli mendengarnya. kepada saya tak saja jadi geli, malah di batu Pahat tu ! saya jadi nak muntah melihat gelagat itu. Tapi tak apa sebab semua orang dah tahu, cuma nak tunggu masa aja.
Justru itu jangan banyak cakap. Rakyat tak suka omong kosong.
Rakyat nak realiti: Bukan pemimpin nak tunjuk pandai, tapi kosong. kawasan sendiri tak beres.

Selamat kepada pembaca untuk menyemaknya.
Terima kasih.., kerana anda adalah golongan yang dah tahu
dan mesti ada yang tak kena dengan mereka.

Monday, January 19, 2009

DAILOG SAHABAT :JOHOR LAMA VS JOHOR BAHRU

Saudara pembaca,

Pinang kelat di atas para

Sirih junjung terkulai layu

Hilang daulat ke mana raja

Hilang raja ke mana Melayu

Melayu bukan sebarang Melayu

Melayu Johor banyak jasanya

Ummat melayu bukannya layu

Sekadar meniti sejarah bangsanya

Aku ; Chif ! ini peta sg Johor, ada apa apa projek ke kat tanah ini.

Chif : aku nak bincang dengan kawan aku, bagaimana kita boleh majukan sungai ini dengan mengujudkan system pengairan moden, dan tempat pembinaan kapal yang ada nilai sejarah, supaya pembangunan di kawasan ini, dapat dibangun mengikut dua kosep iaiatu onsep tradisional dan moden.

Aku : Apa maksud Chif mengenai konsep pembangunan tradisional di sungai Johor ini ?

Chief : Kawasan ini secara tradisionalnya, sepatutnya menjadi eko-pelancongan, dan dipinggiran kawasan ini banyak atifek sejarah, seperti batu acheh, istana lama tentang tapaknya dan barang barang lama, dan semuannya ini sangat berfaedah untuk ekotorusime. Cuba kita bayangkan, bagaiman tempat ini kita bangunkan untuk tahap pendidikan,pembelajaran,kesenaian dan tekonologi, itukan bagus.

Aku : Saya setuju.

Chief ; Modalnya besar.

Aku ; Ini boleh di cadangkan kepada kerajaan.

Chief ; kalau kerajaan nak dengar, kalau tidak, jadi angan angan aje lah. Ada kesadaran, dan tinggal nolstligia.

Aku : boleh chief ! asal kita sunguh sungguh.

Chief ; Cakap cakap memang mudah, tapi nak melaksanakknya itu yang sangat perit.

Aku membayakankan memang benar juga kata katanya itu, namun apa yang jelas di sana ada nilai histories yang tidak boleh diabaikan, sebanrnya ia menjadi warisan pada bangsa, khusunya kepada rakyat Johor. Membangunkan kawasan bersejarah dalam Johor seperti kota budayanya hendaklah ada juga nilai comersial, supaya pembangunan itu menjadi seimbang, ini lah yang terpahat di dalam hati ku.

Sementara menunggu nunggu, kawannya yang tak sampai sampal lagi, fikiran k uterus menjalar untuk mengimpikan bentukan pembangunan apa yang boleh dicapai di dalam membangunkan kawasan tersebut. Apa yang aku nampak, mungkin orang lain tak nampak, dan pa yang orang lain nampak mungkin juga aku tak nampak. Namun yang penting mencam mana semua pihak boleh nampak dan timbul kesadaran untuk memilihara tempat bersejarah ini menjadi ekotorusime.

Ternyata, angan angan ku itu terputus, apabila kedengaran bunyi sapaan dari sesorang yang aku tak kenali. Kata orang itu;

Orang itu : Sorrey lamat sikit.

Chif ; amalkan lah kerja lamat, nanti semuanya tak siap.

Orang itu : Saya Kapli.

Aku ; saya Zaid

Chif ; ini kawan aku di Johor dan yang ini dari Batu Pahat, aku singgah ambil dia tadi.

Kapli : You all dah minum.

Aku dan chief serentah jawab. : Dah.

Chief ; kita terus jumpa YB aje, yok, mari kita naik atas, tadi aku nampak kereta YB dah masuk tu.

Aku : bagus jua tu.

Kapli : tak sempat aku nak minum.

Chief ; nanti kan boleh, kita selesaikan kerja.

Lantas, kami bertiga pun tergesa gesa menuju ke pejabat YB , takut Yb lama menunggu, maklum patut jangan sampai YB tunggu kita biarlah kita tunggu YB, itukan amalan yang lebih sopan agaknya.

Aku : Sesampai di pintu pejabat YB. Asalamualaikum,

Pembantu YB, yang tercegat dibiliknya menjawab, walaikumsalam.

AKU : Yb ada.

Pembantu YB : Ada, nanti saya kedalam Tanya YB dulu ya.

Aku ; Ok, you cakap kita semua dah sampai ini.

Pembantu YB : ok.ok,

Aku , cheif dan kapli menunggu, isyarat dari YB yang membolehkan kami masuk dapat bertemu dengannya, dan akhirnya pembantu YB keluar dari bilik YB dan terus memberitahu kepada kami;

Pembantu YB : Yb persilakan encik encik masuk.

Aku : Terima kasih ya,

YB ; sila kan, silakan. Apa cerita ni, saya ni setengah jam lagi akan masuk metting exco, jadi lebih baik kita bincang terus pada masalah.

AKu : Gini Yb, sebagaiman saya maklumkan melalui perbualan saya dengan Yb dalam telephone tempoh hari, adalah mengenai tanah syarikat kawan saya ini, En rizal. Saya panggil dia chif. Permohonan tanah ini telah lulus, tapi difahamkan akan di tarik balik oleh kerajaan negeri ,kerana dah lama tak membayar perimuium, dan baru 8 tahun kemudian en. Rizal membayarnya primimum kepada kerajaan, dan kerjaan dah pun terima pembayaran tersebut, namun tak dapat pastikan tanah itu bakal di miliki oleh syarikatnya..

Chif : saya lambat bayar premium itu YB, sebab awal saya dapat kelulusan dari kerajaan di atas tanah tersebut, suasana ekonomi pada ketika itu gawat, maklum tahun 1997 masa itu, semuannya melepak. Ini pun baru baru ini kumpul duti sesama adik beradik dan saudara mara dan barulah dapat membayar.

YB : dah lama baru nak bayar, dah 8 tahun, kalau mengikut prosuder kerajaan sebenarnya permohonan awak itu dan kelulusannya dah terbatal. Taka pa lah, cuba terangkan pada saya apa masalah dan cadangan awak tu.

Chif : Saya sebenarnya nak buat pelabuuhan baik pulih kapal, dan saya sjak dari bapak saya lagi telah menjalankan perniagaan ini, kami adalah keluarga melayu pertama dalam Johor yang terlibat dalam kerja baik pulih kapal YB, jadi kesinambungan ini, saya fakir nak teruskan.

YB ; Banyak duit tu ! mengenai usaha perkapalan ini.

Chif ; pinjam dengan bank YB. Kalau tak gitu, macam mana boleh ke depan untuk bangsa sendiri dan diri sendiri.

YB : yalah. Tak aplah, awak buat surat rayuan dan sebab sebab yang munasabah, nanti saya panjangkan dalam mesyuarat exco, insyallah. Saya insyallah menyokong permohonan awak, maklum kawasan ini sekarang memang di kenali sebagai wilayah pembangunan iskandar, tanahnya pun mahal, dan kerajaan sangat mengharapkan memang ada pelabor yang dikalangan orang melayu sendiri, nanti saya cakapkan dengan Menteri besar. Insyallah.

Serentak semuanya mengucapkan terima kasih kepada YB, aku, chif dan kapli termanug mangu dengan janji Yb itu untuk menyelesaikan masalah tersebut, tanpa berlengah panjang dan kami faham YB memang masanya terhad kerana ada mesyuarat exco, maka kami pun mohon izin untuk berangkat dari pejabatnya.

Aku lihat, semuannya gembira dengan kenyataan Yb tersebut, namun di dalam peroslan yang bermian manin di fikirankan tidak lain adalah soal bagaimana menjadikan Johor ini sebagai sebuah negeri yang menjadi mercu tanda dari aspek sejarah ekotorusme sepertimana, akan melihat pada peta yang di bawa oleh chif tersebut, tiba tiba mulut aku melatah danmengajak chif untuk berbicara soal menciptakan fomula mengangkat johor ke martabat tinggi di persada antarabangsa.

Aku : chif kan kita dah lama tak bersiar dalam Bandar johor bahru, kita jalan jalan kejap, tengok suasana.

Chif ; Nak tengok apa dan nak pergi mana /

Aku ; Cuba kita pergi ke Jalan Meldrum.

Chif ; apa yang penting sangat kat situ.

Aku : chif tahu, di situ saya dapat bayangkan, jika Bandar Johor bahru itu di kosongkan,maksud saya di jalan meldrum itu, kerajaan buat jalan siar, buat pintu gerbang, buat aktiviti seni tridisional melayu, buat sungai buatan dan hanya untuk pejalan pejalan kaki saja dengan mengujudkan budaya bangsa berbilang kaum di tapak tersebut, tetapi teras budaya melayu mesti di tonjolkan sebagai satu identity, maka sudah tentu akan menjadi produk pelancongan baru . Kita kena ilusstrasikan bagaimana jalan melderum ini sewaktu penjajahan beritish dan kesultanan melayu lampau, dan apa yang boleh di cedokkan dari sejarah untuk dijadikan identity. Mungkin kelihatan tidak jauh dari sini, kawasan peengiaran perkampongan, yang diselang selikan dengan rumah tridisional seperti rumah limas negeri Johor, tetapi konsep limas itu mestu dimenafaatkan dalam sector ekonomi perniagaan, jangan hanya jadi bahan tontonan saja, kan ini semua boleh menjana pendapatan Kota Raya. Saya fakir dat Bandar Johor mesti ada gagasan kea rah itu, jika ingin melihat Johor bahru iu memiliki identity baru yang bersulam nilai tradisi.

Chif ; Siapa Dato Bandar Johor bahru.

Aku : Dato Naim. Saya dengar dia orang seni. Tapi satu tak tahu lah sejauhmana dia menafaatkan seni dalam pembangunan negeri. Kadang kadang tak semua orang sama fikirannya, ada orang suka dengan even atau majis majis seperti tarian, joget, zapin dan sebagainya, ada pula yang tak minat, namun jika kesenian yang ada ini di adunkan dengan pembangunan kesenian dan factor ekonomi mungkin akan berkembang menjadi wajah baru dalam negeri Johor. Saya fakir ini bergantung kepada keratifnya pasukan pentadbir negeri untuk memikinya.

Chif : Kamu ini, pandai cakap, bukannya mudah nak bangunkan semua yang kamu cakapkan itu, semuannya pakai duit, juta juta, puluhan, malahan ratusan juta, manalah kerajaan negeri nak cari duit, hutang dengan kerajaan pusat pun masih banyak tertangguh, cuba lah fikirkan sikit.

Aku ; itu satu perkara lain chif. Pokoknya jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Sambil bercerita mengeni produk seni kami pun masuk ke jalan Melddrum itu. Apa yang aku cakapkan pada chif itu, terbayang kepada diri ku jika pembinaan pasar seni, dan konsep serta corak aktivitinya boleh menguntungkan budaya bangsa.Sambil berjalan di kawasan itu fikiranku aku alyangkan kepada sebuah kotaraya sanggih dengan budaya tradisi disulam dengan tekonlogi cayber. Masing masing pengunjug atau pelancong berminat untuk melihat aktifik yang ada, disamping adanya tukang tukang karut jalanan, mapuun penggunaan internet di jalanan, serta pamiran robotic di persiaran jalan tersebut.

Agaknya kalau aku kaitkan seperti di persisir sungai itu ada jualan buah buahan tempatan dan kraftanngan tempatan dengan di iringi oleh muzik gazal, zapin atau juga balada baru Johor, mungkinkah ini sesuatu yang boleh di katakana baru. Tiba tiba aku tersentak seketika,

Chif : Berangan apa tu.

Aku : ilustrasi Johor Kota Budaya Chif. Entah tercapai atau tidak ilham saya ini. Saya lihat potensinya memang ada, kalau kita bersungguh sungguh dari selat teberau itu kita aktifkan jalan persisir laut, sampailah ke Pontian, dan di sana pernah saya fikirkan tentang Pulau Pisang, dan dari pulau itu putar balik ke Johor bahru dengan di wujudkan beberapa kawasan persinggahan persisiran laut, dan masuk pula ke sungai Johor melalui Danga bay yang telah sedia ada, ah 1 memang indah, dan terpegun. Itu tandanya kita akan lebih canggih dari Negara jiran sebelah.

Chif : sudahlah berentikan berangan kau tu. Aku dah lapar ini, nak makan kat mana kita?

AKu : Kita makan kat Setulang Chif ! sengaja aku beri cadangan kat setulang itu, sebab aku masih nak berimigenasi tentang pembangunan kota budaya Johor, walpun chif tak tahu apa yang ada dalam kotak fikiran aku, namun ilusstrasi aku itu tak mungkin aku padamkan di situ saja.

Chif ; Stulang tu kat mana ?

Aku : kat satu tempat, dulu tempat tu tempat orang asli, coba kita tengok kat situ, situ memang bagus makana segar chif.

Chif ; Betul ke 1

Aku ; betul.

Sebenarnya aku sengaja membetulkan aje, sebab aku pun tak tahu macam mana selera dia, hentam saja bagus sudahlah. Yang penting hasrat ku untuk mengaitkan perjalanan persisiran laut ke muara sungai itu dapat aku tonton gambaran yang jelas. Maklumlah orang bisnes kapal ini, dia tak tahu apa otaknya asik piker bila projeknya itu boleh diselesaikan, namun aku pula disibukkan dengan Ilham untuk melihat bagaiman jika Johor dapat di corakkan sebagai satu tammadun kota yang mengkagumkan dipringkat dunia antarabangsa. Biar tak ada duit dalam kocek, tapi cukup bayangkan dan niatkan untuk majukan negeri ini, mungkin dah dapat pahala jadilah, itu yang tersentap di hatikan, dan mungkin doa ku ini juga akan di makbulkan oleh allah s.w,t. hati ku masih berkata kata;

Ya Tuhan,

Jika ada satu amanah yang terlintas di hatiku,

Adalah aku ingin

Melihat Johor

Ini maju,

Jika ada suatu harapa kepada bangsa ku

Aku ingin lihat Johor itu indah

Bak indahnya budaya

Bangsa dunia dipersada antarabangsa

Di bumi ini

Yang penuh makna

Di bumi ini yang pernah terluka

Di bumi ini yang ada cerita

Di bumi ini yang penuh ternoda

Di bumi ini yang pernah berjasa

Di sinio

Aku pohonkan kepada mu

Agar tercipta

Sejarah bangsa melayu

Bernakhoda semula dengan

Jaya. Inilah puisi dalam doa atau doa ku yang berlingkar di hati

Sementara aku melihat air yang berkocak bergerak pelahan di tambak Johor, dalam menuju ke Setulang, sebelum kami menikmati juadah, kerana kelaparan.

Di pondok tepi laut itu, di pantai setulang makanan yang di pesan oleh aku dan chif telah dihantarkan oleh pelayan tetamu, di sini jenis makanan laut. Memang enak makan makan laut ini, tapi kesan terhadap kesehatan juga perlu diambil kira. Biasanya kalau terlalu sering makan makanan laut boleh jadi kena penyakit asam urat, itu yang aku ingat pesan dari pak bambang kepada aku. Sedang aku menikmati hidangan ini, teringat pula pada pak bambang, yang aku akan sampai semula ke pejabat malam ini, kasian dia masih menunggu. Tapi taka pa lah sebab si selamat boleh menemani dia.

Angin laut yang sejuk itu meresap ke tulang belulang ku, terasa tubuh mengetar kedinginan. Aku pun mengambil sebatang rokok untuk melindungi dari rasa dingin tersebut, sambil menyalakan api rokok, aku mengajak chief untuk menilai semula perbincangan antara aku dengannya tentang menghias johor menjadi Kota sejarah dan budaya.

Aku : Chif ! kalau kita lihat di setulang ini, boleh dijadikan sebagai suatu tempat identity untuk makanan tradisional dan kepelbagaian makanan untuk orang ramai di negeri Johor. Sebut aja johor, tentu kita ada makanan Johor dan tentunya ada Laksa Johor, Baraini Johor, satey Johor, Burasak johor, otak otak Johor,Botok botok, Lontong, mee bandung, telor pindang,nasi empit,nasi ambang, nasi buhari, asam pedas, kari dan macam macam lauk pauk johor. Kalau lauk pauk Johor ini di sulamkan dengan kuih muhinya juga tentu banyak seperti ada kuih tunjit,jala mas, nagasari,halwa maskat,wajik,bahaulu, seri kaya, dodol, som som manis, pudding, binke, kuih bakar, epok epok,pengat,jenis bubur bubur,seperti pulut hitam, tarigu, dan bubur labu.

Chif ; Cerita makan memang tak habis, apa saja yang kita nak makan kita boleh makan, tapi betul juga kata kau, jika di setulang ini dijadikan pusat segala makanan dunia, tentu hebat. Aku tengok sebab ini memang lojik. Setulang dekat dengan Singapore, orang Singapore dan pelancong dari sana boleh di bawa ke setulang. Jadi sepanjang masa nak cari makanan boleh datang ke Johor, bukan saja, makanan Johor, malahan kita luaskanlagi jadi makanan seluruh Dunia.

Aku ; makanan dunia itu makanan apa ?

Chif : makanan orang timor dan orang barat, ada juga makanan orang timur tengah, macam makan kambing guling, kacang pol, roti nan dan macam macam lagi lah.

Aku mula terasa bahawa chif terpencing juga dengan nara sumber yang diajakkan berbincang ini, dan aku pun meneruskan lagi ilusstrasi ku dari makanan kepada dunia seni yang lain yang boleh di kembangkan di sekitar bandaraya Johorbahru.

Aku : Saya fikir chif, oleh kerana suatu ketika nanti pusat pentadbiran negeri berpindah ke Nusa jaya maka dalam Bandar Johor bahru banyak ubahsuainya untuk eko pelancongan dan kesenian dapat di laksankakan. Kita ambil contoh lain seperti di dalam negeri johor ini banyak permainan rakyat, mengapa tidak kita promosikan permianan rakyat melayu kita ini kepada pelancong, malaah budaya bangsa lain seperti cina dan India juga boleh kita tampilkan permainan rakyat mereka di dalam bandaraya johor bahru. Saya ingat masa saya kecil kecil dahulu main galah, congkak, gasing, bang selebu. Main sumpit sumpit atau letup letup, main ting ting, dan malah kalau kita lihat permainan rakyat mesti terus di kembangkan, selain daripada permainan permainan yang ada macam laying laying,dam aji, batu seremban, guli, konda kendi, sepak raga, sepak yem, sampan kolek. Kalau permainan rakyat ini boleh di khususkan di suatu tempat seperti di Danga bey, sebab di sana saya tengok dah ada pun rumah limas dan ada juga permainan jenis moden, jika di padokkan keduannya umpama pinang di belah kapak. Saya fakir permainan permaian ini tidak menarik jika tidak di sulamkan dengan muzik muzik tradisional, malahan identity keduanya harus di padankan. Cuma saya nampak lebih meriah lagi jika program JOM Heboh TV3, yang di adakan di Johor itu, tidak berpusat hanya di Johor bahru, sepatutunya ia bergerak terus ke daerah daerah dalam negeri Johor, supaya di pringkat daerah daerah akan turut merasakan kemeriahannya.

Chif yang mendengarkan pendapat dan pandangan ku itu, sudah kelihatan bosan, mungkin tajuk ini macam formal aja, lantas gerak gerinya menunjukkan untuk angkat kaki dari tempat makan ini, kebetulan sambil bangun di memanggil pelayan tetamu di restorant ini, katanya..hey sini 1 kira kira. Cepat kira.

Aku : Cepat sangat nak bangun chif.

Chif ; Cepat apa, engkau tak pakai jam ke.

Aku : baru pukul 9.00 malam.

Chif : engkau nak balik Batu Pahat, aku jalan jauh lagi sampai ke Kuala Lumpur.

Aku : betul juga chif kata. Ok lah kita berangkat.

Sambil menghulurkan wang selembar RM100.00 itu chif menunggu baki wang tersebut dari pelayan tetamu itu, dan kemudiannya setelah di pulangkan bakinya kami naik kereta dan terus berangkat .

Aku sampai di batu Pahat jam 10.45 malam, dan chif terus menghantar ke pejabat aku dan aku mengajaknya untuk berrehat sebelum balik ke K.L, tapi dia menolaknya, sebab katanya banyak lagi urusan nak diselesaikan esok di K.L. Sampai di pejabat aku lihat Pak bambang masih setia menunggu aku, dan ada juga beberapa kawan lain turut sama menunggu aku, seperti Raihan, Muzafar, Salleh, Ustad Sauki, Mat faisal, semuanya menunggu. Memang keniasaan setiap malam kami duduk bersama bersembang dan kadang kala mengupas buku buku baru yang di terbitkan. Adakalanya kami mengaji bersama sama. Pejabat ini sebenarnya juga sebagai tempat aduan social dan aktiviti social, seperti tempat mengaji Al quran dan mempelajari Agama. Sebab itu di pejabat ini aku namakan Pusat pengajian Al Furqan.


















ABANG DIN DAH TAHU

Saudara Pembaca,
Tan Sri mahyuddin dalam utusan Malaysia hari ini memberitahu, UMNO dah tidak ada daya tarik lagi kepada rakyat. Alhamdulillah , sebab abang din dah tahu! kepada saya sebenarnya abang din dah lama tahu, dan sengaja buat buat tak tahu. Kalau nak di jenamkan semula UMNO seperti mana kata abang din, dengan mengwaukanya...pecaya lah sama aje. kalau rakyat dah tak pecaya, tak payah cakap lagi lah. Nak apa lagi, ahli UMNO sendiri pun dah muak dengan sesetengah pemimpinnya yang tak habis habis sandiwara, belakon sana belakon sini. Apa dapat ? yang dapat tipu diri sendiri...pernahkah perjuang silam mengajar kita seperti itu. Genderasi Muda dalam UMNO sebenarnya mesti merevolusikan UMNO. Trend hari ini, adalah jelas, rakyat tak boleh dibeli dengan berbillion ringgit. Apa yang tak di janjikan kat trengganu itu, semua ada, semua boleh dan semua dapat,..tapi bilan undi BN kalah. Ini orang orang BN dan Pemimpinnya kena fikir. Bukan hebat sangat PAS atau pakatan rakyat, yang hebat adalah rakyat muat dengan telatah penipu pemimpin, gadung sana gaduh sini, oorang itu tak betul orang ini tak betul, isu bukan bukan, soal perkauman di laga lagakan. cukuplah negara kita ini adalah negara aman, jangan di porak perandakan, jangan politiking lebih, kerja tak siap,rakyat miskin, dan negara jadi huru hara. Pada Pilihanraya ke 13 Revolusi apa yang di buat BN ? saya pun tak tahu dan tak mahu tahu, yang saya mau kerajaan yang ada sekarang di ubah ditukar kepada kerajaan yang lebih adil dan saksama, kerajaan yang amanah, kerajaan yang prihatin rakyat secara telus,benar betul dan bertanggungjawab. Bukan kerajaan yang cakap tak serupa bikin. Untuk apa kita buat itu dan ini, hanya kerana nama >? Pada hal kita buat yang baik mestilah kerana Allah dan tanggunjawab kita kepadanya, bukan tanggungjawab kita kepada manusia, jika tanggungjawab kita kepada manusia dan nak manusia puji kita, maka negara akan hancor, allah tidak akan selamatkan negara kita. biarlah kembali kepada landasan agama, dan pastikan semua orang melayu islam mesti bersatu di bawah panji panji Al Quran dan sunnah nabi besar Muhammad s.a.w. Kepada parti pakatan rakyat, mestilah menjadikan apa yang menimpa dalam UMNO dan BN itu sebagai suri tauladan, jangan sombong, jangan bongkak, jangan takbur, jangan berkoroni, pergilah kelandasan perjuangan membela nasib bangsa agsma dan negara masih jauh di hadapan. Ingat Allah sentiasa mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi, begitu lah Abang Din, walaupun abang Din dah tahu, masih banyak lagi yang abang din tak tahu, tak mahu tahu atau pura pura tak tahu.? ingat siapakah yang nak perubahaan peralihan kuasa Abang din kan tahu ? dan kesannya kini, tak kan abang din tak tahu. Biarlah tangan yang mencincang dan bahu pula yang memikulnya. Ok. Abang din dah Tahu.

Terima kasih kerana membaca.