Wednesday, February 25, 2009

ISU BAHASA: SASTRAWAN NEGARA A. SAMAD SAID JADI MANGSA

Saudara pembaca,
A.Samad said tak kurang di kiritik sama seperti shahnon ahmad. Kerongkongnnya bersuara memperjuangkan bahasa Ibunda, tapi ada yang katakan di adalah pembangkang. saya tak fikir dia macam itu, dia boleh jadi pembangkang sebab negara ini punya kebebasan memilih dan dia juga boleh sokong kerajaan sebab dia ada hak untuk buat pilihan. Tapi jika kita tak tahu siapa yang dia hendak sokong jangan lah hentam dia, samad said punya lukisan hati yang murni untuk bangsannya, biarkan lah di bicara atas pentas apa yang dikehendakinya. Saya mengucapkan tahniah di atas kebenaraninya, dia ada model yang perlu di contohi untuk menegakkan bangsa dan Basaha Ibunda, saya hantarkan sebuah puisi khas untuk nya :

Nama mu memang terukir
seorang seniman
dari jalanan mencecah dipentas benua
mengangkat nama bangsa
kerana kamu tahu
bahasa adalah jiwa bangsa.

Nama mu memang terukir
di atas lukisan mu
tercatat sudut hati tak retak
di telan zaman, sebab kau adalah pahalawan bangsa
untuk bahasa.
Engkau bukan zabaa,tidak pula pak sako
Tapi engkau adalah engkau
yang tahu bangsa mu dan bahasanya sedang derita
di mamah penguasa
di tanah dan airnya
yang semakin bisu
dan layu
namun kau
tidak ......tidak
begitu.

Sekian terima kasih.
Kerana Sudi membaca.

No comments: