Saturday, February 28, 2009

REVOLUSI ATAU EVOLUSI PELAJAR DALAM DUNIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Saudara pembaca,
Amat menakuktkan saya dewasa kini mengenai keadaan pelajar kita, dari ponting sekolah, berubah wajah menjadi samseng, dari samsing menjadi penyamun, dari samun berkembang budaya khayal dan dadah, dari dadah merebak kepada pelesiran dan vendelisme, dari lesir menjadi ganas dan rempit, dari rempit berubah menjadi perogol dan sanggup di rogol, dari keruntuhan ahlak menjadi sanggup diperalat dalam gelanggang politik, seterusnya kegiatan buli dan membuli terus di anggap biasa, akhirnya sanggup pula bergelumbang dengan dosa dan membunuh.
Sungguh sedih....Perlu di tangani dengan segera tiada ada lagi istilah bertindak secara evolusi, adalah diperlukan suatu revolusi adap di dalam dunia pendidikan. pecayalah jika ini dibiarkan terus dan setiasa dianggap kes terpencil, tidak heran kita bukan mengeluarkan pelajar yang berkualiti, tetapi pelajar yang memikul pengajaran songsang, dan akhirnya negara akan musnah di tangan mereka. tolonglah kementerian serius dengan hal ini, wahai kementerian pendidikan, di tangan kamu genderasi akan datang mempertahankan negaranya;
Jika akhlak rosak, jika otak mereka di sumbat dengan gejala negetif akhirnya mereka adalah pemusnah negara kita.
Renung renungkanlah ?

Terima kasih kerana membaca.

No comments: