Monday, February 23, 2009

BENARKAH DAP HINA ISLAM,DENGAN TERTUBUHNYA MAJLIS PERUNDINGAN ANTARA AGAMA DI PULAU PINANG ?

Saudara pembaca,
Mungkin umum ingin mengetahui apa maksud majlis perundingan antara agama yang ditubuhkan oleh DAP itu ? Ada sesuatu yang sangat baik jika DAP sedar bahawa jalan terbaik untuk membangun negara dan parti politik serta masyarakat keseluruhannya adalah dengan jalan agama.
Namun kefahaman DAP terhadap Islam mestilah di lengkapi kepada teras undang undang islam dan perlembagaan di negara ini. Justru itu Majlis yang ditubuhkan itu mestilah difahamkan terlebih dahulu mengenai fungsi dan peranannya. Jika ini disalah tafsirkan maka dibimbangi akan terjadi sesuatu yang negetif terhadap ummat islam. Semestinya mengenai perbicaraan tentang Islam mempunyai kaedah di negara ini, siapa yang diberi tanggungjawab untuk menangani persoalan islam di malaysia, termasuklah di Pulau Pinang. Jangan anggap remeh Isu ini.

Sekian terima kasih.

No comments: