Pinang kelat di atas para
Sirih junjung terkulai layu
Hilang daulat ke mana raja
Hilang raja ke mana Melayu
Melayu bukan sebarang Melayu
Melayu Johor banyak jasanya
Ummat melayu bukannya layu
Aku ; Chif ! ini peta sg Johor, ada apa apa projek ke kat tanah ini.
Chif : aku nak bincang dengan kawan aku, bagaimana kita boleh majukan sungai ini dengan mengujudkan system pengairan moden, dan tempat pembinaan kapal yang ada nilai sejarah, supaya pembangunan di kawasan ini, dapat dibangun mengikut dua kosep iaiatu onsep tradisional dan moden.
Aku : Apa maksud Chif mengenai konsep pembangunan tradisional di sungai Johor ini ?
Chief : Kawasan ini secara tradisionalnya, sepatutnya menjadi eko-pelancongan, dan dipinggiran kawasan ini banyak atifek sejarah, seperti batu acheh, istana lama tentang tapaknya dan barang barang lama, dan semuannya ini sangat berfaedah untuk ekotorusime.
Aku : Saya setuju.
Chief ; Modalnya besar.
Aku ; Ini boleh di cadangkan kepada kerajaan.
Chief ; kalau kerajaan nak dengar, kalau tidak, jadi angan angan aje lah.
Aku : boleh chief ! asal kita sunguh sungguh.
Chief ; Cakap cakap memang mudah, tapi nak melaksanakknya itu yang sangat perit.
Aku membayakankan memang benar juga kata katanya itu, namun apa yang jelas di
Sementara menunggu nunggu, kawannya yang tak sampai sampal lagi, fikiran k uterus menjalar untuk mengimpikan bentukan pembangunan apa yang boleh dicapai di dalam membangunkan kawasan tersebut. Apa yang aku nampak, mungkin orang lain tak nampak, dan pa yang orang lain nampak mungkin juga aku tak nampak. Namun yang penting mencam mana semua pihak boleh nampak dan timbul kesadaran untuk memilihara tempat bersejarah ini menjadi ekotorusime.
Ternyata, angan angan ku itu terputus, apabila kedengaran bunyi sapaan dari sesorang yang aku tak kenali. Kata orang itu;
Orang itu : Sorrey lamat sikit.
Chif ; amalkan lah kerja lamat, nanti semuanya tak siap.
Orang itu : Saya Kapli.
Aku ; saya Zaid
Chif ; ini kawan aku di Johor dan yang ini dari Batu Pahat, aku singgah ambil dia tadi.
Kapli : You all dah minum.
Aku dan chief serentah jawab. : Dah.
Chief ; kita terus jumpa YB aje, yok, mari kita naik atas, tadi aku nampak kereta YB dah masuk tu.
Aku : bagus jua tu.
Kapli : tak sempat aku nak minum.
Chief ; nanti
Lantas, kami bertiga pun tergesa gesa menuju ke pejabat YB , takut Yb lama menunggu, maklum patut jangan sampai YB tunggu kita biarlah kita tunggu YB, itukan amalan yang lebih sopan agaknya.
Aku : Sesampai di pintu pejabat YB. Asalamualaikum,
Pembantu YB, yang tercegat dibiliknya menjawab, walaikumsalam.
AKU : Yb ada.
Pembantu YB :
Aku ; Ok, you cakap kita semua dah sampai ini.
Pembantu YB : ok.ok,
Aku , cheif dan kapli menunggu, isyarat dari YB yang membolehkan kami masuk dapat bertemu dengannya, dan akhirnya pembantu YB keluar dari bilik YB dan terus memberitahu kepada kami;
Pembantu YB : Yb persilakan encik encik masuk.
Aku : Terima kasih ya,
YB ; sila
AKu : Gini Yb, sebagaiman saya maklumkan melalui perbualan saya dengan Yb dalam telephone tempoh hari, adalah mengenai tanah syarikat kawan saya ini, En rizal. Saya panggil dia chif. Permohonan tanah ini telah lulus, tapi difahamkan akan di tarik balik oleh kerajaan negeri ,kerana dah lama tak membayar perimuium, dan baru 8 tahun kemudian en. Rizal membayarnya primimum kepada kerajaan, dan kerjaan dah pun terima pembayaran tersebut, namun tak dapat pastikan tanah itu bakal di miliki oleh syarikatnya..
Chif : saya lambat bayar premium itu YB, sebab awal saya dapat kelulusan dari kerajaan di atas tanah tersebut, suasana ekonomi pada ketika itu gawat, maklum tahun 1997 masa itu, semuannya melepak. Ini pun baru baru ini kumpul duti sesama adik beradik dan saudara mara dan barulah dapat membayar.
YB : dah lama baru nak bayar, dah 8 tahun, kalau mengikut prosuder kerajaan sebenarnya permohonan awak itu dan kelulusannya dah terbatal. Taka pa lah,
Chif : Saya sebenarnya nak buat pelabuuhan baik pulih kapal, dan saya sjak dari bapak saya lagi telah menjalankan perniagaan ini, kami adalah keluarga melayu pertama dalam Johor yang terlibat dalam kerja baik pulih kapal YB, jadi kesinambungan ini, saya fakir nak teruskan.
YB ; Banyak duit tu ! mengenai usaha perkapalan ini.
Chif ; pinjam dengan bank YB. Kalau tak gitu, macam mana boleh ke depan untuk bangsa sendiri dan diri sendiri.
YB : yalah. Tak aplah, awak buat
Serentak semuanya mengucapkan terima kasih kepada YB, aku, chif dan kapli termanug mangu dengan janji Yb itu untuk menyelesaikan masalah tersebut, tanpa berlengah panjang dan kami faham YB memang masanya terhad kerana ada mesyuarat exco, maka kami pun mohon izin untuk berangkat dari pejabatnya.
Aku lihat, semuannya gembira dengan kenyataan Yb tersebut, namun di dalam peroslan yang bermian manin di fikirankan tidak lain adalah soal bagaimana menjadikan Johor ini sebagai sebuah negeri yang menjadi mercu tanda dari aspek sejarah ekotorusme sepertimana, akan melihat pada peta yang di bawa oleh chif tersebut, tiba tiba mulut aku melatah danmengajak chif untuk berbicara soal menciptakan fomula mengangkat johor ke martabat tinggi di persada antarabangsa.
Aku : chif
Chif ; Nak tengok apa dan nak pergi mana /
Aku ;
Chif ; apa yang penting sangat kat situ.
Aku : chif tahu, di situ saya dapat bayangkan, jika Bandar Johor bahru itu di kosongkan,maksud saya di jalan meldrum itu, kerajaan buat jalan siar, buat pintu gerbang, buat aktiviti seni tridisional melayu, buat sungai buatan dan hanya untuk pejalan pejalan kaki saja dengan mengujudkan budaya bangsa berbilang kaum di tapak tersebut, tetapi teras budaya melayu mesti di tonjolkan sebagai satu identity, maka sudah tentu akan menjadi produk pelancongan baru . Kita kena ilusstrasikan bagaimana jalan melderum ini sewaktu penjajahan beritish dan kesultanan melayu lampau, dan apa yang boleh di cedokkan dari sejarah untuk dijadikan identity. Mungkin kelihatan tidak jauh dari sini, kawasan peengiaran perkampongan, yang diselang selikan dengan rumah tridisional seperti rumah limas negeri Johor, tetapi konsep limas itu mestu dimenafaatkan dalam sector ekonomi perniagaan, jangan hanya jadi bahan tontonan saja, kan ini semua boleh menjana pendapatan Kota Raya. Saya fakir dat Bandar Johor mesti ada gagasan kea rah itu, jika ingin melihat Johor bahru iu memiliki identity baru yang bersulam nilai tradisi.
Chif ; Siapa Dato Bandar Johor bahru.
Aku : Dato Naim. Saya dengar dia orang seni. Tapi satu tak tahu lah sejauhmana dia menafaatkan seni dalam pembangunan negeri. Kadang kadang tak semua orang sama fikirannya, ada orang suka dengan even atau majis majis seperti tarian, joget, zapin dan sebagainya, ada pula yang tak minat, namun jika kesenian yang ada ini di adunkan dengan pembangunan kesenian dan factor ekonomi mungkin akan berkembang menjadi wajah baru dalam negeri Johor. Saya fakir ini bergantung kepada keratifnya pasukan pentadbir negeri untuk memikinya.
Chif : Kamu ini, pandai cakap, bukannya mudah nak bangunkan semua yang kamu cakapkan itu, semuannya pakai duit, juta juta, puluhan, malahan ratusan juta, manalah kerajaan negeri nak cari duit, hutang dengan kerajaan pusat pun masih banyak tertangguh, cuba lah fikirkan sikit.
Aku ; itu satu perkara lain chif. Pokoknya jika ada kemahuan di situ ada jalan.
Sambil bercerita mengeni produk seni kami pun masuk ke jalan Melddrum itu. Apa yang aku cakapkan pada chif itu, terbayang kepada diri ku jika pembinaan pasar seni, dan konsep serta corak aktivitinya boleh menguntungkan budaya bangsa.Sambil berjalan di kawasan itu fikiranku aku alyangkan kepada sebuah kotaraya sanggih dengan budaya tradisi disulam dengan tekonlogi cayber. Masing masing pengunjug atau pelancong berminat untuk melihat aktifik yang ada, disamping adanya tukang tukang karut jalanan, mapuun penggunaan internet di jalanan, serta pamiran robotic di persiaran jalan tersebut.
Agaknya kalau aku kaitkan seperti di persisir sungai itu ada jualan buah buahan tempatan dan kraftanngan tempatan dengan di iringi oleh muzik gazal, zapin atau juga balada baru Johor, mungkinkah ini sesuatu yang boleh di katakana baru. Tiba tiba aku tersentak seketika,
Chif : Berangan apa tu.
Aku : ilustrasi Johor Kota Budaya Chif. Entah tercapai atau tidak ilham saya ini. Saya lihat potensinya memang ada, kalau kita bersungguh sungguh dari selat teberau itu kita aktifkan jalan persisir laut, sampailah ke Pontian, dan di sana pernah saya fikirkan tentang Pulau Pisang, dan dari pulau itu putar balik ke Johor bahru dengan di wujudkan beberapa kawasan persinggahan persisiran laut, dan masuk pula ke sungai Johor melalui Danga bay yang telah sedia ada, ah 1 memang indah, dan terpegun. Itu tandanya kita akan lebih canggih dari Negara jiran sebelah.
Chif : sudahlah berentikan berangan kau tu. Aku dah lapar ini, nak makan kat mana kita?
AKu : Kita makan kat Setulang Chif ! sengaja aku beri cadangan kat setulang itu, sebab aku masih nak berimigenasi tentang pembangunan
Chif ; Stulang tu kat mana ?
Aku : kat satu tempat, dulu tempat tu tempat orang asli, coba kita tengok kat situ, situ memang bagus makana segar chif.
Chif ; Betul ke 1
Aku ; betul.
Sebenarnya aku sengaja membetulkan aje, sebab aku pun tak tahu macam mana selera dia, hentam saja bagus sudahlah. Yang penting hasrat ku untuk mengaitkan perjalanan persisiran laut ke muara sungai itu dapat aku tonton gambaran yang jelas. Maklumlah orang bisnes kapal ini, dia tak tahu apa otaknya asik piker bila projeknya itu boleh diselesaikan, namun aku pula disibukkan dengan Ilham untuk melihat bagaiman jika Johor dapat di corakkan sebagai satu tammadun
Ya Tuhan,
Jika ada satu amanah yang terlintas di hatiku,
Adalah aku ingin
Melihat Johor
Ini maju,
Jika ada suatu harapa kepada bangsa ku
Aku ingin lihat Johor itu indah
Bak indahnya budaya
Bangsa dunia dipersada antarabangsa
Di bumi ini
Yang penuh makna
Di bumi ini yang pernah terluka
Di bumi ini yang ada cerita
Di bumi ini yang penuh ternoda
Di bumi ini yang pernah berjasa
Di sinio
Aku pohonkan kepada mu
Agar tercipta
Sejarah bangsa melayu
Bernakhoda semula dengan
Jaya. Inilah puisi dalam doa atau doa ku yang berlingkar di hati
Sementara aku melihat air yang berkocak bergerak pelahan di tambak Johor, dalam menuju ke Setulang, sebelum kami menikmati juadah, kerana kelaparan.
Di pondok tepi laut itu, di pantai setulang makanan yang di pesan oleh aku dan chif telah dihantarkan oleh pelayan tetamu, di sini jenis makanan laut. Memang enak makan makan laut ini, tapi kesan terhadap kesehatan juga perlu diambil kira. Biasanya kalau terlalu sering makan makanan laut boleh jadi kena penyakit asam urat, itu yang aku ingat pesan dari pak bambang kepada aku. Sedang aku menikmati hidangan ini, teringat pula pada pak bambang, yang aku akan sampai semula ke pejabat malam ini, kasian dia masih menunggu. Tapi taka pa lah sebab si selamat boleh menemani dia.
Angin laut yang sejuk itu meresap ke tulang belulang ku, terasa tubuh mengetar kedinginan. Aku pun mengambil sebatang rokok untuk melindungi dari rasa dingin tersebut, sambil menyalakan api rokok, aku mengajak chief untuk menilai semula perbincangan antara aku dengannya tentang menghias johor menjadi
Aku : Chif ! kalau kita lihat di setulang ini, boleh dijadikan sebagai suatu tempat identity untuk makanan tradisional dan kepelbagaian makanan untuk orang ramai di negeri Johor. Sebut aja johor, tentu kita ada makanan Johor dan tentunya ada Laksa Johor, Baraini Johor, satey Johor, Burasak johor, otak otak Johor,Botok botok, Lontong, mee bandung, telor pindang,nasi empit,nasi ambang, nasi buhari, asam pedas, kari dan macam macam lauk pauk johor. Kalau lauk pauk Johor ini di sulamkan dengan kuih muhinya juga tentu banyak seperti ada kuih tunjit,jala mas, nagasari,halwa maskat,wajik,bahaulu, seri kaya, dodol, som som manis, pudding, binke, kuih bakar, epok epok,pengat,jenis bubur bubur,seperti pulut hitam, tarigu, dan bubur labu.
Chif ; Cerita makan memang tak habis, apa saja yang kita nak makan kita boleh makan, tapi betul juga kata kau, jika di setulang ini dijadikan pusat segala makanan dunia, tentu hebat. Aku tengok sebab ini memang lojik. Setulang dekat dengan
Aku ; makanan dunia itu makanan apa ?
Chif : makanan orang timor dan orang barat, ada juga makanan orang timur tengah, macam makan kambing guling, kacang pol, roti nan dan macam macam lagi lah.
Aku mula terasa bahawa chif terpencing juga dengan
Aku : Saya fikir chif, oleh kerana suatu ketika nanti pusat pentadbiran negeri berpindah ke Nusa jaya maka dalam Bandar Johor bahru banyak ubahsuainya untuk eko pelancongan dan kesenian dapat di laksankakan. Kita ambil contoh lain seperti di dalam negeri johor ini banyak permainan rakyat, mengapa tidak kita promosikan permianan rakyat melayu kita ini kepada pelancong, malaah budaya bangsa lain seperti cina dan
Chif yang mendengarkan pendapat dan pandangan ku itu, sudah kelihatan bosan, mungkin tajuk ini macam formal aja, lantas gerak gerinya menunjukkan untuk angkat kaki dari tempat makan ini, kebetulan sambil bangun di memanggil pelayan tetamu di restorant ini, katanya..hey sini 1 kira kira. Cepat kira.
Aku : Cepat sangat nak bangun chif.
Chif ; Cepat apa, engkau tak pakai jam ke.
Aku : baru pukul 9.00 malam.
Chif : engkau nak balik Batu Pahat, aku jalan jauh lagi sampai ke
Aku : betul juga chif kata. Ok lah kita berangkat.
Sambil menghulurkan wang selembar RM100.00 itu chif menunggu baki wang tersebut dari pelayan tetamu itu, dan kemudiannya setelah di pulangkan bakinya kami naik kereta dan terus berangkat .
Aku sampai di batu Pahat jam 10.45 malam, dan chif terus menghantar ke pejabat aku dan aku mengajaknya untuk berrehat sebelum balik ke K.L, tapi dia menolaknya, sebab katanya banyak lagi urusan nak diselesaikan esok di K.L. Sampai di pejabat aku lihat Pak bambang masih setia menunggu aku, dan ada juga beberapa kawan lain turut sama menunggu aku, seperti Raihan, Muzafar, Salleh, Ustad Sauki, Mat faisal, semuanya menunggu. Memang keniasaan setiap malam kami duduk bersama bersembang dan kadang kala mengupas buku buku baru yang di terbitkan. Adakalanya kami mengaji bersama sama. Pejabat ini sebenarnya juga sebagai tempat aduan social dan aktiviti social, seperti tempat mengaji Al quran dan mempelajari Agama. Sebab itu di pejabat ini aku namakan Pusat pengajian Al Furqan.
No comments:
Post a Comment