Sunday, February 22, 2009

JIKA POLITIK PERAK TAK SELESAI

Saudara pembaca,
Tempoh hari serangan 28/28 telah berlaku, akhirnya adun yang lompat ke Bn dan menjenamkan diri ke bebas telah berpihak kepada Bn, pengumuman di Buat bahawa sultan perak bersetuju membenarkan Bn untuk mentadbir kerajaan Perak. maka di sana bermula konflik pihak Pakatan rakyat dan penyokongnya untuk mepertahankan Nizar sebagai MB perak, demontrasi jalanan hangat, kedai kopi beborak besar mengenai isu ini, malahan seluruh rakyat Malaysia melihat isu ini macam ada yang kena dan ada yang tak kena.Keadaan semakin semarut lagi apabila nizar tidak mahu mengalah dan terus mempertahankan haknya dan melihat kuasa pakatan Rakyat di Perak seakan di rampas. konflik ini di tambah dengan beberapa kenyataan tajam daripada pimpinan politik dan akhirnya cuba mengheret raja raja melayu ke kancah politik. Gejolak ini seakan semakin berbisa apabila sepeker dewan membuat keputusan menggantung MB baru iaitu Zambri dan beberapa orang lagi, ada yang mengatakan tindakan itu salah tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan itu, maka konflik pecah belah pandangan dan penguasaan di negeri Perak ini, jika tidak diambil perhatian serius akan menjalalr ke kawasan atau negeri lain. lantas itu apa yang ingan saya bicarakan adalah seperti berikut:

1. pemimpin harus kasih kepada rakyat, jangan biarkan perkara ini berlarutan, yang bakal menjadi mangsa nantinya rakyat.
2.Pemimpin harus mengujuddkan kematangan berpolitik secara sihat, dan berada pada garisan yang betul, jika tidak cakap pemimpin suatu ketika tidak menjadi cakap keramat, tetapi dianggap sebagai cakap cakap kosong.
3. Berilah mandat kepada rakyat untuk mempastikan siapkan pemimpin mereka, justru itu dewan mestilah bersidang terlebih dahulu.
4. Jagalah maruah politik tanah air, negara kita dan budaya kita masih budaya ketimoran,dan jika ada pemimpin yang bersikap tidak ada dan gelojoh maka membayangkan negara kita bakal terjual dengan sikap pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
5. intutusi Istana perlu di hormati, selaras kesetian rakyat kepada tidak berubah, namun perpatah Melayu juga penah menyebutkan raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah.
6. Hormatilah raja raja melayu dan pelembagaaan negara ini, sebab tiang sri membangun negara ini dari sejarahnya adalah sejarah Raja berpelembagaan.
7. wakil wakil rakyat mestilah mendalami diri mereka dengan ilmu, supaya mereka lebih matang dan parti mestilah melatih pemimpin dan wakil mereka sejajah dengan prinsip prinsip rukun negara.
8. Jika Politik Perak tidak selesai;-

8.1. Masyarakat akan kacau bilau.
8.2. Ekonomi tidak berjalan dengan sempurna
8.3. Keganasan akan terjadi
8.4. Pihak pentadbir negeri akan berpecah belah
8.5. Pesaudaraan senegeri terugggat.
8.6. Sebab berpolitik, nasib saudara mara akan juga terbelah dua
8.7. Kemiskinan dan jenyah akan terus bertamabah
8.9. sikap mengoromati sesama sendiri sudah pudar,yang muncul penghinaan dan cacian.
8.10. Akhirnya pemerintahan negeri akan di gantong.

jangan menyesal hanya sebab berebutkan kuasa, yang paling malang dikhwuatri akan muncul pertumpahan darah....Jika Politik Perak tak selesai.

Terima kasih.
Kerana membaca,

No comments: