Saturday, January 31, 2009

KISAH MELAYU SEDUT DUIT

SAUDARA PEMBACA,
Saya telah di datangi oleh beberapa kawan, pagi itu dan mereka bercertia tentang duit sedut.
Saya bertanya kepada mereka , sedut duit tu pakai apa ? katanya pakai beberapa alatan yang di anggap ada keganjialannya, lepas itu ada mentera dan bacaannya. dan saya tanya dapatkah duit yang di sedut itu, mereka kata dapat tapi kadang kadang tak sempurna sebab ada dikalangan kawan kawan yang pergi sedut duit itu tamak dan tak iklas, sebab itu kadang kadang duit itu jadi tak sempurna. Lantas saya terbayang kepada golongan ini, lebih baik hentikan kerja sedut duit itu dan sedutlah duit dengan cara bekerja bersungguh sungguh, mengikut fitrah yang telah di tetapkan Allah, s.w.t.
Kepada saya, ini adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang nak cepat kaya tanpa usaha secara fitranya, yang mereka telah diberikan tubuh badan yang sempurna dari Allah.
Jika ada yang masih berminat dengan aktiviti itu, terpulanglah.
sebab kepada saya yang penting.dengan berusaha,berkerja,berdoa,bertawakal pasti lebih banyak duit yang di hajatkan itu akan datang. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melaikan kamu itu sendiri yang merubahnya.

Terima kasih.

No comments: