Wednesday, March 18, 2009

MENGAPA ALI RUSTAM :KESALAHAN YANG TERPILIH

Saudara pembaca,
Ternyata Ahli lembaga displin UMNO mengenakan tindakan kepada dato Ali, disebabkan politik wang dalam UMNO. Dulu Tan Sri Esa Samad, tapi yang lain tak kena, ini kali Ali Rustam dan beberapa orang lain di kenakan. Ada yang beranggapan Ali rustam patut di kenakan hukuman ada pula yang tak setuju. Wah hasil Kata dato Najib jawatan ketua menteri melaka tetap kekal. Dalam kes ini apa tafsiran kebanyakan ahli UMNO dan rakyat :-

1. Politik wang tak habis habis dalam UMNO.
2. Pandangan Rakyat kalau dah parti memerintah berebut jawatan dan beli dengan duit, maka macam mana nasib negara ? maknanya rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO, termasuklah ahli UMNO sendiri, ini di akui sendiri oleh bakal Presiden parti dato Najib.
3. Dah di dapati bersalah dato ali nak rayu, memang boleh rayu: jika rayuannya di terima atau tidak di terima tentu akan membawa kesan, dan kesan terima rayuan;-
- Tak gunalah ada lembaga displin dalam parti.
Dan lebih baik Ahli lembaga displin letak jawatan saja, jika rayuan itu di terima, maknanya siasatan mereka masih bolos dan tak kukuh.
- Kalau tak di terima : kesannya penyokong dato Ali, tak puas hati terhadap keputusan itu, sebab mereka pun tahu ramai lagi yang terlibat dalam politik wang, cuma mereka bernai mendedahkan atau tidak. UMNO pun jadi konflik, kerana cara bertindak yang salah.
Tapi apa yang hendak saya katakan adalah bukan sangat soal Ali Rustam, tetapi soal UMNO:-
Kepada saya, pemimpin UMNO mestilah jujur, dan amanah, ternyata amanah dan jujur serta dasar dasar murni sudah jauh dibaling oleh UMNO, yang tinggal kini di dalam UMNO terlalu banyak kekotorannya, mungkin akhirnya UMNO akan runtuh dan penyakit di dalamnya sudah parah. Jika tidak mau parah, semua yang main politik wang mesti di hadapkan ke SPRM, tak perlu lagi lembaga displin, sebab dalam lembaga ini pun macam ada yang tak kena. tak akan banyak kes yang ada, hanya melibatkan kes terpilih, sedangkan yang salah tetap salah, yang pilih untuk yang salah terpilih dan berpilih. RENUG RENUNGKANLAH.

Terima kasih kerana membaca.

1 comment:

EQUILIBRIUM said...

patutnya sprm kena le siasat kes rasuah mcm ni. takkan le undang2 utk pemimpin amno lain dari rakyat biasa?

atau pun memang pemimpin amno duduk atas undang2? pada teman ini bukan masalah dalaman parti. tapi masalah negara.

cuba fikir kalau bakal pemimpin berani main rasuah utk dapatkan kuasa apa yg mereka tak berani buat kalau sudah kuasa di tangan?

jadi hentikan lah cakap2 ini semua hal dalaman parti. apakata kalau ada laki yg pukul bini atau rogol anak sendiri, lepas tu selamba je cakap kat polis... jangan masuk campur ini urusan rumahtangga saya. boleh ke gitu?