Wednesday, December 17, 2008

MONOLOG 9

Saudara Pembaca,

Kita sering mendengar perkataan jalan lurus, dan kita juga pernah melihat jalan lurus,kita juga pernah melihat jalan berliku dan mendengar perkataan berliku, jika kita aplikasikan perkataan ini dalam hidup kita maka tercermin pilihan mana yang akan di ambil. Berliku adalah jalan yang mempunyai cabaran,boleh jadi semua manusia menempuhnya dan ditengah liku liku itu kita diituntut untuk bersikap benar dan benar itu adalah yang lurus,justru itu segala prilaku kita harus berkeadaan lurus.Walaubagaimana pun diabad moden ini,ramai yang berlagak lurus , walaupun mereka menyebutkan perjuangan yang berliku.KEGANASAN LABEL KEPADA PENGANUT ISLAM apakah jalan lurus yang berliku, atau liku yang lurus.Ini suatu penghinaan yang dibuat oleh golongan anti Islam, musuh Islam telah menciptakan istilah ini. Media antarabangsa juga menulis tentang Islam dan Keganasan,apatah lagi Media barat terus mengecam Islam sama dengan keganasan.Umum tahu ianya bermula sejak peristiwa 11 sept WTC ,world tread center yang telah dirempuh oleh pesawat mengakibatkan ribuan ummat manusia terkorban. Lantas sama
osama ladein dikaitkan dengan organisasi yang dipimpinnya Al kaedah.Implikasi balasan yang dibuat oleh Amerika terhadap gerakan ini, adalah memburu osama ladein yang berada di Afganistan, natijahnya Negara tersebut di serang,ramai juga yang menjadi korban peperangan yang disebut terorris.

Negara-negara Islam terus dilebel oleh Amerika, samada di Afrika,Asia,Timur tengah dan serantau dunia yang ada penganut Islam dianggap merbahaya bagi mereka.Penganut Islam abad ke 21 dilanda kemuraman,hanya doa yang mengiringi penganut Islam dan barulah terasa ummat islam seluruh dunia,bahawa kita kekurangan ilmu,kekurangan teknologi, kekurangan kepakaran,kemiskinan ekonomi,dan gejala social yang membusung,kesemuannya ini lebel yang ada dimata ummat islam,lebih lebih lagi terasa sedih di label sebagai Pengganas.

Sekian Terima Kasih.

No comments: