Thursday, December 25, 2008

KUNCI PATAH

Saudara Pembaca,
Tadi malam saya dengan pantasnya ke pejabat, ingin bertemu dengan sahabat sahabat,saya telah diberi tahu oleh sahabat saya cepat sedikit datang ke pejabat katanya! Dengan tergesa gesa saya pula sampai ke pejabat dalam tempoh 7 minit. Pejabat saya itu di tingkat 1, jln tanjung laboh di simpang rantai Batu Pahat. Se sampai saya di pejabat, perut saya mengulas dan terasa sakit, lalu ada seorang sahabat saya yang bernama selamat , saya dengan pantas memanggil namanya...mat! mat tolong bukakkan pintu dulu, aku nak ke Bilik Air, sakit perut>
Selamat dengan patuhnya dan cepat sekali mengambil kunci dari tangan saya, untuk membuka pintu pejabat. Malangnya apabila saya keluar dari bilik air, saya dapati dia masih gagal untuk membuka pintu tersebut, saya bertanya kepadanya...Mat kenapa ? tak buka lagi, dia pun menjawab ...Kuncinya dah Patah dan terselit didalam. Dengan perasaan marah bercampur geram saya pun memberitahu padanya, ...hey selamat apa lagi yang hendak di patahkan.

Mungkin cerita ini terlalu simpel atau mudah, tetapi pengajarannya cukup mendalam kepada saya, iaitu, jika kita dalam keadaaan apa saja yang terdesak, sebenarnya kita perlu banyak bersabar, termasuklah jika kita sedang menghadapi kesakitan. Malangnya berapa ramaikah ummat manusia di pentas dunia ini tahu bersabar ? Jika tak sabar, jadilah macam cerita kunci patah, tersebut.

terima kasih.

No comments: