Friday, December 19, 2008

NASIB NAJIB


Saudara Pembaca,
Bulan March 2009, sudah hampir tiba, masuk saja Januari 2009, najib sudah menanti untuk menjadi Presiden UMNO secara rasmi pada Mac 2009. Lepas itu menaruh harapan untuk jadi PM. Sampaikah Hajat Najib jadi PM?
Mungkin sampai dan mungkin juga tak sampai. Saya berpendapat, sejarah perlantikan PM di Negara ini biasanya berjalan dengan mulus dan telus, tetapi kali ini macam nampak tak kena aje, dimana tak kenanya ? Pertama yang saya nampak janggal sikit, seolah olah Pak Lah melepaskan Jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri secara terpaksa. Siapa pun sebenarnya tidak suka dipaksa turun dari Jawatan. Memaksa sesaorang untuk turun dari jawatan adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah. Alasan apa yang kukuh sangat sehingga Pak Lah mesti letak Jawatan. Apakah kerana Pak Lah telah menipu Negara ? Apakah kerana Pak Lah melakukan Rasuah, Apakah Kerana Pak Lah utamakan kroni ? Atau Pak Lah rompak Harta kerajaan ? atau Pak Lah memang lembab dan tak mampu memimpin ? Alasan apa pun untuk menyuruh seorang Presiden dan Perdana Menteri letak jawatan yang saya tahu, adalah dikatakan Pak lah gagal memberikan keputusan yang baik dalam pilihanraya ke 12. Kalau ini alasannya saya fikir tidak bergitu kukoh. Bagi saya seorang pemimpin yang berpengalaman akan tahu bila dan macam mana perlu dia letak Jawatan. Jika sebab perletakan jawatan tersebut dikonsprasikan oleh Najib, maka itu tandannya Nasib Najib akan menjadi seperti Pak Lah juga, akhirnya. Saya melihat sejak kebelakangan ini ada desas desus yang tidak mahukan Najib jadi PM, oleh kerana itu JIKA pak Lah dan tak mampu jadi PM, najib pun tak mampu, siapa pula yang mampu ? Jadi budaya memilih pemimpin di negara kita tak ubah seperti di Indonesia, selesai Pak harto digulingkan,naiklah pula BJ Habibi, lepas itu Gusdur, lepas itu Megawati, lepas itu susilo,......Jadi apa yang boleh dibayangkan adalah Nasib Najib akan serupa dengan pemimpin pemimpin di Indonesia, jika ini terjadi, maka tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan dari barisan nasional, tunggulah saat ketibaan kekalahan. Kepada saya BN sudah tidak Relevan untuk perjuangan rakyat, dan rakyat perlu merubah selera untuk merasai suasana baru dan Harapan baru, dan kebarangkaliannya ada pada sebuah parti yang bernama PKR.

Sekian Terima Kasih.

No comments: