Wednesday, December 17, 2008

MONOLOG 8

MASA BODOH

Saudara Pembaca

Adalah aneh dan pelik, apabila kekejaman terjadi,penyelewengan nyata,penindasan terus bermaharajalela ahli UMNO sebahagiannya membisu, ini yang aku namakan MASA BODOH. Kalau trend ini berkembang dalam UMNO,maka umno akan menghadapi malapetaka besar, maka itu kita mesti benteras sikap masa bodoh itu.Jangan terkejut suatu hari nanti UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yang zalim,dan ahlinya menjadi jumud, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Biasanya kita menunjuk kepada perbuatan orang lain tentang pribahasa ini, kenapa kita tidak merujuk pribahasa ini pada diri kita sendiri khususnya tentang amalan diri kita,yang dikatakan amanah yang diberikan Allah S.W.T kepada kita. Jika pribahasa ini ada pada jiwa kita dan kita tujukan pada diri kita, sudah semestinya kita akan memulakan kerja amalan baik sepanjang masa, kernan pribahasa ini juga mengawal sikap kita.Perkara ini ada kaitan dengan menjelangnya ramadhan, ada kaitanya dengan azam kita, dan aku pahatkan azam Ku ini menjelang ramadhan 2009 ini, Mungkin juga ini jalan terbaik membina diriku untuk menjadi manusia yang sentiasa berwaspada kepada diri sendiri. Maka itu aku berperang dengan diri ku,dengan nafsu ku untuk membantu manusia lain tidak terjebakdengan perwatakan yang mengelirukan. JANGAN JADIKAN INSAN LAIN TERJEBAK DENGAN MASA BODOH.

Terima kasih.

No comments: