Saturday, December 20, 2008

IJN NAK DI SWASTAKAN

Saudara Pembaca,
Jika IJN (institut Jantung Negara ) nak di sewastakan, alamat banyak masalah akan timbul,berbanding jika ia tidak di swastakan. Saya jadi benci kepada pihak yang hendak swastakan sedikit demi sedikit milik negara. Cukuplah tu, dah banyak hak negara yang di swastakan, dan tak perlu saya senaraikan satu persatu. Jika hal seperti ini pun tidak dapat di fikirkan oleh kepimpinan Negara, ini adalah tanda tanda Negara sedang menghadapi malapetaka. Anda tentu ingat selogan selogan awalan kerajaan di Negara ini, antara lain menyebutkan ' RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU ". Kalau hal IJN ini, bukan soal rakyat sehat lagi, malah di takuti rakyat takut untuk mendapatkan rawatan di IJN, disebabkan harganya yang tinggi, akhirnya selogan tersebut pada hakikatnya dikuburkan sendiri oleh kerajaan. Nak sehat apa, jika dari ribuan menjadi puluhan ribu dan akhirnya ratusan ribu untuk merawat jantung yang bermasalah.
SAYA TETAP PECAYA, BAHAWA MAKNA SWASTA BERPENGHUJUNG DENGAN MENCARI KEUNTUNGAN, DAN AKIBATNYA PENDERITAANLAH KEPADA RAKYAT MISKIN YANG TAK MAMPU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI IJN. INILAH MERUPAKAN TANDA TANDA, KITA MULA DIJAJAH KEMBALI.
BERHATI HATILAH DAN SELAMATKAN LAH NEGARA KITA INI, PANDANG PANDANGLAH MASA DEPAN ANAK DAN CUCU KITA. JANGAN AKHIRNYA KITA SUDAH TIDAK MEMILIKI APA APA PUN DI NEGARA KITA, YANG BIASA KITA NYATAKAN SEBAGAI MERDEKA.
Sekian terima kasih.

No comments: