Tuesday, December 16, 2008

MONOLOG 7


CITA CITA ADALAH RELATIF

Saudara Pembaca

Sengaja aku mencatatkan tulisan ini secara rencam, bermula dari mana-mana yang

ku fikirkan bersesuaian dengan perjalanan kehidupan, yang tidak semestinya dicatiti

bermula dari kelahiran, dan berakhir setelah kematian, tetapi ia boleh bermula dimana-

mana asalkan ada keratif kita untuk memulakan penulisan. Berbalik kepada sejarah

adalah masa lalu yang mengantungi peristiwa berkaitan manusia,waktu dan tempat

mengingatkan aku, bahawa manusia sering mencipta sejarah. Aku mempunyai cita-cita

api tidak jelas, kerana bagi ku cita cita adalah relative.Semua kanak-kanak sejak kecil

boleh bercakap cita-cita mereka untuk menjadi peguam,guru,doctor dan sebagainya.

Namun aku berpendapat cita-cita terbaik adalah jadilah manusia yang berguna kepada

Agama,Bangsa dan Negara yang berlandasakan Iman.

Kadang kala kita tidak menyangka, di Universiti kita berada di Jurusan pertanian,tetapi

berakhir karier kita sebagai seorang kontraktor. Mungkin kita hebat dengan ilmu

kedoktoran yang kita pelajari,tetapi akhinya kita menjadi ahli Politik.Benarlah kita boleh

merancang tetapi tuhan lebih menentukan,kita hanya mampu berusaha,berdoa dan

bertawakal, sebab itulah aku lebih cenderong meletakkan cita cita sebagai tujuan

kehadiran dan kelahiran kita dipentas dunia ini, iaitu untuk mengabdikan diri kepada

Allah S.W.T


Sekian Terima kasih.

No comments: