Monday, January 12, 2009

ISLAH POLITIK MALAYSIA

Saudara pembaca,
Islah politik Malaysia. Tajuk biasa iaiatu pembahruan politik. Apa yang baru ? yang baru adalah sokongan rakyat kepada pemimpin. Rakyat memilih trend pembangkang, sebab merasakan trend kerajaan BN yang ada pada hari ini, tiada pembahruaan. Macam mana yang si sebut tiada pembahruaan, mudah saja. pilihanraya di trengganu atau apa saja pilihanraya kecil, maka jentera BN keluar dengan bersungguh sungguh memperlihatkan prihatin mereka kepada rakyat, dengan harapan rakyat akan menyokong mereka. Malangnya dari luar rakyat nampakkan menyokong, bila mengundi undi itu memangkah pembangkang, inilah Islahnya. Kenapa ini terjadi:-

1. Pemimpin harus sedar, berkerja buka masa menghadapi pilihanraya saja. Pada masa pilihanraya, kita lihat banyak sangat prihatin rakyat yang dibuat, macam macam bantuan yang diberikan, macam macam kelebihan yang di hidangkan, dan syukur memang dapat, tapi!!!! tapi, cuba lah lihat di semua kawasan kawasan pilihanryakecil yang diadakan pilihan sebelum ini, apa ada jadi, kerja prihatin rakyat tak diteruskan, kalau kalah kecewa terus tak jenguk muka, dan jika ditakdirkan berlaku lagi pilihanrya kecil di kawasan yang sama nantinya, maka jangan harap rakyat akan percaya kepada kerajaan yang memerintah.

2. Berkerja kerana allah dengan berkerja kerana nak nama, nampak ketara, sebab itulah BN tak akan mendapat kejituan di dalam berjuang,kerana kebanyakan ahli dan calon, berjuang untuk nama,bukan berasas tanggungjawab kepada Agama, bangsa dan negara. kepentingan diri mendahului segala galanya. Budaya seperti ini di sebutkan sebagai budaya mementingkan diri, dan jika aku jadi wakil rakyat, habislah agama,bangsa dan negara, dimana expliotasikan.

3. Islah politik yang bermusim ini, adalah bahaya, dan jika ianya menjadi candu politik dan tabiat ahli politik di dalam negara kita, maka yang islah bukanlah politiknya, tetapi yang islah adalah sikap munafik golongan pemimpin, dan rakyat terus tertipu lagi.

Belajarlah menjadi pemimpin yang benar dan berjuang untuk pembaharuan dan kebaikan demi agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya harapkanlah penilaian dari Allah sebagai suatu tanggungjawab dan bukan harapkan nama dan jasa dari manusia. justru itu islah menjadi pemimpin yang berkualiti harus berteraskan Iman dan taqwa.
Mudah mudahan allah memberikan pertunjuk kepada kita semua.amin.

Terima kasih kerana membaca.
Sekian.

No comments: