Saudara pembaca,
Yang pasti, insyallah suatu ketika iserail akan kalah.Ummat islam akan menang, namun bagaimana boleh menang ? jawapannya mudah saja, jika kita nak cepat menang dan berjaya, kita mesti iklas dan berilmu. Ummat Islam mesti kukohkan Ilmu dan berteraskan amanah ummat ini kepada Allah s.w.t. Kita mesti kembali kepangkal jalan dengan secara bersungguh sungguh mengambalkan ajaran quran dan sunnah nabi. Bersatulah dengan Iklas dan bangsa Arab mesti bersatu serta semua ummat islam mesti bersatu, dan berilmu, serta mengamalkan ajaran Islam secara murni. Tak lah payah kita cerita panjang sangat, yang penting tindakan, yang boleh berdoa doa lah, yang ada ilmu ajarkan kepada mereka yang kurang berilmu, yang kaya tolong epada yang miskin, yang terasa kuat bantu lah yang lemah, yang berada,lihat dan tolong yang tak berada. pastikan semuannya yang kita buat ini adalah semata mata kerana Allah, bukan kerana nama,pangkat, cari kekayaan, cari kepentingin, cari yang bukan bukan, Carilah keridaan allah, tnaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang islam yang tulin, Insyallah Ummat islam akan terurai dari segala belenggu kesempitan. Ya Allah kau bantulah ummat ini, menjadi ummat yang sangat menghargai terhadap apa yang telah diciptakan oleh mu, Ya Allah, semoga Ummat islam ini dapat menentang segala kekuatan musuh musuh yang ingin menghancorkan islam, dan hanya kepada mu saja kami mengharapkan pertolongan, tolonglah kami, anak cucu kami,cicit citi dan keturunan kami, untuk terus mengabdikan diri kepada mu Ya allah, Sesungguhnya kaulah maha penolong, amin ya rabbal alamin. Begitulah harapan kami penghujung kepada Palestin bebaskanlah negaranya dari ancaman musuh dan penderhaka, dan kaulah yang maha penolong dan kepada mu kami bertawakal dan menyerah diri. Moga kau perkenankan. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment