Saturday, January 17, 2009

PASAR BATU PAHAT KELAM KABUT

Saudara Pembaca,
Batu pahat, pasar awam di sini sudah berpuluh tahun, tak pernah berubah wajah menjadi baru, bangunannya lama, sangat membosankan. Negara katanya dah maju ke depan, tapi masyarakat awam di sini masih bersungut, dengan keadaan pasar yang tidak teratur, lalulintas yang membosankan, kekotoran yang teramat sangat dan tidak ada prihatin yang diambil oleh pemimpin untuk mengemaskini atau pembinaan pasar baru. Apa dah jadi sekian masa berlalu,penduduk bertambah, pasar jadi haru biru, kalau ada penambahan setakat melepaskan batuk di tangga. pihak majlis perbandaran batu pahat, pernah membuat sebuah bangunan untuk pasar borong sayur di tepian sungai di batu Pahat, kawasan yang di bina disana langsong tidak sesuai dan tanpa di mesyuaratkan dengan ngo dan kependudukan setempat, akhirnya pasar borong itu jadi gajah putih, tanpa digunakkan, pembaziran kewangan terjadi. Duit siapkah yang telah dibazirkan, tidakkah itu duit rakyat. Cerita untuk membangun pasar dari dahulu di cakap cakap kan oleh pemimpin BN, tetapi sampai kini cakap tinggal cakap, janji tinggal janji, malahan yang paling menyedihkan, peraturan sebagai sebuah pasar tidak lagi menjadi peraturan yang mesti dilaksanakan, ikut suka sendiri, peniaga akhirnya berniaga diatas jalan jalan raya di sekeliling pasar, fungsi jalanraya yang menjadi laluan lalulintas, telah dijadikan tapak berniaga. peraturan apa yang di pakai sekarang. Jika ini diamalkan, maka tidakkah penguasa sendiri yang melanggar undang undang yang mereka buat. Sebab itu jika rakyat cakap BN sebuah parti yang cakap tak serupa bikin, jangan marah, banyak bukti nyata yang dapat dipaparkan. Ingat dari pasar lah rakyat akan bercakap cakap dan cakap rakyat itu akan di realisasikan dalam menghadapi PRU 13. Bergitu serabutnya Pasar Batu pahat, malang tiada mendapat prihatin dari pemimpin. Selamat mengundi untuk Pakatan rakyat dan dengan itu insyallah akan ada perubahaan yang akan direalisasikan untuk rakyat menikmati keselesaan, bukan saja pada infrastrukturnya,malahan pada penguatkuasaan harganya dan sikap saling hormat antara pengguna dan peniaga. Kembalilah kepada pasar yang ceria, bukan pasar kelam Kabaut dan tak terurus seperti hari ini.

Terima kasih,kerana membaca.

No comments: