Saturday, February 28, 2009

REVOLUSI ATAU EVOLUSI PELAJAR DALAM DUNIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Saudara pembaca,
Amat menakuktkan saya dewasa kini mengenai keadaan pelajar kita, dari ponting sekolah, berubah wajah menjadi samseng, dari samsing menjadi penyamun, dari samun berkembang budaya khayal dan dadah, dari dadah merebak kepada pelesiran dan vendelisme, dari lesir menjadi ganas dan rempit, dari rempit berubah menjadi perogol dan sanggup di rogol, dari keruntuhan ahlak menjadi sanggup diperalat dalam gelanggang politik, seterusnya kegiatan buli dan membuli terus di anggap biasa, akhirnya sanggup pula bergelumbang dengan dosa dan membunuh.
Sungguh sedih....Perlu di tangani dengan segera tiada ada lagi istilah bertindak secara evolusi, adalah diperlukan suatu revolusi adap di dalam dunia pendidikan. pecayalah jika ini dibiarkan terus dan setiasa dianggap kes terpencil, tidak heran kita bukan mengeluarkan pelajar yang berkualiti, tetapi pelajar yang memikul pengajaran songsang, dan akhirnya negara akan musnah di tangan mereka. tolonglah kementerian serius dengan hal ini, wahai kementerian pendidikan, di tangan kamu genderasi akan datang mempertahankan negaranya;
Jika akhlak rosak, jika otak mereka di sumbat dengan gejala negetif akhirnya mereka adalah pemusnah negara kita.
Renung renungkanlah ?

Terima kasih kerana membaca.

HILANG DAULAT KEMANA RAJA, HILANG RAJA KE MANA MELAYU ?

Saudara Pembaca

Pinang kelat di atas para

Sirih junjung terkulai layu

Hilang daulat ke mana raja

Hilang raja ke mana Melayu

Jangan lah kita bergurau senda dengan kuasa. Persoalanya sejauh mana orang Melayu menghayati sistem pemerintahan yang ada, atau mereka sekarang berada pada krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Saya pecaya bahawa ketaatan melayu kepada rajanya masih ada, namun mereka hanya menuntut kebenaran dan keadilan. Justru itu Jangan berguarau dengan kuasa yang ada, esok kita kan menyesal buat selama lamanya.

Itu saja ingatan ringkas saya,
kepada diri saya dan bangsa saya, semoga kita berada pada
landasan yang tepat dan betul.

Terima kasih kerana membaca.

Friday, February 27, 2009

KOCAK POLITIK MALAYSIA,HANGAT PANAS DAN AKHIRNYA TERBAKAR.

Saudara Pembaca,
Saya hanya ringkaskan saja. Bermula keputusan PRU 12 yang lepas, salah menyalah di dalam BN kedengaran.Walaupun UMNO tak kalah, namun UMNO jadi sasaran sebab kalah, yang sebat UMNO pun adalah rakan sendiri di dalam BN. Satu persatu isu di bawa oleh rakan kongsi, lalu UMNO pun melatah dengan cuitan sahabat sendiri. Pakatan Rakyat melihat ini sebagai ruang dan peluang terbaik untuk menyerlah. Akhirnya sahabat sendiri, serta anak anak sendiri dalam UMNO menuduh bapak lemah, dan bapak itu adalah Pak Lah. Tekanan demi tekanan di beri dan akhirnya pak lah sanggup berundur. Sebelum berundur sehingga Mac ini, mecam macam tekanan muncul lagi dari utara sampai selatan bercakap cakap soal Isu Politik, sedangkan kegawatan ekonomi memang terasa oleh rakyat. Kesimpulannya Ekonomi sedang sakit dan politik sedang tenat.Pemimpin terus bercelaru.
Saya ringkaskan lagi, dari cerita Pak lah kena berundur, apakah sebab salah pak lah saja ? BN lemah, macam macam bedah siasat di buat, sebab BN Kalah, namun Pak lah jadi mangsa utama.Ada yang kata sebab lembap dan lemah bermula dari dia, maka dia kena tanggung. Saya tidak ada komen apa tentang hal ini, namun tak patut seorang saja ketua yang dipersalahkan, malahan bagi saya kalau kita maju dalam satu pasukan, maka kalau nak berundur perlu lah juga dalam satu pasukan. mana dia pribahasa cubit peha kiri, peha kanan terasa. Lepas itu macam macam insiden terjadi, macam macam catur politik bergerak, dari pilihanraya ke pilihanrya kecil, BN kalah lagi, bila kalah ada pula kata sebab Pak lah lagi dan ada pula kata sebab dato najib. Tak tahu lah, yang jelas pada masa yang sama ramai anak melayu dan Malysia di negara ini ramai yang dah kena buang kerja, sebab ekonomi melesit.
Makin Panas, Isu Perak, Isu raja raja melayu, Isu kontrak sosial, Isu Melayu tak relevan, isu Karpal Sing di parlimen dan 2 butir peluru, Isu nak bertumbuh Pemuda UMNO dan orang Pakatan rakyat di Parlimen, Isu dan Isu.....Kocak politik malaysia semakin Hangat, Panas dan pasti jika tak di kawal akan terbakar.

Saya bercakap benar, selesaikan lah secara baik
supaya rakyat hidup aman makomor dan sentosa.
Selamat membaca dan terima kasih kerana membaca.

Wednesday, February 25, 2009

ISU BAHASA: SASTRAWAN NEGARA A. SAMAD SAID JADI MANGSA

Saudara pembaca,
A.Samad said tak kurang di kiritik sama seperti shahnon ahmad. Kerongkongnnya bersuara memperjuangkan bahasa Ibunda, tapi ada yang katakan di adalah pembangkang. saya tak fikir dia macam itu, dia boleh jadi pembangkang sebab negara ini punya kebebasan memilih dan dia juga boleh sokong kerajaan sebab dia ada hak untuk buat pilihan. Tapi jika kita tak tahu siapa yang dia hendak sokong jangan lah hentam dia, samad said punya lukisan hati yang murni untuk bangsannya, biarkan lah di bicara atas pentas apa yang dikehendakinya. Saya mengucapkan tahniah di atas kebenaraninya, dia ada model yang perlu di contohi untuk menegakkan bangsa dan Basaha Ibunda, saya hantarkan sebuah puisi khas untuk nya :

Nama mu memang terukir
seorang seniman
dari jalanan mencecah dipentas benua
mengangkat nama bangsa
kerana kamu tahu
bahasa adalah jiwa bangsa.

Nama mu memang terukir
di atas lukisan mu
tercatat sudut hati tak retak
di telan zaman, sebab kau adalah pahalawan bangsa
untuk bahasa.
Engkau bukan zabaa,tidak pula pak sako
Tapi engkau adalah engkau
yang tahu bangsa mu dan bahasanya sedang derita
di mamah penguasa
di tanah dan airnya
yang semakin bisu
dan layu
namun kau
tidak ......tidak
begitu.

Sekian terima kasih.
Kerana Sudi membaca.

BILA LEMBU DI HERET DI PEJABAT SPRM

Saudara Pembaca,
Apa dah jadi sampai begitu sekali, lembu di heret di pejabat sprm. Rasanya AMK sangat Panas dengan pihak yang sering menyalahkan pakatan rakyat. Kes yang dikemukakan oleh Barsian dan UMNO mungkin cepat di layan, tapi kes yang diadukan oleh pakatan rakyat dan PKR sangat dingin, ini lah mungkin merupakan kepanasan yang di hadapi oleh AMK. Soalnya lembu kalau di bawa ke pejabat itu, macam ada simbol yang simbolik. Siapa rasanya macam lembu kena cucuk hidung ? Sebab itu dalam artikel ringkas saya, pernah saya katakan jangan sampai sepotong roti rakyat akan bangkit membina keganasan, hanya kerana sebab tak puas hati. Ternyata hari ini rakyat dah mula bawa lembu ke hulu ke hilir.
dulu pun ada sembelihan korban, tapi tak kecoh pun, siapa sebenarnya yang mengkocak hal ini, dia lah yang menanggungnya. Bagi saya Bila lembu di heret ke pejabat SPRM, takut takut seketika nanti negara kita boleh jadi macam Iraq, dimana pemimpinnya akan di heret ke tali gantong.
Ya allah selamatkan negara ini dari segala bentuk kekacauan dan ancaman.Janganlah diperlekehkan rakyat wahai pemimpin dan taatlah rakyat kepada pemimpin yang amanah dan tidak zalim.Mudah mudahan kisah lembu diheret ke pejabat SPRM tak berulang lagi.
Jadikanlah sebagai pengajaran, sebelam matahari merajuk untuk terbit dibumi Malaysia.

Sekian terima kasih,kerana sudi membaca.

Monday, February 23, 2009

BENARKAH DAP HINA ISLAM,DENGAN TERTUBUHNYA MAJLIS PERUNDINGAN ANTARA AGAMA DI PULAU PINANG ?

Saudara pembaca,
Mungkin umum ingin mengetahui apa maksud majlis perundingan antara agama yang ditubuhkan oleh DAP itu ? Ada sesuatu yang sangat baik jika DAP sedar bahawa jalan terbaik untuk membangun negara dan parti politik serta masyarakat keseluruhannya adalah dengan jalan agama.
Namun kefahaman DAP terhadap Islam mestilah di lengkapi kepada teras undang undang islam dan perlembagaan di negara ini. Justru itu Majlis yang ditubuhkan itu mestilah difahamkan terlebih dahulu mengenai fungsi dan peranannya. Jika ini disalah tafsirkan maka dibimbangi akan terjadi sesuatu yang negetif terhadap ummat islam. Semestinya mengenai perbicaraan tentang Islam mempunyai kaedah di negara ini, siapa yang diberi tanggungjawab untuk menangani persoalan islam di malaysia, termasuklah di Pulau Pinang. Jangan anggap remeh Isu ini.

Sekian terima kasih.

PERTOLONGAN TANGGUNG : KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MENGATASI MASALAH PERBERHENTIAN KERJA

Saudara pembaca,
Tadi seorang kawan bernama raihan datang ke pejabat, memberi tahu saya, dia sudah mula mengumpulkan orang orang yang diberhentikan kerja dan tidak kerja untuk mengikuti program bantuan kerajaan, dimana setiap orang akan di bayar RM500.00. Katanya tak sampai seminggu dia mengusahkan hal tersebut, sudah ada notis daripada kerajaan di bawah kementerian yang berbabit untuk menagguhkan program tersebut. Saya tidak berhajat nak ulas panjang, cuma kalau buat kerja itu, jangan lah sepatuh sepatuh, sekejap ada sejekap tiada,hal ini bukan boleh dipersendakan, mereka adalah golongan yang seharusnya dibantu secara serius. Saya melihat perbuatan seperti ini seolah olah yang di rencanakan oleh kementerian tersebut adalah tidak masak, justru itu kepimpinan negara perlukan mereka yang benar benar serius dan amanah,janganlah kita pandai menegur orang lain pandai cakap tapi tak serupa bikin, sedangkan perpatah melayu yang lain juga ada menyebut, inilah yang dikatakan 2 X 5 sama saja.
Ingat, revolusi perancis meletus akibat dari sepotong roti.
Harap harap kita semua faham.

Sekian terima kasih, kerana sudi membaca.

Sunday, February 22, 2009

PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2009 ANTARA CITA CITA DAN KEMUSNAHAN

SAUDARA PEMBACA,
Saya telah berjumpa dan berbual bual dengan kawan kawan yang menjadi Perwakilan ke persidangan Agung yang akan datang Mac 2009 ini.Perbualan kami ringkas tapi cukup bermakna.
Apa yang pelik sangat dengan pemilihan ini ? Mereka sebenarnya bukan merasa pelik tetapi menunggu saat sebenarnya peralihan Kuasa daripada Pak Lah kepada Dato Najib. Ramai yang berpendapat Pak lah akan serah kuasnya sesuai dengan keinginan di pihak lain. Namun penyerahan kuasa ini dapatkah menyelesaikan Masallah ?
Masallah apa ?

1. Cara peralihan kuasa ini, benarkan di mengikut ketelusan dan budi budaya UMNO
2. Bagaimana sekatan dah halangan berkempen , sekejap boleh sekejap tak boleh?
3. Politik wang sudah menjalar, tiada hentinya.Bagaimana UMNO boleh menghalang politik wang sedangkan ianya bagaikan aurs tiada hendinya dalam setiap pemilihan UMNO, sedangkan UMNO adalah parti yang mengajak rakyat memerangi rasuah. ini adalah perkara mendasar untuk rakyat memperhatikan gelagat UMNO.

Dari tiga perkara itu, saya cakapkan kepada kawan saya. saya dah masak dan luar dalam UMNo saya dah tahu. Cukup lah bagi saya......
Semoga rakyat di negara ini sedar, apa pun dendengan dari UMNO, Ibarat kudis sudah menjadi tokak....dan kemudian bernanah, akhirnya semua bau itu akan di hidu rakyat.

Selamat berfikir.

JIKA POLITIK PERAK TAK SELESAI

Saudara pembaca,
Tempoh hari serangan 28/28 telah berlaku, akhirnya adun yang lompat ke Bn dan menjenamkan diri ke bebas telah berpihak kepada Bn, pengumuman di Buat bahawa sultan perak bersetuju membenarkan Bn untuk mentadbir kerajaan Perak. maka di sana bermula konflik pihak Pakatan rakyat dan penyokongnya untuk mepertahankan Nizar sebagai MB perak, demontrasi jalanan hangat, kedai kopi beborak besar mengenai isu ini, malahan seluruh rakyat Malaysia melihat isu ini macam ada yang kena dan ada yang tak kena.Keadaan semakin semarut lagi apabila nizar tidak mahu mengalah dan terus mempertahankan haknya dan melihat kuasa pakatan Rakyat di Perak seakan di rampas. konflik ini di tambah dengan beberapa kenyataan tajam daripada pimpinan politik dan akhirnya cuba mengheret raja raja melayu ke kancah politik. Gejolak ini seakan semakin berbisa apabila sepeker dewan membuat keputusan menggantung MB baru iaitu Zambri dan beberapa orang lagi, ada yang mengatakan tindakan itu salah tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan itu, maka konflik pecah belah pandangan dan penguasaan di negeri Perak ini, jika tidak diambil perhatian serius akan menjalalr ke kawasan atau negeri lain. lantas itu apa yang ingan saya bicarakan adalah seperti berikut:

1. pemimpin harus kasih kepada rakyat, jangan biarkan perkara ini berlarutan, yang bakal menjadi mangsa nantinya rakyat.
2.Pemimpin harus mengujuddkan kematangan berpolitik secara sihat, dan berada pada garisan yang betul, jika tidak cakap pemimpin suatu ketika tidak menjadi cakap keramat, tetapi dianggap sebagai cakap cakap kosong.
3. Berilah mandat kepada rakyat untuk mempastikan siapkan pemimpin mereka, justru itu dewan mestilah bersidang terlebih dahulu.
4. Jagalah maruah politik tanah air, negara kita dan budaya kita masih budaya ketimoran,dan jika ada pemimpin yang bersikap tidak ada dan gelojoh maka membayangkan negara kita bakal terjual dengan sikap pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
5. intutusi Istana perlu di hormati, selaras kesetian rakyat kepada tidak berubah, namun perpatah Melayu juga penah menyebutkan raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah.
6. Hormatilah raja raja melayu dan pelembagaaan negara ini, sebab tiang sri membangun negara ini dari sejarahnya adalah sejarah Raja berpelembagaan.
7. wakil wakil rakyat mestilah mendalami diri mereka dengan ilmu, supaya mereka lebih matang dan parti mestilah melatih pemimpin dan wakil mereka sejajah dengan prinsip prinsip rukun negara.
8. Jika Politik Perak tidak selesai;-

8.1. Masyarakat akan kacau bilau.
8.2. Ekonomi tidak berjalan dengan sempurna
8.3. Keganasan akan terjadi
8.4. Pihak pentadbir negeri akan berpecah belah
8.5. Pesaudaraan senegeri terugggat.
8.6. Sebab berpolitik, nasib saudara mara akan juga terbelah dua
8.7. Kemiskinan dan jenyah akan terus bertamabah
8.9. sikap mengoromati sesama sendiri sudah pudar,yang muncul penghinaan dan cacian.
8.10. Akhirnya pemerintahan negeri akan di gantong.

jangan menyesal hanya sebab berebutkan kuasa, yang paling malang dikhwuatri akan muncul pertumpahan darah....Jika Politik Perak tak selesai.

Terima kasih.
Kerana membaca,

Tuesday, February 17, 2009

KISAH AKHLAK WAKIL RAKYAT.

Saudara pembaca,
Ketika datuk sri anwar berhadapan dengan isu kritikal pribadi yang menggegarkan negara, banyak pihak membuat tafsiran, ada yang positif dan ada yang negetif. ketika Vigenderen menghadapi kes Vedia Lucahnya, hal yang sama juga menjadi soalan kewibawaan wakil rakyat, sama juga seperti Dr chua soi lek yang mengakui apa yang di lakukkannya, juga tidak ubah sama seperti elizaberth wong yang kini di perkatakan. YANG MEREKA KATAKAN LETAK JAWATAN ?
Soal ahlak memang penting dan sangat mendasar kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin.
Tetapi yang saya nak sorot adalah kisah wakil wakil rakyat yang memberi komen kepada kes dan kelakuan kawan sejawat. Mereka yang komen juga harus hati hati, lebih baik tidak menuduh atau menjatuhkan hukuman kepada mereka yang menerima musibah. Yang pasti belum tentu yang berbuat itu lebih buruk daripada yang memberi komen , dengan tuduhan tuduhan drastik agar letak jawatan. Apa yang penting, biarlah mereka membuat keputusan di atas apa yang mereka fikirkan patut dan tak patutu. Takut kalau disemak semak di dapati yang komen itu entah lagi macam mana. Hati hatilah dengan kisah akhlak wakil rakyat.
Jangan kita cakap orang lain tak betul, tapi didi kita sendiri agaknya lebih tak betul daripada yang sebetulnya.

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, February 10, 2009

MEMBUNGKUS OBAK SEJARAH KETUANAN MELAYU

Saudara pembaca,
Kenapa ombak sejarah ketuanan melayu perlu di bungukus ? sedangkan orang melayu mengasaskan negara ini, dan hak orang melayu untuk menjadi pemimpin di negaranya sendiri perlu di kekalkan.Namun ada orang pertikaikan hak kuasa memerintah melayu, dan jika orang melayu terbuai dengan sikap memperjuangkan bangsa sendiri, maka ia akan tenggelam berkuasa, itulah mungkin yang di anggap membungkus ombak sejarah kuasa melayu. namun jika orang melayu dapat bersikap adil dengan bangsa lain dan bangsa lain boleh hormat kepada bangsa melayu, orang melayu pastinya tak akan di bungkus oleh ombak sejarahnya, malah ketamaduannya sangat di hormati dan disegani. hari ini ada yang mencoba uji bangsa melayu, itu datangnya dari bangsa bukan melayu dan orang Melayu sendiri, dan saya amat optimis bahawa bangsa melayu di bawah bumbung kesatuannya samada gabungan melayu UMNO,PAS dan PKR pasti akan mengubah haluan ombak sebelum ombak menderu dan membungkus mereka.

Mudah mudahan jadi renungan.
terima kasih kerana membaca.

MENGINTERPRITASIKAN KUASA MELAYU DI PERAK

Saudara Pembaca,
Insiden di Perak berkaitan tertubuhnya kerajaan baru Barisan Nasional dan bertahannya kerajaan lama di bawah Pakatan Rakyat adalah suatu peristiwa sejarah yang sangat menarik. Sepatutnya tiada sesiapa yang kecewa dan bangga dengan peristiwa ini. Pakatan Rakyat sedang menyusun buah caturnya, manakala BN pula sedang menuju dan telah pun menemui apa yang di inginkannya.
Namun apa yang ingin saya perkatakan di atas insiden ini adalah seperti berikut:-

1. Rujukan kepada tafsiran undang undang, sebelum mengambil kuasa dan mengiktiraf kepada kerajaan baru yang telah pun di persetujukan oleh baginda sultan perak. Jika ini di rujuk, bermakna rujukan tersebut harus diperhatikan bagaimana membolehkan sesebuah kerajaan itu tidak lagi diberi mandat, atau di berhentikan mandatnya dan di sudut yang lain kuasa budi bicara bagina sultan telah membuat keputusannya berasaskan kepada lunas lunas yang diguna pakai, dan lunas itu tersedia di dalam undang undang tubuh kerajaan Negeri perak. Interpritasinya adalah menimbulkan konflik kepada penyandang kerajaan dan pihak yang ingin menubuhkan kerajaan, maka itu sokongan kepada kedua pihak juga menjadi jelas. Namun di dalam perjalanan menuju kerjernihan, kekeruhan juga boleh memberi pelajaran dan iktihbar di atas nasib kuasa Melayu Perak dan teruji kesetiaan Mereka atau sebaliknya terhadap intitusi berraja di negeri tersebut, malah mungkin boleh merembis keperingkat seluruh negeri di malaysia. Kebangkitan Kemelayuan, menunjukkan Isu Kesultanan mendapat tempat kepada mereka yang berkepentingan, namun di sisi yang lain ia juga merujuk kepada;-

2. Permainan Politik Bukan Melayu, apabila Karpal Sing berhasrat untuk menyaman sultan Perak, di atas Isu tersebut. lantaran itu orang Melayu menunjukkan sikpannya walaupun tidak secara total. Kenapa di katakan demikian ? di dalam usaha orang orang Melayu perak dan luar perak mempertahankan kedaultan kesultanan perak, di sisi yang lain terdapat juga orang orang melayu yang mengadakan tunjuk perasaan jalanan, sehingga kereta istana juga menjadi mangsa kegeraman mereka, ini adalah kesan kepada setia melayu terhadap sultan apabila persoalan politik telah diheret kepada pihak Istana.

3. Namun orang orang Politik, menerusi wadah politik, harus juga memahami isi hati istana terhadap cara mereka diberi kuasa untuk memerintah negeri, ada perkara yang istana sendiri tidak sehaluan dengan cara pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini, sebab itulah diplomasi antara pentadbir. penguasa dan politik dengan istana harus ada keselesaan dan keserasiannya, jika tidak keadaan akan menjadi goyang.Lantas akan runtuh.

4. Runtuhan kuasa tersebut juga, tidak boleh di tafsir sebagai runtuhan mutlak, disebabkan runtuhan yang terancang adalah runtuhan yang akan di bina di bawah satu payong, yang ramai daripadanya tidak akan menyedari, melainkan jika di fahami dan diamati secara halus barulah ternampak impak dari peristiwa ini.

5. Impak kepada suka melompat,tentulah bersebab, dan sebab itu di cari serta di temukan, jika ianya ditemukan adanya unsur " WANG " MAKA mala petaka besar akan terjadi di bawah kerajaan yang baru tertubuh. Cuba cuba lah fikir di mana penghujungnya ?

Aneh tapi benar ?

Terima kasih kerana mentafsir peristiwa dan membacanya
dengan Hati yang terbuka.