Sunday, November 23, 2008

ETIKA PENULIS BLOG

Saudara Pembaca,
Menteri Dalam Negeri, menjelaskan perlu adanya etika bagi penulis Blog, beliau membuat kenyataan semalam. Kepada saya etika penting sebagai penulis Blog itu, adalah menulis dan mendedahkan perkara sebenar, dan berfaedah kepada awam, dan negara. Kesadaran menulis sebenarnya untuk menyampaikan pesan, dan pesan yang di buat hendaklah jelas, maklumatnya juga jelas, dan siapa yang menulis tidak perlu takut jika perkara yang didedahkan itu benar. Cuma yang tidak betul adalah jangan buat fitnah!

Jika kita berfikiran terbuka, kita hendaklah menyampaikan tulisan kita kepada mereka yang berminat untuk membacanya,dengan tujuan positif, saya ambil contoh, jika ramai penulis blog, maka banyak lah maklumat yang di peroleh, dan maklumat itu berguna untuk setiap pihak berintrospeksi, justru itu menulis tidak ada had dan sempadan, cuma butiran yang di sampaikan hendaklah benar dan jujur.

Jika penulis blog di minta berbuat demikian, saluran media kerajaan juga perlulah jujur dan tidak mengabui fakta, dan membohongi rakyat. Soalnya adakah kita mahu melihat negara ini tercemar dengan cerita palus dan bohong, fitnah dan thomah, yang jelas tentu sekali tidak , namun ramai di kalangan penulis mempunyai objektif masing masing, hanya mereka yang memiliki nilai agama dapat memahaminya dan etika yang sebenarnya.

Saya berharap, marilah kita gunakan saluran yang ada untuk mengkritik, memuji, dan menegur,tetapi biarlah semuanya ke arah membina. Untuk Menteri dalam Negeri, banyak lagi gerakan jenayah yang perlu di tangani dan di atasi, antara lain jenayah ganas, samun,rompak, salahguna kuasa, rasuah, ugut, dan sebagainya yang boleh mengancam keselamatan dalam Negara. Justru itu saya cadangankan Menteri Dalam Negeri memohon penjelasan kepada para politikus yang boleh memecah belahkan bangsa, agama dan Negara. Ini adalah inti pokok untuk menyelesaikan masalah dalam negeri yang sering membuat rakyat terancam dan menjadi lemah.
Justru itu etika blog sama dengan etika semua kehidupan manusia,iaitu hasilkanlah yang terbaik buat negara, dan kritiklah negara dan pemimpinnya,supaya mereka tahu untuk mengubah diri menjadi lebih berguna kepada Bangsa, Agama dan Negara.

Sekian terima kasih

Saturday, November 22, 2008

PEMIMPIN JOHOR JANGAN SEDAP CAKAP SAJA ?

Saudara Pembaca,
Baru sebentar tadi seorang sahabat datang berjumpa saya di pejabat. Dia orang UMNO, dan mengeluh dan mengadu pada saya, katanya " Pemimpin Melayu dalam UMNO hari ini, banyak yang sedap cakap saja, tapi kenyataannya retorik dan kosong. tambahnya lagi sebab apa ? sebab katanya, pemimpin hari ini mencari kaya untuk diri sendiri, dan rakyat di akar umbi terus merana. Banyak program di atur oleh kerajaan dan pemimpin BN, tapi tindakan susulan "hancor", malah kalau memberi sesuatu macam lepaskan batuk di tangga saja. Saya bertanya kepada beliau, kenapa awak cakap seperti itu? ujarnya, apa tidaknya, kita boleh lihat, adakah rakayat di bawah senang lenang atau susah? orang kecil berniaga cukup cukup hidup saja, kais pagi makan pagi ,dan kais petang makan petang. Janji pemimpin memang banyak, sampai terlupa ada yang pernah dikatakan sebelum ini.

Peluang dan ruang berniaga, memang di wujudkan oleh kerajaan, tetapi kalau apa yang diwujudkan itu, semata mata memberikan keuntungan kepada kroni dahulu, kalau tak percaya katanya, tengok saja lah gerai gerai majlis daerah di sini ! berapa banyak yang terbengkalai dan berapa pula jutaan ringgit di habiskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Gerai akahirnya tak jadi, orang berniaga pun tiada dan yang datang nak beli pun! nak beli apa? jadilah gajah Putih, dan habis wang rakyat, di kerjakan oleh pegawai pegawai tak bertanggungjawab.

Kawan saya itu, saya panggil namah ringkas dia " LEH "! kalau gitu kata saya apa nak buat ? dia cakap tiap tiap hari orang orang miskin dalam kawasan kini, sentiasa mendoakkan terlungkuplah UMNO dan kerajaan. Saya mencelah lagi, kenapa awak katakan seperti itu ? Dia mencelah sambil selamba mengatakan " pemimpin di johor ini jangan sedap cakap aje ", sedangkan banyak saksi saksi di akhirat akan menunggu pemimpin pemimpin ini.

Friday, November 21, 2008

JOHOR : NEGERI KAYA BERUBAH MENJADI MISKIN ?

Saudara Pembaca,

30 tahun yang lepas semasa saya bersekolah, saya belajar sejarah. Dalam sejarah Negeri Johor ada perkataan di sebutkan '' JOHOR MODEN ", tentulah ketika itu saya menganggap dan bangga dengan kemodenan yang di bawa oleh Sultan Abu bakar meletakkan Negeri Johor sebagai Negeri yang Moden, hari ini Johor pesat membangun, tetapi membangun yang bagaimana ? Johor membangun, tetapi bangunan apa yang di bangunkan ? siapa pemilik bangunan itu dan siapa pula yang hanya menoton di arus pembangunan itu ?

Saya mengambil contoh, di dalam kawasan bandar bandar di negeri Johor. coba andar pergi ke bandar Muar maharani, bandar Penggaran di batu Pahat, bandar Air Hitam, bandar Kluang, Bandar Johor bahru, bandar segamat, bandar Pontian, Bandar Mersing, bandar Kota tinggi, dan lain lainnya dalam negeri Johor ini, dan hitunglah! kiralah ! dari jumlah bangunan yang banyak itu, adalah bangunan itu miliki orang Melayu ?

Kemudian, anda leweti beberapa kebun pertanian di seluruh negeri Johor ini, Milik cina atau Melayu ?, anda lihat kilang kilang di Negeri Johor berapa banyak di miliki oleh orang Melayu, anda lihat dan buka mata sebesar besarnya, kuari kuari yang ada,kawasan pasir, kawasan pertambangan lainnya, milik siapakah dan siapakah pengusahanya ? Anda akan hanya selesa apabila hanya ada beberapa syarikat GLC kerajaan di negeri Johor yang memikul kejayaannya dan kemudian hendak di namakan sebagai usaha orang Melayu.

Anda lihat perangkaan Penagih dadah, berapa ramai anak Melayu yang terlibat dalam dadah,berapa ramai golongan melayu keciciran dalam pendidikan, kes Juvana berapa ramai melayu di isikan angaka yang tinggi, kesemuannya mencerminkan Melayu di dalam negeri Johor ini serba ketinggalan. Dahulu janji Amanah saham Johor akan mencecah ke pada RM5.00 seunit, janji tinggal janji, malahan orang yang berjanji itu pula di berikan gelar sebagai tokoh Maal hijrah.
Janji kerajaan Johor Dana johor akan berjaya, nyatanya meredum. Apkah hal seperti ini membayangkan Negeri Johor yang kaya sudah menjadi Miskin ?

Mana hasil bumi Johor ? Siapa yang dapat kawasan balak, siapa yang dapat kawasan pasir, siapa yang dapat kontrak kontrak dari kerajaan Johor, kalau ada melayu yang dapat, cina yang usahakan, inikah pemantauan kerajaan Johor dan amanahnya untuk bangsa Melayu. Biar pun cina atau Melayu, atau India yang dapat, mungkin itu bukan soal besar ? tetapi yang paling besar kenapa negeri Johor mundur ke belakang dan tidak berpacu ke depan. Boleh saya buktikan lagi, mana dia pasukan bola sepak Johor, terus tenggelam, mana dia belia Johor yang di banggakan untuk menjana ekonomi Negeri, mana dia wanita Johor yang di anggap sebagai srikandi Negara, jika nasib Ibu tunggal,dan janda,dan wanita wanita lainnya se olah olah terabai. perhatikan mak cik mak cik yang berniaga di warong warong, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, perhatikan gejala dadah dan rempit, semakin melonjak, budaya samseng dan samun, apa dah jadi, dan inikah kemodenan masa kini ?Jika ada mangsa banjir, ada yang dapat bantuan ada pula yang tertinggal, inikah yang dikatakan cekap mengurus. Ada negeri,dan nampak pencerobohan negera luar ke dalam negeri kita, pun masih tidak berkutik, mana radar canggih,untuk mengesan penyeludupan, di mana akhirnya sepanjang pantai Johor menjadi ancaman kepada seludup barang dari luar negeri, inikah yang dinamakan untuk membela kepentingan rakyat Johor.Bantuan persekolahan hanya menjadi hiasan saja, sewaktu bermulanya masa persekolahan, dan pembinaan sekolah tidak setara dengan jumlah penduduk kawasan juga menunjukkan suatu pembaziran yang sedang belaku, apak itu moden namanya ? Yang pasti rakayat akan terus menilai, benarkan hari ini Johor kaya atau telah menjadi Miskin ?
Kepada saya, jangan lah pemimpin selalu membohongi rakyat, jika kita miskin,katakanlah kita miskin, dan jika belagak menjadi kaya, sedangkan kita miskin, maka tandanya malapetaka besar akan menimpa negeri yang kita sayangi ini.

Sekian terima kasih.

BARULAH MEREKA MENGERTI MAKNA BAU BUSUK ITU

Saudara pembaca,

Jumlah penduduk di Batu Pahat, semakin bertambah. Saban hari sampah telah dibuang pada kadar ribuan ton, dan penyelenggaraan serta kebersihan adalah menjadi tajuk yang perlu di sorot sentiasa mengenainnya di daerah ini. Baru seminggu yang lepas saya ada berjumpa dengan seorang kawan, yang kebetulan dia pernah menjadi pengusaha untuk menyediakan kawasan perlupusan sampah di Batu Pahat. Apa dia kata pada saya " sebenarnya, saya telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk menerima sampah sampah samada dari swasta maupun dari SWM, dan saya telah punya memperolehi lesen untuk menjalankan usaha tersebut, malangnnya tidak sampai beberapa bulan saya telah di arahkan oleh Majlis perbandaran untuk menutup kawasan yang saya usahakan tersebut." ujarnya lagi, saya telah mengeluarkan banyak wang untuk perniagaan ini, dan telah pun di sokong oleh wakil rakyat di kawasan tersebut ", lantas saya bertanya di mana kawasan yang di jadikan pusat perlupusan sampah tersebut ? dia menjawab di Tongkang pecah. Saya menyambung soalan, kenapa kerajaan perintah tutup ? dia jawab " ada bantahan dari penduduk setempat ", saya tanya dia lagi, apakah kerajaan tidak mengkaji permohonan awak terlebih dahulu, sebelum ada apa apa hal terjadi ? dia Jawab " saya tak tahu, yang saya tahu kerajaan telah benarkan, kemudia minta tutup, apabila ada bantahan, hal ini sama juga terjadi dengan pengusaha baru yang menjalankan perniagaan yang sama,katanya " Pengusaha itu buka tempat perlupusan sampah di sri Wangi Yong peng, kerajaan benarkan, kemudian apabila ada bantahan kerajaan perintah supaya tutup". Jadi saya simpulkan apa yang di buat oleh kerajaan negeri Johor menerusi Exco perumahaan dan kerajaan tempatan , ini merupakan suatu perbuatan yang tidak adil kepada pihak pengusaha, tentulah peduduk membantah, jikaada bau busuk dan mencemarkan kawasan persekitaran, tetapi yang peliknya kenapa sekejap diberikan kelulusan dan kemudiannya diarah tutup, perbuatan ini, adalah suatu perbuatan yang boleh merugikan banyak pihak.Paling ketara adalah memperlihatkan tidak cekapnya pengerusan Exco Perumahaan dan kerajaan tempatan.
Siapa yang akan menanggung kerugian dari perbuatan ini, dan tentunya sikap zalim kepada pengusaha adalah menyebabkan faktor mengapa kebencian rakyat kepada pemimpin yang ada terjadi, bergitu juga bencinya pengguna dan penduduk kepada kerajaan yang tidak memikirkan langsong, kesan dari pencemaran tersebut. Kepada saya, jangan jadikan jentera kerajaan sebagai lembu mereka, dan di sisi yang lain apakah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dapat di umpamakan seperti ada otak, tetapi tidak digunakan, samalah juga otak otak mereka itu sekotor samapah samapah yang tidak dapat diasingkan, dan akhirnya tidak ada lagi sinar kebersihan fizikal mapun hati di kalangan mereka yang di pertanggungjawabkan.
Nasehat saya kepada mereka, jangan sampai rakyat menjadi marah dan akhirnya jika tidak ada tempat pembuangan sampah yang betul, di khwatiri , rakyat akan membuang sampah akhirnya di hadapan pejabat kerajaan, dan barulah mereka mengerti makna bau busuk itu.

Sekian terima Kasih.

Thursday, November 20, 2008

DAPATKAH PARTI KEADILAN MENAKLUK JOHOR ?

Saudara pembaca,

Johor lazim dekenal sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat kepada BN, dan tiang serinya adalah UMNO. Pada Beberapa pilihanraya yang lepas, dan terutama pada pilihanraya ke 12 baru baru ini, Barisan Nasional menghadapi kesusutan sokongan, Mengapa hal ini terjadi ? Saya melihat perkara ini terjadi bukan di sebabkan gerakan pembangkang yang melemahkan UMNO dan BN ,Johor tetapi ahli BN dan UMNO Johor, mulai muak dan mual dengan tigkal laku parti yang mereka sokong. Saya sendiri merasakannya, sebab itu saya sentiasa membidas parti saya sendiri umno pada ketika itu, supaya berubah perangai dan tingkah laku, malangnnya cakap saya tidak di pedulikan. Saya tidak ada pilihan lain melainkan, untuk hijrah ke Parti lain.

Saya menjadi tidak selesa kepada UMNO di Johor ini, di sebabkan beberafa faktor;-

1. Sebab kelemahan menteri besar Johor, mengurus tadbir UMNO Johor. Menteri Besar Johor yang ada ini, terlalu mementingkan kelompok dan puaknya, sebab itu aduan ,pandangan dan nesehat dari orang parti di peringkat akar umbi diabaikan, mereka tidak menghayati kemahuan akar umbi, tetapi lebih terdorong kepada selamatkan politik diri sendiri, mengekekalkan kuasa dan dapat mendaya gunakkan hasil Johor demi kepentingan golongan tertentu. Menteri besar Johor, sudah terlalu lama memimpin Johor, malah ramai rakyat Johor, melihat tidak ada perkembangan drastik pembangunan sumber manusia, pembangunan yang menguntungkan rakyat, malah keselesaan dan kelegaan untuk kehidupan rakyat, jauh panggang dari api untuk di selesaikan. Banyak isu isu tempatan di daerah daerah dalam negeri Johor tidak dapat di sempurnakan. Sebelum saya mengupas kelemahan kepentingan rakyat dan keselesaan hidup mereka, terlebih dahulu saya akan membayangkan kegagalan menteri besar Johor, di dalam memperbaiki UMNO Johor.

Jika di dalam UMNO sendiri, tidak dapat diatasi masalah ahli ahlinya, maka bagaimana hendak memimpin negara dan memakmurkan rakyat Johor. Dalam UMNo berpuak dan berpecah belah, berkelompok dan cantas mencantas. Suatu ketika dahulu saya pernah menyatakan di dalam negeri Johor ada kabilah Ghani Osman, Kabilah Mauyiddin Yassin, kablah Syed Hamid, kabilah Dato Shahril samad, ternyata setiap kali munculnya konflik politik, pada ketika masa dan waktu yang berbeza mereka tidak menunjukkan persamaan, malahan bertentangan antara satu dengan lain. Umnum mengetahui Ghani dan Muhyiddin tidak begitu, sejalan, malah mengetahui saling cantas mencantas. Bagaimana Johor akan maju ke depan, jika rakyat di negeri ini baggga dengan

kelahiran UMNO di Johor, tetapi pemimpinnya pula bertindak meruntuhkan UMNO, di dalam perjuangan yang bersimpang siur di Johor ini, membuktikan kepada kita, masih ramai lagi anak anak ahli UMNO yang menganggur, masih ramailah isi keluarga rumah orang orang UMNO di para kemiskinan, masih ramai lagi ahli UMNO tinggal di kawasan setinggan, masih ramai lagi ahli UMNO yang serba kekurangan, malahan orang UMNO, orang melayu mengharapkan kawasan perbandaran baru di dalam bandar bandar di Negeri Johor ini hendaklah di tempatkan kependudukan Melayu, malangnnya melayu terus tersisih ke belakang, tinggal di pondok usang, tinggal dalam kedaifan, dan setelah itu kita dapati perumahan melayu yang selesa tidak di wujudkan, terakhir yang membanggakkan usaha penempatan Melayu di dalam negeri ini hanyalah Tan sri othman saat, beliau mengujukan rumah rumah murah, seperti kg majidi di Johor bahru, di Muar dan di Kg kenangan dato Onn/ Pesta di Batu pahat.

Sungguh malang lagi di zaman Gani osman, tanah rezab melayu kerajaan di swastakan, sebagai contoh di kawasan gunong soga, di mana rumah rumah kerajaan yang di bina sejak zaman British, dan yang masih ditempatkan dengan kakitangan kerajaan, diarah untuk di kosongkan, bagi tujuan perumahaan swasta, nyatanya kesadaran kepada sejarah dan menjaga harta milik rakyat johor tidak mendapat perhatian yang serius, sangat mengecewakkan lagi rumah rumah tersebut di kawasan kebun kelapa batu pahat, menjadi usang, buruk, sedangkan sebelum ini, peruntukkan untuk baik pulih rumah tersebut telah di buat, dengan wang rakyat, nyatanya keadaan yang ada adalah sangat memalukan. Mereka bukan saja tidak pandai mengurus wang rakyat, tetapi memboroskan wang rakyat, coba lihat sendiri di kawasan yang saya sebutkan sebentar tadi.

Ahli ahli UMNO dan orang awam , tidak kira Melayu, Cina dan India, bosan dengan kepimpinan negeri, dan ingatlah kebosanan itu tidak hanya melibatkan yang saya katakan kelemahan internal,mapun external, tetapi paling menjengkilkan adalah sifat pura pura tak nampak dan tak tahu, sampai rakayat banyak yang menyidir kepada kepimpinan Johor ini, lebih baik teruskan sajalah dengan berzapin, main layang layang, main basikal, joget lambak, buat bubur lambok, daripada memkirkan hal yang kritikal dihadapi oleh rakyat Johor.

Jika keadaan rakayat merasa diri mereka tertekan dan tidak selamat, bagaimana ingin menyelamatkan negeri Johor dari ancaman Jajahan ekonomi, sosial dan budaya. saya percaya telatah yang di lakukan oleh pemimpin Johor dan kuncu kuncunya akan membuat rakayat semakin sebal, seterunya mereka akan memilih Parti Keadilan untuk tapak perjuangan baru mereka, dan dapatkah Parti Keadilan ini menakluk Johor,?

Insyallah, PKR bakal menerujui kepimpinan di Johor suatu masa kelak.
dan saya akan meneruskan untuk saudar mengetahui apa apak kelemahan
di bawah pemerintahan kerajaan Johor yang ada pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Wednesday, November 19, 2008

MELAYU BUKA LEMBARAN BARU

Saudara Pembaca,
Sikap orang melayu memang bertolak ansor, pada zaman negara kita hendak merdeka pemimpin kita telah banyak membuka ruang dan peluang kepada orang bukan melayu. Sebagaimana saya katakan sebelum ini kita telah di asak oleh pemimpin politik dari kaum lain yang datang dari parti parti bukan Melayu, tetapi semua orang melayu tidak bangkit menentang cemohan mereka kepada kita, sampai dato Rais Yatim menteri Luar, bersuara bahawa perlunya perpaduan Melayu.
Kisahnya kenapa sambutan laungan yang kemukakkan oleh pemimpin Melayu ini macam lemau atau tak bermaya saja.

Saya melihat perkara ini disebabkan orang orang melayu dah merasa muak terhadap pemimpin sendiri, yang sebenarnya mereka faham bahawa mereka telah di kotak katikkan dengan permainan politik, kepentingan diri. Jika ada orang melayu yang hari ini di dalam UMNO yang bersuara untuk mempertahankan dan menyerang kritikan kepada kaumnya sendiri, itu mereka anggap hanya sebagai retorik untuk mengangkat diri sendiri supaya menjadi hero kepada bangsa melayu.

Pada pringkat ini apa yang boleh di lakukan oleh bangsa Melayu untuk menyelamatkan tanah airnya dari diancam oleh kaum lain, yang dianggap sebagai berminat untuk merampas kuasa Melayu ? kepada saya tidak lain hanyalah mereka ini mesti meninggalkan UMNO, dan walaupun tersangat berat untuk meninggalkan parti yang banyak berjasa kepada bangsa sendiri, parti yang telah sebelum ini melahirkan pemimpin yang berkualiti, parti yang telah menyebabkan bangsa melayu terkenal di pentas antara bangsa dan parti yang telah banyak memberikan kemudahan kepada bangsa melayu dan kenapa pula mesti keluar dari parti ini ? tidak lain adalah untuk membuktikan kepada parti UMNO yang ada bahawa rakyat sudah jelak dengan perbuatan pemimpin UMNO masa kini yang terlalu mementingkan diri sendiri, yang angkoh dan sombong, yang sukan mencantas, tidak menegakkan kebenaran dankeadilan, bergitu alpa dengan nasib golongan bawahan, dan apatah lagi soal dalaman parti sendiri tidak dapat di tadbir dan di urus dengan baik.

Itu puncanya, ramai nanti akan keluar dalam UMNO dan PRU ke 13 BN akan semakin kalah teruk. Orang UMNO harus berfikir, apaakah kelemahan PRU ke 12 itu hanya sebab Pak Lah seorang, sehingga ia diasak untuk turun dari jawatan no 1, ternyata kepada saya melihat ini, disebabkan kesilapan seluruh pasukkannya, oleh sebab itu jika budaya mengusir seorang pemimpin sahaja, di dalam partai UMNO tidak akan menyelesaikan masalah, malah banyak tulah akan di terima daripada tindakan peralihan kuasa yang di buat oleh golongan tertentu di dalam UMNO.

Kini, orang melayu akan berada di dalam kegoyangan, sebab asakan dalaman dan luaran, sehingga bangsa lain memperlekehkan bangsa melayu. Tetapi saya melihat konteks yang terjadi pada hari ini kepada bangsa melayu adalah secara positif, Melayu harus bangkit semula, tetapi bukan menerusi jenama UMNO.

Lembaran baru harus di buka kepada bangsa Melayu, perpaduannya harus di ciptakan, dan revolusi Melayu harus di cetuskan, bagaimana carannya ? yang pasti struktur kepimpinan Melayu dari pelbagai rakyat mesti di satukan, dari pelbagai lapisan melayu dalam parti mesti di senadakan, dan dari sana suatu gelombang besar akan terbina. Saya melihat peranan penting kini harus lah di mainkan oleh raja raja melayu, pada suatu ketika dahulu umno pernah menyelamatkan raja raja melayu, maka tibalah masanya raja raja Melayu membalas budi menyelamatkan keseluruhan orang Melayu, menerusi wadah baru, corak dan kepimpinan baru untuk kelangsongan kuasa Melayu.

Orang melayu yang tulen dalam UMNO, mestilah sanggup bersatu dengan PAS dan PKR dan kepimpinan UMNO tulen itu, mestilah diberikan peluang untuk memimpin Negara. dan mereka itu hendaklah digandingkan dengan pemimpin PKR seperti gandingan yang boleh di buat antara Tunku Ragzalie dan Anwar Ibrahim dan Hj Hadi Awang, ketiga pemimpin besar ini mampu untuk membina kemantapan melayu, di samping tidak meninggalkan mereka yang telah berjasa menabur bakti kepada orang Melayu dan meletakkan pemimpin itu sebagai penasehat Negara iaitu Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah Badawi.

Satu Plan gabungan Parti, mestilah di bina dengan mantap dari ketiga tokoh ini.Mana mana pejuang melayu yang tulen di dalam UMNO,PAS dan PKR haruslah diambil untuk menjadi barisan yang mantap, disamping beberapa parti kompenen melayu yang lain.Mungkinlah akan terjadinya barisan baru di Malaysia ini ? tidak mustahil! akan wujud dan saya berpendapat bahawa Melayu akan dapat membuka lembaran barunya itu, dengan nama baru yang boleh di cadangkan, seperti PARTI BARISAN MALAYSIA BARU,untuk mengambil sifat sifat barunya demi menyelamatkan Negara ini dari ancaman dalaman dan luaran, dan selepasa ini mereka harus menjadikan pelajaran kepada perisitwa pahit yang melanda Melayu di negara ini.

Saya berharap plan kasar ini dapat di baca dan diterjemahkan bukan hanya untuk menyelamatkan bangsa melayu, tetapi adalah untuk semua kaum di dalam negara ini, agar mereka mestilah mendahulukan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara demi mencapai suatu rakyat yang sejahtera...pecayalah Melayu perlu membuka lembaran baru, jika ingin berubah dan meneruskan kejayaannya, jika tidak........sama samalah kita saksikan satu persatu melayu akan hilang hak di tanah airnya sendiri.

Terima kasih.

Tuesday, November 18, 2008

DAIRI YANG MASIH KELABU

Saudara Pembaca,
petang semalam saya dah jumpa dengan sahabat saya yang bercerita soal skim bantuan Iklas, petang ini kami datang lagi di kedai kopi yang sama, kalau orang tengok se olah olah kami ini macam kaki kedai kopi, tetapi kenyataan itu sebenarnya tidak tepat sebab kadang kadang kedai kopi adalah tempat berhimpun maklumat, lebih tepat dan cepat. Sedang kami duduk berdua datang seorang lain sahabat, dan 5 minit sepas itu jam menunjukkan pukul 2.45 petang datang lagi seorang kawan, yang saya tidak mengenali namanya, cuma cam rupanya saja.

Sedang duduk minum kopi dan makan nasi lemak, kami berbincang mengenai kisah semasa, tiba tiba seorang kawan merujuk kepada kawan saya, katanya : kenapa muka engkau pucat ", dan kau itu bercakap nanti aku sikat rambut dahulu. Cerita muka pucat ini, banyak tafsiran yang dapat saya gambarkan, mungkin kawan ni, sedang sakin, dan bagi kawan saya menganggap dia tidak sakit, cuma keadaannya saja tidak kemas. Bagi saya tafsiran itu hanya mengambarkan masalah sedang melanda pada dirinya. Masalah apa ? Ini yang saya sedang mengupasnya dan memerahatikan apa cakapnya itu. Tapi malangnnya dia tetap mendiamkan diri, tak bercakap. Tiba tiba dia menelurkkan kata soal masalah atau muka pucat ini tidak masuk kepala, yang masuk kepala adalah memecahkan sesuatu yang melanda minda. Tiba tiba mencelah pula seorang kawan yang lain, membuka tajuk baru tentang diskaun Tol, katanya kalau beri diskauan itu boleh jadi bangkrap, tapi kawan saya itu menganggap tajuk ini, adalah menyentuh tentang untung, dan semua orang hendak untung yang banyak.

Kemudian perbualan tajuk ini terpotong lagi, dan sambil menceritakan tentang soal urut. Ada tukang urut di Pt Penghulu di Pt sulong, katanya itu bukan tukang urut, tetapi itu tukang adun tepong, memang terlalu sakit. Dia menceritakan bangaimana dia pergi berurut di tempat tersebut, katannya dia takankah sakit saja, untuk tahan sakit katanya, jangan ingatkan sakit itu, sebab soal sakit itu berpusat di otak saja. Sedang saya menulis cerita nya ini mungkin dia merasa bosan, sebab saya tak melayan dia bercakap, sebab saya asik dengan menulis saja, akhirnya dia angkat kaki dan pergi, katanya nanti kejap ya .

Begitulah kisah pak pong pak mustafa, yang dalam sorotan saya,
sebab pada diari saya dia masih kelabu dalam persoalan mencari,
cari apa ya ! saya akan memberi tahunnya kelak !