Monday, February 23, 2009

BENARKAH DAP HINA ISLAM,DENGAN TERTUBUHNYA MAJLIS PERUNDINGAN ANTARA AGAMA DI PULAU PINANG ?

Saudara pembaca,
Mungkin umum ingin mengetahui apa maksud majlis perundingan antara agama yang ditubuhkan oleh DAP itu ? Ada sesuatu yang sangat baik jika DAP sedar bahawa jalan terbaik untuk membangun negara dan parti politik serta masyarakat keseluruhannya adalah dengan jalan agama.
Namun kefahaman DAP terhadap Islam mestilah di lengkapi kepada teras undang undang islam dan perlembagaan di negara ini. Justru itu Majlis yang ditubuhkan itu mestilah difahamkan terlebih dahulu mengenai fungsi dan peranannya. Jika ini disalah tafsirkan maka dibimbangi akan terjadi sesuatu yang negetif terhadap ummat islam. Semestinya mengenai perbicaraan tentang Islam mempunyai kaedah di negara ini, siapa yang diberi tanggungjawab untuk menangani persoalan islam di malaysia, termasuklah di Pulau Pinang. Jangan anggap remeh Isu ini.

Sekian terima kasih.

PERTOLONGAN TANGGUNG : KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MENGATASI MASALAH PERBERHENTIAN KERJA

Saudara pembaca,
Tadi seorang kawan bernama raihan datang ke pejabat, memberi tahu saya, dia sudah mula mengumpulkan orang orang yang diberhentikan kerja dan tidak kerja untuk mengikuti program bantuan kerajaan, dimana setiap orang akan di bayar RM500.00. Katanya tak sampai seminggu dia mengusahkan hal tersebut, sudah ada notis daripada kerajaan di bawah kementerian yang berbabit untuk menagguhkan program tersebut. Saya tidak berhajat nak ulas panjang, cuma kalau buat kerja itu, jangan lah sepatuh sepatuh, sekejap ada sejekap tiada,hal ini bukan boleh dipersendakan, mereka adalah golongan yang seharusnya dibantu secara serius. Saya melihat perbuatan seperti ini seolah olah yang di rencanakan oleh kementerian tersebut adalah tidak masak, justru itu kepimpinan negara perlukan mereka yang benar benar serius dan amanah,janganlah kita pandai menegur orang lain pandai cakap tapi tak serupa bikin, sedangkan perpatah melayu yang lain juga ada menyebut, inilah yang dikatakan 2 X 5 sama saja.
Ingat, revolusi perancis meletus akibat dari sepotong roti.
Harap harap kita semua faham.

Sekian terima kasih, kerana sudi membaca.

Sunday, February 22, 2009

PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2009 ANTARA CITA CITA DAN KEMUSNAHAN

SAUDARA PEMBACA,
Saya telah berjumpa dan berbual bual dengan kawan kawan yang menjadi Perwakilan ke persidangan Agung yang akan datang Mac 2009 ini.Perbualan kami ringkas tapi cukup bermakna.
Apa yang pelik sangat dengan pemilihan ini ? Mereka sebenarnya bukan merasa pelik tetapi menunggu saat sebenarnya peralihan Kuasa daripada Pak Lah kepada Dato Najib. Ramai yang berpendapat Pak lah akan serah kuasnya sesuai dengan keinginan di pihak lain. Namun penyerahan kuasa ini dapatkah menyelesaikan Masallah ?
Masallah apa ?

1. Cara peralihan kuasa ini, benarkan di mengikut ketelusan dan budi budaya UMNO
2. Bagaimana sekatan dah halangan berkempen , sekejap boleh sekejap tak boleh?
3. Politik wang sudah menjalar, tiada hentinya.Bagaimana UMNO boleh menghalang politik wang sedangkan ianya bagaikan aurs tiada hendinya dalam setiap pemilihan UMNO, sedangkan UMNO adalah parti yang mengajak rakyat memerangi rasuah. ini adalah perkara mendasar untuk rakyat memperhatikan gelagat UMNO.

Dari tiga perkara itu, saya cakapkan kepada kawan saya. saya dah masak dan luar dalam UMNo saya dah tahu. Cukup lah bagi saya......
Semoga rakyat di negara ini sedar, apa pun dendengan dari UMNO, Ibarat kudis sudah menjadi tokak....dan kemudian bernanah, akhirnya semua bau itu akan di hidu rakyat.

Selamat berfikir.

JIKA POLITIK PERAK TAK SELESAI

Saudara pembaca,
Tempoh hari serangan 28/28 telah berlaku, akhirnya adun yang lompat ke Bn dan menjenamkan diri ke bebas telah berpihak kepada Bn, pengumuman di Buat bahawa sultan perak bersetuju membenarkan Bn untuk mentadbir kerajaan Perak. maka di sana bermula konflik pihak Pakatan rakyat dan penyokongnya untuk mepertahankan Nizar sebagai MB perak, demontrasi jalanan hangat, kedai kopi beborak besar mengenai isu ini, malahan seluruh rakyat Malaysia melihat isu ini macam ada yang kena dan ada yang tak kena.Keadaan semakin semarut lagi apabila nizar tidak mahu mengalah dan terus mempertahankan haknya dan melihat kuasa pakatan Rakyat di Perak seakan di rampas. konflik ini di tambah dengan beberapa kenyataan tajam daripada pimpinan politik dan akhirnya cuba mengheret raja raja melayu ke kancah politik. Gejolak ini seakan semakin berbisa apabila sepeker dewan membuat keputusan menggantung MB baru iaitu Zambri dan beberapa orang lagi, ada yang mengatakan tindakan itu salah tidak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan itu, maka konflik pecah belah pandangan dan penguasaan di negeri Perak ini, jika tidak diambil perhatian serius akan menjalalr ke kawasan atau negeri lain. lantas itu apa yang ingan saya bicarakan adalah seperti berikut:

1. pemimpin harus kasih kepada rakyat, jangan biarkan perkara ini berlarutan, yang bakal menjadi mangsa nantinya rakyat.
2.Pemimpin harus mengujuddkan kematangan berpolitik secara sihat, dan berada pada garisan yang betul, jika tidak cakap pemimpin suatu ketika tidak menjadi cakap keramat, tetapi dianggap sebagai cakap cakap kosong.
3. Berilah mandat kepada rakyat untuk mempastikan siapkan pemimpin mereka, justru itu dewan mestilah bersidang terlebih dahulu.
4. Jagalah maruah politik tanah air, negara kita dan budaya kita masih budaya ketimoran,dan jika ada pemimpin yang bersikap tidak ada dan gelojoh maka membayangkan negara kita bakal terjual dengan sikap pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
5. intutusi Istana perlu di hormati, selaras kesetian rakyat kepada tidak berubah, namun perpatah Melayu juga penah menyebutkan raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah.
6. Hormatilah raja raja melayu dan pelembagaaan negara ini, sebab tiang sri membangun negara ini dari sejarahnya adalah sejarah Raja berpelembagaan.
7. wakil wakil rakyat mestilah mendalami diri mereka dengan ilmu, supaya mereka lebih matang dan parti mestilah melatih pemimpin dan wakil mereka sejajah dengan prinsip prinsip rukun negara.
8. Jika Politik Perak tidak selesai;-

8.1. Masyarakat akan kacau bilau.
8.2. Ekonomi tidak berjalan dengan sempurna
8.3. Keganasan akan terjadi
8.4. Pihak pentadbir negeri akan berpecah belah
8.5. Pesaudaraan senegeri terugggat.
8.6. Sebab berpolitik, nasib saudara mara akan juga terbelah dua
8.7. Kemiskinan dan jenyah akan terus bertamabah
8.9. sikap mengoromati sesama sendiri sudah pudar,yang muncul penghinaan dan cacian.
8.10. Akhirnya pemerintahan negeri akan di gantong.

jangan menyesal hanya sebab berebutkan kuasa, yang paling malang dikhwuatri akan muncul pertumpahan darah....Jika Politik Perak tak selesai.

Terima kasih.
Kerana membaca,

Tuesday, February 17, 2009

KISAH AKHLAK WAKIL RAKYAT.

Saudara pembaca,
Ketika datuk sri anwar berhadapan dengan isu kritikal pribadi yang menggegarkan negara, banyak pihak membuat tafsiran, ada yang positif dan ada yang negetif. ketika Vigenderen menghadapi kes Vedia Lucahnya, hal yang sama juga menjadi soalan kewibawaan wakil rakyat, sama juga seperti Dr chua soi lek yang mengakui apa yang di lakukkannya, juga tidak ubah sama seperti elizaberth wong yang kini di perkatakan. YANG MEREKA KATAKAN LETAK JAWATAN ?
Soal ahlak memang penting dan sangat mendasar kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin.
Tetapi yang saya nak sorot adalah kisah wakil wakil rakyat yang memberi komen kepada kes dan kelakuan kawan sejawat. Mereka yang komen juga harus hati hati, lebih baik tidak menuduh atau menjatuhkan hukuman kepada mereka yang menerima musibah. Yang pasti belum tentu yang berbuat itu lebih buruk daripada yang memberi komen , dengan tuduhan tuduhan drastik agar letak jawatan. Apa yang penting, biarlah mereka membuat keputusan di atas apa yang mereka fikirkan patut dan tak patutu. Takut kalau disemak semak di dapati yang komen itu entah lagi macam mana. Hati hatilah dengan kisah akhlak wakil rakyat.
Jangan kita cakap orang lain tak betul, tapi didi kita sendiri agaknya lebih tak betul daripada yang sebetulnya.

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, February 10, 2009

MEMBUNGKUS OBAK SEJARAH KETUANAN MELAYU

Saudara pembaca,
Kenapa ombak sejarah ketuanan melayu perlu di bungukus ? sedangkan orang melayu mengasaskan negara ini, dan hak orang melayu untuk menjadi pemimpin di negaranya sendiri perlu di kekalkan.Namun ada orang pertikaikan hak kuasa memerintah melayu, dan jika orang melayu terbuai dengan sikap memperjuangkan bangsa sendiri, maka ia akan tenggelam berkuasa, itulah mungkin yang di anggap membungkus ombak sejarah kuasa melayu. namun jika orang melayu dapat bersikap adil dengan bangsa lain dan bangsa lain boleh hormat kepada bangsa melayu, orang melayu pastinya tak akan di bungkus oleh ombak sejarahnya, malah ketamaduannya sangat di hormati dan disegani. hari ini ada yang mencoba uji bangsa melayu, itu datangnya dari bangsa bukan melayu dan orang Melayu sendiri, dan saya amat optimis bahawa bangsa melayu di bawah bumbung kesatuannya samada gabungan melayu UMNO,PAS dan PKR pasti akan mengubah haluan ombak sebelum ombak menderu dan membungkus mereka.

Mudah mudahan jadi renungan.
terima kasih kerana membaca.

MENGINTERPRITASIKAN KUASA MELAYU DI PERAK

Saudara Pembaca,
Insiden di Perak berkaitan tertubuhnya kerajaan baru Barisan Nasional dan bertahannya kerajaan lama di bawah Pakatan Rakyat adalah suatu peristiwa sejarah yang sangat menarik. Sepatutnya tiada sesiapa yang kecewa dan bangga dengan peristiwa ini. Pakatan Rakyat sedang menyusun buah caturnya, manakala BN pula sedang menuju dan telah pun menemui apa yang di inginkannya.
Namun apa yang ingin saya perkatakan di atas insiden ini adalah seperti berikut:-

1. Rujukan kepada tafsiran undang undang, sebelum mengambil kuasa dan mengiktiraf kepada kerajaan baru yang telah pun di persetujukan oleh baginda sultan perak. Jika ini di rujuk, bermakna rujukan tersebut harus diperhatikan bagaimana membolehkan sesebuah kerajaan itu tidak lagi diberi mandat, atau di berhentikan mandatnya dan di sudut yang lain kuasa budi bicara bagina sultan telah membuat keputusannya berasaskan kepada lunas lunas yang diguna pakai, dan lunas itu tersedia di dalam undang undang tubuh kerajaan Negeri perak. Interpritasinya adalah menimbulkan konflik kepada penyandang kerajaan dan pihak yang ingin menubuhkan kerajaan, maka itu sokongan kepada kedua pihak juga menjadi jelas. Namun di dalam perjalanan menuju kerjernihan, kekeruhan juga boleh memberi pelajaran dan iktihbar di atas nasib kuasa Melayu Perak dan teruji kesetiaan Mereka atau sebaliknya terhadap intitusi berraja di negeri tersebut, malah mungkin boleh merembis keperingkat seluruh negeri di malaysia. Kebangkitan Kemelayuan, menunjukkan Isu Kesultanan mendapat tempat kepada mereka yang berkepentingan, namun di sisi yang lain ia juga merujuk kepada;-

2. Permainan Politik Bukan Melayu, apabila Karpal Sing berhasrat untuk menyaman sultan Perak, di atas Isu tersebut. lantaran itu orang Melayu menunjukkan sikpannya walaupun tidak secara total. Kenapa di katakan demikian ? di dalam usaha orang orang Melayu perak dan luar perak mempertahankan kedaultan kesultanan perak, di sisi yang lain terdapat juga orang orang melayu yang mengadakan tunjuk perasaan jalanan, sehingga kereta istana juga menjadi mangsa kegeraman mereka, ini adalah kesan kepada setia melayu terhadap sultan apabila persoalan politik telah diheret kepada pihak Istana.

3. Namun orang orang Politik, menerusi wadah politik, harus juga memahami isi hati istana terhadap cara mereka diberi kuasa untuk memerintah negeri, ada perkara yang istana sendiri tidak sehaluan dengan cara pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini, sebab itulah diplomasi antara pentadbir. penguasa dan politik dengan istana harus ada keselesaan dan keserasiannya, jika tidak keadaan akan menjadi goyang.Lantas akan runtuh.

4. Runtuhan kuasa tersebut juga, tidak boleh di tafsir sebagai runtuhan mutlak, disebabkan runtuhan yang terancang adalah runtuhan yang akan di bina di bawah satu payong, yang ramai daripadanya tidak akan menyedari, melainkan jika di fahami dan diamati secara halus barulah ternampak impak dari peristiwa ini.

5. Impak kepada suka melompat,tentulah bersebab, dan sebab itu di cari serta di temukan, jika ianya ditemukan adanya unsur " WANG " MAKA mala petaka besar akan terjadi di bawah kerajaan yang baru tertubuh. Cuba cuba lah fikir di mana penghujungnya ?

Aneh tapi benar ?

Terima kasih kerana mentafsir peristiwa dan membacanya
dengan Hati yang terbuka.