Tuesday, June 23, 2009

MASIH KAH KAMU INGAT

Saudara Pembaca.

1. Amanah Pemimpin kepada Rakyat
2. Tanggung jawab Pegawai kerajaan kepada rakyat
3. Tanggungjawab Rakyat kepada Negara

Masihkau ingat ! Jika Negara ini bebas dari penjajahan
atau telah di Jajah dalam senyap oleh golongan yang gelojoh menyungkurkan bangsanya sendiri,
sedarlah pemimpin dan rakyat, masihkan kaum ingat
Negara ini adalah tinggal warisan kepada anak bangsa kita

Ingat.....masihkah kau ingat.
Terima kasih

KERAJAAN PERPADUAN: JALAN MUSNAH BN

Saudara Pembaca
Ternyata BN gagal mempengaruhi PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan. Kenapa dan mengapa, jawapnya Mudah.....Kerajaan Perpaduan yang hendak di bentuk sudah terbukti ada kecurangan,tidak iklas dan gugurlah mimpi BN untuk tujuan tersebut.
Namun kegagalan ini masih lagi diiringi dengan kesombongan kenyataan pemimpin BN, dan mereka makin membuat jurang, dan yang pasti BN tetap tertekan untuk hadapi PRU 13.
Walaupun begitu adalah penting kepada Pakatan Rakyat untuk terus berpadu dan menyusun kekuatan,jika ingin kemenangan total.

Tuesday, June 2, 2009

SATU NOKTA TOLAK PEMIMPIN TOLOL

Satu nokth tak berbunyi
diseret oleh pahalawan
selamatkan bangsa
diserat rupawan satukan bangsa
rupa rupanya mereka membelah dada bangsa
sambil tertawa
hey melayu tolol
kini aku bukakan lebralisme
sebab kamu dungu
Bahasa mu tiada merdu
sebab kamu juga dungu
untuk apa deb
sebab kamu dungu
itu......wajah topeng mereka menghentak bangsa kita
melanyak bangsa kita
menyepak citra kita
kerana mereka juga
pemimpin melayu
yang pengecut
ayoh bangsa ku melayu
bangun dari ketololan ciptaan mereka
kita bina mercu bijaksana
sebab kita tak setolol mereka
setolol pemimpin yang lupa
pada sejarah bangsanya.

Terima kasih.

TAHNIAH UNTUK AWANG SELAMAT

Saudara pembaca,
Akhbar utusan di beri amaran oleh Tan Sri Muhyiddin,kusus mengenai tulisan awang selamat,yang dianggap menjurus kepada perkauman. Saya fikir apa yang ditulis oleh awang selamat itu betul, kata pemimpin mesti telus. Dan nyatanya awang selamat telus untuk menyatakan yang benar, memang benar hak melayu kian dikhianati, saya jadi pelik kenapa takut sangat kepada bangsa lain, apa jadi satu hari nanti Melayu tak akan sokong melayu secara totoal, ini semua akibat pemikiran bodoh pemimpin melayu.
Tahniah untuk awang selamat.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

Sunday, May 31, 2009

BILA BANGUNAN RUNTUH DAN BILA PULA DURIA RUNTUH

Kepada saudara pembaca,
Bila bangunan runtuh, mula tuding sana tuding sini, cari sebab seban kenapa runtuh, sehingga ada yang mati, namun dicelah celah keruntuhan itu ada pula duria yang runtuh, ada pihak nak kaut undi di selangor melalui PRU ke 13, konon nak salah kerajaan negari selangor. Sebenarnya rakyat dah faham sangat kot telatah BN, cukup cukup lah, nak tengok massej tv 3 memang dah muak, apatah lagi cerita ching ping, ini cerita lapok yang dikembangkan oleh cpu lama, cukup cukup lah rais yatim. banyak lagi cing ping lain yang perlu diawasi...kepada saya tektik lama tu, hentikan ajelah, rakyat tak mudah di tipu.
Banyak banyaklah baca pribahasa, kenapa lembu pun susu,sapi nak dapat nama.
itu tugas kementeria yb terangkan. Tk/
Terima kasih kerana membaca.

BN SOMBONG KEPADA PENGUNDI DI PENANTI

SAUDARA PEMBACA,
Jika ada yang kata peratusan keluar mengundi merosot, itu memang benar.
Tetapi yang lebih penting PKR tetap menang, walaupun hujan fitnah ibarat peluru yang menusuk di hati pengundi. Kemangan itu adalah kemenangan besar, itu massej pengundi kepada BN, kamu tak letak calon tak apa, dan pru ke 13 telah membuktikan BN sombong kepada pengundi di Penanti
Kepada saya, yang penting PKR tetap di hati rakyat dan tahniah kepada pengundi di penanti yang keluar mengundi, dan yang tak keluar jangan kesal, kerana hal demokrasi ada di tangan seluruh rakyat Malaysia, kitalah yang menentukan untuk menggunakkan hak kita. Mudah mudahan ini menjadi pengajaran kepada ke sombangan BN.
Terima kasih, kerana membaca,

Monday, May 25, 2009

TAK NAK MAKAN PUN KENA TANGKAP ?

Saya baca Malaysia kini, tajuk politik tahan 5 mogok lapar .
Kesimpulan yang saya buat bergitu mudah, atas dasar tak puas harti rakyat terhadap keputusan mahamah rayuan yang memihak kepada zambri, telah melukakan hati mereka. lalu mereka membuat aksi protes dengan cara tak nak makan, magok lapar, lalu mereka di tangkap ?
Apa relevennya.??????????
Jangan takut dengan bayang bayang sendiri ?
Siapa pun boleh Nazar
Asalkan nazarnya itu mengikut lunas Islam, jika dia orang islam.

adakah anda faham ?
TK, kerana anda faham membaca tulisan ringkas ini.

Sunday, May 24, 2009

PEMIMPIN DAN ISU : LAMBANG KEMATANGAN

Saudara pembaca,
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang di bawa oleh BN merupakan isu yang saya anggap terlalu remeh dan tidak berkualiti, umpamanya kisah antara Dr. lo lo dengan Raja Nong Cik, saya anggap ini adalah perkara yang terlalu remeh, pada hal masalah besar rakyat lebih utama, kalau nak cerita soal tandas dalam kancah politik negara, lebih baik undur diri dari jawatan menteri, malu dan sangat memalukan, apabila seorang menteri bercakap isu dengan nya menerusi cerita nak ke tandas, kepada rakyat tiada masa mempersoal hal seperti ni. Rakyat yang baik akan dapat menghasilkan pemimpin yang baik dan pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang sangat bijak dan baik. Jadilah pemimpin dan rakyat yang baik, cakap lah yang baik baik, buat lah yang terbaik, biar semuannya menjadi baik. Ini kabenit baru BN... kabinet yang dikatakan yang terbaik, kalau soal tandas menjadi Isu dan cara cakap bagi membanding persoalan sebenar, jangan lari dari kenyataan, apa yang disoal, jawablah apa yang betul dan jangan bawa perkara yang tidak betul bagi menyokong usul menjadi betul.
Pemimpin yang berkualiti dan matang akan membawa isu yang baik.
Bukanlah bergitu, terima kasih kerana membaca.

Saturday, May 16, 2009

UMNO DAN BN SEMAKIN MERAPU

Saudara pembaca,
Saya melihat UMNO dan BN, macam kucing dengan anjing, selesai masalah dengan MIC, muncul masalah dengan PPP, muncul masalah dengan Gerakan, berdengung masalah pula dengan MCA, masalah dalam UMNO dah macam kayap yang menjalar, ahli dan rakyat hilang keyakinan. Makin banyak selogan yang di keluarkan, makin banyak tindakan UMNO yang merapu. Kes di Pulau Pinang tak selesai, tambah masalah di perak, akhirnya UMNO dan BN memang merapu, ibrat kanker yang menjalar secara ngeri. Namun obatnya pasti ada tunggu di PRU ke 13, rakyat akan membuat pilihan yang tepat untuk menentang mereka di sebabkan:-

1. TAK HABIS HABIS BOHONG
2. BERPURA PURA PRIHATIN RAKYAT
3. SOGOKAN KALIMAT SATU MALAYSIA YANG MUNAFIK
4. LEBRALISASI YANG MENELAN HIDUP HIDUP RAKYAT MALAYSIA.

YANG PASTI SAYA SENDIRI TIDAK MAHU DIBODOHKAN OLEH PEMIMPIN SEPERTI INI
Untuk itu, pakatan rakyat menjadi harapan baru rakyat malaysia. Insyallah kita akan berjuang ke arah kejayaan Pakatan Rakyat.

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, May 6, 2009

SIRIH,PINANG ,KAPOR DAN GAMBIR

Saudara pembaca,
Ada ayat yang menyebutkan Sirh pulang ke gangang.
Ada ayat lagi menyebutkan sekapor sirih
Ada pula yang bebunyi Bagai pinang di belah dua.
Namun tidak juga yang janggal dengan perkataan ibarat sireh junjung.
Apa yang hendak saya nyatakan adalah Khasiat bahan tersebut.
Sirah ,pinang ,kapor dan gambir banyak gunanya, antaranya yang menyeronokkan adalah
Kesan terhadap nafsu shawat,bergitulah yang diberitahu oleh kawan saya kepada saya,Katanya kalau tak percaya cobalah. Yang pelik kawan saya ini dia bukan bomoh, dia orang biasa saja dan di kata dia dah banyak menolong orang yang nafsu shawatnya lemah. Wah ternyata semuanya berkesan. Apa yang menarik perhatian saya, beliau itu orang politik, bukan ahli tradisional perubatan,bukan dokter,bukan tabib, kenapa dia bergitu asyik bergerita soal ini, saya mula mencungkil rasianya, dan rupa rupanya disebalik kahsiat barangan tersebut dia telah merumuskan suatu fomula Politik dan nafsu shawat dengan mengunkan kompenan tersebut,ternyata apa relevanya. memang banyak....katanya asal orang politik yang bertarung alat ini penting menjadi penyatu...Jadi saya cadangkan kepada PM baru dan barisan kabinet baru mahu tahu cobalah untuk sebelum membuat selogan satu Malaysia. test dulu naik tak naik.
kalau naik itu tandanya ada kejayaan.

Bagi saya...ini bukan omong kosong. Tapi realiti
cari kaji dan fikirkan nanti anda mendapat jawapannya.
terima kasih kerana membaca.

Monday, May 4, 2009

MENCARI NAMA UNTUK MENANG : SUATU PROPOGANDA BARU BN

Saudara pembaca,
Sejak PM baru mengantikan PM lama dari Pak Lah kepada Dato Najib, UMNO tahu dan BN tahu proses kelumpuhan kuasa sedang belaku kepada parti mereka. Mereka cuba baik puih dengan menyakinkan rakyat, dan ternyata banyak simbolik dan semboyan di laungkan. nayatanya mereka menacari Nama untuk menang pada PRU 13, Kepada saya ini bukan kerja yang iklas, dan kesannya pasti menimbulkan masalah besar pada masa mendantag. Yakin dan percayalah. seloga itu akan menimbuskan perjuangan mereka.

Terima kasih.

Monday, April 20, 2009

PTPTN JANJI BOHONG

Saudara pembaca,
Dato Najib cakap rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamkan. Selogan ini selogan kosong. Saya sedih bila pemimpin cakap bohong, saya sediah membaca keluhan seorang pelajar yang tidak tempat bergantong untuk menampong pelajaranya, hanya semata mata mengharapkan PTPTN.Ternyata apa yang diharapkanya itu hanyalah janji bohong pemimpin, kisahnya cukup panjang tapi saya ringkaskan.Beliau adalah seorang penuntut di universiti putera dalam semester 4. Ibu dan bapanya tidak mampu samasekali. Masalah nya Pinjamanya dengan PTPTN tak pernah selesai, semenjak semestar 1 pinjaman bermasalah,pembayaran kepada beliau tak pernah sempurna, dan sepanjang masa itu sangat sukar dan kos sara belajar semakin tinggi dan hutang terus bertambah, dan semester ke 3, katanya dipotong bayaran yuran dan bayaran peudi membaca.ndahuluan pada awal pengajian dan semakin membebankan, dan pinjamannya hanya berbaki rm800.00 dan dengan jumlah ini kena menapong pembelajaran selama tempoh 6 bulan. Akibatnya beliau terpaksa berkerja bagi menampong pembelajaran........tidak kah itu namanya suatu kezaliman yang telah di lakukan oleh PTPTN, bukan meringankan untuk belajar tetapi semakin memberikan beliau untuk terus belajar. Katanya lagi beliau terpaksa ponteng kelas semata mata untuk menampong wang belajar.....ini lah kisah yang diwarwarkan pada utusan Malaysia pada ruang forum 21hb april 2009. Bukti apa lagi yang menunjukkan golongan muda seperti pelajar ini merasa terbeban, ingatlah kepada menteri yang bertanggungjawab tersebut, kerana tak prihatin mereka kepada pengurusan PTPTN telah mengorbankan keyakinan rakyat kepada pemimpin, yang pasti janji bohong apa lagi yang akan ditabor oleh kerajaan dan pegawai pegawai kerajaan,tanggunglah diakhirat di atas perbuatan kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, April 19, 2009

BAHASA BASI KERAJAAN NAK AMBIL ALIH TOL

Saudara Pembaca,
Kasian, cetik sangatkan kerajaan nak ambil semula tol dari swasta dengan alasan nak kurangkan harga tol, dikatakan perbelanjaannya menjangkau sebanyak 5 billion. Wah! jika diambil jua itu langkah bijak atau dungu, pikir sendirilah, kenapa ! 5 billion macam macam boleh buat untuk mensejahterkan rakyat, dari berurusan dengan satu syarikat untuk ambil alih projek swasta itu, malu atau memalukan ide ini timbang sendirilah.

Terima kasih kerana membaca,

MENANTI REBAH BN PADA PRU KE 13

Saudara pembaca,
BN akan rebah pada PRU ke 13. Apa sebabnya ? jika di amati hasil dari beberapa pilihanraya yang sudah seperti di kuala Trengganu, Bukit selambau dan Bkt gantang, di dapati sokongan rakyat kepada BN semakin menipis. Banyak janji janji yang di taburkan oleh BN, ternyata janji itu sekedar menjadi gula gula kepada rakyat. hari ini rakyat sudah cukup terkilan dengan pelbagai jenis pemimpin dalam BN yang negetif, tak payah di huraikan, semua dah tahu, malah janji janji konon untuk kukohkan UMNO juga dalam tempoh 2 tahun yang ditropmetkan oleh Muhiyiddin itu juga adalah omong kosong. Kalau tak percaya saksikanlah macam macam lakunan sarkes UMNO pada masa akan datang, yang tamak kuasa,haloba harta benda dan kroni, yang kesemuannya itu terlalu menjijikan rakyat, Hari ini janji lagi.....taburlah banyak mana janji itu, akhirnya janji itu akan makan diri sendiri, jadi saksikanlah menanti rebah BN pada PRU ke 13, Insyallah. amin.

Terima kasih kerana membaca.

Monday, March 23, 2009

PEMBAHARUAN UMNO ?

Saudara Pembaca,
UMNO akan ada pembahruan kata najib, nak refom!apa yang hendak di bahrukan dalam UMNO atau apa yang hendak di ubah ? Kalau UMNO nak berubah maka ia harus belajar dari sejarah.
Ahli ahli UMNO harus tahu sejarah pemimpin mereka, dan proses perjalan sejarah UMNO. Ahli ahlinya mesti mengerti siapa pemimpin mereka dan apa kemahuan ahli mereka. Banyak soalan yang perlu di tanya untuk berubah dan memperharui UMNO. Untuk apa cakap perubahaan tapi dalam masa yang sama cantas mencantas terus berlangsong, kesaksamaan di dalam pemilihannya masih di bayangi dengan politik wang,semangat berkelompok dan kroni, akhirnya ini kah yang akan diubah, jika yang hendak merubahnya turut di dalam program yang dikelilingi oleh sikap dia oorang aku dan dia itu pula bukan orang aku. Jika ini terus dan sedang berlangsong di dalam proses pemilihan kali ini, sebenarnya tunggu lah sangat tenggelamnya UMNO, dan apabila mereka menghampiri kelemasan barulah mereka akan mengapai pelampong, manakala di saat itu pula pelampong yang di gapai sudah bocor, dan merekanya semua akan lemas dan tenggelam di bawa arus perubahan alami yang disandarkan kepada hukum illahi.
Renung rengungkanlah.

Terima kasih kerana membaca.

Thursday, March 19, 2009

PEMILIHAN UMNO : KABILAH NAJIB ATAU KABILAH PAK LAH

Saudara pembaca,
Macam macam sepak terajang politik meraka susun dan atur. Lembaga Displin membuat keputusan yang memberikan impak kepada parti, manakala di awal mendapatkan sokongan pencalonan berebut rebut masing masing nak jadi calon, manakala di hujung pemilihan ini pula sudah ada desas desus untuk membentuk dua kabilah secara nyata, iaitu kabilah pak lah dan najib.
Akhirnya rakyat menilai dan mempastikan memang benar UMNO dah rosak dan sedang menunggu masa runtuh. Untuk apa ada lagi kabilah ? mana dia telus, berterus terang, yang ada jerebus dan bolos bukan berterus terang tapi bergelap gelapan. Politik wang masih merayap walaupun telah di umum oleh lembaga displin setelah di jatuhkan keputusan kepada dato Ali. mereka memang dah tak takut lagi, nak jadi apa dengan umno jadilah, masalahnya mereka lupa bukan kerana UMNO nak jadi apa, tapi rakyat terus menilai dan SPRM sedang di uji tugasnya.
Kepada saya kabilah apa pun yang muncul dalam gelangang politik UMNO, tidak penting, yang penting saya dan rakyat mual dan muak dengan cakap pemimpin yang pembohong. Selamat tinggal kepada pemimpin pembohong. Saya akan tuntut pembohongan kamu itu di akhirat, sebab cakap tak serupa bikin.

Sayonara pemimpin penipu,
Terima kasih kerana mendengar dan merasakan emosi saya

Wednesday, March 18, 2009

JIKA BENAR PKR NAK TEGAKKAN KEADILAN

Saudara pembaca,
Jika benar PKR nak tegakkan keadilan di seluruh Malaysia, lebih lebih lagi di atas isu semasa tentang politik wang dalam UMNO sebagaimana yang tersiar di dalam dada akhbar sesiap dan nama nama yang terlibat serta jawatan mereka samada dalam kerajaan, seperti mana yang di beberkan oleh Lembaga displin UMNO itu, maka PKR seharusnya tidak berdia diri. Saya cuma dapati PKR menerusi AMK di melaka memang ada daya kesadaran yang tinggi, bagulah tu.
Mana dia PKR di dalam bahagian bahagian lain ? kalau di pahang ada anggota UMNO yang terlibat dengan Politik wang, maka apa PKR pahang buat.Tegakkan lah keadilan, biar rakyat memang nampak bahawa PKR adalah sumber pembasmi Rasuah.Ayoh, ramai yang sedang menunggu, kabar PKR untuk lapor rasmi politik wang dalam UMNO di Malaysia ini.

Renung renungkanlah
selogan Harapan baru untuk rakyat malaysia.
Terima kasih kerana membaca.

SIAPA LAYAK JADI PM MALAYSIA

Saudara pembaca,
Kenapa Zahid kata Dato Najib Tak layak jadi PM. Kepada saya soal siapa layak ini amat penting.
Dulu saya pun pernah kata, jangan jadi di indonesia, pemimpin silih berganti dengan cepat, akibatnya rakyat dan negara rugi. Hari ini persoalan jadi PM dah mula hangat perkatakan, secara Ikhlas saya katakan, semua pemimpin di malaysia harus mengambil isu ini sebagai isu paling serius. Jangan ikut nafsu dan kroni, jangan ikut geram, jangan ikut otak yang semaraut, paling tidak dato najib sendiri harus berfikir apakah beliau telah bersedia menangkis segala masallah yang ada di kelilingnya, maka dato najib sendiri yang tahu menjawab hal ini.
Sementara di pihak lain banyak selera mereka dan alasan serta sebab logik supaya dato najib tak jadi PM, atau di ganti oleh orang lain ?
Nah, kena hati hati..kalu gitu siapa paling layak ganti tempat dato Najib ?
Nanti saya dalam hal ini tertarik dengan filem ciptaan P.Ramli. dimana Ibrahim pendik membaling buah dadu......kali ini kita lihat siapa yang kena :................!

1. tengku Ragzalige ka...
2. Mahyuddin Yassin ka...Muhammad taib ka....
3. atau Dr mahathir balik semula ka....
4. musa hita ka...
5. kot kot pah lah mau lagi ka.
6. Tak di sangka....anwar Ibrahim ka...
7. Ustad hadi ka....
8. nik Aziz ka.....

Macam macam boleh jadi, yang pasti instrument yang menentukan siapa bakal penganti PM
adalah tetap Yang dipertuan Agung.

Renungg renungkanlah
terima kasih kerana membaca.

MENGAPA ALI RUSTAM :KESALAHAN YANG TERPILIH

Saudara pembaca,
Ternyata Ahli lembaga displin UMNO mengenakan tindakan kepada dato Ali, disebabkan politik wang dalam UMNO. Dulu Tan Sri Esa Samad, tapi yang lain tak kena, ini kali Ali Rustam dan beberapa orang lain di kenakan. Ada yang beranggapan Ali rustam patut di kenakan hukuman ada pula yang tak setuju. Wah hasil Kata dato Najib jawatan ketua menteri melaka tetap kekal. Dalam kes ini apa tafsiran kebanyakan ahli UMNO dan rakyat :-

1. Politik wang tak habis habis dalam UMNO.
2. Pandangan Rakyat kalau dah parti memerintah berebut jawatan dan beli dengan duit, maka macam mana nasib negara ? maknanya rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO, termasuklah ahli UMNO sendiri, ini di akui sendiri oleh bakal Presiden parti dato Najib.
3. Dah di dapati bersalah dato ali nak rayu, memang boleh rayu: jika rayuannya di terima atau tidak di terima tentu akan membawa kesan, dan kesan terima rayuan;-
- Tak gunalah ada lembaga displin dalam parti.
Dan lebih baik Ahli lembaga displin letak jawatan saja, jika rayuan itu di terima, maknanya siasatan mereka masih bolos dan tak kukuh.
- Kalau tak di terima : kesannya penyokong dato Ali, tak puas hati terhadap keputusan itu, sebab mereka pun tahu ramai lagi yang terlibat dalam politik wang, cuma mereka bernai mendedahkan atau tidak. UMNO pun jadi konflik, kerana cara bertindak yang salah.
Tapi apa yang hendak saya katakan adalah bukan sangat soal Ali Rustam, tetapi soal UMNO:-
Kepada saya, pemimpin UMNO mestilah jujur, dan amanah, ternyata amanah dan jujur serta dasar dasar murni sudah jauh dibaling oleh UMNO, yang tinggal kini di dalam UMNO terlalu banyak kekotorannya, mungkin akhirnya UMNO akan runtuh dan penyakit di dalamnya sudah parah. Jika tidak mau parah, semua yang main politik wang mesti di hadapkan ke SPRM, tak perlu lagi lembaga displin, sebab dalam lembaga ini pun macam ada yang tak kena. tak akan banyak kes yang ada, hanya melibatkan kes terpilih, sedangkan yang salah tetap salah, yang pilih untuk yang salah terpilih dan berpilih. RENUG RENUNGKANLAH.

Terima kasih kerana membaca.

Sunday, March 15, 2009

BOLEHKAH NEGARA JADI DARURAT ?

Saudara pembaca,
Tajuk di atas kepada saya menerimanya dengan Jawapan boleh. bukan sebab sendiri soal sendri jawap.tapi jika kita amati secara halus, jika masalah negara yang ada ini dari kecil membiak menjadi besar dan dari besar ia akan meletup, maka barulah semua orang akan dapat mendengarnya, ketika itu negara di istiharkan darurat.
Apa tak nya ?

1. Politik yang ada hari ini macam kelang kabut aje.
2. ekonomi- rakyat bertambah susah
3. jenyah - Semakin menakutkan rakyat- mati sana mati sini, rompak sana rompak sini, ragut sana dan sini. Malah ada pihak coba coba mengacah kuasa. Sehingga ada yang memancing dan ada pula yang terpancing.

Sebab sebab berantai ini jika tak di putuskan, ia akan menyebabkan rakyat terbelit, justru itu pihak yang bertanggungjawab perlu sedar bagaimana menyelamatka n negara dari kemusnahan.Jika darurat menjadi pilihan untuk kebaikan, maka terpulanglah kepada tangan yang mencencang, dan bahu pula yang memikul. Selamat berfikir.
Terima kasih kerana membaca.