Tuesday, December 16, 2008

MONOLOG 4

SALAH GUNA TEKNOLOGI

Saudara Pembaca,

Antara Komputer dan peperangan, adalah dua perkara yang ingin menarik perhatian saya.Saya kenal computer mulai tahun 70an dan awal 80an,ketika itu berjenama appel.Pada waktu itu abang saya, membuka kelas computer di Johor bahru. Saya masih ingat diJalan segget di bangunan UMNO Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor tingkat 4. Komputer hari ini sangat canggih, pengisiannya juga canggih,pelbagai gunaan boleh dijana menerusi computer dari menjadi mesin taip hinggalah menjadi senjata dan seterusnya melahirkan peperangan yang dapat membunuh jutaan manusia.Stuasi malang ini telah menguasai minda manusia yang akhinya menjadi jumud dan picik.Setiap hari didada akhbar dan pelbagai media menceritakan kehebatan manusia mencipta tekonologi yang berpenghujung dengan nasib malang yang ditimpa oleh manusia sendiri.Kisah pembunuhan,kekejaman dan kemiskinan yang dibelenggui oleh mereka yang tidak berdaya,maka tangan tangan manusia yang telah banyak merosakkan persada bumi ini dan merosakan diri sendiri, inilah malangnya apabila ilmu yang diperolehi digunakan untuk membunuh diri mereka sendiri, inilah kezaliman yang dicitapkan sendiri dan terimalah padah dari kezaliman mereka itu.Masih lagi tentang morden dan kecanggihan manusia menciptakan tekonologi,dimana kesannya berakhir dengan tragis dan menyedihkan, Apakah ini semua yang ingin saya maksudkan dalam ungkapan diatas ?

Tidak lain adalah mengenai Akal. Manusia tidak menciptakan akal, tetapi mengunakan akalnya ! hanya mereka yang tahu menggunakan akalnya pasti dapat mempertimbangkan hasil ciptaanya kearah yang lebih baik, dan cara mengunakkan akal adalah dengan melihat kepetingan dan kemudahan yang boleh dirasai oleh manusia sebagai jambatan memperkokohkan hubungan sesama manusia seterunya mengkagumi milik Allah yang sangat tidak terbatas.JANGAN JADI MANUSIA YANG SALAHGUNAKKAN TEKNOLOGI

MONOLOG 3

Saudara Pembaca.

Tidak sama akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dengan computer ciptaan akal manusia,, kerana sifat computer itu adalah dipringkat skunder dan akal yang diberikan Allah kepada manusia adalah dipringkat primer.Peperangan kelasik yang dilalui oleh manusia zaman dahulu adalah dengan kekuatan tenaga diri, mereka berperang dengan senjata buatan sendiri, dari kayu dan batu, manakala peperangan kini adalah sangat moden,menggunakan rudal,dan alat perang canggih tanpa masuk kekawasan musuh, tetapi dapat memusnahkannya dengan serangan dari luar yang menakjubkan. BERGINLAH AKAL PRIMER

LORONG PERJUANGAN HAKIKI

Manusia menilai kemodenan dengan material, menilai perubahan dengan material dan akhirnya hati mereka diselaputi dengan material, ini lah perubahan zaman moden, dengan memiliki kebendaan dan kekayaan dapat menakluki apa yang mereka inginkan, Apa saja yang aneh terpandang oleh mereka, maka mereka menjadi takjub, padahal mereka sangat terlupa dan memang terlupa bahawa material yang diberikan oleh tuhan kepada mereka adalah lebih dekat dan lebih takjub.Malah mereka tetap mengejar kuasa, pada hal kuasa itu boleh menjadikan ia lebih sengsara, tetapi boleh juga bahagia jika Manusia itu berpaksikan Agama, dan nilai luhur di dalam perjuangan yang serba mencabar pada masa kini. Berginilah jika kuasa saja milik kita, atau jika material saja milik kita walhal agama adalah gugusan kepada kehidupan yang menyeluruh. Kembalilah kepadanya agar kita akan menemui lorong perjuangan hakiki.



Terima kasih.

MONOLOG 2


Saudara Pembaca,

Mungkin benar atau tidak ! Perubahan tekonologi dan kemodenan membuat manusia semakin Lupa, kehadiranya dipeta dunia ini. Bukankah manusia didunia ini titipan tuhan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Mungkin nafsu telah menakluk mereka dan mereka jadi mabok dengan pola fikiran syiatan, dan hari ini kita lihat manusia sudah hilang pertimbangan akal,hilang malu,timbul keganasan,salah guna kuasa, salah laku dan menentang hukum sunahtullah. Nikmat yang mana lagi yang hendak mereka dustakan,dan sehingga mereka benar benar lupa akan tanggungjawab mereka sebagai manusia.Benarlah ramai manusia telah kehilangan nilai manusiawinya ?

Terima kasih.

MONOLOG 1

.IBU KU DAN ERA NEGARAWAN



Ibuku yang dilahirkan pada tahun 30an, kini mencecah usia 70an, suasana sebelum perang Jepun, suasana Negara ini ketika dijajah Inggeris, kemudian Jepun menjajah,dan Bintang Tiga Komunis memerintah dan kembali semula kepada penjajahan Inggeris adalah masa dan peristiwa yang diceritkan oleh Ibu ku kepada aku, dan sehingga ini Ibu ku masih hidup zaman memperjuangkan kemerdekaan dari Allahyarham Tunku Abd Rahman hingglah ke zaman Dato Seri Hj Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Ibu ku sentiasa meberikan respon siasah, walaupun ibuku bukanlah seorang politikus. Mungkin agaknya terjana mindanya melihat diriku berada pada pentas politik yang tidak menentu.Kini ibu ku telah kembali kerahmatullah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin dan solihah. Biarlah aku kenang kembali pesan Ibu ku, bahawa sesungguhnya di dalam kehidupan ini mesti ada kesugguhan dan kesungguhan itu mestilah berterusan, sehingga kini amanat ibu ku, tetap dalam pegangan ku bahawa aku tidak akan lunturkan hasrat dan kehendaknya, cita cita dan harapannya, sebab kepada ku Ibu ku adalah negarawan ku.

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya

Dunia akan menyesal

Manusia akan menghempas diri

Menghentak kaki

Kenapa dan mengapa

Kita lupakan tammadun ini

Wahai ummat manusia

Belum terlewat

Paksi bumi masih dilandasnya

Wahai manusia

Belum lambat

Dunia baru bersedi

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya

Dunia akan menyesal

Manusia akan menghempas diri

Menghentak kaki

Kenapa dan mengapa

Kita lupakan tammadun ini

Wahai ummat manusia

Belum terlewat

Paksi bumi masih dilandasnya

Wahai manusia

Belum lambat

Dunia baru bersedi

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan









































































Untuk apa lagi bicara

Tentang tammdun

Yang dah lewa

Dengan tinta tinta ini

Di masa ini

Ketika ini

Detik ini

Lewat hari ini

Masa menanti

Jangan kau biarkan

Tammadun itu berlari

Jangan kau alpakan

Tammadu itu Bistari

Jangan kau kuburkan

Tammadu itu berdiri

Sebab

Dan

Sebabnya


APA DAH JADI HUTAN SIMPAN DI JOHOR; BANGAU OH BANGAU

Saudara pembaca,
Saya mengambil tajuk ini untuk renungan sejenak, iaitu Negeri Johor yang kaya dengan Hutannya sudah mulai terancam dan pendedahannya tidak begitu meluas ? Kalau kita melihat daerah Kota Tinggi dan Mersing, juga di Muar dan Batu Pahat, segamat dan Labis, sudah barang tentu sangat mengecewakan kita untuk melihat tanah tanah hutan telah digondolkan, secara tidak bertanggungjawab dan secara perperancangan yang menutup lunas undang undang ? Saya khwatir suatu ketika nanti Negeri Johor akan mengalami keadaan yang negetif alam sekitarnya, malahan yang paling menyedihkan kekayaan milik alam dan kderajaan negeri ini hanya segelintar manusia yang tidak bertanggungjawab membolotinya. Tentunya golongan tidak bertanggungjawab yang kononnya sebagai pengusaha atau peneroka haram di tanah tersebut mengemukakan cadangan yang sifatnya membangun, tetapi haikatnya merugikan seluruh rakyat Johor. dimanakan peranan Kerajaan negeri hari ini, mereka membisu dan telah buta serta membiarkan kejadian ini berterusan. Apa dah jadi dan tentunya kita merasa kesal . Kekesalan ini juga apabila rezab Hutan berubah menjadi kawasan tanaman sawit, maupun sebagai tanaman jenis lain, atau terbiar setelah hutan ditebang. sangat memalukan apabila penguasa sudah tidak prihatin,sengaja membutakan diri dan memekakkan telinga. Jangalah sampai bila banjir terjadi, Johor tenggelam dan pemimpinnya menjadikan Isu ini Umpama Bangau oh bangau.



TERIMA KASIH.

KISAH DAN KASIH BERSILANG POLITIK


Saudara Pembaca,
Agak lama saya tidak menulis, dan terbaru saya menonton TV3, yang menyiarkan salah seorang MP opsisi Sarifuddin Nasution mengungkapkan di Parlimen mengenai Politik wang oleh calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO 2009, pada mesyuarat Perhimpunaan Agung UMNO.Mereka yang disyaki bermainpolitik wang itu akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau seterusnya menjelaskan ada beberapa bukti padanya, mengenai politik wang yang sedang berlangsong menjelang mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia. katanya ada yang menjanjikan setiap 2 minggu akan diberikan RM500.00 dan tiketik kapal terbang, dan sebagainya.

Bagi saya, tidak pelik terhadap isu yang didedahkan oleh MP tersebut, saya tahu dan masak tentang UMNO dalam pemilihannya. Saya dah melaluinya sejak sekian lama, dan jika mereka berkata soal politik wang, saya hanya mampu tersenyum, sebab apa ? berapa banyak pun mereka bercakap untuk mebenteras politik wang, sampai bila bila pun saya tak percaya kepada mereka, kepada saya cakap tak serupa bikin, Hari ini bentang mengenai Suruhanjaya rasuah, padahal cerita lampu rasuah dikalangan jerung jerung profail tinggi tak selsai, malah ada yang masih tersorok. Cukup lah sebenarnya saya dah jelak mendengar politik wang. Untuk apa dapat kuasa dengan cara macam itu, cara haram, tidak bermaruah, lepas itu rompak cara terhormat hak rakyat dan negara. malu sikitlah pada tuhan, dan kalu dengan tuhan pun tak pandai malu, maka apatahlagi pada diri sendiri, tentu banyak tokak pada tubuh badan. Akhirnya jual negara,lepas itu anak bini,

Sebab itulah, jangan menyesal bila politik bersilang, kisah terpadam dan kasihpun tiada kepada golongan yang menghancorkan negara. Bertaubatlah sekiranya anda bermain dengan politik wang. Kembalilah kepangkuan kebenaran.

Sekian terima kasih.